CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aFViRGo

♥ HoMe oF MiLaNiaNS ♥ Milanians jom masuk umah baru yer...

 Close [Copy link]
 Author| Post time 21-3-2008 11:24 AM | Show all posts

kredits to gua.com.my



by Azwan Annuar 20 March 2008

Album sulung pemenang 慉kademi Fantasia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2008 11:24 AM | Show all posts
Nasib baik hari ni ada banyak citer pasal Mila...
Xdelah nampak banyak sgt spam

[ Last edited by  aFViRGo at 21-3-2008 12:07 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 11:25 AM | Show all posts
Mila terpilih ke "Discovery 2008" di Bulgaria
kredits to mstar.com.my

KEMUNCULAN album sulung penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 5 (AF5) Noorsyarmilla Jirin atau Mila sejak Disember tahun lalu membuktikan beliau mampu untuk menghasilkan sesuatu yang dinantikan oleh peminatnya yang selama ini mengundi beliau untuk menjuarai program realiti tersebut.

Namun kewujudannya dipasaran dalam tempoh tiga bulan ini ternyata masih belum mampu untuk meraih kutipan yang memberangsangkan bilamana hanya 4,000 unit album " Persis Mutiara" itu yang berjaya dijual.



Jika hendak disalahkan kepada pasaran album tempatan yang lembap semata-mata adalah tidak munasabah kerana faktor utiliti atau kepuasan seseorang itu juga perlu diambil kira di mana jika Mila mampu mengumpul begitu ramai ahli kelab peminatnya, masakan peminat-peminatnya tidak hendak membeli album artis kesayangan mereka.

"Semua orang tahu market slow tetapi ia lebih membakar semangat Mila untuk terus mencuba kerana ada orang kata dengan jualan 4,000 unit album dalam masa tiga bulan merupakan pencubaan yang baik untuk album pertama.

"Kalau nak kata Mila tak tolong buat promosi, tidak juga kerana baru-baru ini Mila baru balik dari Johor Bharu untuk promosi album dan membuat konsert di sana.

"Mila juga ada beli untuk koleksi sendiri dan edarkan kepada orang ramai di mana-mana karnival dan secara tak langsung menjual album tersebut," beritahu Mila ketika pelancaran albumnya di The Curve, Mutiara Damansara.

Kata Ketua Pegawai Operasi Maestro Talent & Management Sdn. Bhd. Freddie Fernandez, walaupun album Mila kurang mendapat perhatian orang ramai, beliau berpuas hati apabila orang ramai telah memuat turun kira-kira 10,000 buah lagu "ersis Mutiara" di internet dengan bayaran RM1 bagi sebuah lagu.

Tambahnya lagi, penjualan secara online itu telah mampu memberi pulangan modal kepada mereka.

Melihat kepada perkembangan karier Mila yang lain, beliau baru sahaja selesai melakukan pengambaran dua buah klip videonya iaitu "Aku Lebih Tahu" dan "Ilham Dimatamu" di Jakarta, Indonesia dengan memakan kos hampir RM90,000.

"Klip video dua buah lagu tersebut sengaja dilakukan di sana kerana kita mahukan kelainan dengan menggunakan teknik filem bersaiz 35mm di mana harga filem tersebut di sana adalah lebih murah dan kualitinya setanding dengan produk tersebut di sini.

"ersetujuan ini juga dibuat apabila syarikat Mila, MC Voices & Stars Sdn. Bhd. mahu membiayai kos pembikinan klip video tersebut sepenuhnya.

"Kami juga dalam proses menyiapkan klip video untuk lagu-lagu Mila yang lain. Ada yang sedang dalam proses pengambaran dan ada juga yang sedang melalui proses penyuntingan. Contohnya, lagu "Mila Bila Cinta" sudah siap pengambaran dan sedang disunting.

"erancangan seterusnya, kami akan keluarkan MTV karaoke pula selepas semua lagu tersebut siap dalam bentuk klip videonya," kata Freddie yang turut menyumbangkan sebuah lagu untuk album Mila iaitu "ergimu" dan turut terlibat dalam bidang penerbitan album yang memuatkan lapan buah lagu itu.

Biar juga lagu Persis Mutiara masih lagi menjadi siulan, tetapi dengan kehadiran album terbaru ini di pasaran, Mila sudah mula menerjah konti radio dengan lagu bernadakan pop rock, Mila Bila Cinta ciptaan Audi Mok dan liriknya oleh Ad Samad.

Lagu ini juga menjadi lagu pilihan kedua selepas Persis Mutiara yang juga telah dirakam semua dalam bentuk gubahan studio. Selepas ini single kedua bakal menyelusuri dengan lagu Ilham Dimatamu pula.

Track pertama album ini, Ilham Dimatamu ciptaan Ajai dan liriknya oleh Loloq telah memberikan Mila lebih ruang dalam mengekspresikan suaranya.

Dengan susunan muzik yang baik disamping melodinya yang mendayu, ternyata lagu ini adalah diantara yang bakal menjadi pilihan pendengar.

Freddie yang telah lama tidak mencipta lagu kali ini bergandingan dengan penulis lirik Habsah Hassan melalui lagu Pergimu yang diciptakan khas untuk mengenang tragedi pemergian adik Nurin Jazlin Jazimin.



Lagu Aku Lebih Tahu ciptaan Ajai dan Loloq ini sekali lagi membawakan Mila sebagai seorang penyanyi balada yang baik. Mungkin keserasian Ajai dan Mila sudah mula kelihatan melalui lagu-lagu yang bernada sebegini.

Tidak tepat kebiasaan sesebuah album itu tanpa lagu-lagu segar yang boleh memberikan seseorang penyanyi itu bergerak pantas dipentas. Maka kehadiran lagu "Gila" (Audi Mok/ Nurfatima) telah melengkapkan variasi album ini.

Selain daripada itu, lagu-lagu seperti "Sekejam" (Yuriz/ Mukhlis Nor) dan "Demi Cinta Selamanya" (Ajai/ Loloq) tenyata menjadikan album ini lebih berwarna indah.

Disamping lagu-lagunya yang baik, album ini juga telah diperkuatkan lagi dari segi teknik rakaman dan persembahannya. Ini adalah tidak menghairankan kerana kebanyakan tenaga yang telah menerajui album ini juga terdiri daripada nama-nama yang besar seperti susunan muzik oleh Ajai, Roslan Aziz, Jason, Audi Mok, Freddie Fernandez, Sharon Paul, Mac Chew, Jenny Chin dan Sze Wan.

Begitu juga para pemuzik undangan terdiri daripada Zain, Kelly, Along Exist, Nafie Spider, Shah Slam, Audi Mok, Mac Chew dan Sze Wan telah memberikan lebih kualiti di dalam penghasilan album ini.

Peminat boleh mendapatkan CD album Persis Mutiara edaran Life Records yang turut memuatkan dua klip video dari lagu Aku Lebih Tahu dan Ilham Dimatamu dengan harga RM25.90 dipasaran sekarang! *album repack ek?

Mila wakili Malaysia ke Bulgaria

Menjadi tuah penyanyi kecil molek yang berasal dari Pulau Pinang ini apabila beliau telah terpilih untuk mewakili Malaysia ke pertandingan nyanyian "Discovery 2008" di Bulgaria menjelang 10 dan 11 Mei depan.

"Saya rasa sangat teruja apabila diberi peluang dan kepercayaan untuk menyertai pertandingan ini.

"Setakat ini Mila belum tahu dengan siapa yang Mila bakal bertanding tapi yang pasti ianya melibatkan penyanyi diseluruh dunia," ujar penyanyi berusia 21 tahun ini yang kini dinobatkan sebagai salah seorang pengguna produk kecantikan Biotherm.

Mengenai bagaimana Mila terpilih sebagai wakil Malaysia untuk ke pertandingan antarabangsa tersebut, Freddie berkata, "Kita dah hantar butir-butir mengenai Mila dan melalui permohonan itu membuatkan mereka memilih Mila. Kami tidak tahu tentang kriteria yang membuatkan beliau terpilih dan pemilihan ini telah melalui proses tiga peringkat."

[ Last edited by  aFViRGo at 21-3-2008 02:45 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 11:25 AM | Show all posts
Aznil ilhamkan "Astro's Bouquet of Stars"
kredits to mstar.com.my

BULAN April bukan sahaja dikenali sebagai bulan untuk mengenakan orang atau 'April Fool' malah bulan ini juga sinonim dengan musim meraikan setiausaha dan bos atau lebih dikenali sebagai 'Minggu Setiausaha'!

Buat julung kalinya, stesen televisyen satelit popular Astro bakal menganjurkan persembahan untuk Minggu Setiausaha dengan penampilan selebriti-selebriti Astro dan bintang-bintang Akademi Fantasia (AF) pada 9 dan 10 April ini di Hotel One World, Petaling Jaya.

Mereka adalah pengacara popular nombor satu Malaysia Aznil Hj. Nawawi, penyanyi bertaraf diva Anita Sarawak dan juara AF musim kedua hingga kelima iaitu Zahid, Mawi, Faizal dan Mila.

Apabila ditanya tentang bagaimana idea untuk menganjurkan majlis makan tengah hari yang berkonsepkan Astro's Bouquet of Stars itu, Pengurus Saluran Astro Ria Khairul Mizan Shagul mengatakan ilham tersebut datang daripada Aznil.



"Sudah tujuh kali saya terlibat dalam program sebegini maka sebab itu saya terus mengutarakan idea ini dengan menghantar kertas kerja secara bertulis kepada Astro. Lagipun saya merupakan artis yang bernaung di bawah payung Astro.

"Pemilihan Kak Nita pula kerana saya rasakan beliau adalah Queen of Secretary's Week dan Mawi juga pernah terlibat dengan Minggu Setiusaha.

"Maka dari situ tercetus idea yang besar. Kita akan pecahkan tembok antara bintang-bintang dan setiusaha-setiusaha di mana mereka boleh bergambar dan beraksi bersama-sama di pentas.

"Kita juga ingin melihat kredibiliti daripada bintang baru kepada bintang yang besar. Walaupun dirasakan sukar untuk membahagikan masa persembahan melibatkan ramai artis dalam masa satu jam 15 minit, kami janji penonton akan dihiburkan oleh artis-artis ini serta pelbagai aktiviti menarik dan cabutan bertuah.

"Mawi akan muncul dahulu dan diikuti oleh juara AF yang lain bagi menghiburkan penonton ketika makan. Kak Nita sengaja diletakkan di penghujung waktu agar meletakkan suasana debaran di hati penonton.

"Tentang pemilihan lagu, setiap seorang akan menyanyikan lagu individu masing-masing dan ada juga lagu duet yang masih dalam perancangan.

"Saya pula akan mengemudikan majlis dari awal hingga akhir," beritahu Aznil tentang majlis yang bermula 1 petang dan dijangka berakhir pada jam 3.30 petang itu.

Diajukan tentang sebab nama juara AF1 Vincent Chong atau Vince tiada dalam senarai, Khairul Mizan mengatakan, "Vince mempunyai komitmen lain. Faizal pun pada mulanya menolak kerana ada hal lain namun beliau akhirnya bersetuju untuk turut serta."

Khairul menambah lagi, "Kami merasakan gandingan kali ini sangat berbeza dan belum pernah dilakukan sebelum ini.

"Semuanya mempunyai banyak pengalaman dan penganjuran program ini merupakan sesuatu perkara baru untuk kami melangkah maju.

"Sebelum ini orang ramai lebih melihat Astro sebagai hiburan semata-mata dan kali ini kami masih mengekalkan konsep yang sama dengan mempelbagaikan program yang dilakukan. Mereka yang datang boleh beramah mesra dengan selebriti Astro dan bintang AF dengan lebih dekat lagi di mana hotel tersebut boleh memuatkan kira-kira 1,500 orang."

Minggu Setiausaha "Astro's Bouquet of Stars" akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 9 dan 10 April depan bermula jam 1 tengah hari hingga 3.30 petang di Hotel One World, Petaling Jaya.

Tiket-tiket dijual pada harga RM488 seorang termasuk makan tengah hari dan boleh dibeli di semua kaunter Ticket Charge mulai hari ini, 21 Mac melalui talian 03-2241 9999 atau layari laman web www.ticketcharge.com.my untuk maklumat lanjut.

[ Last edited by  aFViRGo at 21-3-2008 02:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 12:19 PM | Show all posts
aku dah mcm jatuh cinta dgn stacy.... tp Milaa tetap dihati....

kalau heliza yg menang ABP tu. tak apa.. itu rezeki dia..lg pulak ada support dari fans mawi.. yg penting mila fokus jek pd album okay...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 04:01 PM | Show all posts
Wah byknye articles ni x sempat nak bace..

best2 plak tu citer2 die..

nanti balek mlm aku pulun post aku...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2008 04:10 PM | Show all posts
vukak lah....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 04:10 PM | Show all posts
cepat lah apesal hang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2008 04:11 PM | Show all posts
eeeeee.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 04:11 PM | Show all posts
EEEEEEE.............................................................................MILA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 04:11 PM | Show all posts
BUKAK LAHAHAHAHAHAHAHAH
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 04:17 PM | Show all posts
perghh byknya cite mila....tak smpt aku nk baca sume.
skang kat carwash..tgh htr kete aja utk dicuci..kekdahnya mlm ni ade agenda nk kuar ngan dak tecik tu...

tq korang yg tolong tepek sume cite. nnt malam kang aku baca sume...kalo smpt bawak mila gi tmpt ada wifi bagai...aku suh la mila reg nick n say hi to korang ek...

tak janji tau..sbb tatau lg cane nk bawak lari budak mila tu mlm ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 04:17 PM | Show all posts
hari2 tolak page...buhsannyaaaaaaaaaa


























































































milaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa babap momod yg tanak tulun neh :@
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 04:20 PM | Show all posts
btw..jgn lupa..smlm kat paper BH ade tunjuk screenshot sisipan Bintang Popular weekend ni. mila akan jd cover...

teaser title nye adalah..."MILA TEMUI CINTA BARU"

apa dan siapakah itu???
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 04:25 PM | Show all posts
tiraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa




































































































































Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 04:26 PM | Show all posts







































































marilyn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2008 04:29 PM | Show all posts

Reply #975 bayieng's post

bayieng

gud luck dgn plan "Kidnap Mila"

:pompom: Go bayieng go :pompom:

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 04:33 PM | Show all posts

Reply #975 bayieng's post

uwaaaaaaaaaaaaa...   beriya basuh kete..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 04:36 PM | Show all posts
Page main sorok2



Bukaklahhhhh




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 04:37 PM | Show all posts
Kalau nak bukak thread baru tunggu malam sikit ekkk...
For the time being mainlah tolak2 page puas2...
Sambil tu leh tambah kredit kan

Apa2 hal PM me
Nak out dulu :cry:


[ Last edited by  aFViRGo at 21-3-2008 05:15 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.601725 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list