|
Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)
[Copy link]
|
|
PENGENALAN KEPADA BUKU TERBARU USTAZ ASHAARI MUHAMMAD
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD
PRAKATA
Aku tulis buku ini ketika aku sedang menjalani perintah sekatan di bawah Akta Kediaman Terhad (ISA). Terima kasih kepada Tuhan yg mengizinkan aku dapat berbuat demikian.
Inilah salah satu pembuktian dari aku bahawa aku redha dengan ketentuanMu. Dan sebagai tanda bahawa aku tidak marah dengan kerajaan yg telah menghancurkan wadah perjuanganku sebelum itu iaitu Arqam. Semua itu sudah Engkau takdirkan berlaku. Aku yakin terdapat 1001 hikmah di sebalik peristiwa itu yang sebahagiannya Engkau beri faham kepadaku. Yang selebihnya aku yakin Engkau rahsiakan hikmahnya, itupun kau yakin pula ada hikmahnya.
Aku tidak marah kepada pihak yang mengadakan konspirasi sehinggan aku dan beberapa pemimpin Arqam di ISAkan. Selain aku sebg hamba tidak berhak mempersoalkan kehendak dan ketentuanMu, aku adalah orang berjuang dan mempunyai jiwa dan cita-cita perjuangan.
Cita-cita perjuangan ini Engkau sudah semat dihatiku semenjak kecil. Maka perjuangan ini sudah menjadi darah daging dan hidup matiku. Cinta dan azam perjuangkan islam ibarat nadi yg berdenyut dalam diriku. Selagi Engkau izinkan turun naiknya nafas, selagi itulah semangat dan perjuanganku terus membara.
Jiwa dan cita-cita perjuangan itu adalah anugerahMu juga. Engkau beri kepadaku sekeping hati yang ada cita-cita hendak membawa manusia kepadaMu. Engkau beri kepadaku kekuatan untuk bersabar dalam mendiidik manusia mengenaliMu.
seterusnya.....dapatkan dipasaran...
KANDUNGAN
BAB :
TASAWUF
SEMBAHYANG (Peranan dan Falsafahnya)
PERJUANGAN
KEPIMPINAN
KEKELUARGAAN
KEMASYARAKATAN
UMUM |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah bagus la tuh
sajak kat bawah nih kat muka surat berapa tatie? :
Rentetan bermulanya daulah
Insya-Allah pada bulan November ini parlimen akan dibubarkan
Di waktu itu tidak sebuah parti politik yang berkuasa
Mahathir membubarkan dengan tujuan pilihan raya
Selepas itu Agong dan Sultan mengambil peluang
Berbincang dengan wakil India dan Cina
Memberitahu pilihan raya tidak ada Para-para Sultan ingin melantik Tun Ghaffar menjadi PM Malaysia
Sultan memberitahu kalau pilihan raya diadakan takut krisis berlaku
Ini akan menyusahkan seluruh rakyat Malaysia
Lebih-lebih lagi rakyat Cina yang akan berhadapan dengan kesusahan ini
India dan Cina menerima pandangan itu dan bersetuju
Tun Ghaffar pun naik menjadi PM dan berkuasa
Pilihan raya pun tidak akan diadakan
Mahathir pula terhina kerana selepas itu rakyat makin menghinanya
Bahkan orang kampung pun tidak boleh menerimanya
Berbagai-bagai rakyat bersuara menempelak, mencaci, mengata
dan ada yang hendak membawanya ke mahkamah
Ada yang mengatakan pula cukuplah itu dia telah dihina oleh rakyatnya
Tidak dibawa ke mahkamah pun dia telah sangat terhina dan malu
Tun berkuasa di antara 3 hingga 6 bulan
Tun merasakan dia tidak mampu meneruskan kepimpinannya
Kerana orang ramai sudah terlalu jauh kesedarannya terhadap Islam
Ia pun berpakat dengan para-para Sultan dan Agong untuk mencadangkan saya
Semua para Sultan boleh menerimanya
Maka Daulah pun bermula
Orang-orang politik terpinga-pinga dan malu
Terutama ulama-ulama di dalam PAS sangat malunya
Kerana jalan yang mereka yakin tidak membawa hasilnya
Menunjukkan perjuangan mereka adalah palsu
Selepas itu mereka membisu Asaari Muhammad, 26 September 1999, |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snipersnake at 2-1-2006 03:16 PM
sajak kat bawah nih kat muka surat berapa tatie? :
eh selama ini dok baca sajak dan minda abuya tk pernah pulak jumpa sajak ni...hang dapat kat mana?...
hehehe...sudah ler sniper, bawa-bawa beristighfar...kena byk zikir, muga-muga tuhan tenangkan jiwa anda yg bergelora bak pantai dilanda tsunami..kalau tsumawi tahan ler jugak...hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
IBADAH YG MEROSAKKAN
Dipetik dari buku terbaru Ustaz Ashaari Muhammad.
BAB TASAUF
Sembahyang dan ibadah yg byk dilakukan oleh seseorg itu kalau tidak dapat dihayati maka rasa kehambaan pada seseorg itu tidak akan lahir. Rasa bertuhan tidak akan timbul.
Maka ibadah yg semacam ini bukan sahaja tdk dapat melahirkan org yg merendah diri dan berkasihsayang tetapi akan lahir daripda sembahyang dan ibadahnya yg byk itu sifat-sifat sombong dan riak, sum'ah dan ingin dipuji, rasa diri bersih dan tidak takut dgn Tuhan.
Oleh itu sembahyang dan ibadah yg sepatutnya menghubungkan diri seseorg dgn Tuhannya, sebaliknya telah menjadi hijab sesorg hamba itu dengan tuhannya. Dosa seperti inilah biasanya sesorg itu mati tidak berampun kerana dia tidak tahu atau tidak merasa membuat dosa. Akhirnya manusia itu mati di dalam suasana su ul khatimah kerana dia rasa dia membuat baik bukan membuat dosa dan derhaka. Rupanya dia membuat dosa di atas saluran yang baik.Membuat dosa dan derhaka di dalam berbuat taat.
Lahirnya nampak taat tapi batinnya derhaka. Mereka bersembahyang dan beribadah bukan untuk memusnahkan mazmumah tapi dengan ibadah itulah menyuburkan mazmumah.
[ Last edited by serihartatie at 2-1-2006 03:59 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 2-1-2006 03:30 PM
eh selama ini dok baca sajak dan minda abuya tk pernah pulak jumpa sajak ni...hang dapat kat mana?...
hehehe...sudah ler sniper, bawa-bawa beristighfar...kena byk zikir, muga-muga tuhan tenangkan jiwa anda yg bergelora bak pantai dilanda tsunami..kalau tsumawi tahan ler jugak...hehehe... ...
sebab kau budak lagik. mawi..hei TOLONG SKIT. apa standard tgk mawi. so asaari tak pernah tulis sajak nih? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snipersnake at 2-1-2006 04:56 PM
sebab kau budak lagik. mawi..hei TOLONG SKIT. apa standard tgk mawi. so asaari tak pernah tulis sajak nih?
Dok suka perlekeh orang ni yang payah ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Abuyazid at 2-1-2006 05:03 PM
Dok suka perlekeh orang ni yang payah ni...
:lol peminat mawi dah marah..ko tgk post aku tuh yazid:
kan aku bertanya tuh :lol
itu pu susah nak paham ka?
ha aku tanya kau jugak, asaari tak pernah tulis sajak tuh ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 2-1-2006 03:30 PM
eh selama ini dok baca sajak dan minda abuya tk pernah pulak jumpa sajak ni...hang dapat kat mana?...
hehehe...sudah ler sniper, bawa-bawa beristighfar...kena byk zikir, muga-muga tuhan tena ...
Sajak yg begitu famous pun sdri tak pernah jumpa?
Memang sah lah telahan saya sebelum ini........ tatie...anda benar2 baru setahun jagung!!!
Kalau anda benar2 ikhlas ingin mencari kebenaran...luaskan pergaulan anda. Jangan mengambil ilmu2 Islam terhad dari kaca mata tok guru anda shj.
Yg Paling penting.......anda perlu ikhlaskan diri. Insya Allah, Dia akan tunjukkan jalan kebenaran. |
|
|
|
|
|
|
PakMalay This user has been deleted
|
Engkau Sangka Musuh Merosakkan Engkau
Engkau selalu menyangka orang lain
Akan merosakkan engkau
Engkau selalu sahaja prejudis
Dengan musuh-musuh engkau
Akan membinasakan engkau
Rupa-rupanya musuh-musuh engkau
Sekali sekala sahaja merosakkan engkau
Orang lain, adakalanya engkau yang terselamat
Daripada kejahatannya
Tapi engkau samada sedari atau tidak
Setiap hari dirosakkan oleh perkara
Yang sangat rapat dengan diri engkau
Setiap hari engkau dirosakkan
Oleh ilmu dan kepandaian engkau
Setiap masa engkau dirosakkan
Oleh nama, glamour engkau
Sering sahaja engkau dirosakkan
Oleh harta dan kekayaan engkau
Jawatan dan kekuasaan engkau itulah
Yang selalu merosakkan engkau
Amanah yang diberikan kepada engkau
Itlah yang merosakkan engkau
Cara engkau berfikir itulah yang merosakkan engkau
Keyakinan engkau itulah
Yang merosakkan engkau
Ideologi yang ada dikepala engkau
Itulah yang merosakkan engkau
Sedangkan kalau musuh engkau merosakkan engkau
Mudah kau sedar
Orang lain merosakkan engkau
Cepat engkau dapat mengesannya
Tapi kalau ilmu,harta, pangkat,kekuasaan,
Nama dan glamor yang merosakkan engkau
Payah hendak engkau insaf dan sedar
Engkau tidak terasa dirosakkan olehnya
Engkau rasa itu semua nya adalah kejayaan engkau
Itu semuanya adalah kejayaan yang engkau tempa
Dan kejayaan yang engkau buat
Di dalam kehidupan engkau
Engkau rasa telah berjaya di dalam kehidupan engkau
Kerana itulah payah hendak engkau sedar
Engkau rasa itu adalah satu kejayaan dan bukan kerosakkan
Engkau tertipu di dalam kehidupan engkau
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by luluguagua at 2-1-2006 10:01 PM
Sajak yg begitu famous pun sdri tak pernah jumpa?
Memang sah lah telahan saya sebelum ini........ tatie...anda benar2 baru setahun jagung!!!
Kalau anda benar2 ikhlas ingin mencari k ...
ikhlas itu pak lulu adalah rahsia Tuhan, Tuhan sahaja yg maha mengetahui akan keikhlasan kita semua...ia adalah satu sifat mahmudah yg paling tinggi tarafnya jika dibandingkan dengan sifat mahmudah yg lain...
Firman Allah SWT bermaksud :
Ikhlas itu satu rahsia dalam rahsiaKu, Aku titiskan ia di dalam hati hamba-hambaKu yang Aku kasihi.
apapun terimakasih atas nasihat pak lulu..tatie juga turut mendoakan agar pak lulu juga dapat bertemu jalan kebenaran yg hakiki...ada byk wasilah yg perlu ditempuh utk bertemu jalan kebenaran yg hakiki ini, marilah kita sama-sama berusaha utk menjejaki dan mengikutinya...sesungguhnya KEBENARAN itu sgt mahal harganya, lebih bernilai dari seluruh isi dunia ini...hanya insan yg Allah kasihi sahaja yg dapat memperolehinya..yg telah menjadikan ibdah, solat, hidup dan matinya hanyalah utk mencari keredhaan Allah dan bukan kerana kepentingan lain...
Ya Allah berikanlah kami selalu hidayah dan taufikMu agar perjalanan lahir dan batin kami berjalan seiring dan selari menuju keredhaanMu ya Allah !
[ Last edited by serihartatie at 3-1-2006 10:52 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snipersnake at 2-1-2006 04:56 PM
sebab kau budak lagik. mawi..hei TOLONG SKIT. apa standard tgk mawi. so asaari tak pernah tulis sajak nih?
wahai insan yg berada di edinberghe.....
laa..org buat joke pun tak faham ker...apa ler pak sniper ni...itupun ndak jadi kemarahan ker...ishkk..garang ni....
yer betul..memang tk pernah jumpa...mana pak sniper ambik sajak ni, cuba beri pendetailan sikit, dari mana sumbernya....?... |
|
|
|
|
|
|
|
BIOGRAFI USTAZ ASHAARI MUHAMMAD (ditulis 2/6/2000)
Usiaku sudah menjangkau enampuluh tahun
sepjg umurku aku telah menempuh hidup berliku-liku
cabaran demi cabaran mengugat kehidupanku
masam, manis, masin, pahit maung telah aku rasai
aku telah menempun berbagai-bagai zaman
satu kali adalah zaman Jepun yg ganas dan kejam
dua kali berlaku zaman British yg halus diplomasinya
Dizaman peralihan ialah Komunis mengganas 10 tahun
Sudahlah miskin, hidup pula dalam ketakutan
Setiap hari ada orang yg dibunuhnya
Ada kenderaan yg dibakarnya
Balai-balai polis yg diserangnya
Masa Jepun, papa kedana merata-rata negara
Sangat mengancam kehidupan termasuk aku dan keluarga
Ubi keledek sebg nasi, itulah beras A1, makananku yg biasa diwaktu itu
Adakalanya sehari sekali makan nasi atau pisang
Itupun beran yg berdebu dgn kapur dicampur ubi
Ubipun payah dicari
Sagu rumbia, buah getah makanan harianku yg istimewa
makan nasi hanya 6 bulan atau setahun sekali
pucuk-pucuk kayu, daun kali layau, cendawan kulat setiap hari aku makan
pernah satu hari waktu hendak memakan sayur kali layau
terjumpa seekor lintah dicelah daun
untungnya di waktu itu ikan-ikan darat senang didapati
bahan-bahan hutan mudah dicari
kerana di masa itu bahan-bahan semula jadi
belum dimusnahkan oleh pembangunan dan kemajuan.
dan seterusnya ...sila dapatkan BUKU terbaru UStaz Ashaari Muhammad (BUAH FIKIRAN USTAZ AM)
biografi hidup dari beliau sewaktu kecil sehingga thn 2000.... |
|
|
|
|
|
|
|
DIPETIK DARI BUKU BUAH FIKIRAN USTAZ AM
ERTI SEKULAR ATAU SEKULARISME
Kita tidak perlu membahas dan memperkatakan tentang erti perkataan sekular ini dari sudut sejarah, siapakah tokoh yang menuturkannya lebih dahulu, di zaman bila dan mengapa timbul perkataan ini kerana itu semua tidak penting bagi kita.
Apa yang penting bagi kita, sebagai pegangan dan panduan agar kita tidak terjebak oleh faham sekular atau sekularisme ini ialah pengertian sekular itu sendiri mengikut pandangan Islam. Oleh itu perbahasan secara falsafah serta merujuk kepada sejarah dan tokoh-tokoh yang memperkatakan perkataan itu, tidak perlu kita bawa di sini. Ditakuti artikel ini terlalu panjang. Jadi kita hanya ambil yang perlunya sahaja untuk menjadi pegangan kita bersama. Agar di dalam kehidupan kita, walaupun di dalam bidang apa pun, kita tidak terjebak atau menempuh jalan sekular ini.
Sekarang marilah kita menghurai faham sekular ini mengikut pandangan Islam.
Faham sekular ialah mengendalikan urusan kehidupan di dunia secara terpisah daripada agama, ia tidak ada hubungan dengan Tuhan atau tidak ada hubungkait dengan Akhirat. Terpisah ini tidak kira sama ada di bidang ekonomi, politik, pen-didikan, pentadbiran, kebudayaan, perhubungan dan lain-lain lagi. Dengan kata-kata yang lain, faham sekular itu ialah faham keduniaan semata-mata. la tidak ada sangkut paut dengan Akhirat.
Ertinya, bagi orang yang berfaham sekular, hidup di dunia ini hanya habis di dunia. Kalau untung pun hanya berlaku di dunia. Kalau rugi pun hanya berlaku di dunia. Sama ada susah atau senang, hanya di dunia. la tidak akan dipersoalkan lagi di Akhirat. Dosa dan pahala tidak masuk kira di sini kerana kehidupan itu hanya di dunia semata-mata.
Di dalam faham sekular, syariat tidak diambil kira. Syariat tidak ada tempat dalam kehidupan. Tuhan tidak campur tangan di dalam kehidupan manusia. Oleh yang demikian manusia boleh buat apa sahaja. Yang penting mendapat untung. Yang diperlukan adalah pembangunan dan kemajuan. Yang mustahak mendapat kemenangan dan kejayaan walau apa cara sekalipun. Walau terpaksa menghalalkan cara. Halal dan haram jangan difikirkan. Pantang larang jangan diambil kira.
Mengikut fahaman sekular, dunia bukan jambatan untuk Akhirat atau bukan tanaman untuk Akhirat. Segala apa yang berlaku di dunia ini hanya habis di dunia semata-mata. Tidak timbul soal dosa dan pahala dalam faham sekular. Tidak ada kehidupan di Akhirat atau tidak ambil pusing kehidupan di Akhirat. Kalaupun percaya dengan hari Akhirat, tetapi acuh tidak acuh. Seolah-olah Akhirat itu hendak dilupakan atau tiada. Bahkan sesetengah orang tidak senang dengan kehidupan Akhirat. Sebut sahaja Akhirat, hati benci, mulut mencemik. Orang yang menyebut Akhirat dirasakan kolot dan sudah ketinggalan zaman.
BERSAMBUNG.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aisehh maann.....lama tak masuk ingat dah habis bab bengong ni, rupa-rupanya masih ada lagi syok sendiri. Takperlah sebab Tatie bukan orang Rufakak (ikut pengakuan dulu) maka tak mengapa lah dia menyanjung tinggi Asaari @ Ashaari Muhammad itu. Kalau orang Rufakak sendiri yang menyanjung sembah Asaari....lain pulak cerita jadi nya.
Get yourself into the basket and lift yourself.....hehehehehee! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 4-1-2006 12:37 PM
Aisehh maann.....lama tak masuk ingat dah habis bab bengong ni, rupa-rupanya masih ada lagi syok sendiri. Takperlah sebab Tatie bukan orang Rufakak (ikut pengakuan dulu) maka tak men ...
memang lama bebeno pak grave tk masuk..apa habaq, dgr khabar banjir teruk...hows everything, back to normal dah kot...
kalau ada kerugian aper-aper tu, kena ler sabar dan redha....sebb Tuhan boleh beri dan dia juga berhak ambil semula apa yg diberikan kepada kita...
itu sebagai ujian yg positif utk meningkatkan rasa kehambaan seorg insan, supaya kita sedar bahawa segala harta, kekayaan, hatta nyawa kita sendiripun adalah di atas ehsan Tuhan kepada kita...kita tidak memiliki apa-apa, semua itu pemilik mutlaknya hanyalah Tuhan... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 4-1-2006 12:51 PM
memang lama bebeno pak grave tk masuk..apa habaq, dgr khabar banjir teruk...hows everything, back to normal dah kot...
kalau ada kerugian aper-aper tu, kena ler sabar dan redha....sebb Tuhan ...
Terima Kasih dan alhamdulillah keadaan beransur pulih di sini sekarang. Rezeki yang Allah beri dan rezeki itu jugalah yang Allah boleh tarik bila-bila masa. Kita hambaNya cuma perlu redho atas ketentuanNya. Ramai orang lain yang lebih teruk lagi ditimpa bencana dan ujian yang lebih hebat lagi.
Alangkah baiknya kalau Rufakak yang terkenal ramai bisnesmannya yang kaya raya datang membantu orang-orang miskin yang teruk di timpa bencana banjir ni. Kesian kat depa nuu. Alangkah...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 4-1-2006 01:16 PM
Terima Kasih dan alhamdulillah keadaan beransur pulih di sini sekarang. Rezeki yang Allah beri dan rezeki itu jugalah yang Allah boleh tarik bila-bila masa. Kita hambaNya cuma pe ...
Alhamdulillah..kalau dah ok...
Memang kami di Rufaqapun Allah izinkan utk turut sama merasai kesusahan penduduk Utara dek kerana banjir kerana ia juga melanda Kawasan Rufaqa Utara iaitu Kubang Pasu, di sana adalah pusat projek pertanian dan perternakan Rufaqa.
Apapun, kerugian yang kami hadapi dari segi maddi (material), tidak menjadi hal sangat kepada kami, yang kami semua risaukan kalau ada yang tidak dapat sabar dan redha dengan ujian tersebut. Alhamdulillah berkat tarbiah dan didikan Ustaz Ashaari Muhammad, kesemua kerugian dalam bentuk material itu kami semua terima dengan positif malah dengan rasa malu kerana Allah masih sayangkan kami dengan mengingatkan bahawa semua itu milik mutlak Allah, kami hanya mengusahakan, dan terpulanglah kepada Allah untuk merencanakannya.
Jadi, terjawab agaknya persoalan pak grave tersebut...alangkah baik kiranya pak grave sudi dtg menjenguk projek-projek yg diusahakan oleh Remaja Harapan tersebut..tk datang ke tengok KArnival Remaja Harapan yg diadakan di Jitra baru-baru ini, dapat sambutan baik dari masyarakat setempat, terkejut depa tgk anak-anak remaja yg sepenuhnya terlibat dalam projek tersebut, sebahagian dari mereka adalah remaja yg bermasalah yg diserahkan oleh ibubapa yg tidak sanggup lagi mendidik anak-anak ini (dadah, budaya kuning dsbnya......tetapi sekrg ini kita sendiri akan malu melihat betapa mereka ini begitu TERDIDIK dan BERWIBAWA setelah diberi didikan rohani dan dididik dengan kasihsayang dan menurut fitrahnya maka telah menjadi REMAJA HARAPAN negara.. ini diakui oleh pihak pentadbir negeri Kedah sendiri... Beberapa orang dari mereka telah dipilih untuk mewakili Kedah ke seminar REMAJA peringkat Kebangsaan.
Kenalilah Allah kita akan sabar
Kenalilah Dia yang menjaga kita
Bahkan Tuhan menjaga seluruhnya
Kenalilah Dia agar kita perlukanNya
[ Last edited by serihartatie at 4-1-2006 02:22 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah di dalam Kehidupan
Ada masalah di dalam kehidupan bukanlah satu masalah
Masalah memang sudah menjadi sunnatullah di dalam
kehidupan di kalangan insan
Yang menjadi masalah bukan masalah itu,
yang menjadi masalah orang tidak tahu peranan Tuhan
Tidak kenal Tuhan dan peranan-Nya itulah yang sebenarnya masalah
Jadi sudah jadi dua masalah, yang bukan masalah jadi masalah,
yang masalah memanglah masalah
Apabila tidak kenal peranan Tuhan masalah itu memanglah
jadi masalah dua kali masalah
Kalaulah masalah itu adalah jadi masalah,
kekasih Tuhan tidak akan ditimpakan masalah
Kalaulah masalah itu adalah masalah, Rasul, Nabi
Tuhan tidak akan timpakan mereka masalah
Tapi Tuhan datangkan berbagai-bagai masalah kepada kekasih-Nya,
Tuhan tahu pada mereka bukan masalah
Kerana itulah mereka ditimpakan masalah
Pada mereka masalah itu adalah ibadah
Masalah itu adalah kecintaan dan keredhaan Allah
Kerana itulah masalah itu mereka tidak jadikan masalah
Bahkan mereka rasa bahagian dengan masalah
Dengan masalah rasa kehambaan mereka bertambah
Rasa kehambaan itu adalah ibadah kepada mereka,
pangkat dan darjat di dalam Syurga
Oleh itu Tuhan sering sahaja menambahkan mereka itu
dengan berbagai-bagai masalah
Tuhan bertambah cinta kepada mereka dengan masalah,
yang mereka anggap bukan masalah tapi ibadah
Maha Suci Tuhan menyeksa kekasih-kekasih-Nya
Orang yang bodoh sahaja yang tidak faham kerja-kerja Allah
Pada Tuhan masalah yang ditimpakan kepada
kekasih-kekasih-Nya bukanlah masalah
Kerana itulah Tuhan biarkan sahaja mereka bermasalah
Dengan masalah-masalah itulah mereka mendapat
ketinggian darjat di dalam Syurga
Sungguh pelik kerja Tuhan, payah hendak difaham oleh orang biasa
Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 4-1-2006 02:17 PM
alangkah baik kiranya pak grave sudi dtg menjenguk projek-projek yg diusahakan oleh Remaja Harapan tersebut..tk datang ke tengok KArnival Remaja Harapan yg diadakan di Jitra baru-baru ini, dapat sambutan baik dari masyarakat setempat
Sori ler....ene yang duduk Kubang Pasu ni tak nampak perkembangan yang Rufakak lakukan. Angin-anginnya pun tak terasa. Yang ene nampak cuma adalah 2 kedai Rufakak di Tanah Merah, Jitra yang hidupnya segan matinya tak mau. Restorennya sepi sentiasa tadak orang. |
|
|
|
|
|
|
gabantaro This user has been deleted
|
thread ni terlalu 'keras', bahaya utk kapal2 kecil :nana:
aku nak tanya, dulu kan abuya dah declare sesat, siap tayang kat TV lagi, tapi skang abuya kembali dgn rufaqa la plak setelah nama commercial al-arqam diharam. adakah abuya masih membawa ajaran lama disebalik nama yg baru? [aku sekadar bertanya sbg org awam] |
|
|
|
|
|
|
| |
|