CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mentollica

Umrah

 Close [Copy link]
Post time 31-1-2008 04:15 PM | Show all posts
suka saya baca tentang perjalanan ustaz ke amman, madinah dan mekah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2008 06:11 PM | Show all posts

Reply #961 naasiha's post

Saya menyimpan harapan suatu hari  nanti dapat menjadi jemaah ustaz, mengerjakan umrah sambil berziarah ke negara-negara  Islam yang banyak peninggalan sejarahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 06:31 PM | Show all posts

Reply #961 naasiha's post

ust....minta nasihat sikit......

sy akan ke syria satu minggu pada april ni, klu transit di Arab Saudi.. lepas tu keluar buat umrah.....ok ke? minta nasihat ustaz sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 02:08 PM | Show all posts
rina akan pergi 23 april..insyallah..nak tanya sikit...siapa pernah tingal kat fayroz al shatta(madinah) di mekah pula fairuzla....rasanya belah masjid kuching..saper yg tahu pls cerita yer ttg kedudukan  apartment ni..

[ Last edited by  rinafarha1709 at 4-2-2008 02:30 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 01:14 PM | Show all posts
Originally posted by khg at 2-2-2008 06:31 PM
ust....minta nasihat sikit......

sy akan ke syria satu minggu pada april ni, klu transit di Arab Saudi.. lepas tu keluar buat umrah.....ok ke? minta nasihat ustaz sikit.


Nak mengerjakan umrah boleh tetapi mesti uruskan visa di Saudi Embasy, KL . Ada pun apabila sampai di Damsyik baru nak uruskan visa maka itu urusan yang sangat sukar  .

Sekain wassalaam.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 01:30 PM | Show all posts
Originally posted by rinafarha1709 at 4-2-2008 02:08 PM
rina akan pergi 23 april..insyallah..nak tanya sikit...siapa pernah tingal kat fayroz al shatta(madinah) di mekah pula fairuzla....rasanya belah masjid kuching..saper yg tahu pls cerita yer ttg k ...


Hotel Fairuz Shatta tu terletak di sebelah belakang dan hampir dengan tempat solat wanita. Hotel itu bagus. Saya juga akan ambil hotel itu untuk April ini tapi untuk cuti sekolah agak sukar nak booking hotel itu kerana banyak permintaan.

Ada pun Fairuzia ok  lah cuma jauh sedikit. Walau bagimana pun jauh tak jadi masalah sebenarnya , makin jauh makin banyak pahalanya. Cuma bagi orang tua yang tak larat kurang sesuai.

Disini saya ingin mengingatkan kepada semua tentang penamaan " Masjid Kucing ".
Sebenarnya saya tak pernah bertemu dalam mana-mana kitab Haji berbahasa Arab dan kitab Melayu ( Jawi ) kalsik, begitu juga dalam mana-mana kitab Traikh ( sejarah ) yang menyebut nama " Masjid Kucing ". Saya pun tak tahu dari mana nama ini diperolihi dan siapakah yang mula-mula memanggilnya.

Nama masjid ini yang sebenarnya ialah " Masjid Ar Royah ", maksudnya " Masjid Bendera ". Kenapa dinamakan " Masjid Ar Royah " ?

Ianya berkaitan dengan sirah Nabi Sallallaahu`alaihi wasalam. Pada tahun 6 Hijrah Rasulullaah  Sallallaahu`alaihi wasalam  masuk ke kota Makkah untuk membuka kota Makkah dan terkenal didalam sejarah Islam dengan  " Fathu Makkah ". Sebelum Nabi Sallallaahu`alaihi wasalam menuju ke al Masjidil Haram , baginda dan para sahabat Radhiallaahu `anhum berhenti di suatu tempat untuk memacakkan bendera ( panji ). Oleh itu kemudiannya di tempat itu didirikan masjid dengan nama " Masjid Ar Royah ", bukan masjid kucing.

WALLAAHU `AA`LAM.

Semoga bermanfaat.  Semoga anda dan semua forumers yang mengerjakan umrah mendapat umrah mabruroh. Aamin.

Wassalaamu `alaikum warhmatullaahi wabarakaatuh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2008 02:38 PM | Show all posts
terima kasih byk2 atas penjelasan...maaf naasiha...pihak travel agensi yg bgtahu rin..hotel tu dekat dgn masjid kucing...lepas ni rin akan sebut nama Masjid Ar Royah ....

jarak antara fairuzia dgn masjidilharam dlm berapa meter???
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 02:53 PM | Show all posts

Reply #901 bantal_oren's post

Sedihkan....tak termasuk mabuk laut lagi....

Tapi kerana kekuatan semangat mereka untuk mengerjakan rukun Islam yg Islam yang Kelima semua tu ditolak ketepi....

Kita amat beruntung kerana sekarang ni macam-macam kemudahan disediakan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2008 03:21 PM | Show all posts

Reply #951 naasiha's post

Assalamualaikum,

Ustaz,

Sedikit pertanyaan dari saya, bagaimana sekiranya kita tidak ada mahram, apakah boleh kalau ingin mengikuti kumpulan ustaz.  Bukannya apa ustaz, dua tahun lepas anak buah saya bersama kawannya mendaftar untuk menunaikan umrah (bukan dengan Tabung Haji) lagi 2 minggu dari tarikh nak berlepas travel agent masih belum dpt carikan mahram untuk mereka.  Walaupun akhirnya mereka dapat juga pergi.  Mereka dimaklumkan ramai jemaah sekarang tak nak menjadi mahram orang yg mereka tak kenal - takut banyak masalah akan timbul.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 05:13 PM | Show all posts
apa nama travel agensi ustat???
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 12:42 AM | Show all posts

Balas #970 melati00\ catat

Boleh kalau nak ikut group saya tetapi sebelum itu sila baca dahulu thread saya yang lepas berkaitan dengan pandangan ulama besar tentang wanita berumrah tanpa mahram. anyway saya dah hantar mesej kepada puan/cik. Sila baca mesej itu.

Sekian Wassalaamu `alaikum warhmatullaahi wabarakaatuh
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 12:48 AM | Show all posts

Reply #968 rinafarha1709's post

Fairuzia itu terletak berdekatan dengan Hera palace. Bagi orang muda tempatnya tidaklah jauh. Cuma bagi orang tua masalahnya cuma nak mendaki sahaja kerana ianya menuju ke babus Salam. Jadi sebelah pergi tak jadi masalah tapi nak balik dari masjid letihlah juga bagi orang tua untuk mendaki . Walaubagaimana pun boleh lah masuk ke tempat sa`i tingkat atas kalau tak mahu mendaki.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 12:27 PM | Show all posts
Originally posted by naasiha at 6-2-2008 12:42 AM
Boleh kalau nak ikut group saya tetapi sebelum itu sila baca dahulu thread saya yang lepas berkaitan dengan pandangan ulama besar tentang wanita berumrah tanpa mahram. anyway saya dah hantar mesej kepada puan/cik. Sila baca mesej itu.

Sekian Wassalaamu `alaikum warhmatullaahi wabarakaatuh


Assalamualaikum ustaz,
boleh saya tahu thread tentang mahram ni kat mana, kalau tajuk thread yg sama ni mungkin ada forumner lain yg tahu m/s berapa contohnya. saya teringin juga nak menunaikan umrah bersama ibu saya sambil melawat tempat bersejarah lain mengikut kumpulan ustaz - kalau tidak keberatan. tapi ayah dah takde dan tiada adik beradik lelaki, jadi saya mungkin patut baca lebih lanjut tentang mahram seperti yg ustaz kata ni.

terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 08:25 PM | Show all posts

Reply #974 joules's post

Wa`alaikumus salaam warahmatullaahi wabarakaatuh.

Sila pergi ke thread yang berikut:

http://forum3.cari.com.my/viewth ... page=28#pid14104811

Sebenarnya apa yang saya sebut hanyalah pandangan ulama tentang hukum wanita berumrah tanpa mahram. Ianya tidak ada kena mengena dengan procedure untuk mendapatkan visa umrah.

Kalau dahulu memang pandangan ulama Saudi amat keras iaitu mereka mengatakan haram wanita berumrah tanpa mahram tetapi sekarang pandangan ulama mereka mula berubah. Mereka mula membenarkan wanita yang berumur 45 tahun ke atas berumrah dengan syarat bersama dengan sekumpulan wanita yang sama umurnya.

Kalau saudari bertekad untuk pergi masalah saudari tak susah , kita boleh uruskan, insha ALLAH. Sila lihat mesej yang saya akan hantar kepada saudari dalam e mail saudari.

sekian wassalaamu`alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 08:26 PM | Show all posts

Reply #974 joules's post

Wa`alaikumus salaam warahmatullaahi wabarakaatuh.

Sila pergi ke thread yang berikut:

http://forum3.cari.com.my/viewth ... page=28#pid14104811

Sebenarnya apa yang saya sebut hanyalah pandangan ulama tentang hukum wanita berumrah tanpa mahram. Ianya tidak ada kena mengena dengan procedure untuk mendapatkan visa umrah.

Kalau dahulu memang pandangan ulama Saudi amat keras iaitu mereka mengatakan haram wanita berumrah tanpa mahram tetapi sekarang pandangan ulama mereka mula berubah. Mereka mula membenarkan wanita yang berumur 45 tahun ke atas berumrah dengan syarat bersama dengan sekumpulan wanita yang sama umurnya.

Kalau saudari bertekad untuk pergi masalah saudari tak susah , kita boleh uruskan, insha ALLAH. Sila lihat mesej yang saya akan hantar kepada saudari dalam e mail saudari.

sekian wassalaamu`alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2008 12:57 PM | Show all posts
ustaz naasiha
saya bercadang nak ke Syria dan Jordan tahun ini..hajat saya untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai tempat yang lazimnya dilawati sebelum pegi ke sana..boleh-kah ustaz nyatakan buku atau link yang boleh dibaca sebelum ke sana..pengalaman saya kalau pegi tanpa mengetahui sejarah atau pengetahuan, kita seperti kurang menghayatinya...terima kasih atas nasihat ustaz mengenai perkara ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2008 03:10 PM | Show all posts

Reply #977 IDB's post

Kalau hanya nak melawat Jordan dan Syria tanpa berumrah memang banyak tempat yang boleh dilawati. tetapi kalau umrah sambil melawat hanya boleh melawat beberapa tempat sahaja. Saya ada nama individu yang boleh di contact di syria dan Jordan. anda boleh menggunakan khidmatnya apabila disana nanti.

Sekian wassaalaam
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2008 03:56 PM | Show all posts

Reply #978 naasiha's post

terima kasih...akan saya contact ustaz bagi mendapat maklumat selanjutnya apabila perkara ini dimuktamadkan.
terima kasih sekali lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 10:32 PM | Show all posts
Assalaamu`aalaikum warahmatullaahi wabarakaatuh

Semoga kita semua diberkati ALLAH.

Untuk pengetahuan semua, pagi tadi wakil saya ( kawan ) di Makkah menalipon saya , berbincang dengan saya hotel penginapan di Makkah untuk bulan April dan Mei nanti. Menurut katanya area Shamiah, Qaroroh dan Ghazzah akan dirobohkan dan ianya meliputi 600 buah hotel dan apartment. Setakat ini proses meroboh belum di lakukan lagi. Cuma tak dapat dipastikan lagi samada bulan April ini mula dirobohkan atau tidak. Sekiranya dirobohkan maka agak sukar nak dapatkan yang berhampiran dengan Al Masjidil Haram.  

Menurut katanya, harga hotel dan Apartment yang di sebelah Misfalah dan Jiyad naik sekali ganda ekoran dari proses merobohkan yang akan dilakukan nanti.

Dengan penjelasan ini adalah diharapkan kepada semua yang nak mengerjakan umrah agar sentiasa bertanya tentang perkembangan ini kepada syarikat travel agensi masing-masing

Sekiranya proses runtuhan ini akan dilakukan maka nampaknya Travel Andalusia dapat kredit kerana penginapannya memang bukan dalam area yang akan dirobohkan.

Oleh kerana proses runtuhan ini besar kemungkinan harga pakej umrah akan naik lagi kerana hotel dan apartment telah menaikkan harga, lebih-lebih lagi selepas pilihanraya nanti yang mana tak jelas lagi samada minyak akan dinaikkan atau tidak. .

Diantara hotel-hotel yang terletak dalam area yang diruntuhkan ialah semua hotel yang menghala ke Ghazzah seperti Sheraton, Fairuzia, Reem, Ar Rashid, Najd, Hera` Palace, Najd , Al `Attar , Marwah, Firdaus Marwah dan lain-lain. Ianya bermula dari  semua bangunan yang di atas bilik air ( Babus Salam ) sehingga ke Masjid Royah (namanya bukan Masjid Kucing ).

Dari Qororoh pula melibatkan hotel-hotel yang di sebelah paip zamzam dan berhampiran dengan nya sehingga ke atas lagi dari Darus salam. Ini bermakna Hotel besar Sofitel pun turut musnah nanti. Begitu juga Darul Huda, Fattah Huda, Bilal, Farah dan lain-lain lagi .saya tak ingat kerana terlampau banyak hotel.

Begitu juga di Shamiah yang melibatkan hotel-hotel yang berhadapan dengan masjid ( seberang jalanraya) seperti Qurtuba, Shaima, Asia Palace, Raid, New Safa, Jauharah Muna, Jauharah Shati` sehinggalah ke Hotel Safa.

Saya juga berharap kepada semua syarikat Travel ejensi yang membaca mesej ini supaya menghubungi wakil di Makkah agar dapat penjelasan yang selanjutnya dan berurusan untuk memilih hotel dari sekarang, supaya tidak kelam kabut nanti.

Dalam usaha untuk meluaskan Al Masjidil haram maka kerajaan Arab Saudi dibawah pimpinan Raja Abdullah telah mengambil keputusan untuk membiayai projek ini. Dahulu Raja Fahd telah meluaskan Al Masjidin Nabawi. Sewaktu itu saya berada di tahun akhir Universiti Islam Madinah. Sekarang raja Abdullah pula nak luaskan Al Masjidil Haram sebelum meninggalkan dunia yang fana ini.

Usaha ini memanglah elok tetapi nampaknya tempat penginapan jemaah haji dan umrah agak jauh dan untuk sampai ke Baitullah pun jauh juga walau pun kita masih berada dalam Al Masjidil Haram sebagaimana sewaktu kita berada dalam Al Masjidin Nabawiy di Madinah..

Sekian mudah-mudahan mesej ini memberi manfaat.. Semoga kita semua sentiasa dibimbing, diberkati, dirahmat dan di lindungi ALLAH dari segala musibah. Aamin Yaa Rabbal `aa lamin.
Wassalaamu `alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

[ Last edited by  naasiha at 13-2-2008 10:38 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 09:02 AM | Show all posts

Reply #979 naasiha's post

Terima kasih atas info terkini yang ustaz berikan.  Ustaz umpama pintu gerbang maklumat kepada kami semua.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.275371 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list