KAKU kakinya saat ini. Terasa sudah dipasak di atas tanah. Dari halaman rumah yang luas dan rumah besar yang tersergam indah itu, jelas dia melihat beberapa buah kereta berjenama mahal tersadai di situ dan dari pintu rumah yang terbuka luas itu, ramai yang sedang berbual mesra dengan dua orang kanak-kanak bermain-main di anjung rumah. Suasana yang terang benderang dengan cahaya lampu di setiap penjuru pagar dan juga di anjung rumah dan muka pintu, cukup meriah dan menarik. Bermakna Dr. Harlina bukan dari keluarga yang biasa-biasa. Luar biasa baginya!
"Apa yang awak tercegat lagi kat situ? Marilah!" Ajak Harlina bila melihat Nicki dari tadi tidak berganjak dari tepi kereta.
"Err..ramainya orang kat dalam. Majlis apa sebenarnya ni?" Nicki sudah menggelabah. Dia menggaru kepala.
"Alah...family gathering je. Marilah! Dia orang tunggu kita tu!" Lagi sekali Harlina mengajak Nicki yang masih terkulat-kulat di situ.
Perlahan Nicki mengatur langkah. Terasa sudah kelam kabut langkahnya bila semakin dekat dengan tangga menuju ke ruang tamu. Ah, serba tak kena dibuatnya. Terpaksa dia berlagak biasa walau dalam hati dup dap dup dap bagai dipam dari pili bomba lagaknya. Senyuman diukir sebaik kakinya mula melangkah masuk ke ruang tamu. Mak aih..memang meriah! Rasa-rasanya kalau dikira, cukup satu pasukan bolasepak!
"Nik..come.." Ajak Harlina lagi. Lelaki itu masih di muka pintu.
"Ya..ya.." Nicki tersipu di situ. Sudah terbalik rasanya, terasa dia pula seperti anak dara. Ah..apa-apa jelah!
Nicki mula bersalam dengan kaum lelaki yang ada di situ sambil diperkenalkan nama masing-masing. Papa Dr. Harlina, abang, adik, paklang dan pakngah. Yang perempuan pula, mama, makngah, maklang, dan isteri kepada adik lelaki Dr. Harlina. Dua orang kanak-kanak, lelaki dan perempuan. Yang perempuan berusia tiga tahun dan yang lelaki berusia lapan tahun, petah bercakap.
Mereka kemudian bersama ke ruang dapur menikmati juadah makan malam yang sudah terhidang di atas meja makan yang besar. Nicki hanya melemparkan senyuman saja bila diajukan pertanyaan. Harlina yang lebih banyak bercerita itu ini. Nicki memerhati sikap doktor muda itu yang begitu mesra dengan ahli keluarga. Rapat. Hampir sejam di situ, mereka kembali ke ruang tamu semula berehat dan berbual-bual pula di situ dan dihidangkan pula minuman panas dan pemanis mulut.
"Hmm..dah lama kenal Lina?" Dr. Zaim, papa Harlina, pandang Nicki yang sedang duduk berhadapan dengannya.
"Err..baru saja lagi uncle." Nicki tergagap-gagap ketika ini. Sudah terasa dia bakal ditembak dengan banyak soalan nanti.
"Kerja apa?"
"Saya kerja biasa je uncle..tak hebat macam Dr. Harlina ni..kuli je.." Nicki merendah diri. Hai la..memang sah dia sudah disoalsiasat.
"Tak apa...janji halal. Mak ayah ada lagi?" Dr. Rubiah , mama Harlina pula mencelah.
"Ayah dah tak ada...mak masih ada..dia tinggal di Korea bersama dengan abang saya." Nicki berterus terang.
"Korea?" Kali ini Haris, abang Dr. Harlina pula menyampuk.
"Ya..mak saya orang Korea. Ayah saya orang Terengganu..nenek masih ada di Terengganu.." Nicki semakin ramah. Dia mula rasa selesa. Sempat dia menjeling Dr. Harlina yang duduk di sebelahnya. Tersenyum gadis itu memandangnya dari tadi.
"Oh..I see..patutlah muka macam muka...apa tu? Yang orang duk sibuk sekarang ni..Kpop?" Hazim, adik bongsu Dr. Harlina turut menyampuk sama sambil tersenyum.
Merah muka Nicki saat ini. Hai..terpaksalah telan semua itu. Dah memang itu hakikatnya.
"Hmm..uncle pun ada keturunan Jepun. Ayah uncle orang Jepun. " Dr. Zaim semakin mesra dengan Nicki.
Nicki hanya mampu tersenyum. Dia sudah tahu, Dr.Harlina yang beritahu semua itu padanya sebelum ini.
"Hmm...serius ke dengan Lina?" Kali ini paklang pula yang bertanya.
"Err..se..serius.." Nicki sudah berpeluh sakan. Rasanya suhu penghawa dingin seperti sudah tidak berfungsi.
"Kalau macam tu, kita buat cara adat. Hantar pinangan atau pun terus saja adakan majlis nikah. Lagi elok rasanya.." Ujar Makngah pula.
Nicki sudah semakin berpeluh.
"Uncle nak kahwin dengan maksu?" Aiman, anak abang sulung Dr. Harlina pula bertanya.
Terkebil-kebil Nicki di situ. Malu pula bila ditanya budak sekecil itu. Apa dia nak jawab ni?? "Err...ya..."
"Uncle boleh kahwin dengan maksu tapi uncle kena cakap apa yang Aiman nak cakap ni..kena betul tau?" Aiman sengih.
Nicki sudah semakin terkebil-kebil. Terpinga-pinga. Entah apa la budak itu hendak menyuruhnya buat nanti. Dia mengalih pandang pada yang lain di situ. Semuanya sudah seperti tersenyum-senyum.
"Kalau uncle lulus sebut macam Aiman sebut, uncle boleh kahwin dengan maksu." Aiman sengih, nampak gigi rongak di depan.
"Err...apa dia?" Nicki cuba melayan kehendak Aiman, dia jeling abang sulung Dr. Harlina yang juga sudah sengih di sisi isterinya. Pelik pula melihat semua orang di situ seperti sudah tahu apa yang bakal ditanya Aiman nanti.
"Ok..uncle kena cakap sebiji macam Aiman cakap, laju-laju dan betul!" Aiman sengih. Dia berdiri betul-betul di depan Nicki. Matanya menjeling Dr. Harlina sekilas. Sengih lagi.
"O..ok.." teragak-agak Nicki menjawab.
Aiman mula menarik nafas dalam-dalam dan mula. " Kakakku kekok kuku kakiku kikis kekah..Go!!" Sekali nafas dia melontarkan ayat itu dengan laju tanpa tersekat-sekat.
Terdiam Nicki. Dia menelan liur. Kelu lidahnya ketika ini.
"Aiman..sudahlah..tak baik buat uncle Nik macam tu. Maaf ya Nik, Aiman tu memang macam tu. Kalau ada orang baru je, dia suruh cakap macam tu.." Isteri abang sulung Dr. Harlina mula mencelah. Aiman ditarik ke pangkuannya.
"Tak apa.." Nicki sengih.
"Uncle..nak main lagi tak?" Aiman mula ke pangkuan Nicki dan sengih lagi di situ.
"Sudahlah tu Aiman. Uncle nak balik dah tu.." Harlina pula senyum. Aiman sudah mula mesra dengan Nicki.
Nicki pula mula minta diri dan sebelum dia pergi, sempat dia pegang bahu Aiman sambil duduk mengadap Aiman yang masih berdiri di depannya. "Uncle akan cakap macam tadi tapi lebih laju dari Aiman tau!"
"Bila uncle?"
"Nanti uncle datang lagi." Nicki cubit hidung Aiman dan dia mula bersalam dengan yang lain sebelum menapak ke kereta semula ditemani Dr. Harlina.
Sempat Harlina meminta maaf bagi pihak anak saudaranya yang petah bercakap dan suka membuli tetamu.
"Tak apa..saya pergi dulu.." Nicki melemparkan senyuman dan dia mula memandu keluar dari halaman rumah Dr. Harlina.
Sepanjang perjalanan, Nicki ketawa mengekek mengingatkan semula 'permainan' Aiman tadi. Terasa muka sudah tebal berinci-inci! Malu pada budak sekecil Aiman yang laju saja menyebut ayat itu tadi. Sekali lagi Nicki cuba menyebut ayat itu semula. Masih tidak selaju Aiman dan masih tidak tersusun perkataannya. Dia ketawa sendiri.
Ok sambung sikit..sebelum masuk lab...Nicki..ko jangan benci lagu The Lazy Song Bruno Mars tu..aku suka versi lab Song ..
NICKI memandu pulang ke rumah. Keretanya membelok ke sebuah lot kedai. Niatnya ingin membeli air mineral dari kedai 24 jam itu. Dia melangkah keluar dari perut kereta sebaik kereta diparkir di depan kedai itu dan mula masuk ke dalam kedai menuju ke arah peti sejuk. Langkahnya terhenti. Tergamam melihat Arisha sedang leka mencari sesuatu di atas rak yang ada pelbagai jenis roti. Pantas saja dia mencari kelibat Conan. Tiada pula batang hidung mamat tu. Nicki tidak jadi membeli air mineral, dia berpusing ke arah pintu masuk semula.
"Eh, Nicki!"
Terdiam pula Nicki di depan pintu. Conan sudah menapak masuk ke situ. Itulah pertama kali dia bersua muka dengan sahabat baiknya setelah Conan bernikah dengan Arisha. Serba salah pula dia berdiri terpacak di situ lalu senyuman dilemparkan.
"Nan..kau buat apa kat sini?" Nicki bersalam dan peluk Conan seketika.
"Arisha..dia nak beli roti. Hanya kedai ni je yang buka 24 jam. Kau dari mana ni?" Conan sudah berseri muka, gembira bertemu Nicki. Dia tahu jauh dalam hati Nicki, mungkin lelaki itu sengaja mengelak dari berjumpanya kerana Arisha.
"Oh..err..aku balik dulu.." Nicki ingin mengatur langkah semula tetapi ditahan Conan.
"Nicki..aku tahu, kau tak nak jumpa Arisha kan? Kau sengaja mengelak dari kami. Apa salah aku?" Conan merenung Nicki yang sudah kelihatan serba salah.
"Kau tak salah apa-apa. Arisha pun tak salah apa-apa. Aku hanya nak bersendiri." Nicki senyum tawar.
"Nicki.."
Serentak Nicki dan Conan berpaling ke arah Arisha yang sudah tercegat tidak jauh dari mereka berdua. Di tangan Arisha ada dua bungkus roti. Nicki segera minta diri. Dia tidak sanggup menatap wajah Arisha yang memandang sayu ke arahnya. Tidak sepatutnya dia berada di situ bila Arisha dan Conan ada sekali. Laju saja dia melangkah keluar.
Arisha terkaku di situ. Nicki dipandang hingga hilang dari matanya. Benar, Nicki sudah tidak kenal dia lagi. Nicki sudah jauh darinya. Nicki sudah lupakannya. Apakah kerana dia sudah menjadi isteri Conan, Nicki bersikap begitu? Takkan sampai begitu sekali lelaki itu kecewa sehingga membencinya begitu sekali?
"Arisha..sudahlah. Bak sini roti tu..saya bayar.." Conan ambil bungkusan roti dari tangan Arisha dan pergi ke kaunter. Arisha masih berdiri di situ dengan mata masih menghala ke arah parkir kereta.
Usai membayar, Conan mengajak Arisha pulang. Sepanjang perjalanan pulang, Arisha hanya diam membisu. Apa yang ditanya Conan, langsung tidak dijawab.
Ni lagu untuk Arisha yang kuciwa ngan sikap Nicki..