|
ANDAINYA KAU JADI MILIKKU ( rating U) - SAMBUNGAN ( SUDAH TAMAT)
[Copy link]
|
|
aduh..teruk betul pompuan gini..saya dulu wat gak praktikal..ade juga minat2 abg2 kat tmpt praktikal..tpi xde la cam ni..hehee |
|
|
|
|
|
|
|
tq smiley coz santapan tadi
pompuan nie mental laaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 941# naza81
Si Izlyn ni tak ingat dosa |
|
|
|
|
|
|
|
ish tension lak ngan kegedikan si izlyn ni |
|
|
|
|
|
|
|
gedik sungguh si izlyn ni!!!.. :@
kalau aku najlah dh lame aku ketuk2 kepala die.. hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sang_arjuna at 6-8-2010 00:50
kita biar izlyn meroyan kena tinggal
buat part lomentik ( sket sket saja) yem & lala pula
......................................................................................
Matanya di buka perlahan lahan. Sekelilingnya gelap. Dia cuba bergerak tapi ada sesuatu benda menindihnya. Perasaan cemas mula menyelubungi. Najlah cuba focus tapi kelopak matanya berat. Di mana aku? Segalanya terasa asing. Bantal, tilam, katil, bau bilik pun berbeza. Tapi bau maskulin peluh bercampur cologne Davidoff macam biasa di hidu.
“ Hi sayang. Kenapa? Mengigau kah?” Adham membelai pipi Najlah. Najlah tersenyum lega. Dia menginjakkan sedikit lengan dan kaki Adham yang terdampar atas tubuhnya. Ingatkan kena tindih dengan jin.
“ Dah pukul berapa? Kita sempat tak sembahyang Subuh ? Kita kat mana ni? ” tanya Najlah, masih mamai. Dia menahan kuap dengan telapak tangan sambil membetulkan urat yang lenguh.
“ Baru pukul 3 lah sayang. Kita kat Royal Scotts di Singapore. Tak ingat kah?” Adham bermain dengan rambutnya yang mengurai. Oh… baru dia teringat. Semalam dia dan Adham melarikan diri dari Izlyn. Berbatu jauhnya kami melarikan diri hingga sampai ke Singapura. Banduan yang lari dari penjara pun tak lari sejauh itu. Nasib baik pemandu Datuk Jalil sudah biasa berulang alik ke Singapura dan pakar selok belok jalanraya di sini. Mereka sampai di sini hampir pukul 9 dan terus check in di hotel yang terletak di tengah syurga membeli belah.
“ Yem tak tidur kah? Bilik ni sejuk sangat? Selimut kan ada. ” Dia memusingkan badan dari posisi terlentang mengadap Adham. Selimut di tarik menutup dada Adham yang terdedah. Kalau Izlyn tengok mesti merembes sampai pengsan. Dia sendiri suka tidur berbantalkan dada Adham yang sasa.
“ Tak pakai selimut pun takpe. I tak sejuk bila I have my hot wife. Bukan I tak boleh tidur tapi I suka tengok you tidur. Nampak innocent sangat macam budak kecil.”
Najlah membetulkan baju tidur yang tersenget benget.
“Biarlah.. bukan orang lain yang tengok.” Adham tersenyum penuh makna. Malam yang sungguh hangat bagi mereka berdua masih belum berakhir.
“ Shahrul tak call kah? Apalah jadi kat Izlyn? Rasa kesian pula kat dia. Kena tidur seorang diri kat hotel. Dia mesti takut”
Potong stim betullah bini aku ni. Nak juga sebut nama budak tu.
‘ Satu malam saja. Besok awal pagi dah nak balik. I’m sure Shahrul dengan Jazlan boleh jaga dia. Kalau ada masaalah besar, Shahrul akan telefon Datuk Badri.” Dia sengaja menutup henfon. Aku nak enjoy setiap saat bersama Najlah tanpa gangguan.
“ I mean.. I tahu dia tak betul tapi mesti ada sebab kenapa dia jadi begitu. Takkan dia di lahirkan gila sebab dia boleh masuk UITM. Itu yang buat I kasihan kat Izlyn. “
“ You ni terlampau lembut hati, Lala. Kalau Izlyn tahu you wife I, dia mesti benci kat you. Entah apa di buatnya nanti. Tak payahlah nak bazir rasa kesian kat dia. Minah tu tak habis habis menyusahkan orang saja. Baik you kesian kat I. “ Tangan Adham mula meliar di tubuh Najlah.
“ Kenapa pula nak kesian kat you yang sihat walafiat, gagah perkasa ni?” Sentuhan Adham membuat dadanya berdegup kencang.
Adham meraba perut Najlah. “ Sebab I ada wife yang macam anak dara walaupun dah pregnant. You tahu tak Datuk Jalil tanya pasal you tadi. Dia berkenan nak buat you menantu dia. Nasib baik I tak mengamuk baling kerusi. “
“ Biar betul?! Habis tu you cakap yang I’m your wife?”
“ Masa tu Izlyn ada. Terpaksalah I bohong. I cuma cakap yang you dah tunang. Lala, boleh tak you makan banyak sikit? Bagi perut you buncit cepat. I jealous sangat bila orang pandang pandang my wife yang sexy ni” Adham mengucup dahi Najlah
“ Mana ada sexy. I pakai tudung lah. Baju yang I pakai tadi pun longgar.” sanggah Najlah. Dia menolak tubuh Adham dan bangun dari katil.
“ Eh, janganlah merajuk. You nak pergi mana ?” Adham terus memeluknya dari belakang. Najlah meronta.
“ I nak pergi bilik air lah. Tak tahan dah ni”
“ After that come back to bed. I pun tak tahan dah ni”
……………………………………………………………………………………….. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahha padan muka izlyn kena tinggal... blela dia nk tau yem n lala ni husban n wife..
si dato ni pun satu.. syang sangat nk pompuan gedix ni.. tak tau agaknya ank angat dia tu sewel.. |
|
|
|
|
|
|
|
“ Best kan lepak kat sini. I bukannya kata KL tak best tapi Singapore pandai mengekalkan kehijauan di tengah kota. Waktu tengahari pun teduh saja sebab banyak pokok besar” Najlah bersuara. Kepalanya di lentokkan ke bahu Adham. Mereka berdua berehat sebentar di tangga depan Takashimaya sambil makan aiskrim di balut roti perisa pandan. Sedap gila! Kat KL tak pernah lagi jumpa.
“ A’ah. I like this place kalau setakat nak visit, nak shopping. Tapi kalau nak tinggal kat sini, sorrylah. Besok nak pergi Sentosa Island?” “ Adham menjilat aiskrim keladi kegemarannya.
“ Yes! Nak.. nak. Dah lama I tak pergi sana. I dengar ada toboggan ride. Pastu kat Universal Studios mesti ada roller coaster” Lama dah aku tak lepas gian, sejak honeymmon di Gold Coast dulu. Sampai Adham merajuk sebab aku asyik nak ke amusement park.
“ Hel-lo. You lupakah you tengah pregnant. Jangan mengada nak naik toboggan lah, roller coaster lah. Pergi Underwater World pun tak boleh. Nanti baby terkenan dengan spesis ikan Jaws ke, obor obor kah” Adham meraba perut Najlah. Najlah menggeliat geli.
“ Janganlah raba raba. Nanti kena tangkap dengan polis Singapre. Indecent behaviour in public”seloroh Najlah
“ Pandailah awak. Tengok couple tu selamba saja bercium mulut depan orang” Mata mereka tertumpu pada pasangan remaja Cina yang sedang bercumbuan di tepi pancutan air. Najlah menggeleng kepala. Kecil kecil lagi dah pandai. Tapi anak Melayu pun apa kurangnya.
“ Izlyn dengan Shahrul dah sampai KL dah, kot” Tiba tiba Najlah bertanya
“ Buang masa saja fikir pasal budak tu.” Sejak melihat MMS yang mengandungi gambar kad kahwin dia dengan Izlyn dan juga puisi “ berdarah” . Hanya Tuhan yang tahu betapa marahnya dia ketika itu. Kalau di ikutkan bisikan syaitan , aku dah cekik si Izlyn.
“ Bila pulang nanti I nak suggest kat Datuk Badri supaya bawa Izlyn jumpa psychiatrist. “
Adham menelan airliur. Ada sesuatu yang di rahsiakan dari Najlah. Pagi tadi dia menerima panggilan dari Datuk Badri ketika Najlah sedang mandi
“ Apa yang Adham dah buat kat Izlyn?” Tanpa mukadimah Datuk Badri meninggikan suara.
“ Kenapa Uncle? Apa jadi dengan Izlyn? Dia okay saja semalam “
“ Jangan nak buat helah. You see me first thing on Monday morning!” tenking Datuk Badri sebelum menamatkan panggilan.
Masaklah aku. Silap silap kena buang kerja terus. Tapi bodohlah Datuk Badri kalau dia pilih untuk percayakan Izlyn tanpa usul periksa. Entah apa tipu helah yang di sampaikan pada godfathernya itu.
“ Kenapa diam ni? “ Najlah menyiku nya. Adham mengeluh. Baik aku berterus terang
“ Datuk Badri call pagi tadi. I think I’m in trouble pasal tinggalkan anak angkat kesayangan dia tu” Kepala Najlah di usap. “ Kalau I kena buang kerja, you still sayang I lagi tak?”
“ Merepeklah you ni. Takkan you kena buang kerja sebab benda kecil macam ni. Bukannya you curi duit syarikat atau sabotaj projek. “ Gabranya Datuk Badri. Macamlah besar sangat dosa kami.
“ You tak jawab my question. You sayang I lagi tak?” Adham mendongakkan dagu Najlah supaya mata mereka berpautan.
“ I tak jawab sebab you know the answer. I sayang you bukan sebab you akitek berjaya yang di kenali ramai dan berharta. I sayang you because.. er… apa ekk? I pun tak tau” Najlah mengerutkan muka sambil pura pura berfikir panjang.
“ Because I’m good looking?”
“ Pirrahhh! Gila punya perasan. Brad Pitt pun tak perasan macam you” Najlah menjelir lidah
“ Or because I’m good in bed?” duga Adham sambil mengangkat kening.
“ Dah mulalah merapu”
“ Mengaku sajalah. Remember last night…Oww!” Lengan Adham di cubit. “ Nak cubit orang pula. Betulkan? Last night was great. You were so hot and naughty. I cannot wait for tonight Malam ni mesti lagi best. Anyway kenapa nak tunggu malam , kita balik hotel sekarang lagi bagus.” Muka Najlah merah macam udang bakar. Tak senonoh betul Adham ni. Tapi semalam memang best pun.... he he he |
|
|
|
|
|
|
|
“ Adham! Jomlah kita jalan belah sana pula. ” Dia bangun dan menarik tangan Adham. Mereka menyusuri lautan manusia yang membanjiri kawasan membeli belah terkenal di Singapore itu. Walaupun harga lebih mahal dari Malaysia tapi pilihan barangan dan jenama lebih luas disana membuat Orchard Road tetap menjadi tumpuan kaki shopping dari serata Asia Tenggara.
“ Tapi kalau I di suruh berhenti pun ada hikmah nya juga. I dah lama kerja dengan Datuk Badri. Sekarang I teringin nak buka firma sendiri. Just a small firm, mungkin dua akitek saja. Don’t worry I still boleh support you and the baby. Cuma kita kenalah berjimat cermat sikit. Atau kita boleh pindah ke Melbourne. Kawan kawan I kat sana dah lama ajak I ke sana. You suka Melbourne kan?” Najlah mengangguk. Dia sudah jatuh hati dengan bandaraya kedua terbesar di Australia itu. Taman taman di sekitar kota dan pemandangan semulajadi yang cantik membuat dia sentiasa tenang. Tapi hujan emas di negeri orang, lagi bagus hujan batu di negara sendiri. Apapun, sebagai isteri aku kena ikut pilihan Adham.
“ I tak kisah langsung. I’m happy anywhere as long as I’m with you. Cuma kalau di Melbourne kita jauh dari family. Susah juga kalau ada baby nanti. Kalau parents kita sakit pun susah nak jenguk. Sebab itu I lagi suka tinggal kat Malaysia. Kalau nak save duit, kita boleh sewakan rumah kita pastu kita carilah rumah kecil atau apartment. Tapi keputusan di tangan you. I ikut saja, boss.”
Najlah memaut lengan Adham dan melintas jalan. Kemungkinan besar aku juga di suruh berhenti kalau Datuk Badri tahu komplot kami untuk menipu Izlyn. Aku pun kena cari kerja lain atau kembali buat kerja freelance. Takkan nak hidup bergantung pada Mak dan Abah. Hasratnya untuk masuk ke kedai Gucci yang sedang ada sale terpaksa di batalkan walaupun airliurnya meleleh melihat papan tanda 70% OFF.
“ Tadi you kata nak pergi Gucci?” Adham berhenti di pintu depan Paragon. Najlah menggeleng.
“ Tak payahlah. Handbag I dah banyak. Kita pergi Cold Storage boleh? I teringin nak makan macadamia nut yang di salut dengan honey”
Selesai meronda di Orchard Road mereka menaiki teksi ke Arab Street yang terkenal dengan kedai menjual kain untuk pakaian pengantin. Najlah memilih beberapa pasang kain ela. Walaupun harganya tidak begitu murah tapi sekadar membawa buah tangan balik untuk Mak dan Mak Tam. Tak lupa juga kain lace yang di pesan oleh Tasha untuk pernikahannya nanti. Sekaligus dia juga membeli sepasang untuk di hadiahkan pada Mak Siah.
“ Banyaknya you beli. Nak buka kedai kain kah?” tanya Adham.
“ Yang lace pink ni Tasha pesan. Yang ini untuk bakal mak tiri baru you. You rasa dia suka tak?” Najlah menunjukkan kain warna biru cair. Adham mengangguk.
“ Its nice. Mesti dia suka. Tentu you jadi menantu kesayangan.” Najlah menjulingkan mata
“ Of courselah. I seorang saja menantu dia setakat ni. Lainlah kalau Iskandar dah buat U turn. Mungkin you dapat kakak ipar” Adham ketawa.
“Ha ha… mudah mudahan dapat lah Iskandar belajar buat U turn. Jangan tersangkut kat divider sudah. You tak beli apa apa for yourself?”
“ Baju kurung I dah banyak. Lagipun tak lama lagi badan I macam mak buyung. Rugi jer buat baju baru”
Isterinya selalu mengutamakan orang lain dari diri sendiri. Lagipun dia mesti risau hal masa depan kami. Rasa bersalah menghantui diri Adham. Patutnya aku diamkan saja pasal panggilan Datuk Badri.
“ Betul ni? Atau you takut kita tak ada duit nanti? Belilah sehelai untuk diri you, bukannya mahal sangat pun.” Namun Najlah tetap menggeleng.
“ Tak nak lah. Lagi baik you belanja I makan murtabak Singapore. Bukankah you nak tengok perut I buncit cepat?”
“ Jangan buncit sangat sampai tak muat lingerie Victoria Secret yang I belikan tadi”
“ Gatal!” desis Najlah. Habis lah aku malam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
takde dah stok
esok plak okay |
|
|
|
|
|
|
|
takde dah stok
esok plak okay
sang_arjuna Post at 5-8-2010 19:24
ok akan den nti ... |
|
|
|
|
|
|
|
alahai smiley..
baru je lepas dapat makan eskrem keladi.. dah habis dah...
aish... rasa cam tak cukup jer.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 783# sang_arjuna
jazlan player ! |
|
|
|
|
|
|
|
best2.....macam tak cukup je ...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Buaya buaya aku pun, bini orang aku tak main..
sang_arjuna Post at 3-8-2010 18:20
haahhahahaaaaaaaa .......... part neh kelakar |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 952# sang_arjuna
romantikkkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|