|
UMRAH VII, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by aziefa at 24-11-2009 10:36
Dicatatkan seorang jemaah haji yang tidak diketahui identitinya mengubah nazam menceritakan perjalanannya dari Kedah ke Makkah.
Dalam nazam tulisan jawi itu, penulis menyatakan tiga bulan dari Kedahlah dan kurang, Pelayaran kapal tatkala menyeberang, Jikalau angin dari belakang sampai ke Jeddah (laut) yang tenang...Dua malam tuan sudah di Jeddah hendak berjalan pula ke Makkah disewalah unta mana yang mudah kecil sedikit daripada gajah...”
Di akhir nazam dinyatakan 120 rahmat ke atas Kaabah iaitu 60 bagi mereka yang mengerjakan tawaf, 40 bagi mereka yang bersembahyang dan 20 bagi yang melihatnya.
Sejak 1900 hingga 1969, jemaah haji negara ini hanya menggunakan kapal laut untuk ke Makkah.
Mulai 1970 hingga 1976, sebilangan kecil daripada mereka menaiki kapal terbang
tetapi kapal laut masih terus digunakan.
Sejak 1977 kapal laut tidak lagi digunakan, sebaliknya semua jemaah haji Malaysia menaiki kapal terbang untuk ke Makkah. Pada zaman kapal laut, pelayaran dari negara ini ke Makkah mengambil masa di antara dua dan tiga bulan, selain dilihat berisiko lebih tinggi.
Kebanyakan jemaah yang menaiki kapal laut pernah mengalami pelbagai pengalaman pahit, termasuk dilanda ribut taufan. Malah, ada kapal laut yang terbakar ketika dalam pelayaran di tengah samudera. Namun, semua itu dianggap sebagai dugaan dan ujian Allah.
Dalam perjalanan selama berbulan-bulan ke Makkah, ada jemaah yang uzur atau meninggal dunia di atas kapal. Bagaimanapun, rekod sebenar mengenai kematian itu sukar diperoleh.
INFO: Kapal haji
•Mendam Berahi (abad ke-15)
•Subulus Salam (1854),
•Antirorchus (1936), Bellophon (1936), Cyclops (1936) dan Potesilaus (1936)
•Agamemnon, Adratus, Atreus, Ajax, Eurubates, Glaucus, Idomeneus (1940-an)
•rometheus (1950-an),
•Malaysia Kita, Malaysia Raya dan Kuala Lumpur (1970-an). |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aziefa at 24-11-2009 10:39
Peristiwa 1947
•670 jemaah haji Malaya berangkat ke Makkah melalui Singapura dan 1,326 melalui Pulau Pinang. Daripada jumlah itu, 1,729 pulang ke Malaya, manakala 200 lagi terus tinggal di Makkah; 67 meninggal dunia iaitu 31 ketika dalam pelayaran, manakala 36 di Makkah.
•Sebelum Perang Dunia Kedua hingga negara mencapai kemerdekaan, Singapura dan Pulau Pinang menjadi dua pelabuhan penting bagi jemaah haji Malaya.
•Kebanyakan jemaah sebelum merdeka dibawa ke pelabuhan dengan lori dan cara itu sering dikritik orang ramai menerusi akhbar. Satu peristiwa pernah menimpa jemaah di Pelabuhan Klang pada 8 Julai 1962 iaitu tragedi tangga patah menyebabkan 20 cedera ketika menyambut ketibaan jemaah haji di atas kapal `Kuala Lumpur'.
•Menjelang awal 60-an, kesulitan itu semakin reda apabila pakar ekonomi negara, Prof Diraja Ungku Aziz mengesyorkan supaya Tabung Haji diwujudkan. Dalam memorandumnya berjudul `Pilgrims Economy Improvement Plan' kepada kerajaan, Ungku Aziz mengesyorkan penubuhan sebuah perbadanan untuk mengurus dan mengendalikan urusan umat Islam negara ini yang hendak menunaikan haji dan umrah.
•Tabung Haji ditubuhkan pada 1969 dan menguruskan pergi balik jemaah haji ke Makkah dengan licin dan teratur. Tradisi dan amalan menjual harta benda untuk ke Makkah hingga menyebabkan `kepapaan' selepas jemaah haji kembali ke tanah air, juga semakin pupus.
Alhamdulillah...
Sekurang kurangnya tahu dah jugak lah Sejarah Haji di Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Klasik betul gambar ni..
Diambil dari Berita Harian.. |
|
|
|
|
|
|
|
Perjalanan Haji melalui Kapal Laut mengambil masa berbulan jugak..
Dok teringat Ceramah Haji Ustaz Mohd Kazim..
Tengok ajelah bekalan makanan yg perlu dibawa..banyaknya..
Kalau sekarang tak perlu bawa apa dah..
Dalam Kapal Laut mana ada Pramugari macam sekarang..
Kopi..Teh..with sugar..no sugar..Fish..chicken...he..he..teringat Ustaz tu bercerita..
Mana ada video...
Programnya menghadap To Guru.
Sentasa ada Kelas Agama dlm Kapal Laut..3 bulan tu..
Boleh Khatamlah Kursus Haji sekarang..
Itu sebabnya Haji dulu dulu betul betul bermakna..
Nampak Mabrurnya..
Wallahualam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aziefa at 24-11-2009 11:15
Kapal Haji di Port Klang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aziefa at 24-11-2009 11:26
?w=510&h=335
Haji kapal laut Jeddah 1920 |
|
|
|
|
|
|
|
?w=492&h=383
Waa..minum coca cola nampak..
Kat Mekah coke ni laku.. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya ada sedikit kemusykilan.
Diharapkan rakan forum ini dapat membantu.
Adakah wanita hamil dibenarkan dapat suntikan meningitis? Ada risiko tak?
Sekarang ni selain dari suntikan meningitis ada ...
ustaz Post at 24-11-2009 10:18
Rasanya wanita hamil memang tak dibenarkan mengambil suntikan dan mungkin juga diminta untuk menangguhkan perjalanan. Semasa pemeriksaan kesihatan memang akan ditanya samada ada hamil atau pun tidak. Namun, ada jugak jemaah hamil yang 'terlepas'. |
|
|
|
|
|
|
|
Itu sebabnya Haji dulu dulu betul betul bermakna..
Nampak Mabrurnya.. 944# aziefa
Salam Azie
Betul tu, sebab sekarang semuanya senang jadi orang byk ambik mudah pasal ibadah haji ni.
Fikir mereka asal ada duti je next year boleh pergi lagi. Package haji pun dah berlambak sekarang ni pilih je yang mewah or sederhana. Kalau tengok sekarang dah macam trend balik haji yg wanita ramai jugak yang tak menutup aurat macam mana tu.
Tadi dapat email quote dia
"Saya terperanjat dengar Radio IKIM pagi tadi , ada yang pergi pakej Haji sampai mencecah RM 100,000. Pakej Umrah tak tahulah mungkin ada yang sampai RM 100,000 juga. Nampaknya ibadah dah menjadi sumber kekayaan bukan sumber rezeki". |
|
|
|
|
|
|
|
Dr Sheikh Muszaphar berlepas utk menunaikan Haji kali keduanya semalam. Beruntung betul dia... dapat tinggal di Istana, penjagaan polis2 Saudi setiap masa, pergi ke Arafah, Muzdalifah & Mina naik heli ...
ustaz Post at 24-11-2009 10:30
Assalamualaikum Ustaz..
Tadi baru dengar kat Radio..
Arab Saudi menerima hampir 130 Orang Jemaah Jemputan Khas..
Alhamdulillah rezeki Sheikh Muszaphar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by laraDeritta at 24-11-2009 18:48
INGIN MENJADI TETAMU ALLAH.
Assalamualaikum wr wb
Seronok tgk gambar2 di sini. Saya org baru, slalu gak menjengah tapi ni baru rasa nak posting.
Saya sedang di uji Allah dgn ujian yg amat hebat (bagi diri saya lah). Tgk gambar2 di sini, membaca pengalaman saudara/i ni, terasa teringin benar saya nak pergi. Tapi apakan daya saya tak berkemampuan dari segi rezeki. Saya di uji dlm segala bentuk dan dari pelbagai arah.
Saya redha dgn ujian yang Allah timpakan ke atas saya. Rasa teringin nak pergi Mekah membuak2. Kalau ada yg sudi menaja, saya amat berterima kasih. Malu saya tolak ketepi. Saya amat terdesak. Selain bersolat hajat memohon pada Allah agar dimakbulkan, dan dipermudahkan segala urusan kehidupan, saya fikir diluar sana mungkin ada insan kamil yg insyaallah akan Allah gerakkan hatinya.
Jika tidakpun, bagi yg akan pergi bertamu di sana, sudi ke membawa doa dan hasrat saya ini, untuk di panjatkan kepada Allah s.w.t.,mana lah tau, dgn keikhlasan anda kelak, dgn izinNya jua, saya dpt pergi. Doakan saya agar dpt menjadi tetamu Allah.
Jika sudi, sila PM saya. Saya amat berharap. Terima kasih.
Post Last Edit by laraDeritta at 24-11-2009 12:44 |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aziefa at 24-11-2009 14:46
Lambaian Kaabah: Jemaah terkandas bertolak ke Makkah
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
[email protected]
Tabung Haji runding dengan Arab Saudi
KUALA LUMPUR: Dua puluh lapan jemaah haji yang terkandas akibat kecuaian agensi pengembaraan, dua hari lalu kini lega apabila mampu meneruskan perjalanan ke Tanah Suci Makkah, petang semalam.
Pengurus Besar Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Lembaga Tabung Haji (LTH), Abdul Rashid Hussein, berkata pihaknya sedaya upaya menyelesaikan kemelut yang dihadapi jemaah berkenaan dan akhirnya mampu memberi harapan kepada mereka.
"Alhamdulillah, kemelut jemaah terbabit dapat diselesaikan dan mereka berlepas jam 3 petang hari ini (semalam). LTH sedar, masalah yang dihadapi jemaah berkenaan sangat rumit berikutan semua jemaah sudah berlepas dan penerbangan terakhir adalah dua hari lalu.
"Namun, pihak LTH membuat rundingan dengan pihak penerbangan Arab Saudi bagi menghantar 28 jemaah yang terkandas akhirnya dipersetujui," katanya ketika dihubungi, semalam
Justeru, beliau berkata, sepanjang musim keberangkatan bakal jemaah ke Makkah, tidak lagi timbul masalah jemaah yang tidak mampu menunaikan ibadat haji kerana semua masalah sudah diselesaikan secara baik.
"Kebanyakan masalah yang timbul sebenarnya bukan berpunca daripada LTH, sebaliknya daripada agensi pengembaraan yang berkobar-kobar untuk mendapatkan keuntungan berganda tanpa memikirkan nasib jemaah.
"Kita harap, kejadian ini dijadikan iktibar kepada agensi pengembaraan yang lain supaya tidak mengambil tindakan melulu serta mengambil berat nasib bakal jemaah haji," katanya.
Alhamdulillah...
|
|
|
|
|
|
|
|
953# aziefa
"Kita harap, kejadian ini dijadikan iktibar kepada agensi pengembaraan yang lain supaya tidak mengambil tindakan melulu serta mengambil berat nasib bakal jemaah haji," katanya.
Alhamdulillah dapat jugak pergi, kadang kadang tu agensi ni terlalu ghairah kaut keuntungan yang jadi mangsa jemaah jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by laraDeritta at 24-11-2009 12:44
INGIN MENJADI TETAMU ALLAH.
Assalamualaikum wr wb
Seronok tgk gambar2 di sini. Saya org baru, slalu gak menjengah tapi ni baru rasa nak post ...
laraDeritta Post at 24-11-2009 12:42
Lara
Banyakkan bersabar ya juga banyakkan berdoa lagi. Akan ada bahagian untuk Lara nanti.
Seperti quote dari salah seorang ahli forum ni:
"Bila Allah cepat makbulkan doamu, dia menyayangimu
Bila dia lambat makbulkan doamu, maka dia ingin mengujimu
Bila dia tidak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk mu
Oleh itu sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanya" |
|
|
|
|
|
|
|
952# laraDeritta
Harap bersabar yer.... |
|
|
|
|
|
|
|
sayuuu jek hati pagi ni mengiringi kawan2 kat yanbu ni..bertolak hrnie ke mekah tuk menunaikan ibadah haji..pilu hati tak pat jumpa ardamia jiran sebelah ku ini,,tahu2 dah berangkat pergi..semoga kawan-kawan mendapat haji mabrur.. |
|
|
|
|
|
|
|
952# laraDeritta
Nak di doakan aper yer...insa allah...kalu kwn2 ada disana mintak di doakan untuk awk??? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aziefa at 24-11-2009 14:46
Lambaian Kaabah: Jemaah terkandas bertolak ke Makkah
Oleh Nor Fazlina A ...
aziefa Post at 24-11-2009 14:30 Syukur jemaah ni dapt pi tunaikan hj akhirnya.. masa tgk di TV terasa kesian sgt pada makcik-makcik dan pakcik-pakcik yg tergendala tu.. Alhamdullilah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|