|
[SERAM HOTEL]kisah seram di hotel (dalam dan luar negara)
[Copy link]
|
|
fifie_olin posted on 23-4-2014 02:26 PM
perlahan2 mcm mn tu..aku x phm
ko dh biasa tgk ke nok
Bkn biasa sgt pn uols..tp kalau muncul x buat pape ok je la.duduk je dia kat situ..kalau terbang ke,kejar aku ke..kn ke naya.. |
|
|
|
|
|
|
|
fifie_olin posted on 23-4-2014 03:38 PM
ooo hehe..
cam kelakar lak ko ckp cam tu
gitteww
Ade gak tau hantu yg raped lelaki..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah ni dh lama kena kat member aku ... Kitorg ada family day kat frasers Hill .. Co. sewa hotel equotorial kat atas tu (x tau ada lg ke tak..atau tukarnama je) hari ke 2 waktu bfast dia citer dia nk terkencing bawak ke subuh tu...nk kejut laki terbongkang kepenatan driving siang tu.. Tau la fraser hill nye jln mcm ular berlingkar.. Keluar dr toilet terpdg balkoni (langsir pulak terdedah..trlupa nk selak) memula dia ingat kabus.. Tp kalau kabus knp trbentuk mcm badan... Sekali dia tgk betul2 .. Rupanya cik Pon tgh lepak kat balkoni... Dia apa lg la x ingat anak2 dia yg susun paku tu tgh tidur atas katil main pijak je naik atas katil berkelubung...
tp yg lawaknya yg bujang2 relaks je x kena kacau sedangkn main pakau sampai subuh... Agaknya cik Pon pun x koser nk kacau... Lg menyetan dr dia... Dia pun takut :lol Last edited by CrowneGlory on 24-4-2014 05:27 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mamaezah posted on 20-11-2013 12:35 PM
hotel Mint...baru ja bukak balik rasanya mid last year, kalau tak silap, sebelum tu dia tutup lamaaa ...
Dh tukar dh skrg jd Nouvelle Hotel. Masa tgh reno tu depa lelong perabot2 kt situ tp sy xde la gi beli |
|
|
|
|
|
|
|
Buksn nouvelle la, jafi hotel melaka apa ntah.... |
|
|
|
|
|
|
|
CrowneGlory posted on 24-4-2014 05:24 PM
Kisah ni dh lama kena kat member aku ... Kitorg ada family day kat frasers Hill .. Co. sewa hotel eq ...
Kurang faham.....susun paku? Apa tu? |
|
|
|
|
|
|
|
mamaezah posted on 25-4-2014 03:27 PM
Kurang faham.....susun paku? Apa tu?
Anak susun paku tu maksudnya anak ramai... Begitu la yg di ajar olek mak aku ... |
|
|
|
|
|
|
|
aQuA_dIaMoNd posted on 9-10-2013 03:01 PM
ok nak cite time kiteorg g BALI..kiteorg g berenam..duduk kat satu hotel ni,kire murah lah yg pentin ...
Bali mmg patung & bekas semayang tu merata2. Aku gi bali stay kt holiday villa sib baik ok sbb stay bertiga. Tp bau asap dupa semayang diorg tu aku still bleh bau bila balik kl pun, dlm 2-3 mggu jugak la |
|
|
|
|
|
|
|
takutt.. honeymoon kat umah jelah jawab nye pasni
panda men sikat sikat rambut hantu ni... lagsuir gamak nnya hantu rambut panjang |
|
|
|
|
|
|
|
Ada 2 kisah seram ( bagi aku memang seram la...)
1. Ni masa 2006. Pegi Genting Highlands dalam 15 orang. Kawan aku dapat company dia punya apt. AKu rasa nama macam Ria, something like that la. Dah la sampai malam, jalan pusing pusing, dengan kabus tebal.
Sampai je situ, takde kreta-kreta lain kecuali 4 bijik kreta kami ja. We all parked dekat depan lobby. (mungkin kreta-kreta lain park kat basement kot)
Dapat Apt 3 bilik. Malam tu masa lepak lepak, ada beberapa kejadian aneh...
- Pintu bilik tetiba terhempas dengan sendirinya sampai one of the wives lari keluar sebab terkejut. Jadi dekat semua pintu lak tu ( time lain lain la) . Alasan para suami - Angin kuat.
- Pintu bilik yang ditutup rapat tetiba terbuka dengan slow-motionnya... Masa ni aku dalam bilik dah nak tido so pakai baju tidur dan tak bertudung. For sure la aku tutup pintu rapat. Tetiba terbuka... Aku dengan takutnya tarik selimut cotton tu jadik tudung pastu lari carik laki aku hahahah... Serius nak terkencing sebab takut.
-Geng geng suami yang dok main monopoly asyik terdengar suara perempuan gelak girang gumbira kat apt atas and bawah. They all bersangka baik la... maybe perempuan2 ni baru balik casino and menang besar kot...
Sebenarnya aku rasa pelik gak. Hantu-hantu ni berani kacau walaupun we all ada 15 orang...
Esok paginya lepas check out, baru la nampak bangunan ni.. Eeeee kotor berlumut, hitam macam citer dark water. Aku yang kepochi ni pegi la tanya dekat adik reception tu ramai ke check in dari semalam sebab riuh rendah sangat sampai 3-4 pagi.
Adik tu cakap dekat block kami tu hanya kami je sebab block tu block private units. Kalau block yang belakang yang bukan private tu ade la 2-3 bilik yang occupied...
Fuhh... sib baik dok semalam ja... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ni kisah tahun lepas.
Geng geng kami ni memang suka cuti-cuti Malaysia.
Kali ni nak cuba Tg Bid*r* Resort kat Melaka. 4 bijik kreta tapi tak convoy sebab ada yg boleh cuti Jumaat, ada yg cuti half day and ada yang lepas keja baru bertolak.
Dalam website nampak cantik dan berseri ja... Hehehe...
Yang seramnya... 4 bijik kreta pegi, hanya 1 ja yang 'selamat' sampai ke destinasi tanpa.....
Sesat.
Eh japgi sambung
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari ini aku kat Klana Hotel,PD. Semalam on the way ke sini,lalulah Marina PD. Entah bagaimana hubby tetiba bertanya apa yang aku tahu pasal Marina PD ni.
Pelik aku bila dia tanya begitu. Sebelum ni dia bukan jenis yang suka bertanya or bercerita apa-apa tentang sesuatu tempat,lagi-lagi kalau tempat tu haunted sebab dia tahu tahap penakutnya macam mana bini dia ni.
Ni mesti ada something ni..
Dalam hati janganlah dia pi tukar plan; dari hotel klana pi tukar Marina plak. Bala!
So aku ni berbekalkan hearsay yang aku berguru dari forum ni jugak,ceritala apa yang aku baca.
Bunyi gulilaa..bunyi perabot dialih la..bla bla bla.
"Tu jer..?"-tanya hubby.
Aku just angguk jela. Dah takat tu je pun tahap pengetahuan aku.
Dia senyum.
"Kak dina (kawan sekerja dia) baru cerita. Pasal marina PD nilah. Company hubby dia ada program kat sana last year..So mana yang bawak family diberi apartment sebuah la..mana yang bujang dok dalam apartment yang dishare sesama bujang.." Dia mula buka cerita.
Kawan dia tu memang tak tahu apa-apa pasal hotel tu. Tu yang rasa excited gila bila dapat apartment besa dan selesa.
Tapi melangkah masuk je ke dalam apartment,dia mula rasa tak selesa. Tetiba saja meremang roma tanpa sebab musabab. Owh maybe sebab suasana yang dah nak senja masa tu yang menambahkan kesuraman.
Malamnya tiada apa yang berlaku. Dan mereka tidur dengan lenanya..
Jam 4 pagi,secara tiba-tiba pintu bilik mereka diketuk. Bertalu-talu. Siapa pula mengacau pagi-pagi buta ni??
Pintu dibuka.
"Haaa kamu Chong..kenapa ni..?(ni aku namakan saja Chong sebab hubby aku lupa nama watak sebenar.Tapi yang pasti dia chinese)
"Lim (juga bukan nama sebenar)..Lim hilang!"ujar Chong kepucatan.
"Hilang..?? Macam mana bule hilang.."-tanya suami kak dina.
"Saya pun tak tahu.Lepas habis program kita,kami terus naik ke bilik..dan terus masuk bilik masing-masing dan tidur.." cerita Chong lagi.
Chong dan Lim masing-masing bujang dan mereka berkongsi apartment yang sama.
Tak puas hati dengan keterangan Chong,suami kak dina bergegas ke bilik di mana Chong dan Lim menginap. Mereka di level yang sama, cuma jarak saja yang agak jauh antara satu sama lain.
Puas digeledah,puas dicari..tak jumpa. Sah si Lim dah hilang.
Terus mereka turun ke ground floor menuju ke receptionist. Suasana memang sunyi dan suram..sementelah hari masih terlalu awal pagi. Niatnya ingin melaporkan kejadian pada pihak polis.
Di situ ada seorang lelaki yang bertugas. Bila dimaklumkan tentang kehilangan Lim,lelaki itu kelihatan tenang.
"Takpe..takpe..jangan risau..kita cari."
Berbekalkan segenggam kunci,lelaki itu membawa suami Kak dina dan Chong ke bangunan yang satu lagi.
Pelik suami kak dina dan Chong dengan tindakan lelaki itu. Seakan sudah biasa dengan keadaan sebegitu.
Tanpa banyak bercerita,mereka terus dibawa ke satu bilik di bangunan@ wing yang berasingan. Pintu yang berkunci terus dibuka dan mereka sama-sama masuk ke bilik itu. Suasana yang gelap terus diterangi bila lampu dibuka.
Tiada sesiapa di ruang tamu. Namun bila masuk ke bilik utama...
"Lim..itu Lim..!!" jerit Chong.
Elok saja si Lim itu tidur di situ tanpa menyedari apa yang telah berlaku pada dirinya.
"Lim..Lim..bangun Lim.."
Namun berkali-kali dikejutkan Lim masih tidak membuka mata,seakan begitu enak tidurnya. Berkali-kali jua namanya diseru, Lim tetap lena beradu.
"Bismillah...." dan mulut lelaki yang menemani suami kak dina dan chong berkumat kamit membaca sesuatu. Selesai ayat-ayat dibaca,lelaki itu meraup muka Lim. Serentak dengan itu juga, Lim terus terjaga. Dengan muka terpinga-pinga,dia bertanya kenapa,apa yang berlaku..?
Tanpa banyak berkata,lelaki itu terus meminta suami kak dina,Lim dan Chong meninggalkan bilik itu dengan segera.
Bagaimana Lim boleh sampai ke situ,tiada penerangan yang boleh diceritakan. Lebih-lebih lagi,bagaimana Lim boleh memboloskan diri masuk ke dalam bilik yang berkunci,hingga kini menjadi persoalan utama yang belum terjawab.
Yang pasti,dari reaksi lelaki itu,seakan kejadian seumpama itu tiada yang asing baginya...
Terkedu aku seketika mendengar cerita suamiku. Dalam hati berdoa.. janganlaaaa ada mende-mende pelik berlaku kat kitorang sepanjang 3 hari 2 malam kat klana hotel ni..
Dalam pada dok berharap,sempat lagi menyumpah.."dah tahu sendiri mau tido hotel,lagi mau bukak cerita hantu kat hotel??Ni saja nak kenekan aku ke hapa..?"
Tak puas hati,malam tadi aku bermesej dengan kak dina. Aku nak dengar dari mulut dia sendiri.
Dan aku hanya mampu berkerut dahi bilamana cerita kak dina selari dengan cerita hubby aku!
Ok malam ni kita pakat mengaji. Walaupun ini bukan Marina PD,tapi tetapla ia sebuah hotel......
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
saya pun nak share cerita...
bukan di hotel... bukan di chalet... tapi HOMESTAY...
ceritanya dah lama... lepas saya tamat SPM dulu..
Pak Usu saya nak bawa family dia holiday di tempat saya di Johor ni.. tempatnya di tepi laut laaaaaa...so dia ajak la ayah saya g bersama satu family gak... kitorang sewa homestay 4 bilik...
bilik 1 ayah ngn emak.... bilik 2 pak usu ngn mak usu... bilik 3 anak2 lelaki ayah n pak usu... bilik 4 anak2 perempuan ayah n pak usu..
homestay ni kiri kanannya ada rumah orang kampung... dekat je pun... dgn rumah sebelah kiri dalam 10 kaki je cuma dipisahkan dengan pagar pokok bunga raya... dgn rumah sebelah kanan jauh sikit dalam 5/6 meter camtu...
petang tu diorang g membeli belah barang2 dapo dan bekalan makanan utk masak sendiri... sebab nak stay situ 3 hari 2 malam...
maghrib... ayah n mak pas solat jemaah sambung wirid panjang n baca yassin kat bilik... pak usu ngan mak usu rehat kot dalam bilik... kami anak2 ni pas solat tgk tv sambil sembang... tetiba lampu black out... kitorang jenguk rumah sebelah... ada je lampu kiri kanan.. ayah keluar dari bilik g kat main suis... ayah kata ayah dengar mcm 'letrik tendang'... ayah naikkan main suis... terang la semula... tetiba anak perempuan pak usu yang umur 5 tahun cakap, kita tadi nampak ada nenek tutup lampu tu, sambil tangan dia tunjuk main suis yang ayah naikkan tu... terdiam semua... ayah buat tak dengar.
pas isya'... emak n mak usu g masak2 kat dapo... anak2 pempuan di suruh tolong... ayah, pak usu n anak2 lelaki dok depan... tetiba tingkap daun yang berdepan dengan dapo tempat memasak tu terbuka sendiri... mak usu menjerit2... semua meluru ke dapo... ayah buka pintu dapo... pintu tu mengadap rumah orang sebelah kiri... tuan umah sebelah pun keluar... dgr ayah bercakap2 dgn pak cik n mak cik tu... ayah masuk... saya dengar ayah cakap dgn pak usu... org sebelah kata, masa tingkap terbuka ada benda putih keluar dari rumah ni. Fuh.... gegel sekejap saya dengar... tapi ayah tak btau emak, mak usu n anak2 yang lain. kitorang semua duduk dapur sampai siap masak n makan.
pastu nak tdo... bergilir2 masuk bilik air... semua berkumpul dpn bilik air... hehehe... luas bilik air... dalam satu bilik air tu ada bilik mandi lain 1 pintu dan tandas 1 pintu.. tetiba anak perempuan pak usu yang umur 9 tahun yang berada dalam tandas menjerit2... sambil kitorang dengar ada benda jatuh bertarai dari siling.. pak usu kelam kabut selamatkan anak dia... kitorang tengok... pasir berterabur atas lantai tandas...
malam tu semua tido kat ruang tamu... terang benderang... hahaha... tak de sapa tdo dalam bilik...
subuh.. saya lalu depan bilik 2 nak g bilik air.. pintu mmg tak tutup.. terperasan macam ada kelibat sesuatu sdg duduk atas katil.. saya mengundur semula.. konon berani jenguk.. tak de apa2 pulak...
tengah sarapan pagi... mak usu cerita... masa solat subuh berjemaah reramai kat ruang tamu tu.. rasa ada orang tarik2 kain telekung dia... masa dia toleh beri salam ke kiri dia nampak mcm budak rupa macam anak bungsu lelaki dia umur 3 tahun tgh duduk belakang dia... sebenarnya anak dia tu masih tido kat ujung saf... fuh... saya dah seram...
pagi tu nak g pantai kitorang kemas siap2 semua barang2 masuk kereta... ayah kata dah tak yah tido situ... nnt odw balik nak jumpa owner btau tak jadi 3 hari tu... owner tinggal kat bandar berhampiran...
kitorang teruskan picnic... mandi manda sampai tengahari... pastu rasa lapar... emak cakap...eh, barang2 dapo dalam peti sejuk tak ambil.. kalau tak, boleh masak kat tepi laut ni je.. Ayah mula macam tak setuju kata biar jelah tinggalkan je.. tapi tetiba setuju pulak.. ayah kata tak baik pulak tinggalkan bahan mentah kat rumah orang macam tu... nanti busuk rumah orang...
so... kitorang g reramai jalan kaki je ke homestay tu... tak jauh pun dari pantai.. masuk dapor semua terkejut... nasi lauk semua dah siap masak terhidang atas meja dapo.. kitorang tak de la nak makan pun... lari keluar semua...
ayah g tanya pak cik sebelah... ada sesiapa tak datang rumah tu waktu kitorang tak de tadi.. pak cik tu kata tak perasan pulak... haiyyyoooo....
kitorang terus balik petang tu... singgah rumah owner kat bandar... ayah tanya pada owner tentang homestay tu... owner tu siap marah2 pulak... dia kata kitorang buat cerita... siap minta bayaran full sbb semalam pak usu cuma bayar deposit.. pak usu tak nak bayar full.. pak usu bayar separuh je... owner tu bising merungut sambil tutup pintu...hahaha...
ayah kata... orang macam tu pun ada...
so..korang hati2 jugalah nak sewa homestay pun...
gambar hiasan ihsan google:
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hai , aku nak tumpang certa jugak ..
cerita ni dah lama , taun 2009 .. aku praktikal kat hotel , di langkawi ..
masa tu aku keje di department fnb , waiteress .
1 hari tu aku keje shift petang ( 3pm-11pm) , boss aku mintak tolong kemaskan bilik meeting lepas aku settle keje dekat pub .. aku ckp ok , then after 30 minit mcm tu aku gi meeting room tu kat tingkat 1 .. aku gy sorg je , aku kemaslah apa yang patut .. susun kerusi meja , pastu susun pensil kertas bagai .. masa aku buat keje , aku pasang lagu kat hp pakai earphone .. aku mmg minat lagu metal , dlm list lagu dlm hp aku tu suma campur2 lagu melayu omputih nasyid siam so aku xde la rasa apa2 lagi ..just enjoy dgr lagu sambil buat keje kan tapi yg aku pelikss , suma lagu metal je yg keluar .. settle suma keje , aku buka pintu bilik meeting tu .. omayyy , gelap ! Tpi aku rilek jela .. walaupon ada rasa mcm seram ckit , aku pon turun bawah guna lif ..
bila aku pegi kat bawah , kat restoran .. staff yg keje skali gan shift aku ,tanya aku pegi mana ? aku ckp pergi atas bilik meeting .. dye marah aku cz xajak aku teman dye skali .. berani aku pegi sorg2 , pastu mulalah dye bcerita ... tingkat 1 tu mcm seram cikit .. lgpon tingkat satu mmg xde bilik utk guest , just ada bilik2 meeting org buat seminar n dewan je ..
time malam mmg xde org buat keje pon kat tingkat 1 tu ,
dulu ada staff nmpk ada benda terbang la .. pmpn rambut panjang .. pastu ada org jerit2 , ketawa mgilai2 ..
sorg staff ni , dok lap cawan tiba2 cawan tu terapung sendiri .. pastu kutleri tiba2 jatuh dari atas meja , then ada yg dah susun elok cawan tiba2 berubah kat tempat lain ..
masa akak tu cerita kat aku , mcm xpercaya je .. aku buat cool la , aku ckp benda2 mcm ni buat apa nak takot .. lagi kita takot lagi dye suka kacau .. pastu aku pon lupakan la apa yg akak tu cerita ..
setelah 2,3 bulan tu aku tukar ke department housekeeping ..
aku keje la shift petang ( 3pm-11pm) ,
masa tu dah mlm around 8,9 pm mcm tu ..
aku dok kat opis , ada guest direct call kata nak extra towel .. aku tanya bilik mana then dye ckp 101 ,
aku ambil towel then naik la tingkat 1 , pintu lif buka then aku pon menonong jalan .. kawasan hotel aku ni besar ... aku pon jalan la cari bilik .. pastu baru aku teringat tingkat 1 mana ada bilik guest , ahhh .. sudah !
bila aku lalu perkarangan tingkat 1 tu , aku rasa meremang bulu roma .. pastu dari ekor mata aku nampak mcm perempuan pakai maxi putih dekat balkoni luar , bila aku toleh je .. tengok2 dye dah terjun ke bawah ..kebetulan bawah tu adalah pool,dlm hati aku gila betui pmpn ni terjun dari situ ke bawah.. aku terus turun guna tangga .. bila aku tengok dekat pool , tak de sape pon dok mandi .. ahh , sudah !
mcm gila aku time tu ... mungkin benda tu nak permainkan aku , sbb itu mlm terakhir aku praktikal .. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
CrowneGlory posted on 24-4-2014 05:24 PM
Kisah ni dh lama kena kat member aku ... Kitorg ada family day kat frasers Hill .. Co. sewa hotel eq ... p yg lawaknya yg bujang2 relaks je x kena kacau sedangkn main pakau sampai subuh... Agaknya cik Pon pun x koser nk kacau... Lg menyetan dr dia... Dia pun takut Tergelak hokeh baca ayat menyetan ko tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni pengalaman aku sendiri dekat hotel D'P****A Shah Alam. Mase tu pi attend training. Jadi bilik tu kongsi berdua dengan offismate india. Mase aku check-in petang, dapat kunci terus pegi bilil nak bukak pintu, aku pun bace doa..terus berdiri bulu tengkuk. Perasaan lain macam tu dah terasa tapi nak sedapkan hati mungkin aku yg penakut.
Dalam pukul 8.30 kawan aku pi makan kat luar. Tinggal aku sorang2 dalam bilik. Memang bilik dekat hotel ni spooky semacam la. Nasib baik kawan aku balik cepat. Malam tu dalam pukul 10.30 tengah duk lepak2, bunyi angin kemain lagi kuat. Aku dengan takde perasaan pi ketingkap jenguk ke luar (tingkat 3). Ade pokok besar mengadap bilik kite orang nih. Dalam hati terdetik apasal bunyi angin tp pokok sume tak goyang. Aku pon tarik langsir. Pasang radio hits fm dekat ear phone. Kawan aku pon same la tgh layan lagu kat hp.
Tiba2, aku rase macam ade selingan suara pulak dekat earphone aku, lagu campur sora popuan nyaring. Makin lame makin sayu, makin nyaring dan paling menyeramkan sora tu macam datang dari arah siling bilik kt org. Dah la bilik suram dengan lampu meja yg kuning tu. Bulu tengkuk jangan cerita la..berdiri semacam. Aku jeling sebelah, kawan aku dah tarik selimut. Aku terus tarik selimut gak, tukar channel IKIM. Agak lame suara mengilai tu. Esok pagi cerita, rupernya kawan aku pon dengar, dia siap bace doa bagai.
Sampai sekarang aku tak nak check in hotel tu lagi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
elnor_81 posted on 29-10-2013 11:47 PM
aku xtau korg perasan atau x..setiap hotel yg aku pegi,mesti lif tu. kat button tu akan ad nombor yg ...
kadang2 sebab design hotel tu sendiri
ade tingkat mezzanine
meaning tingkat yg bley diakses guna tgga sahaja
klu naik lift kena naik or turun ke tingkat yg takde lift tu
USM punya hostel mcm ni gak
Tesco Mutiara Damansara jugak |
|
|
|
|
|
|
|
syue86 posted on 14-5-2014 05:37 PM
kadang2 sebab design hotel tu sendiri
ade tingkat mezzanine
meaning tingkat yg bley diakses guna ...
Tu aku tau.mcm ad hotel kt kl ni..mmg tgkt tu xde akses lgsg.tgkt 19 ditutup trus..klo dilihat mlm..tgkt tu gelap gelita.. |
|
|
|
|
|
|
|
elnor_81 posted on 14-5-2014 10:36 PM
Tu aku tau.mcm ad hotel kt kl ni..mmg tgkt tu xde akses lgsg.tgkt 19 ditutup trus..klo dilihat mlm ...
ha..yg tu meaning ade kes la level tu
tak pun level tu level support utk building tu
sbb dlm satu building mmg ade satu level yg kosong
selalu org letak dekat2 ngan G or L level
tujuan utk support berat bangunan tu
eh, hotel pe yg level 19 kosong tu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|