|
UMRAH & HAJI VIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by aziefa at 25-4-2010 14:54
Kembara umrah bermotosikal
Oleh ABD. HALIM HADI
[email protected]
KONVOI akan menjadi pasukan pertama yang mengerjakan ibadah umrah dengan bermotosikal.
--------------------------------------------------------------------------------
SEPULUH buah negara dengan jarak perjalanan sejauh 15,000 kilometer. Itulah cabaran yang bakal ditempuhi kumpulan konvoi tempatan dalam menyahut seruan keimanan ke Tanah Suci Mekah.
Istimewanya, ekspedisi 1Malaysia Kembara ke Bumi Suci (Putrajaya-Mekah 2010) anjuran Israq Adventure Sdn. Bhd akan menjadi perjalanan ibadah umrah pertama yang dilakukan rakyat negara ini dengan cara bermotosikal.
Pengembaraan yang dijadualkan berlepas pada 15 Mei itu akan dianggotai oleh 11 penunggang motosikal bersama empat orang daripada unit sokongan menggunakan pacuan empat roda.
Dari Putrajaya, perjalanan akan merentasi Thailand, China, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Turkey, Syria, Jordan sebelum berakhir di Arab Saudi.
Pengurus Israq Adventure, Azman Baharuddin berkata, setelah dua tahun merancang akhirnya pasukan berjaya menganjurkan pengembaraan untuk memperhambakan diri kepada Allah SWT.
Selain menyahut seruan yang difardhukan ke atas setiap Muslim itu, pengembaraan yang dijangka memakan masa kira-kira 50 hari itu diharap dapat dijadikan pembakar semangat rakyat negara ini.
Ekspedisi akan membawa bersama semangat Satu Malaysia yang didokong oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selaku Pengurus Ekspedisi, beliau yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam konvoi pacuan empat roda dan motosikal bagaimanapun mengakui cabaran yang bakal dihadapi dalam ekspedisi itu cukup mencabar.
"Kita harap pengalaman daripada konvoi dan siri jelajah terdahulu dapat membantu melancarkan lagi perjalanan.
"Setakat ini semua anggota yang terlibat telah memberikan komitmen yang tidak berbelah-bahagi,'' tambah beliau.
Konvoi yang terdiri daripada lima penunggang BMW, lima Kawasaki dan seorang penunggang Honda itu dijangka akan menempuhi cabaran getir di laluan Gurun Ghobi, China dan cuaca panas di Jordan dan Arab Saudi.
Azman berkata, keinginan dan semangat pengembaraan itu didorong perasaan ingin tahu cabaran dan kesukaran yang dihadapi golongan terdahulu dalam menyahut seruan Ilahi.
"Sebagai ahli yang sudah lama bergiat di dalam komuniti motosikal kuasa tinggi kita ingin mengetahui apakah bentuk cabaran yang menanti di sepanjang laluan menuju ke tanah suci.
"Sekurang-kurangnya dengan cara ini kita dapat memahami kesusahan yang dilalui umat Islam terdahulu untuk pergi menunaikan rukun Islam kelima itu,'' ujarnya.
Selain itu, misi penting sepanjang pengembaraan termasuk persinggahan di 40 buah masjid utama termasuk lima masjid tersohor iaitu Masjid Xian, Masjid Kalon (Uzbekistan), Masjid Umayyad (Syria), Masjid Nabawi dan Masjidil Haram di Arab Saudi.
"Kita akan bertemu dengan masyarakat Islam di sepanjang laluan dan terlibat di dalam beberapa kerja amal,'' ujarnya.
Penaung Ekspedisi adalah Datuk Ab Rauf Yusoh, diikuti oleh Pengarah Ekspedisi; Nahrawi Marzoki, Ketua Ekspedisi; Mohamed Assir Mohamed Ariff, Penolong Pengurus; Hashemi Albakri, Koordinator; Hanapiah Mat Nor, Mekanik; Gazaly Osman dan Doktor; Dr. Fahmi Rashid.
Apamacam...rzman..adikzarif..Husain..Ustaz..asli..
Tak de rasa ke nak join sekali....
|
|
|
|
|
|
|
|
10 tahun tempoh tunggu tunai haji
Oleh NORILA DAUD
[email protected]
KUALA LUMPUR 8 April – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) dijangka memendekkan tempoh menunggu untuk menunaikan haji daripada 20 tahun kepada 10 tahun menjelang Jun ini.
Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sasaran itu adalah antara Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk Tabung Haji berusaha mencari jalan memendekkan tempoh pendaftaran menunaikan haji.
Menurutnya, Tabung Haji turut berusaha mendapatkan kuota bagi menambah jumlah jemaah haji.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi-agensi Di Bawah Menteri di JPM di Pusat Islam di sini hari ini.
Dalam pada itu, katanya, warga emas berusia 75 tahun ke atas dan orang kurang upaya (OKU) diberi keutamaan untuk menunaikan haji bersama mahram mereka.
Jamil menambah, pihaknya telah meletakkan 10 KPI kepada semua agensi untuk tahun ini dan berharap ia menepati sasaran yang ditetapkan. |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua
sekali lagi nak jemput kwan2 forumers untuk join grup kat facebook...taip 'pengalaman haji dan umrah' ..moga dapat berkongsi pengalaman dan beri panduan kepada bakal2 haji/umrah..jazakallah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply jellybee
Akak jelly,
Syukur dah abis semalam.. hari ni tenang je bangun tidur. Tak ri ...
adikzarif Post at 23-4-2010 07:27
Alhamdulillah....mudah2an adikzarif mendapat keputusan cemerlang nnt..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply qurota
Assalamualaikum
Alhamdulillah aktif sungguh thread ni...
Syukur Alhamdulillah ...
qurota Post at 24-4-2010 22:10
Wsalam qurota....post banyak2 gambar ye...kami di sini sedia menanti.... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam
Mohon pendapat semua perlukah kita buat kenduri doa selamat apabila nak pergi buat Umrah.? Bukan apa takut ianya menjadi riak atau menunjuk-nunjuk pulak..... |
|
|
|
|
|
|
kakcik This user has been deleted
|
salam buat semua...
telah 11 hari kakcik tinggalkn bumi yg suci ini tp asyik teringat jer betapa indahnya ketika berada di sana,betapa rindunya ingin bersembahyang di masjidil haram,betapa dahaganya ingin meminum air zam zam yg sejuk dan segala-galanya bagaikan mimpi bila saja menjejakkn kaki di bumi malaysia ini...syukur alhamdulillah sepanjang kakcik berada di sana,kakcik telah diberi tenaga dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat sehinggakan ingin mendaki ke gua hira' walaupun kandungan baru mencecah 3 bulan...tp tidak kesampaian kerana mak ajak turun balik sbb gayat hehe....
walaupun kakcik silent reader tp bila membaca pengalaman forumers yg lain, menitis air mata kerinduan (tp sib baik kat opis,boleh cover2...).di madinah kakcik juga sempat pergi ke jabal magnet.Subhanallah....kuasa Allah tarikan magnet benar2 terdapat di bukit tersebut.hanya ada 3 negara sahaja terdapat bukit magnet ini iaitu di arab saudi,korea dan 1 negara lg kakcik dh lupa... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam
Mohon pendapat semua perlukah kita buat kenduri doa selamat apabila nak pergi buat Umrah.? Bu ...
tia1960 Post at 26-4-2010 07:59
Salam tia1960, pasal kenduri ni terpulang kepada individu itu sendiri, ada juga yang buat kenduri doa selamat bila pulang dari umrah......Mmg kekadang kita takut dikatakan riak tapi niat kita baik InsyaAllah Tuhan Maha Mengetahui........
Itu pasal kenduri, yang galak kali pergi Umrah pun orang cakap jugak........susah nak puaskan hati semua orang......Wallahuallam. |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum semua...
pasal kenduri ni terpulang la masing2, pada saya tak timbul isu riak kalau kita buat kenduri untuk pegi umrah ni. sebab time kenduri tu kita akan hajatkan supaya perjalanan kita selamat, dan bermaafan dengan semua yang datang |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum dan semua forumer kat thread ni. Salam perkenalan dari saya untuk semua. Alhamdulillah saya dah khatam umrah VIII ni. Lepas khatam thread Umrah VIII baru lah saya baca ke belakang balik thread Umrah I, II dan sekarang baru nak marathom thread Umrah III (masih panjang lagi nak habis thread Umrah III ni sebab ada 204 pages - saya baru sampai page 15). Lepas tu baru sambung Umrah IV, V, VI, VII. Insha Allah doakan saya tabahkan hati untuk baca pengalaman anda semua di sini. Bila baca dari Umrah I mula rasa lagi dapat mengenali sahabat kat thread ni spt Rosputih, Azifa, Rina, Hussain, Ustaz, Lemons, Hanni, IDB, dan semua lah yg saya kenal melalui thread ni - hingga tak tertulis nama kat sini.
Saya amat teruja dengan pengalaman sahabat kat sini semasa mengerjakan Umrah & Haji. Gambar2 di sini sangat2 mengingatkan kita di tanah suci. Alhamdulillah, saya telah mengerjakan haji pada tahun 2001. Dan dah pun mendaftar untuk haji sekali lagi Insha Allah tahun 2015. Masa tu saya dah pencen (government).
Melalui thread I dan II saya dah dapat gambaran latarbelakang Aziefa, Rosputih, Hussain, Ustaz, Rina, hanni, lemon.
Untuk Aziefah dan Rosputih, anda memang banyak pengalaman. Alhamdulillah
Untuk Rosputih, kita sama negeri rupanya. Ehem Ehem Muar lagi. (Moga kita dapat berkenalan lebih dekat lagi)
Jumpa lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
yang galak kali pergi Umrah pun orang cakap jugak........susah nak puaskan hati semua orang......Wallahuallam.
jellybee Post at 26-4-2010 12:41
tapi kalau pegi umrah banyak kali ni memang tak nafikan jadi isu jugak. sebaik2nya kita berumrah tu jangan lupa doakan sekali kepada umat islam, terutamanya di palestin. dan banyak2kan menyumbang kepada saudara2 kita yang susah dan sangat memerlukan. sangat baik rasanya dengan harta yang allah kurniakan kepada kita ada tu kita pergi menunaikan umrah, menziarah baitullah, dan dalam masa yang sama kita membantu saudara2 kita yang dalam kesempitan.
saya cerita ni bukan apa, sebab malam tadi dekat masjid ada ngo dan pejuang hamas datang buat ceramah dan tanyangan slide, macamana perjuangan mereka melawan zionis laknat dalam masa yang sama berjuang untuk sesuap makanan. penah dengar kot awal tahun hari tu yang cerita ngo2 dan ahli parlimen britain kena tahan kat sempadan mesir, tak dibenarkan masuk palestin. mereka antara ngo yang kena tahan sekali kat sempadan tu. memang sangat sedih bila dengar betapa susahnya kehidupan mereka, dihujani bom dan peluru bila2 masa, dipagar pulak dengan tembok yang tinggi2.
sekarang ni diorang tengah mengumpul dana rm 10 juta, setengah untuk beli kapal dan setengah lagi untuk penuhkan kapal tu dengan barang bantuan. dan di sana nanti kapal tu akan bernaung di bawah kerajaan turki. sebarang maklumat lanjut ataupun sumbangan boleh tengok kat http://haluanpalestin.haluan.org.my/
saya bukan ahli ngo ni, tapi atas kesedaran betapa mewahnya kita kat malaysia ni, apalah salahnya kita berkongsi rezeki yang dikurniakan allah kepada kita ni dengan mereka... |
|
|
|
|
|
|
|
ni gambar depan perkuburan baqi', saya tak tau la orang perempuan boleh masuk ke tak perkuburan baqi' ni |
|
|
|
|
|
|
|
saya dah khatam umrah VIII ni. Lepas khatam thread Umrah VIII baru lah saya baca ke belakang balik thread Umrah I, II dan sekarang baru nak marathom thread Umrah III (masih panjang lagi nak habis thread Umrah III ni sebab ada 204 pages - saya baru sampai page 15)
hajar53 Post at 26-4-2010 16:06
W/salam
Klau dapat khatam semua thread yang ada, saya tabik spring.
Saya sendiri tak larat nak baca semua. Saya bagi statistik sket:
Thread | Replies | Views | I
| 2,633 | 64,556
| II | 2,513
| 19,698
| III | 5,992
| 427,971
| IV | 2,631
| 36,100
| V | 3,367
| 48,157
| VI | 2,523
| 46,291
| VII | 2,475
| 66,614
| VIII | 910
| 19,863
|
So, total replies setakat minggu lepas, 23,000+
Total views : 729,250
Saya rasa dgn views yg hampir 3/4 juta, thread Umrah kita ini
adalah satu2 yg terkemuka agak nye. |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum semua...
pasal kenduri ni terpulang la masing2, pada saya tak timbul isu riak kal ...
al-asil Post at 26-4-2010 16:04
Salam, Alhamdullillah mmg betullah apa yg al asil katakan tu...selalunya tuan rumah bagitau nak buat kenduri doa selamat bila dah selesai baru tuan rumah bagitau niat sebenar...dan mengambil kesempatan bermaaf-maafan sesama kita dan mohon semoga doakan keselamatan keluarga dan di permudahkan segala urusan kita.......itu niat sebenar tapi..... yang sedihnya ada juga yang mengatakan yang sebaliknya....... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam, teringat masa di Mekah dulu jumpa jemaah palestin yang ada baby cacat, kesian bila mendengar rintihan rakyat palestin nie yang tertindas dan kesan peperangan yang menyebabkan ramai baby2 lahir dalam keadaan cacat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam, teringat masa di Mekah dulu jumpa jemaah palestin yang ada baby cacat, kesian bila mendengar ...
jellybee Post at 26-4-2010 18:34
itu la azab dan derita yang tengah diharungi oleh saudara2 kita di palestin sekarang. memang masa ceramah malam tadi ada jemaah yang menangis, dengan cerita dan tengok slide2 yang dibentangkan. alangkah besarnya ganjaran yang allah akan berikan, jika kita dapat memberikan bantuan dan sumbangan kepada mereka. dengan ribuan ringgit yang kita belanjakan untuk menyahut seruan allah ke baitullah, alangkah bahagianya saudara2 kita di palestin, jika dengan jumlah rm yang sama kita dapat menyumbang kepada mereka!
benda ni jugak yang disentuh oleh ss al fadhil mufti perak dalam artikelnya di mingguan malaysia semalam:
"Begitu juga kita masih tertinggal di belakang terutama dalam menguasai segala jenis ilmu pengetahuan sains dan teknologi. Akhirnya disebabkan kejahilan kita dan kelemahan para ulama dan umara, maka Islam terus menerus lemah dan ketinggalan sehinggakan ruang yang diberikan Allah Taala dalam bidang fiqh seperti ijtihad dan hukum, terus beku serta hilangnya kedinamikan syariat Islam yang sebenarnya boleh melumpuhkan penyebaran Islam itu sendiri, seperti yang berlaku pada dunia Islam hari ini.
Dilihat dalam soal beribadah, masyarakat lebih menumpukan kepada ibadat sunat dari ibadat fardu. Manakala jka dilihat dari sudut berhubung dengan nilai-nilai kemasyarakatan pula, aspek fiqh keutamaan ini tidak mendapat tempat di hati masyarakat. Masyarakat kita lebih mementingkan ibadat fardu yang bersifat nafsi-nafsi semata-mata lantas meminggirkan konsep ibadat yang lebih global di luar ruang lingkup diri. Ibadat fardu yang berasaskan prinsip jemaah seperti hak-hak jiran, kemanusiaan dan kenegaraan yang masih terabai. Kumpulan diutamakan dari ummah, furu' diutamakan dari usul.
Melakukan perbandingan kepelbagaian konsep Masalih atau Manafi' di mana hakikat Masalih itu ada tingkatannya tersendiri yang meliputi konsep daruriyyat, hajiat dan tahsiniyyat. Melakukan perbandingan kepelbagaian konsep Mafasid atau Darar di mana hakikat Mafasid itu juga menyentuh tingkatannya yang meliputi konsep daruriyyat, hajiat dan tahsiniyyat. Melakukan perbandingan antara kepelbagaian Masalih dan Mafasid di mana keputusan yang diambil mengikut kadar yang lebih banyak dan majoriti kerana kadar majoriti boleh menentukan hukum bagi keseluruhan bahagian."
panjatkanlah doa dan munajat untuk mereka, dan sumbangkanlah semampu kita untuk kesejahteraan mereka, kerana sebenarnya di saat ini membantu mereka adalah satu kewajipan! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 934# transporter
patutla porumer thread umrah ni ada yang saling mengenal, siap tau no tipon lagi masing2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bayangan_rindu at 26-4-2010 20:56
Post Last Edit by bayangan_rindu at 26-4-2010 20:55
Dah lama tak post gambar ...
ini gambar Tun dan isteri masa balik dari menunaikan fardu haji awal tahun lalu.
[img][/img] |
|
|
|
|
|
|
| |
|