Assalamualaikum semua! Have a great and productive week ahead everyone! Semoga apa yang sedang kita impikan, usahakan, doakan dan harapkan selama ini dipermudahkan oleh Allah SWT. Semoga hati kita semua untuk sentiasa bersyukur dan sabar dengan ujian Allah. Amiiinnn...

Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” (Hadith riwayat Muslim)
|