CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: whitedove

JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)

 Close [Copy link]
 Author| Post time 14-3-2005 11:05 AM | Show all posts

PRIDE - Period 6 (12/3/2005)

kat dalam locker room, Makoto (Ryuta Sato) jadi excited sebab dapat tau yg team Green Monsters akan datang tengok diorang lagi...Saeko (Saori Takizawa) panggil Halu (Takuya Kimura) keluar...Saeko beritahu Halu pasal ada orang telefon syarikat lepas tengok dokumentari Halu kat TV...orang tu mintak nombor telefon Halu, tapi Halu suruh Saeko jangan pedulikan permintaan macam tu...tapi lepas tu Saeko beritahu dia sesuatu...Halu balik ke locker room, tapi fikiran dia terganggu, jadi dia suruh Tomo-kun (Somegoro Ichikawa) ambik alih tempat dia...

malam tu Halu dan yg lain2 pergi ke Face Off, tapi diorang terkejut bila nampak team Green Monsters ada kat situ...

Makoto: "Kamu semua datang nak mintak kami kalah ke?"
Reiji (Green Monsters captain): "Kalau kami mintak, adakah kamu akan bagi kami menang,...Satonaka-san?"
Halu: "OK, kalau kamu merayu dan menangis."
Reiji: "Boleh guna ubat mata tak?"

Aki (Yuko Takeuchi), Yuri (Noriko Nakagoshi) dan Chika (Megumi) tertanya2 siapa Reiji tu...diorang diberitahu yg Reiji adalah centre-forward pasukan Green Monsters iaitu pasukan juara, MVP tahun lepas, dan jugak anak pemilik syarikat...Yuri tiba2 jadi berminat, membuatkan Yamato (Kenji Sakaguchi) jadi tak senang...Reiji menafikan yg team dia pergi ke gelanggang sebab nak tengok Blue Scorpions...Reiji kutuk cara permainan Blue Scorpions sebagai kasar dan tak bijak...Reiji cakap hoki ais permainan yg bersistem dan perlukan otak...tapi penonton tak tau pasal tu, penonton cuma tahu bercakap kasar dan sukakan permainan yg kasar...Reiji cakap cara permainan Blue Scorpions macam tu dan diorang tak dapat maafkan...cara permainan Green Monsters pulak tenang dan jarang dihukum...Reiji tuduh Blue Scorpions tak ada maruah...Reiji cakap peminat Blue Scorpions teruk, jadi perempuan dia pun teruk...Chika jadi marah dan nak serang Reiji tapi Tomo-kun sempat halang...Reiji cabar Makoto teka kat tangan mana ada poker chip...Halu teka betul, so Reiji cabar sekali lagi...kali ni Halu cakap dia tak tahu...Makoto cabar Reiji balik, tapi untuk 3 kali Reiji berjaya teka...Reiji nak tinggalkan Face Off, tapi sebelum tu dia cakap dia datang ni bukan nak jumpa Blue Scorpions tapi nak jumpa coach Hyoudo (Koichi Sato) dan mintak dia latih Green Monsters...

Aki dan Halu tinggalkan bar bersama-sama...Aki still meluat dengan perangai Reiji dan tak faham kenapa Halu biarkan je perkara tu sedangkan di kalangan atlit sepatutnya ada rasa hormat pada atlit yg lebih senior macam Halu...Halu cakap dia ada jugak setuju dengan beberapa benda yg Reiji dah cakap, lagipun dia dulu pun junior yg suka melawan senior, tapi dia tak kisah kalau yg panggil nama dia tu perempuan...Halu cakap dia bergurau je dengan Aki, sebenarnya fikiran dia kat tempat lain...kat dalam kereta, Aki tanya apa yg Halu fikirkan...Halu beritahu yg dia terima panggilan telefon dari seorang perempuan separuh umur iaitu mak dia...mak dia sekarang tinggal kat Sendai dan akan datang ke Tokyo keesokan hari...dia nak jumpa Halu...

Halu: "Boleh tak saya nak minta tolong?"
Aki: "Minta tolong?"
Halu: "Boleh tak awak temankan saya jumpa dia esok?"
Aki: "Kenapa? Rasa cemas?"
Halu: "Hmm...cemas. Saya takut kalau saya jumpa dia seorang, saya akan marah dia."
Aki: "Jadi kalau ada orang bersama awak, awak akan lebih tenang?"
Halu: "Ya, ya...macam tulah."


bila sampai kat rumah Aki, Halu suruh Aki lupakan je tapi Aki cakap dia sudi temankan Halu...dia pun nak tengok jugak macam mana mak Halu...

esoknya Yoko (Yuriko Ishida) dan Hyoudo berjumpa kat kedai kopi...Yoko berterima kasih kat Hyoudo sebab beri dia hadiah sempena Yoko dapat kerja baru...Hyoudo pulak berterima kasih kat Yoko sebab mendamaikan dia dengan Halu...tapi Hyoudo cakap dia balik ke Jepun bukannya sebab Yoko...

Halu dan Aki pulak tengah tunggu mak Halu kat satu restoran...mak Halu dah lewat...diorang boleh nampak ramai wanita separuh umur lalu lalang dari tempat diorang duduk dan Aki asyik tunjukkan pada orang2 tu yg dia rasa ada kemungkinan adalah mak Halu, tapi satu pun bukan...Halu nampak nervous dan asyik mintak air...bila dia try nak mintak air lagi sekali, dia nampak sorang perempuan yg baru masuk...dengan segera Halu boleh kenal perempuan tu...

Aki berborak dengan Yamato kat bilik laundry dan beritahu Yamato pasal mak Halu...Aki cakap mak Halu nampak cantik dan muda, jenis yg tak dimakan usia...Yamato agak mesti Halu marah kat mak dia dan kata dia macam2...Aki cakap Halu tak macam tu, malah Halu cuma mendengar je apa yg mak dia cakap...Aki cakap kalaulah dia tak tahu, mesti dia ingat yg mereka berdua tengah bercinta...Yamato kata dia nak tengok sangat keadaan Halu macam tu tapi Aki kata dia tak nak...bila Yamato tanya sama ada Aki cemburu, Aki cuma senyum...lepas tu Aki cakap dia agak terperanjat tengok Halu macam tu, macam budak kecil yg belum bercerai susu...

Halu pergi shopping dengan mak dia Chieko (Keiko Matsuzaka)...Halu belikan mak dia sarung tangan, mak dia belikan dia muffler...

Yamato ingatkan Aki yg Halu dah ditinggalkan mak dia sejak dari tadika lagi...saat itu, masa seolah2 terhenti untuk Halu...agaknya sebab tu Halu jadi macam budak2 balik bila akhirnya dapat jumpa mak dia...Yamato agak kalau Halu dapat bersama mak dia balik, Halu akan berjaya cairkan hatinya yg dingin dan buka pintu hatinya untuk mencintai seseorang...

mak Halu berterima kasih kat Halu sebab belikan dia sarung tangan...diorang makan bersama...mak dia cakap dia ada telefon Akira abang Halu, tapi Akira marah2...Halu cakap yg abang dia kan dah kawin dan dah ada anak sorang...mak dia cakap Akira sangat dingin dalam telefon, tapi Halu lain sebab Halu sudi jumpa dia...mak dia tanya sama ada Halu bencikan dia atau tak...lama Halu nak menjawab, tapi akhirnya Halu geleng kepala dan senyum...

sebelum latihan esok harinya, Makoto suruh Hyoudo teka kat tangan dia yg mana ada poker chip...Hyoudo berjaya teka...Makoto cakap yg Green Monsters nak Hyoudo latih mereka, so Makoto tanya nak ke Hyoudo ke sana...Hyoudo cakap kalau pasukan juara yg mintak, mestilah dia nak...tapi Hyoudo cuma bergurau je...bila Hyoudo tinggalkan locker room, Yamato kejar Hyoudo dan cakap yg Reiji berjaya teka 3 kali berturut2...Hyoudo cuma cakap yg Reiji mungkin bernasib baik...

mak Halu dan Aki duduk kat grandstand...Halu mintak mak dia datang dan tengok latihan, mak Halu mintak Aki datang dan temankan dia...Makoto dan Tomo-kun yg dah nampak mak Halu kat grandstand rasa kagum tengok mak Halu yg nampak masih muda dan cantik...mak Halu beritahu Aki yg dia nampak Halu dalam TV, sebab tu dia dapat hubungi Halu...Aki cakap yg Halu tak suka muncul di TV, tapi agaknya Halu terima interview hari tu sebab Halu nak mak dia tengok dia dalam TV...Aki cakap dia tak pernah nampak Halu segembira itu...mak Halu cakap dia pun macam tu...sebenarnya mak Halu rasa malu, dia boleh beritahu Akira sebab diorang cuma bercakap dalam telefon, tapi dengan Halu susah dia nak cakap...mak Halu beritahu Halu yg dia akan tinggal di Tokyo lama sikit, tapi orang tu dah telefon suruh balik esok hari...Aki tanya siapa orang tu, dan masa ni muka Aki dah berubah...

Chieko: "Akira dah salah faham..."
Aki: "Salah faham ke?"
Chieko: "Tentulah. Saya sangat rindukan budak2 tu, terutamanya Halu...Dulu Halu suka melekat dengan saya, dia akan ikut saya ke mana saja saya pergi."
Aki: "Tapi awak masih tinggalkan mereka?!"
Chieko: "..."
Aki: "Maaf, saya tak layak bersuara. Kalau Halu dah maafkan awak, saya pun tak boleh cakap apa2..."
Chieko: "Awak nampaknya sangat memahami Halu. Saya dah lega sebab dia ada awak di sisinya."
Aki: "Tak, saya cuma..."
Chieko: "Seorang lelaki memerlukan perempuan, dan seorang perempuan lagilah perlukan lelaki..."
Aki: "Ya ke?"
Chieko: "Boleh tak awak tolong saya beritahu dia?"
Aki: "..."
Chieko: "Aki-chan, tolonglah..."

Aki tenung Chieko lama...Halu pulak balik ke bench dan senyum pada mereka...mak Halu senyum balik dan melambai pada Halu...

kat rumah Aki malam tu, Halu berterima kasih kat Aki sebab temankan mak dia...Halu perasan yg rasa kopi dah lain...

Halu: "Awak dah tukar biji kopi ke? Saya lebih sukakan yg dulu."
Aki: "Mungkin sebab awak dah biasa dengan rasa yg dulu. Sebenarnya biji kopi yg baru ni lebih mahal."
Halu: "Kalau ada apa2, awak berterus-terang jelah."
Aki: "Halu...saya rasa lebih Halu jangan jumpa mak awak lagi."
Halu: "Kenapa tiba2 cakap macam tu?"
Aki: "Awak dan dia dah ada kehidupan sendiri. Dia mungkin dah ada keluarga di Sendai...ataupun mungkin seorang kekasih, dan bukannya lelaki yg dulu..."
Halu: "Kalau betul macam tu, mesti mak dah cakap kan? Dah berapa umurnya?"
Aki: "Umur bukannya masalah! Perempuan macam tu...tetap nak jadi perempuan walaupun mati."
Halu: "Apa maksud awak, 'perempuan macam tu'? Hmm? Lagipun saya tak kisah masa silamnya..."
Aki: "Tak kisah? Bukan ke itu sebabnya awak main permainan ni?"
Halu: "...Apa yg dia dah cakap pada awak? Tiba2 je mak cakap nak balik esok. Ada awak cakap apa2 kat dia?"
Aki: "Kalau awak nak mencairkan hati awak yg dingin tu, awak mesti menghadapi segalanya!"
Halu: Jadi maksud awak, saya tak nak menghadapinya?...Saya tak buat begitu, lagipun ini bukan urusan awak! OK, saya minta awak temankan saya jumpa dia, tapi saya pun boleh minta Tomo-kun atau Yamato."
Aki: "Jadi, tak perlulah lagi saya nak cakap apa2."
Halu: "Jadi tak usah."


Halu keluar dari rumah Aki...Halu tutup pintu tapi berdiri sekejap kat luar rumah Aki...Aki pulak akhirnya tak berjaya menahan air mata dia dan menangis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2005 11:10 AM | Show all posts

sambungan Period 6...

esoknya Wataru tengah tunggu Yoko ambik dia kat tadika...Halu pulak yg datang dan beritahu Wataru yg Yoko terpaksa kerja lewat jadi Halu yg akan bawak dia balik rumah...

Aki, Yuri dan Chika tengah order lunch kat cafeteria...Aki tiba2 je bangun dan nak keluar dari cafeteria...Aki beritahu kawan2 dia yg dia ada hal sikit...

Halu masak makan tengahari untuk dia dan Wataru...

Aki masuk ke tempat mesin ATM...

Halu dan Wataru pulak tengah makan mi yg Halu buat...

Aki keluar dari cash booth tu sambil peluk beg dia...

Wataru dah tertidur...Halu lipat muffler yg mak dia bagi dan kemudian baring keletihan...Yoko pulak dah balik...dia tanya sama ada Halu dah bergaduh dengan girlfriend dia...Halu cakap dia tak ada girlfriend, lagipun dia jenis yg kasar pada perempuan ataupun lelaki, sedangkan perempuan sukakan lelaki yg lemah lembut dan bertimbang rasa...Yoko setuju yg kebanyakan perempuan mahukan kualiti macam tu pada lelaki, tapi Yoko cakap jangan pilih perempuan macam tu...Yoko cakap perempuan yg nakkan lelaki bertimbang rasa pada dia sebenarnya perempuan yg tak bertimbang rasa...Yoko cakap seseorang takkan mintak orang lain bertimbang rasa pada dia kalau dia sendiri dah penuh dengan kasih sayang dan kemesraan...Yoko cakap kalau Halu ada jumpa perempuan macam tu, jangan lepaskan...

Yuri dan Chika kat salun rambut...Yuri tengah baca majalah yg sebut pasal Reiji, dari artikel majalah tu Yuri dapat tahu yg ayah Reiji bukannya pemilik syarikat kecil tapi syarikat besar...Chika bagi warning kat Yuri nanti dia beritahu Yamato...Yuri cakap dia cuma sebut je, lagipun kalau ada duit tapi perangai teruk buat apa...Yuri terjumpa satu artikel yg mengejutkan dia dan Chika...

Halu hantar mak dia ke stesen keretapi Tokyo...Halu ambil beg mak dia dari belakang kereta, tapi mak dia cakap biar diorang berpisah kat situ je sebab dia akan rasa sedih kalau berpisah kat platform...mak dia suruh ucap terima kasih pada Aki sebab belanja dia makan...Halu rasa pelik...

Chieko: "Secara jujur, mak rasa memang dah keterlaluan...tiba2 je hubungi kamu dan minta duit dari kamu, tapi Aki beritahu yg seorang anak harus menolong ibu yg dalam kesusahan...Aki cakap jangan beritahu kamu sebab kamu akan rasa malu, tapi mak sangat berterima kasih dan nak cakap sendiri pada kamu..."
Halu: "Berapa?"
Chieko: "..."
Aki: "Berapa yg Aki beri mak?"
Chieko: "2...juta yen...Halu, mak betul2 nak jumpa kamu..."
Aki: "Nanti mak ketinggalan keretapi."


Halu tak tengok pun mak dia masa dia bagi mak dia beg...mak Halu berjalan perlahan2 dan ada satu masa pusing dan tengok balik...Halu yg masih terkejut pandang dari cermin kereta depan...muka dia dah lain masa ni...bila Halu dah nak start kereta, dia nampak mak dia dari cermin tepi dan akhirnya keluar dari kereta nak kejar mak dia...Halu berlari naik tangga platform, tapi dia berhenti sebelum sampai ke atas sebab dia nampak mak dia yg tengah gembira tengah bagi beg dia pada sorang lelaki...lelaki tu nampak Halu, so mak dia pun tengok sama dengan rasa terkejut...diorang saling memandang agak lama...Halu paksa dirinya senyum pada mak dia, angkat muffler yg mak dia bagi dan lambai pada mak dia...Chieko senyum lega dan melambai balik...bila train dah mula jalan, Halu naik ke atas platform dan pandang train tu dengan sedih...Halu bersandar pada dinding dan ucapkan satu perkataan...

malam tu Aki datang ke gelanggang hoki...Halu tengah tunggu dia kat tempat duduk yg Chieko pernah duduk...Halu minta maaf pasal semalam, dan Aki minta maaf balik...Aki cakap dia pun dah sedar, sesiapa pun akan marah kalau mak sendiri dikutuk macam tu...Halu pulangkan duit pada Aki...Halu cuba bergurau dengan Aki, cakap yg dia tak sangka Aki boleh simpan banyak duit, mesti Aki pandai berjimat...

Halu: "Ada seorang lelaki sedang tunggu dia...Dia nampak sangat berbeza bila bersama lelaki tu. Tak lagi nampak macam ibu, tapi bersifat kewanitaan...Akhirnya saya dapat ucapkan perkataan ni...selamat tinggal."

kat stesen Tokyo, sehelai muffler diikat pada railing tangga...itu muffler yg mak Halu belikan untuk dia...

Halu bangun dari tempat duduk dan hulur kedua2 belah tangan dia yg digenggam pada Aki...Halu suruh Aki teka tangan yg mana satu...Aki pilih tangan kanan...Halu bukak tangan dia, ada sepasang kunci kat tangan dia...

Halu jemput Aki masuk ke rumah dia...Halu cakap Aki adalah perempuan pertama yg dia benarkan masuk...Halu nak bancuh kopi untuk Aki...

Aki: "Halu...saya rasa takut."
Halu: "Saya takkan buat apa2..."
Aki: "Bukan begitu...Saya rasa takut jadi perempuan. Suatu hari nanti saya akan berkahwin dan ada anak."
Halu: "Maybe...betul juga."
Aki: "Saya takut sama ada dapat jadi ibu yg baik..."
Halu: "Kalau Aki, mesti tak ada masalah."
Aki: "Tapi saya paling takut jadi ibu pada anak lelaki...Ibu boleh memberi kesan yg besar pada anak lelaki. Halu...pernah tak awak mengadu pada sesiapa? Sejak dari tadika hingga sekarang, pernah tak awak beritahu sesiapa?"


Aki mendekati Halu yg sedang duduk dan pegang tangan Halu...Aki dah macam nak menangis...

Aki: "Kasihan Halu. Budak2 lain ada ibu mereka untuk mengadu. Tapi Halu tak dapat buat macam tu... (Aki peluk Halu) Kalau saya jadi mak Halu, mesti saya akan dengar...Saya takkan biar Halu menangis, saya akan melindungi dan menjaga Halu."

Halu dah mula menangis dan peluk Aki balik...tengah2 menangis tu, Halu sempat lagi bergurau dengan Aki, cakap yg Aki ni memang perempuan yg baik...Aki harap itu bukan gurauan...Halu angkat muka dan pandang Aki...Halu cium Aki...

kat Face Off, Yuri tunjukkan artikel majalah pada Yamato...Yuri beritahu yg itu adalah kekasih Aki...dia baru je menang anugerah kat luar negara, dan dia mungkin akan balik ke sisi Aki..."

pada paginya, Aki terjaga atas katil Halu...

Aki: "Halu...saya bermimpi pelik. Saya mimpi, kita berdua jadi watak dalam satu permainan dalam TV. Kita sedang berpegangan tangan dengan gembira. Tapi budak yg main permainan tu dah mengantuk dan nak tutup TV. Kita yg kat dalam TV tu masih nak bersama...kita cuba cakap sesuatu yg sangat penting. Masa tu Halu cuba beritahu sesuatu, tapi skrin TV dah padam. Saya tak dapat pastikan apa yg Halu cuba cakap."
Halu: "Itu mudah je."


Aki pusing balik menghadap Halu...Halu usap rambut Aki...

Halu: "Apa yg saya nak beritahu awak...Aki, saya cintakan awak (Aki wo...aishiteiru)."

Aki senyum gembira dan Halu kiss kelopak mata Aki sambil peluk dia...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2005 11:22 AM | Show all posts
Originally posted by whitedove at 12-30-2004 11:00 AM:


minggu depan baru episod 8 & 9...minggu lagi satu baru last episod 11...banyak lagi hal yg akan berlaku nih...



OOOO Yeke....Lega rasanya, janji dapat tengok ending jadilah...tak syoklah kalau tertinggal bab ending...sbb dah ikut citer ni dr mula....

Episode 8 & 9..mesti whitedove akan bagi sinopsisnya kat sini, baca sinopsis pun jadiklahh.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2005 11:22 AM | Show all posts
kita paling suka masa part tetiba je halu kiss aki & halu minta satu lagi hadiah iaitu gambar aki pakai baju perantin. sweetnya.

kita menangis masa halu peluk aki kat dapur tu. aki menangis minta halu jangan lepaskan dia kepada orang lain.

geram sangat masa aki pi rumah halu & halu pi rumah aki. kenapalah salah seorang tu tak nak tunggu lama skit. halu pi rumah aki nak kasi kunci bereben tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2005 11:56 AM | Show all posts
Originally posted by captain_f4 at 14-3-2005 08:00 AM:


:ah: sumer tu part best....  Tapi aku heran lerr....  naper kat atas jambatan tu takde keta lalu ek... ?? :hmm:

Sian Halu, dia nak jadikan gameover sbb nak couple betul2...  tapi laki tu pla ...


xde ke kete lalu...xperasan laks...:lol ko mmg warga prihatin...

ntah...sibuk je bf Aki tu.... sian tgk Halu...
baru nak jumpa Aki....

tp Aki pun lari je pegi kat bf die.... terkedu Halu dibuatnya....

ingatkan Aki sesaje je nak tunggu bf die...
rupanya dah janji nak kawin bile jumpa.... chesss....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2005 11:59 AM | Show all posts
Originally posted by penglipur at 13-3-2005 10:03 PM:


adegan fav aku gak!!!
ehehhehe..
weih, mana nk cari avatar scene dlm citer nih??


hai penglipur!!
lama xnampak.... datang2 je terus cari avatar Pride...
ape kes nih?? ;)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2005 12:06 PM | Show all posts
bf aki tu mmg mengada-ngada! 2thn ditinggalnyer aki camtu jer x tepon, x antar email pastu skrang bler aki dah dgn halu dier plak nak dgn aki blk!!
GERAMNYER!!!! nf:nf:nf:
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2005 12:43 PM | Show all posts
apasal waktu gembira untuk aki ngan halu cuma sekejap......baru je nad declare,  bf aki pulak balik semuaa.......nak je munna munna tukar skrip......biar bf aki balik cuma nak beritahui pada aki yg dia dah kahwin ke......ada makwe lain.....takpun kalau nak sadis....biar bf dia  terlibat ngan accident yg membawa maut......
cutenya scene.......yg halu kejar aki  dlm bas masa jogging
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2005 01:15 PM | Show all posts
:lol suke nye bila tgk halu pegi buat kunci nak kasi AKI...

lepas tu geram lak bila tgk masing2 tgu kat rumah masing2
kenapa la tak tepon ... boleh tanye kat mane...

kenape la tak buat cam tu....

:hug:

lepas tu geram kat bf lame AKI tu..
balik la lambat lagi...
tak yah balik langsung pun tak pe...

hope AKI and HALU will last forever...

I was born to love you....all my life...

:lol
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2005 02:34 PM | Show all posts
Originally posted by penglipur at 13-3-2005 10:03 PM:


adegan fav aku gak!!!
ehehhehe..
weih, mana nk cari avatar scene dlm citer nih??


  • Cuba cari kat Yahoo! Image atau Google Image.. taipkan Takuya Kimura Pride... selalunya yg akan keluar gambar besar2.. jd ko cuba kecikkan dgn Windows Paint... atau apa2 je lah yg boleh kecikkan image... avatar aku ni pun sebenarnya besar jugak, tp aku kecikkan lepas tu simpan kat www. yoxio.com
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2005 02:42 PM | Show all posts
Originally posted by captain_f4 at 14-3-2005 08:00 AM:


:ah: sumer tu part best....  Tapi aku heran lerr....  naper kat atas jambatan tu takde keta lalu ek... ?? :hmm:

Sian Halu, dia nak jadikan gameover sbb nak couple betul2...  tapi laki tu pla ...


  • erm... entahlah... agaknya tu jambatan utk pejalan kaki kot... ke dia org take scene masa org tgh kerja... jd tak ada lah keta lalu... ataupun dia org dah book jambatan tu spy tak ada org ganggu scene... kot2 manalah tau antara pemandu kereta tu adalah peminat Takuya... kang dikacau nya si takuya masa berlakon kan ke naya.. dan kemungkinan ada di antara pemandu kereta/penunggang motosikal tu adalah aku.. yg berkemungkinan akan melanggar lari pelakon yg bawak watak bf Aki.. hahahaha
  • Aku rasa Aki fikir betul2 Halu nak putus dgn dia... yelah.. dulu kan dah cakap... bila bf Aki dah balik, Halu dan Aki dah setuju utk meng'game-over'kan permainan dia org tu... lagipun, Halu lambat kasi tau kat Aki pasal tu... Aki pun teringat janji dia dgn bf dia dulu... nak ignore tak leh, sbb pihak Halu pun tak de beri jaminan apa2 ttg hubungan dia org... so Aki tak leh lah harap bila dah putus dgn bf dia, Halu akan terima dia... kesian sgh aku lihat pasangan ni...


Nak tambah lagi adegan favourite aku
  • Masa Makoto bagi hadiah kat Halu. Halu nak bukak hadiah tu, tp Makoto tak bagi. Makoto suh bukak kat umah. Dgr je Makoto ckp mcm tu, Halu terus campak hadiah tu ke belakang.
  • Masa Aki nak keluar dr rumah Halu, Halu cium dahi Aki... :love: sweeettt!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2005 03:12 PM | Show all posts
Originally posted by aLiN_82 at 14-3-2005 02:42 PM:

erm... entahlah... agaknya tu jambatan utk pejalan kaki kot... ke dia org take scene masa org tgh kerja... jd tak ada lah keta lalu... ataupun dia org dah book jambatan tu spy tak ada org ganggu scene... kot2 manalah tau antara pemandu kereta tu adalah peminat Takuya... kang dikacau nya si takuya masa berlakon kan ke naya.. dan kemungkinan ada di antara pemandu kereta/penunggang motosikal tu adalah aku.. yg berkemungkinan akan melanggar lari pelakon yg bawak watak bf Aki.. : hahahaha


:hmm: boleh la...  kira logik gak lerr jwpn ngko tu...  he..he.. :lol

[ Last edited by captain_f4 on 14-3-2005 at 03:13 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2005 03:58 PM | Show all posts

Period 6 screencaps...













Credits to http://www.livejournal.com/users/kimuracaps/5599.html#cutid1
more screencaps can be found here...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2005 04:05 PM | Show all posts
Originally posted by whitedove at  11:10:
esoknya Wataru tengah tunggu Yoko ambik dia kat tadika...Halu pulak yg datang dan beritahu Wataru yg Yoko terpaksa kerja lewat jadi Halu yg akan bawak dia balik rumah...

Aki, Yuri dan Chika teng ...



@whitedove....

episode saturday tu bel dah tgk....tapi bole citer x episode masa last sunday tu...mcm mana keadaan Halu masa bf Aki dah balik....?:stp: x dpt tgk keluar dinner gan family...:cry:
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2005 10:42 PM | Show all posts
Originally posted by Feng_Ayien at 14-3-2005 12:28 AM:


ala...sensei ko jgn lah ambik ati aku gurau jer meh aku peluk ko meh:hug: sukup x skali? Hah! xcukup...yelah..yelah...aku peluklah ko bebyk kali :hug::hug::hug::hug: (bdk tadika mmg camni!)




weiiii rimas lah peluk2 nih. tak rock

weiiiiiiiiiii aku cikgu tadika bukan bdk tadika!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2005 10:44 PM | Show all posts
Originally posted by munna at 14-3-2005 12:43 PM:
apasal waktu gembira untuk aki ngan halu cuma sekejap......baru je nad declare,  bf aki pulak balik semuaa.......nak je munna munna tukar skrip......biar bf aki balik cuma nak beritahui pada aki yg ...




munna, ape kate kita buat bf aki tuh cam avatar ko. mesti best giler babas kan?lollollol::bgrin::ah:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2005 11:30 PM | Show all posts
Originally posted by taiyo_sensei at 14-3-2005 10:42 PM:




weiiii rimas lah peluk2 nih. tak rock

weiiiiiiiiiii aku cikgu tadika bukan bdk tadika!!!!!!!!!!!!!!!


Tp pd pandangan pertama aku ko lebih sesuwei jd bdk tadika dr guru tadika:bgrin::bgrin:

Feng wonder klu ko cikgu tadika, camne agaknyer murid2 ko?:hmm::hmm:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2005 10:08 AM | Show all posts

PRIDE - Period 7 (13/3/2005)

pagi tu bila Halu (Takuya Kimura) bangun, dia tengok Aki (Yuko Takeuchi) tengah buat sarapan untuk dia...Aki pakai baju Halu...lepas sarapan, Halu nak hantar Aki balik tapi Aki cakap dia boleh balik sendiri dengan bas...

Aki: "Tak apa. Pagi2 macam ni saya lebih suka bersendirian. Awak pergilah berlatih."
Halu: "Baiklah, coach."

Halu cium dahi Aki sebelum Aki keluar...Halu naik ke beranda nak tengok Aki...Aki tengok balik rumah Halu, dan bila dia nampak Halu kat beranda, dia instinctively tutup muka dia dengan beg...Halu tergelak dan cakap yg Aki bukannya kat sekolah menengah lagi...lepas tu Aki buat muka kat Halu...bila Aki naik bas, dia nampak Halu kejar bas masa berjogging...Aki dan Halu tersenyum happy dengan satu sama lain...

Aki, Yuri (Noriko Nakagoshi) dan Chika (Megumi) tengah shopping, lepas tu diorang nampak ada promosi baju pengantin, boleh ambik gambar kenangan percuma...Yuri dan Chika beria2 nak ambik gambar, jadi terpaksalah Aki ikut...lepas tu, Yuri balik sorang dan terlanggar somebody...Yuri terjatuh dan tumit kasut dia patah...tiba2 Reiji datang tolong dia bangun...Yuri nampak excited sangat sebab terserempak dengan Reiji...

malam tu kat Face Off ada birthday party untuk Halu...diorang nyanyikan lagu birthday...Saeko (Saori Takizawa) bagi hadiah baju bulu untuk Halu...bila orang tanya sama ada dia kait sendiri, Saeko cakap tak...lepas tu Makoto (Ryuta Sato) tanya baju bulu yg hari tu Saeko kait untuk siapa, coach Hyoudo (Koichi Sato) ke...Saeko cakap tak ada kaitan dengan diorang...semua orang pun suka sangat mengusik Saeko ada hubungan dengan Hyoudo...lepas tu giliran Makoto pulak yg bagi hadiah...bila Halu nak buka, Makoto cakap itu rahsia, suruh buka kat rumah...terus Halu cakap dia tak nak dan baling ke belakang...Yamato (Kenji Sakaguchi) bagi hadiah 'power wrist'...Tomo-kun (Somegoro Ichikawa) bagi apa entah...lepas tu Chika bagi hadiah seluar dalam kat Halu...lepas tu Halu cakap masa harijadi Chika nanti dia pun akan bagi seluar dalam jugak...Tomo-kun dengan comelnya cakap cuma dia yg boleh bagi Chika hadiah macam tu...lepas tu turn Aki pulak bagi hadiah...ada orang tanya apa yg Aki bagi tu...

Aki: "Lampu berwarna oren, secantik waktu senja. Bilik Halu terlalu sejuk."

semua orang mula usik Halu dan Aki bila dengar Aki cakap macam tu...Aki rasa confuse...

Aki: "Eh, saya dah tersilap cakap ke?"
Yamato: "Bilik Halu..."
Aki: "Ah!"
Halu: "Itu hanya imaginasi dia."
Aki: "Ya ya, imaginasi...Saya cuba bayangkan keadaan bilik Halu."
Halu: "Yalah...Macam saya, dalam peti sejuk pun tak ada apa2."
Aki: "Yalah, cuma ada jus anggur."
Halu: "Macam mana awak tahu?"
Aki: "Sebab saya ada deria keenam."

Halu dan Aki masih lagi berpura2 dan mula cakap yg pelik2, tapi akhirnya diorang sedar yg orang sekeliling dah tak ambil pusing pasal hal diorang...

akhirnya Yuri sampai ke Face Off...dia minta maaf sebab lambat, tapi kat belakang dia tiba2 muncul Reiji...Yuri cakap Reiji yg selamatkan dia bila dia terjatuh dan dah belikan kasut baru untuk dia...shopping mall yg diorang pergi tu rupanya milik family Reiji...Yamato tanya Yuri mana hadiah Halu, tapi Yuri dah terlupa...Yamato suruh Yuri ikut dia ke suatu tempat...

Reiji: "Rupanya harijadi Satonaka-san...Apa yg awak nak, cakap saja."
Halu: "Jadi...dalam perlawanan seterusnya, boleh tak bagi kami menang?"
Reiji: "Boleh...kalau awak merayu dan menangis."
Halu: "Boleh gunakan ubat mata?"

Reiji jadi geram dan keluar dari Face Off...Yamato pulak tengah confront Yuri kat depan toilet...dia tak suka Yuri bawak Reiji ke Face Off sedangkan Reiji tu kapten pasukan lawan...Yuri jadi marah sebab Yamato marah dia tiba2...Yuri cakap walaupun diorang pasangan kekasih tapi dia bukan hak milik Yamato...diorang bergaduh lagi dan cakap tak nak pedulikan masing2...Yuri keluar dari toilet, masa ni Makoto nak bagi pinggan kek kat Yuri tapi Yuri main langgar je Makoto...Yuri keluar dari Face Off dan nampak kereta Reiji...Yuri mintak Reiji hantar dia balik...bila Reiji tanya, Yuri cakap Yamato bukan boyfriend dia...

Yamato mabuk2 dalam bar lepas Yuri pergi...dia cakap Yuri bukan girlfriend dia...tiba2 je Yamato nak nyanyi lagu untuk Halu...Yamato nyanyi lagu 'Haru wo aisuru hito wa...' (orang yg mencintai musim bunga, hatinya sangat suci)...Halu dan Aki bawak Yamato yg masih mabuk balik rumah...Yamato asyik mintak air...Aki suruh Halu balik ke bar sebab dia boleh jaga Yamato...Aki cakap parti tu takkan meriah kalau watak utama tak ada...masa Halu nak keluar dari rumah Yamato, Aki panggil Halu...

Aki: "Halu...happy birthday."
Halu: "Ah, boleh tak hadiahkan saya satu benda lagi?"
Aki: "Hmm?"
Halu: "Saya terjumpa dalam kereta...(Halu tunjukkan gambar Aki pakai baju pengantin)
Aki: "Eh, ini tak boleh! Rupa saya pelik masa ni..."

terus je Halu kiss Aki...Halu cakap lagipun birthday dia...Aki try panggil Halu tapi Halu dah pergi...Aki masuk balik rumah Yamato sambil tergelak gembira...Aki beri air pada Yamato...Yamato tiba2 je senyum...

Aki: "Dah tak ada apa2 ke?"
Yamato: "Tahniah." (Yamato tepuk tangan)
Aki: "Apa yg awak cakap ni?"
Yamato: "Tak apa, tak payah berpura2. Saya sememangnya gembira." (Yamato tepuk tangan lagi)
Aki: "Malulah, janganlah macam ni!"
Yamato: "Saya masih rasa ada sikit yg tak baik..."
Aki: "Apa dia?"
Yamato: "Aki-san, kan kamu ada seseorang yg kamu sedang tunggu?"
Aki: "Sudahlah."
Yamato: "Kenapa?"
Aki: "Sebab saya dah tak tunggu kat jambatan lagi."
Yamato: "Betul ke?"
Aki: "Betul."
Yamato: "Betul2 ni?"
Aki: "Betul2."

Yamato cakap baguslah...dia beritahu Aki yg lelaki tu mungkin akan balik, lagipun artikel tentang dia pun dah keluar di majalah sebab menang anugerah...muka Aki dah berubah masa ni tapi Yamato tak perasan...lepas ucap selamat malam kat Yamato, Aki balik rumah dia...Aki nampak sangat tak tenang lepas dengar cerita dari Yamato...

kat rumah Halu, Halu buka hadiah dari Aki...Halu test lampu oren tu dengan tutup lampu rumah...cantik lampu tu...Halu tengok lampu tu dengan comelnya, lepas tu dia renung gambar Aki dengan baju pengantin bawah lampu oren tu...dia cakap muka Aki nampak cantik...lama dia tengok gambar Aki, seolah2 tengah berfikir sesuatu...

coach Hyoudo dan Yoko (Yuriko Ishida) lawat kubur Anzai...Yoko cakap Hyoudo jenis yg suka mengejar impian, jadi Anzai lebih realistik...Hyoudo cakap dia balik ke Jepun kerana Halu...dia pernah tengok video permainan Halu...masa ni Halu sampai ke kawasan kubur...Hyoudo cakap Halu boleh nampak sesuatu yg orang lain tak nampak...ramai pemain handalan pun tak nampak tapi Halu boleh...Hyoudo cakap dia pun nak lihat jugak walaupun kena korbankan banyak benda...

Yoko cakap dia cemburu sebab Anzai dan Hyoudo cuma perhatikan Halu...Halu cakap dia tak berminat pun pada mereka...

Yoko: "Sebab sukakan seorang perempuan?"
Halu: "Maybe...cuma, saya rasa bimbang. Sebab segalanya berjalan lancar, jadi saya rasa tak selamat."
Yoko: "Sebab kamu tak tahu sampai bila boleh pertahankan kebahagiaan ini?"
Halu: "Ya, macam tulah."
Yoko: "Tapi dulu kamu tak macam ni."
Halu: "..."
Yoko: "Kamu semestinya dah menaruh hati pada dia."
Halu: "Boleh tahanlah..."
Yoko: "Kamu tak mahu kehilangannya, jadi kamu rasa tak selesa, kan?...Janganlah banyak berfikir. Kalau kamu nak putus sebelum hati kamu terluka, kamu akan lebih dilukai."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2005 10:09 AM | Show all posts

sambungan Period 7...

kat office, Aki tengah tengok buku resipi...Chika curi tengok dan komen yg Aki nak memasak untuk Halu sebab nak tambah markah...Aki cakap pemakanan memang penting untuk atlit sukan, jadi susah dia nak fikir semua perkara bila memasak...Chika harap ada orang akan masak untuk dia...bila Aki gelakkan Chika, Chika cakap dia boleh memasak tapi dia rasa leceh...tiba2 ada telefon untuk Aki...Chika ingat Halu yg call tapi Aki cakap Halu takkan call ke office...rupanya2 yg call Aki ialah Natsukawa (Sousuke Tanihara), boyfriend Aki...dia dah sampai di Jepun dan sekarang kat Narita airport...

Yamato datang ke syarikat nak jumpa Yuri...mula2 tu Yuri layan Yamato dengan dingin je...lepas tu Yamato beri hadiah kat Yuri...Yamato cakap tu kasut Cinderella...tiba2 je Yuri jadi lembut hati dan berbaik dengan Yamato...

Halu dan Aki shopping untuk masak makan malam diorang...Halu cakap cara dia makan sangat cepat...bila Aki tegur, Halu cakap dia akan cuba makan dengan perlahan macam orang Perancis...Aki cuma gelak...Halu cakap dia akan cuba menikmati makanan...masa Aki pergi ambil sayuran jauh sikit dari Halu, tiba2 je Halu tengok Aki dengan gelisah...ada suatu macam rasa sedih tapi curious pada muka Halu...

Halu: "Aki..."
Aki: "Kat rumah ada periuk tak?"
Halu: "Saya nak awak beritahu saya..."
Aki: "Saya yg sedang tanya awak."
Halu: "...Awak cintakan dia tak?...Masa berpisah kat jambatan tu, awak menangis tak?"
Aki: "..."
Halu: "Banyak menangis untuk dia..."
Aki: "Halu..."
Halu: "Masih sangat sukakan dia ke?"


Halu tunggu jawapan Aki dengan penuh harapan, tapi Aki tak cakap apa2...

Yuri pulak tengah show-off kasut baru dia yg Yamato belikan...bila Makoto komen pasal duit, Tomo-kun cakap Yuri jenis orang yg cepat puas hati asalkan ada kekasih dan kebendaan...Tomo-kun cakap orang yg tak sukakan kebendaan lagi susah untuk dipikat, jadi lebih mudah cemburu...Yuri tertanya2 Aki jenis yg macam mana...Yamato komen yg Aki jenis yg susah dipikat...diorang bercerita pasal Aki yg sanggup tunggu seseorang selama 2 tahun...Chika buka cerita yg boyfriend Aki telefon hari ni dan dah balik ke Jepun...Yamato cakap diorang dah tak ada hubungan sebab Aki dah bersama Halu sekarang...Yuri cakap itu cuma 'game', tapi Yamato cakap pada awalnya memanglah cuma 'game' tapi sekarang dah jadi lain...tapi Chika beritahu yg Aki dah ada perjanjian dengan Natsukawa, perjanjian di mana kalau Natsukawa balik, diorang akan kahwin...

kat rumah Halu, Halu tengah tengok Aki memasak...Halu minta maaf kat Aki sebab tiba2 tanya soalan tu tadi...Halu cakap dia cuma nak tahu apa jenis lelaki yg Aki suka...Aki sanggup tunggu lelaki tu selama 2 tahun, mesti lelaki tu sangat menawan...Halu cakap kalau lelaki tu adalah dia, mesti tak ada keyakinan untuk tunggu selama tu...Aki cakap Halu kan selama ni berkeyakinan, tapi Halu cakap dia cuma memaksa diri...Halu minta maaf sebab buat Aki teringatkan kenangan tu...bila Aki masih tak tenang, Halu peluk Aki dan minta maaf lagi...Aki suruh Halu peluk dia kuat2...

Aki: "Halu...boleh tak awak cakap pada saya, 'takkan serahkan awak pada orang lain, takkan lepaskan awak selama-lamanya'?

masa latihan, Halu tak dapat tumpukan perhatian dan asyik tak dapat jaringkan gol...Yamato, Tomo-kun dan Makoto rasa pelik tengok Halu...Halu cakap dia tengok perlawanan bola kat TV sampai lewat malam...Yamato tanya tengok dengan Aki ke, tapi Halu jawab Aki tak tahu permainan tu...Yamato cakap boleh jelaskan satu persatu pada Aki...Yamato tanya Halu macam2...Yamato suruh Halu luangkan lebih masa temankan Aki...

kat locker room, Halu cakap boyfriend Aki dah balik...Tomo-kun rasa lega sebab dia ingat Aki yg beritahu Halu, tapi Halu cakap Aki tak beritahu dia apa2...cuma dia sendiri yg dapat rasakan...Yamato tak puas hati sebab Halu nampak masih tenang walaupun akan berpisah...Halu cakap sebab diorang dah berjanji akan ucap selamat tinggal dengan gembira bila boyfriend Aki dah balik...Halu cakap dia dah bersedia nak berpisah, tapi Yamato cakap Halu cuba berbohong...Halu yg nak lepaskan diri...Tomo-kun cakap Yamato cuma bimbangkan Halu dan Aki...Yamato jugak beritahu yg Aki dah tak tunggu kat jambatan tu lagi, tapi Halu macam dah putus asa...Yamato naik marah lagi...dia suruh Halu jangan jadi orang lembab dan cuba jadi yg terbaik dalam hati Aki dengan memikat Aki sedaya upaya...Yamato cakap Aki sukakan Halu, tapi Halu cuma suruh Yamato jangan pedulikan dia...Yamato masih tak puas hati dan cuba confront Halu lagi...tapi Halu cakap, kata2 Yamato dah berjaya buatkan dia terharu sepenuhnya...

Aki dapat panggilan telefon kat rumah dia dari Natsukawa...Natsukawa cakap dia masih kat parti jadi belum sempat nak jumpa Aki...Aki tanya kenapa Natsukawa lama tak hubungi dia, tapi Natsukawa cakap dia akan jelaskan bila berjumpa nanti...Natsukawa mintak Aki jumpa dia kat jambatan tu...

Halu pulak kat kedai buat kunci dengan Wataru...Halu cakap kat Wataru yg hadiah tu akan buatkan seseorang perempuan jadi gembira dan tenang...

Aki minta maaf kat Natsukawa sebab dia tak nak pergi ke jambatan tu...Aki cakap Natsukawa dah terlambat, walaupun selama ni dia cuma menunggu Natsukawa...

Halu kat rumah dia tengah ikat kunci dengan reben pink sambil tengok gambar Aki dalam baju pengantin yg dia lekatkan kat dinding rumah...

Natsukawa cakap memang salah dia buatkan Aki sedih...dia cakap dia pun rasa sunyi juga, tapi dalam hatinya cuma ada Aki...Natsukawa minta berjumpa Aki pukul 12 tengahari seperti yg dijanjikan...Aki minta maaf sebab dia takkan datang, tapi Natsukawa dengan yakinnya cakap Aki akan datang...alasannya, sebab dia adalah 'natsu'(musim panas), Aki pulak musim luruh, walaupun terpisah tapi tetap ada kaitan...

malam tu, Halu datang jumpa Aki kat rumah Aki, Aki pulak pergi rumah Halu...kedua2 tunggu kat depan rumah masing2 dengan lama...Halu try nak call Aki tapi tak jadi bila tiba2 dia teringatkan kata2 Aki, 'Saya musim luruh, awak musim bunga. Memang musim yg tak ada kaitan.' Aki pulak teringatkan kata2 Halu, 'Cuma kekasih sementara, tak ada ikatan dan takkan rasa cemburu. Kalau kekasih dah balik, boleh ucapkan selamat tinggal dengan senyuman.' Halu dan Aki akhirnya tinggalkan rumah masing2 dengan berat hati...bas yg Aki naik kebetulan berselisih dengan kereta Halu kat tengah jalan, tapi masing2 tak perasan...

malam tu jugak Halu pergi practise kat gelanggang...Halu nampak coach Hyoudo ada kat situ...Hyoudo cakap akhirnya hoki ais juga yg paling penting untuk diorang...macam Anzai, walaupun dah ada orang yg disayangi tapi tetap tak hidup gembira...Hyoudo bercakap pasal Dewi Ais, satu legenda bagi pemain hoki ais...ramai pemain handalan pun tak dapat tengok...Hyoudo dan Anzai dah cuba untuk korbankan segala2nya demi Dewi Ais termasuklah keluarga dan kebahagiaan...tapi Halu cakap Hyoudo dan Anzai tetap tak dapat lihat...Halu cakap Dewi Ais tak wujud, tapi dulu kalau Hyoudo beritahu dia, dia mungkin akan percaya...tapi akhir2 ni Halu dah macam terpukau, sebab dia dah jatuh hati pada seorang perempuan sejati yg baik hati...dan dia rasa selesa dengan keadaan tu...Halu cakap Anzai sebenarnya bahagia, malah lebih bahagia dari Hyoudo...

esoknya, Aki pergi jugak ke jambatan tu walaupun air mukanya nampak sedih...tiba2 je dia dengar suara Halu...

Halu: "Hello..."
Aki: "..."
Halu: "Awak sememangnya hebat, masih takkan berubah...Walaupun hari yg bersalji...Macam perempuan dalam gambar hitam putih."
Aki: "Halu..."
Halu: "Jangan tunggu lagi kalau rasa susah. Dia sebenarnya boleh balik cari awak dan awak pun sebenarnya boleh pergi cari dia..."
Aki: "Tolonglah..."
Halu: "Mari kita tamatkan. Disebabkan kita bermula di sini, jadi saya nak tamatkan di sini...Kanan, atau kiri? Yang mana satu?"
Aki: "..."
Halu: "Awak kena fikir baik-baik. Kalau awak pilih tali berwarna pink, ini menandakan tamatnya hubungan kita...Game over. Saya dah betul2 jatuh cinta, jadi saya dah kalah."


Aki yg pada mulanya nampak macam gembira tiba2 je jadi sedih bila dia terpandang sesuatu...Halu tengok apa yg Aki pandang...Halu nampak seorang lelaki tengah tunggu kat hujung jambatan...Aki dan Halu tengok mata satu sama lain, Aki dah menangis...Halu akhirnya mengangguk seolah2 benarkan Aki pergi pada Natsukawa...Aki masih pandang Halu seolah2 tak percaya, tapi akhirnya dia pergi pada Natsukawa...Halu cuma mampu memandang Aki dengan sedih...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2005 10:18 AM | Show all posts
Originally posted by Feng_Ayien at 14-3-2005 11:30 PM:


Tp pd pandangan pertama aku ko lebih sesuwei jd bdk tadika dr guru tadika:bgrin::bgrin:

Feng wonder klu ko cikgu tadika, camne agaknyer murid2 ko?:hmm::hmm:



student aku mesti best cam aku gak!!!!!!!!:love::love::love::love:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.058959 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list