CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tia1960

All About Republic of Turkey (Istanbul etc...) Part 3

 Close [Copy link]
Post time 26-4-2016 09:26 AM | Show all posts
OK kita sambung...

Sebelum tu, kin map ni amat berguna pada sesapa yg nak naik penganggkutan awam di Bursa


Day 2 (9 April)
Setelah merehatkan badan semalaman, bermulalah aktiviti pengembara di bumi turki...bangun sahaja awal pagi, siap2 sarapan dan trus kluar ke Uludag. Kitorang ke Bursa mmg nak ke Uludag untuk merasai saki baki salji... bak kata orang bermain salji di musim bunga. Mula ingat nak naik bas tp ntah mcmne jalan punya jalan dan tanya orang macam mana nak tggu bas ke teleferik, kin salah faham sebab cakap macam ayam dengan itik kitorang tak jumpa kat mana tempat nak naik bas tu (F-3) last2 kitorang amik keputusan utk jalan kaki sahaja. Perghhh... longgar gak lutut nak jalan kaki ke Teleferik dah la mendaki. akhirnya sampai juga dan trus bli tiket utk naik Teleferik (35Lira). Hati berdebar-debar sebab betul ke masih ada salji, sebab masa naik sume pokok ada yag dah hijau dan ada yg still kering.


Semasa menaiki teleferik, kelihatan kehijaun pokok-pokok

Dia akan melalui 2 station, setelah nak sampai station yg last tu baru la nampak gunung yang memutih. Subhanallah, tak dapat bayangkan perasaan masa tu...senyum sampai ke telinga.. hehehehe.... maklumlah first time nak merasa salji.. Sampai sahaja stesen last tu, igtkan leh la trus bergolek2 main salji. Rupanya kene naik teksi ke puncak lagi then kene naik kereta cable (apatah nak sebut) yg boleh naik 2 orang tu utk ke puncak lagi...


Ni la yang dimaksudkan, tak tau nak namakan dia apa, tu nampak tak salji..huhuhuh..teruja beb..

Sampai sahaja kepuncak, apa lagi...cari spot yg ada salji la untuk main main dan bergolek2. Puasje bemain salji dan bergambar, kitorang pun balik ke hotel utk rehat jap.


Antara pemandangan kat atas Uludag

Usai sahaja rehat, aktiviti seterusnya adalah melawat ke Ulu Camii dan berjalan disekitarnya seperti Ulu Carsi dan Koza Han.


Masjid Ulu Camii


Dalam Masjid Ulu Camii




Koza Han



Bursa Ulu Carsi





Bila puas berjalan dan hari pun dah lewat petang kitorang pun cepat balik ke hotel untuk packing2 balik barang untuk check out sebab nak kejar masa untuk sampai ke Bursa Terminal sebelum kul 10 malam. Kitorang beli tiket (kad) 3lira dekat kedai tepi Bus Stop untuk naik bas no 38 ke Bursa Terminal


Macam ni rupenyer kad tu utk sekali guna sahaja

Kitorang pun trus ke Bursa Terminal untuk naik bas ke Goreme, Cappadocia pada pukul 10 malam

Suasana dalam Bursa Terminal


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2016 10:07 AM | Show all posts
Edited by snazri at 26-4-2016 10:20 AM

Day 3 (10 April)
Perjalanan ke Goreme agak jauh (lebih kurang 700km). Banyak juga bas ni berhenti di R&R untuk rehat dan membuang apa yang patut..hehehehe...


Antara tempat persinggahan bas utk berhenti rehat, seb baik la cepat naik bas. beberapa minit lepas tu Hujan turun dengan lebatnya.

Akhir sekali bas ni berhenti di Nevsehir dan tiba2 driver suh turun... kitorang tecengang2 gak la. rupanya bas tak ke goreme dan kene naik dianyer shuttle. (awat tak bagitau awal, kasi suspen je). masa nak tunggu ni ada la orang sana amik kesempatan nak promotekan pakej2 yg ada kat Goreme. Dah la tgh mai mai sebab awal pagi, kitorang wat dek aje la dn tunggu shuttle bas ke Goreme.


Stesen Bas (Otogar) kat Nevsehir

Sampai je shuttle bas, trus dibawanya kitorang ke Goreme Otogar. Lebih kurang pukul 11pagi sampai la kat Goreme Otogar. Saya trus ke tempat information kaunter dan minta tolong call tempat hotel yg telah saya book awal. Setelah dia call, dia kata saya perlu naik teksi ke sana. Aiitt dalam hati saya berkata awat hotel tu tak datang pickup sebab kata ada free shuttle. Saya pun apa lagi trus la heret beg dan terus menuju ke hotel (takut kene tipu dan bayar mahal kat teksi tu, huhuhu). Ni pun cabaran juga ni, sebab kene daki bukit. Mengah jugak la, sampai je depan pintu hotel tu (kitorang amik Hotel Kayatas) ada orang sambut dan tolong angkat beg ke reception counter.


Ni la Hotelnya...

Manager dia datang dan saya cakap kenapa tak pickup kitorang. dia cakap naik teksi tu percuma je. Adeh, ni lagi satu sebab apa derang x bgtau awal dan bagi arahan mengatakan kita perlu naik teksi ke hotel kat Stesen bas tu dan ia percuma. Bilik tak ready lagi sebab tengah di kemaskan, so kena la tunggu jap kat reception area tu. Borak2 la dengan manager tu ttg pakej apa yg dia tawarkan, berapa rate utk sewa skuter dan kereta. Mula ingat nak sewa kereta utk 2 hari tapi kereta tak available utk hari ini. So kami amik skuter je utk 5 jam dan sewa kereta utk esok harinya. Selesai je check in hotel, saya terus ke bilik hotel dan wow...besar jugak bilik dia..heheheeh dan sejuk je dalam tu. kitorang rehat jap untuk hilangkan penat.


Keadaan dalam bilik

Masa ni kitorang makan tengah hari dengan Mamee Chef..hehehehe..sungguh lazat rasanya... lebih kurang kul 2ptg, kitorang di bawa ke tempat nak sewa skuter. Usai sahaja wat bayaran, apa lagi berdezup la ketempat yg telah di rancangkan dalam itineri kitorang. Mula2 kitorang ke Uchisar Castle, just jalan2 di sekitar bawah sahaja dan malas nak naik atas.



Antara pemandangan di sekitar Uchisar Castle

Then, trus ke Goreme Panorama. Lepak2 kat atas ni jap sambil menikmati pemandangan pekan Goreme.



Antara pemandangan di Goreme Panorama

Seterusnya ke Cavusin, kat sini dikatakan Bekas peninggalan Old Greek Village. hehehe kitorang nek skuter trus ke puncak dia...

Ni la skuter yg telah dibawa kepuncak Greek old village.



Sekitar Old Greek Village


Sempat jugak trekking jap kat belakang Old Greek Village (kira menuruni bukit)

Puas berjalan dan hampir lewat petang kitorang pun balik dan jalan2 sekitar pekan Goreme sebelum pulangkan skuter tu dan trus berehat kat dalam bilik.




Ok..sambung utk hari ke 4


Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 10:44 AM | Show all posts
viscosesss replied at 25-4-2016 04:00 PM
thanks snazri. sambung la lagi. syoknya tak sabar nak dgr citer bursa.

-ina_ sila share ya. bersi ...

viscosesss, diriku ini datang bekerja huhu
dapat 2 hari je jenjalan kt istanbul then dah kena keje
so tkde apa sgt nk citer
citer snazri la best
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 11:01 AM | Show all posts
snazri replied at 26-4-2016 10:07 AM
Day 3 (10 April)
Perjalanan ke Goreme agak jauh (lebih kurang 700km). Banyak juga bas ni berhenti d ...

first time masuk rumah Turki ni terus tertarik dan bercita nak pegi.
memang cantik pemandangan.
terima kasih....tak sabar nak baca entry seterusnya pengalaman snazri.

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 11:25 AM | Show all posts
dee556 replied at 26-4-2016 11:01 AM
first time masuk rumah Turki ni terus tertarik dan bercita nak pegi.
memang cantik pemandangan.
...

terima kasih dee556, ni pun tengah amik masa yang terluang utk mengarang pengalaman seterusnya...huhuhhuh kene wat cepat2. kang lama2 dah lupa lak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 02:02 PM | Show all posts
Edited by snazri at 26-4-2016 03:12 PM

Day 4 (11 April)
Hari ni kitorang kene bangun seawal yang mungkin. Selesai je solat subuh kitorang trus berjalan kaki menuju ke Sunset Point. Hahahaha...nak tau wat pe kat situ... apa lagi nak menikmati suasana persekitaran berlatar belakangkan orang nek Hot Air Balloon la. Al maklum la bajet kitorang ciput je so utk naik Hot Air Balloon tu tak dek dalam perancangan kitorang. Cukup la sekadar melihat sahaja suasana tersebut. Setelah puas dengan aksi selfie yang berbagai2, kitorang trus trun ke Hotel untuk sarapan dan mendapatkan kereta sewa.




Setelah mendapatkan kereta sewa, lokasi pertama yang dituju adalah pekan Avanos. Kitorang berenti sekejap di tepi sungai dalam pekan Avanos tu dan
berjalan2 disekitarnya sampai menyeberangi sungai melalui jambatan pejalan kaki.


Ni la kete sewa utk hari ini



Sekitar Pekan Avanos

Seterusnya kitorang meneruskan perjalanan ke Ozkonak Underground City, lebih kurang 16km dari pekan Avanos. Masa kitorang sampai kat sini memang tak dek seorang pelancong pun kat situ. Tempat kaunter jual tiket tu pun sedang dalam pembinaan dan hampir nak siap. Mungkin derang nak mempercantikkan lagi tempat tu. Kitorang di sambut mesra oleh tuan kedai kat tepi Ozkonak Underground City. Dia perkenalkan saya pada seseorang yang juga bapa kepada tuan kedai tersebut dan mengatakan dia lah yang mula2 menjumpai kota tersebut. Kawasan tersebut merupakan milik dia tetapi setelah penemuan Underground city tu, kerajaan telah mengambil alih tanah tersebut. Dia ajak singgah ke kedai nya setelah kami selesai memasuki Ozkonak Underground City. kitorang pun terus beli tiket (10lira) dan masuk ke underground city. Best betul tak dek orang ni, tak yah beratur sangat. Masuk je ke dalam tu, hahahaha macam jadi rumah kita lak sebab tak dek orang lain langsung.


Ni lah ayah dia yg dimaksudkan. Ayah dia siap promote satu buku pasal Cappadocia (yg dalam gmbar tu). Saya just curik2 snap gmb ni..hahahaha



Antara gambar dekat Ozkonak Underground City. Maafla x amik gambar dekat pintu masuk dan kat area kedai tu.

Puas la ronda2 dalam tu sampai ke penghujung tanpa berselisih dgn orang lain...hehehehehe...Keluar sahaja dari Underground city tu kitorang trus singgah kat kedai tadi. Dia pun ajak minum cay (teh o turki). Borak punya borak, mmg dia kata pelancong agak berkurangan, mungkin disebabkan kes pengeboman di beberapa tempat di daerah Turki baru-baru ini menyebabkan ramai yang takut nak melancong ke Turki. Setelah selesai membeli sedikit cendermata kat kedai tu, dia memberi cadangan untuk melawat ke satu tempat bernama Belha Monastery tidak jauh dari situ. Saya pun apa lagi pergi la ke tempat tu berpandukan sign board.

Sampai sahaja kat Belha Monastery ni kami ternampak sebuah kereta lama dah parking kat situ. Keluar je dari kereta untuk meninjau keadaan, saya disapa oleh seseorang. Dia memperkenalkan diri dia sebagai penjaga tempat itu. Dia kata tak perlu takut yang dia pun muslim juga. Dialah yang menjaga kawasan itu dengan membersihkan kawasan sekitar tersebut. Kawasan ini tak digazzetekan lagi oleh kerajaan Turki so mmg tak dijaga sempurna. Menurut dia, dia boleh guide kitorang kat area situ tanpa bayaran apa2. Mungkin just derma secara ikhlas sahaja dekat dia. Pada mulanya saya teragak2 dan takut kalau ada apa2 yg tak elok berlaku. Tapi dah alang2 sampai situ, ikut je la dia dengan perasaan berhati2. Dia pun mulakan la tour guide dia kat dalam tu.





Bila dah abis tour, dia cakap yang kita ni bertuah sebab hari ni ada ntah apa festival kat pekan Avanos. So dia nak bawa kitorang ke tempat seramik dan tempat pembuatan kain sutera tak silap. Pada mulanya kitorang macam malas nak ikut tapi dia beria2 nak ajak dan mengatakan free je nak masuk kat kedua tempat tu. Entah macam mana, kitorang ikut je and follow kete dia dari belakang.


Ni lah kete dia yang kami follow...

Ntah macam mana terasa tak sedap hati kitorang dah wat keputusan tak mau ikut dia. Sampai sahaja kat tempat seramik tu kitorang cakap kat dia yang kitorang tak jadi nak ikut dia dan pada mulanya saya nak bagi 10lira sebagai derma ikhlas tp reaksi muka dia dah lain kata tak cukup dengan apa yang dia dah bawa kitorang (aiikk dalam hati saya kata mula dia kata percuma dan leh bg derma secara ikhlas je). Saya pun bagi la lagi 10lira dan kata mmg ni je yg saya boleh bagi dan saya terus pergi dari situ. Huhuhuhuh....seb baik tak teruskan ikut dia, ntah apa la akan jadi nnt kalo ikut dia. Syukur alhamdulillah.


Ni la orang nyer...

Ok, kitorang pun meneruskan perjalanan kitorang. Pada mulanya nak ke Erciyes (tempat nak main salji gak) tapi tgk keadaan cuaca yang tak menentu (cuaca agak mendung) dan tpt tu pun agak jauh dan tak nak amik risiko kalo dah sampai sana cuaca hujan dan tak leh main salji so kitorang wat keputusan untuk balik ke hotel sahaja. Setelah berehat di bilik, kitorang pun keluar just berjalan2 menikmati memandangan kat Pasabag dan Zelve Valey sampai la ke lewat petang dan terus balik ke Hotel.


Ni dekat Pasabag

bersambung utk hari ke 5.....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2016 03:40 PM | Show all posts
Tqtq snazri. Hebat baca citer you ni. sambung lagiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 04:05 PM | Show all posts
_ina_ replied at 26-4-2016 10:44 AM
viscosesss, diriku ini datang bekerja huhu
dapat 2 hari je jenjalan kt istanbul then da ...

takpe ina. share je apa yang patut. enjoy yr days in turkey

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2016 04:57 PM | Show all posts
viscosesss replied at 26-4-2016 03:40 PM
Tqtq snazri. Hebat baca citer you ni. sambung lagiiiii

amboi....hahaha cukup la setakat untuk hari ini...kasi rehat jap...
sambung esok la perjalanan dari cappadocia ke istanbul lak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 06:52 PM | Show all posts
snazri replied at 26-4-2016 04:57 PM
amboi....hahaha cukup la setakat untuk hari ini...kasi rehat jap...
sambung esok la perjalanan da ...

Aku rasa dia nak pau korang utk soping kat tmpt buat seramik yg mcm ko cerita tu. Kekadang gitulah derang punya pembuka kata. Korang sewa keta ke?? Ok tak bawa keta di Turki?? Dengar cerita derang bawa keta mcm kelibut.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 08:19 AM | Show all posts
Peterpan17 replied at 26-4-2016 06:52 PM
Aku rasa dia nak pau korang utk soping kat tmpt buat seramik yg mcm ko cerita tu. Kekadang gitulah ...

Itu la pasal, masa mula-mula macam ikut je, tapi lama-lama hati macam tak sedap dan terus tak mau ikut dia.
Yup, saya hanya sewa kereta kat Cappadocia. Ini pun first time pandu belah kiri, agak mencabar gak la semasa nak memandu. Sepengalaman kat Cappadocia tu rata-rata macam ok je pemandu kat sana. Mungkin segelintir pemandu sahaja yang bawa agak gila-gila sket. Masa saya nak ambil skuter, derang jemput siap naik bmw, tapi driver dia bawa agak laju walaupun masuk lorong-lorong kecil.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 10:20 AM | Show all posts
Day 5 (12 April)
Hari ini merupakan hari terakhir kami di Cappadocia. Terasa macam tak puas je lagi untuk berada di sini, tapi ini merupakan alasan untuk pergi lagi next time... hehehehe...Setelah siap packing semua barang2 dan bersarapan pagi di Hotel, saya pun menyerahkan kunci hotel dengan kunci kereta dekat manager hotel. Kami terus menaiki Airport shuttle (25lira/px) yang telah di tempah semasa check in tempohari untuk ke Kayseri Airport. Seterusnya menaiki flight Pegasus ke Sabiha Gocken Airport.





Alhamdulillah, jadual penerbangan seperti yang di jadualkan. Urusan check in pun berjalan lancar. Penerbangan mengambil masa lebih kurang sejam setengah tak silap. Kami pun sampai ke Sabiha Gocken dekat2 pukul 12tghri. Kami terus mengambil luggage kami dan terus menuju ke pintu kluar airport. Depannya itu ada tempat menunggu bas Havatas. Kami beratur ikut barisan bas yang menuju ke Kadikoy seterusnya menaiki bas tersebut ke Kadikoy (9lira/px).


Inilah tempat tunggu bas Havatas tu, belah kiri tu pintu keluar dari airport, bayar tiket kat atas bas yea

Setelah sampai di Kadikoy, kami terus menuju ke tempat feri yang menuju ke Kabatas. Bermulalah disini penggunaan Istanbulkart setelah saya membelinya sewaktu mula tiba di Ataturk Airport untuk naik Metro. Saya perlu touch sahaja pada pintu masuk ke feri. Disini kawalan dah agak ketat. Security akan scan setiap bag melalui kaunter.



Alhamdulillah kami tak perlu menunggu lama sebab Feri pun sedia menunggu dan terus menuju ke Kabatas. Subhanallah pemandangan yang begitu indah apabila partama kali melihat Masjid Biru, Hagia Sophia dan Topkapi dari dalam Feri ini semasa menuju ke Kabatas. Sampai sahaja ke Kabatas, kami terus menuju ke Hotel kami (Erim Apartment). Lebih kurang 200m dari Kabatas. Kami sahaja nak pilih apartment sebab nak basuh segala baju yang sudah dipakai. Apartment ini menyediakan kemudahan seperti mesin basuh dengan dryer serta kelengkapan untuk memasak.


Nampak tak Signboard warna biru belah kiri (Finansbank). Masuk dalam tu beberapa tapak je dah sampai ke apartment tu. dekat je dgn stesen Findikli


Ni lah keadaan dalam apartment (yang ni ada satu katil quen sahaja)

Apartment ini juga dekat sangat dengan tram station iaitu di Findikli. Owner dia pun agak friendly. kami enjoy stay di apartment ini. Setelah check in, apalagi kami punggah sume baju yg hendak dibasuh dan mula untuk masak tengah hari. Kami ada bawa beras, hahahah.. nikmat betul makan tghri walaupun dengan sardin dan sambal ikan bilis.



Setelah berehat dan bersiap, kami pun mulakan perjalan kami iaitu untuk ke Masjid Eyup dan Pierre Lotti. Kami naik tram dari Findikli ke Eminonu seterusnya menaiki Feri ke Eyup. Saje kami pilih naik Feri ni supaya dapat merasa kelainan dengan menikmati pemandangan di sepanjang Golden Horn.



Setibanya di Eyup, kami terus melintas keseberang jalan. Kami disajikan dengan deretan kedai yang menjual pelbagai barangan sebelum sampai ke Masjid Eyup. Setelah bersiap solat Tahiyatul Masjid kami terus menziarahi makam sahabat iaitu Abu Ayyub al-Ansari r.a.


Antara deretan kedai menuju ke Masjid Eyup




Antara pemandangan sekitar Masjid Eyup (Eyup Camii)



Makam Abu Ayyub al-Ansari r.a


yang ni kat dalam makam Abu Ayyub al-Ansari r.a tapi tak pasti apa tu. klo sapa yg reti bahasa turki kin leh terangkan.

Seterusnya kami menuju ke Pierre Lotti, juga terdapat deretan kedai sebelum ke Teleferik (boleh guna istanbulkart) untuk ke puncak Pierre Lotti. Tibanya di puncak, kami terus carik port yg sesuai untuk lepak-lepak sambil menghirup cay dan spiral potato.


Teleferik yg naik ke Pierre Lotti



Pemandangan di atas Pierre Lotti

Puas sahaja lepak dan bergambar di atas tu kami pun pulang sebab dah hampir lewat petang dan nak kejar Feri yang terakhir. Semasa balik ni pun kami dapat menikmati suasana matahari terbenam atas Feri, Subhanallah sungguh cantik sekali. Sampai sahaja di Eminonu dah gelap dan kami pun terus naik tram ke apartment kami untuk berehat.


Dah gelap dah bila sampai kat stesen Eminonu

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 11:51 AM | Show all posts
snazri replied at 27-4-2016 08:19 AM
Itu la pasal, masa mula-mula macam ikut je, tapi lama-lama hati macam tak sedap dan terus tak mau  ...

Snarzi, klu kat Cappodocia tu bawa motor pergi tmpt2 visit mcm korang tu, tanpa bawa keta ok kah?? Aku nak sewa keta tp tak confident bila baca cerita org derang bawa keta mcm setan

Korang guna keta tu utk kemana mana saja?

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 01:11 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 27-4-2016 11:51 AM
Snarzi, klu kat Cappodocia tu bawa motor pergi tmpt2 visit mcm korang tu, tanpa bawa keta ok kah?? ...

Peterpan17,
Boleh rasanya, masa sewa skuter tu pun main belasah je naik atas bukit masa kat Cavusin. klo kereta mau kene park kat bawah dan jalan kaki utk naik.
Cuma klo ujan tu yg jadi penghalang sket untuk naik skuter. Lagi satu, klo korang leh tahan naik skuter lama2 tak jadi masalah utk pergi ketempat yg saya pergi tu. takut kebas buntut je nnt...

keadaan jalan kat situ pun tak berapa banyak kereta (mungkin sebab saya pergi bukan time peak kot). so tu yg rasa selesa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 01:15 PM | Show all posts
snazri replied at 27-4-2016 01:11 PM
Peterpan17,
Boleh rasanya, masa sewa skuter tu pun main belasah je naik atas bukit masa kat Cavus ...

Berapa jauh tempat2 korang gi dgn hotel?? Ada smp berjam jam tak? Rasa lbh puas pergi  sendiri dgn bawa keta. Klu tunggu public transport di Cappodocia dengar kata sendu sikit.

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 01:26 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 27-4-2016 01:15 PM
Berapa jauh tempat2 korang gi dgn hotel?? Ada smp berjam jam tak? Rasa lbh puas pergi  sendiri dgn ...

Paling jauh jarak dari hotel ialah ozkonak, lebih kurang 25km (klo direct hotel ke ozkonak dan tak de detour). Setuju klo ada kenderaan sendiri sebab lebih selesa and time manageable . Pada mula nya nak try naik local bus, tp bila tgk time nak tunggu satu2 bas tu leh dalam 30 min ke 1 jam. so klo lambat skit dah lari skit perancangan kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2016 01:29 PM | Show all posts
snazri replied at 27-4-2016 01:26 PM
Paling jauh jarak dari hotel ialah ozkonak, lebih kurang 25km (klo direct hotel ke ozkonak dan tak ...

OK Snarzi, aku akan timbang tara dulu nak sewa keta atau motor bergantung pd itinerary kami. Tks sis.

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 04:19 PM | Show all posts
Edited by snazri at 27-4-2016 09:52 PM

Day 6 (13 April)
Pengembaraan seterusnya di hari ke 6 ialah Dolmabache Palace. Kami naik tram dari Findikli ke Kabatas (1 stesen je) then trus berjalan kaki ke Dolmabache Palace. Kelihatan tak ramai orang dan senang sahaja utk membeli tiket. setelah masuk, kami perlu menunggu time yang diperuntukkan utk sesi tour berbahasa inggeris.







Semasa melawat di dalam Dolmabache Palace ni, derang tak bagi kita ambil sebarang gambar. Tapi apakan daya, tangan ni gatal nak snap. hahahaha.. adalah terlepas satu dua gambar.




Antara tempat yg sempat di ambil gambar


Disinilah tempat Kemal Ataturk menghembuskan nafasnya yang terakhir

Selesai sahaja melawat Dolmabache Palace, kami berjalan kaki menuju Kabatas untuk menaiki Funikuler ke Taksim. Sampai saja di Taksim, kami naik ke atas ke Taksim Square untuk menuju ke stesen bas. Stesen bas ni berada di bawah tanah dan kami perlu berjalan ke Garanti Bank. Disitu ada tempat turun ke bawah untuk ke stesen bas.


Funikuler nak ke Taksim


Tempat menunggu bas di bawah Taksim Square

Lokasi seterusnya ialah Masjid Muhammmad Al-Fatih (Fatih Sultan Camii). Kami perlu menaiki bas 87 dan berhenti di stesen Fatih. Sampai sahaja di sana terus menuju ke Masjid dan menunaikan solat tahiyatul masjid serta menziarahi makam Sultan Muhammad Al-Fatih. Malangnya Makamnya ditutup disebabkan kerja2 ubahsuai sedang dijalankan.


Fatih Sultan Camii


Makam Sultan Muhammad Al-Fatih

Perut pun dah mula nak berkeroncong, kami pun meneruskan perjalanan ke Edinerkapi dengan menaiki bas untuk makan tengah hari kami. Kami tunggu di tempat yang sama kami turun awal tadi dan menaiki bas 87 atau 28. Sampai sahaja di stesen Edinerkapi, kami terus menuju ke restoran Malaysia iaitu Nur Muhammad Lokantasi. Apalagi kami orderla utk merasa masakan Malaysia. Rindula katakan.


Selesai sahaja makan, kami menuju ke Masjid Mihrimah (Mihrimah Sultan Camii) yg tak jauh dari restoran tersebut untuk solat jamak.



Sekitar Masjid Mihrimah, Tak berapa pasti Makam siapakah itu.

Usai sahaja solat, kami terus menuju ke Gate of Chasirius yang berada tidak jauh dari masjid tersebut. Pintu gerbang ini di percayai tempat mula2 sekali Sultan Muhammad Al-Fatih masuk setelah berjaya menakluki Konstantinople.


Gate of Chasirius

Seterusnya kami menyeberangi jalan untuk menaiki tram di stesen Edinerkapi untuk ke stesen Topkapi. Disitu merupakan tempat Panorama 1453 dan boleh memandang antara tembok konstantinople (Theosodian Wall).



Setelah puas berjalan2 disekitarnya, kami meneruskan perjalanan ke Grand Bazaar. Kami menaiki tram dari Topkapi ke Beyazit. Disini kami hanya survey sahaja barang-barang dan harga seterusnya keluar ke pintu belakang (Mahmut Pasa) yang boleh menuju ke Spice Bazaar. Antara Grand Bazaar dan Spice Bazaar terdapat banyak kedai2 yang menjual pelbagai barang. Kemudian kami masuk ke Spice Bazaar pula. Spice bazaar ni kecik sikit berbanding Grand Bazaar.

Pintu masuk ke Grand Bazaar, ada security yg jaga dan akan scan badan



Deretan kedai sepanjang jalan antara Grand Bazaar dan Spice Bazaar

Puas je survey, kami keluar menuju ke Galata bridge. Kami just berjalan kaki menyeberangi Golden Horn melalui Galata Bridge untuk menikmati suasana sekeliling disitu. Sedar tak sedar kami dah jauh berjalan kaki, akhir skali kami naik tram dari stesen Karakoy ke Findikli dan terus berehat di Apartment.


Suasana sepanjang Galata Bridge

Pada malamnya kami keluar menuju ke Taksim dengan naik Funikuler dari Kabatas. Kami just ronda2 sepanjang Istiklal Cadesi.


Suasana sekitar Istiklal Cadesi pada waktu malam

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 09:35 AM | Show all posts
Day 7 (14 April)
Sedar tak sedar sudah masuk hari ke 7 kami di bumi Turki. Seawal pagi kami bergerak menuju ke Emirgan Park. Kami akan naik tram dari Findikli ke Kabatas seterusnya menaiki Bas 25E menuju ke Emirgan Park. Sepanjang perjalanan kami disajikan pemandangan tepian laut menghadap Selat Bosphoros yang indah.

Pemandangan di tepi selat Bosphorus




Didalam kawasan Emirgan Park

Setelah puas berjalan-jalan di Emirgan Park sambil menikmati keindahan bunga-bunga yang mekar, kami meneruskan perjalanan kami ke Rumelihisari dengan menaiki bas juga (berpatah balik ke arah Kabatas). Bagi yang ada perancangan untuk melawat Rumelihisari, Hagia Sophia dan Topkapi, adalah dinasihatkan membeli pas muzium yang berharga 85lira. Ia amat berbaloi sekali dan tak perlu beratur untuk membeli tiket. Tiket masuk ke Rumelihisari adalah 10lira dan Hagia Sophia serta Topkapi masing2 adalah 40lira.

Di Rumelihisari ini, mereka menasihati kami supaya tidak menaiki ke puncak kubu dan hanya dibenarkan melawat sekitar taman dalam kubu sahaja. Setelah puas menjelajah di dalam kawasan kubu ini, kami bergegas pulang kerana perlu check out pada tengah hari. Kami terpaksa melupakan perancangan asal untuk singgah di Ortakoy disebabkan kesuntukan masa.






Setelah urusan check out di Erim Apartment selesai, kami terus menaiki tram menuju ke stesen Sultanahmet untuk check in di Star Holiday Hotel. Alhamdulillah, kami boleh terus masuk ke bilik hotel.


Setelah meletakkan bag dan berehat sebentar, perut pun terasa lapar. Kami terus keluar untuk makan tengah hari kami. Tiba-tiba saya disapa oleh seseorang, mungkin dia melihat kami asik melihat menu di sekitar Star Holiday yang di tawarkan oleh pekedai disitu. Dia bertanya adakah saya dari Malaysia, dan saya cakap ya. Dia pun bagitau yg anak dia pun belajar di UIA. Dia bagitau yang makanan di sekitar tu agak mahal dan mengatakan ada tempat yang murah sedikit. Dia mengajak kami untuk ikut dia ketempat kedai tersebut. Pada mulanya saya macam ragu2 dan tak mau kes berulang kembali. Tapi perut pun dah lapar, kami tekad just ikut dengan berhati2. Setelah berjalan dalam 5 minit, dia terus menunjukkan kedai tersebut dan dia beredar dari situ. Syukur Alhamdulillah, ada juga hamba Allah yang baik hati di Istanbul ni. Bila saya teliti pada menu dia, harga dia pun agak munasabah dan murah berbanding di kedai-kedai sekitar hotel tadi. Apalagi kami order la makanan.

Inilah kedai nya

Setelah habis makan, kami pun terus menuju ke arah Grand Bazaar dan Spice Bazaar untuk membeli belah. Puas je meronda dan membeli belah dari Grand Bazaar hingga ke Spice Bazaar, hari pun dah lewat petang dan kami terus keluar ke Eminonu utk naik tram ke Sultanahmet sebab dah tak larat nak berjalan. Sampai je di Hotel, kami punggah semua hasil belian dan terus berehat.

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 01:19 PM | Show all posts

Day 8 (15 April)
Hari ini kami hanya tumpukan aktiviti kami di sekitar Sultanahmet. Sebelum sarapan, kami sudah keluar berjalan2 sekitar Hippodrome dengan Masjid Sultan Ahmet (Masjid Biru). Tujuan keluar awal adalah untuk menikmati suasana sekeliling tanpa ramai orang.


Sekitar Hippodrome



Masjid Biru (Sultan Ahmet Camii)

Kami balik semula ke hotel untuk bersarapan dan seterusnya menuju ke Muzium Topkapi pada pukul 9pagi. Kelihatan pengunjung pun tak berapa ramai dan amat mudah untuk memasuki Muzium Topkapi.








Pedang dan Pemanah peninggalan Nabi Muhammad S.A.W

Kami meluangkan masa melawat muzium Topkapi sehingga tengah hari. Memandangkan hari ini merupakan hari Jumaat, kami perlu balik ke hotel kerana hendak bersiap untuk menunaikan solat fardhu Jumaat di Masjid Biru.

Suasana dalam Masjid Biru sebelum menunaikan Solat Jumaat.


Suasana selepas Solat Jumaat

Selesai sahaja solat Jumaat, kami bersiap2 di hotel dan menyambung aktiviti kami ke Hagia Sophia. Kami melawat di bahagian bawah dan atas Hagia Sophia. Di atas, mereka melarang mengambil gambar menggunakan Flash di takuti merosakkan lukisan2 di dinding Hagia Sophia.







Sekitar Hagia Sophia

Seterusnya kami menuju ke Basilica Cistern, lokasinya tidak jauh dari Hagia Sophia. Harga tiket adalah 20lira/px.





Selepas itu kami terus pulang ke hotel untuk berehat. Pada malamnya kami membuat keputusan untuk makan malan di Nur Muhammad Lokantasi. Kami hendak pergi kesini lagi sebab ada cerita disebaliknya. Nak tau sebab apa, masa mula kami merarau disini tempoh hari, kami ada buat order tambahan iaitu roti canai. Apabila kami dah balik ke hotel dan lihat pada bil, mereka tidak masukkan roti canai tersebut dalam bil. Jadi kami rasa tak sedap hati, maklumlah telah makan roti canai tersebut. Jadi kene pergi balik kesana untuk membayar roti canai tersebut.

Semasa kami makan malam di situ kami disajikan dengan kugiran band dari Malaysia. Pelbagai lagu yang dipersembahkan oleh mereka dan kami amat terhibur sekali seolah2 menyambut salam perpisahan buat kami di Kota Istanbul dimana malam ini merupakan malam terakhir kami disini dan akan berangkat pulang tengah hari esok. Setelah bersantai di situ kami pun terus membuat bayaran dan memaklumkan yang kita ada terhutang roti canai dengan mereka. Alhamdulillah, mereka mengatakan tak apa dan tak perlu membayarnya dan menghalalkannya. Amat lega perasaan kami selepas itu dan terus pulang ke hotel.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.843737 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list