|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V139'
[Copy link]
|
|
sfhzuraz replied at 31-3-2022 03:57 PM
kaka tak pasti jarak brapa jauh.
ptg smlm kaka bertolak dlm 5++ sampai tapah sebelum kul 8.
Yg lotus tu kaka physical shopping atau on9?
Ha practical mcm tu arrange grab sbb nnt jmp gak kat rmh. Klu g ambik jd 2 hala route. Tp klu free nk sambil2 g jalan2 ok je pick up. Mcm nov srg nk buat semua jd nov selalunya akan pilih cara practical. Klu x nov gak yg penat sbb dah tau x mampu tp paksa diri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cite psl grab esk nov kn ambik grab. Kete nk anta cat. X psl2 je. 2hr lps nk kuar parking x lps sangkut paip bomba. Bdk2 letak brg dkt sgt ngan kete. Nk pggl semua kuar break. Cuba gak kuar jd la mcm tu.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
keta kaka pun ada kemek. byk pulak tu.
sabar nov. mgkn ini satu ujian kt nov.
|
|
|
|
|
|
|
|
waalaikumsalam nov. nti karang kaka reply noti.
|
|
|
|
|
|
|
|
sfhzuraz replied at 1-4-2022 11:02 AM
keta kaka pun ada kemek. byk pulak tu.
sabar nov. mgkn ini satu ujian kt nov.
Nov ok je sbb bsr periuk bsr la keraknya ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sfhzuraz replied at 1-4-2022 11:03 AM
waalaikumsalam nov. nti karang kaka reply noti.
No rush kaka |
|
|
|
|
|
|
|
sfhzuraz replied at 31-3-2022 03:58 PM
masa kecik2 dulu kaka selalu jumpa. takdelah busuk sangat.
Tp lawa je bentuk bunga tu |
|
|
|
|
|
|
|
sfhzuraz replied at 31-3-2022 04:00 PM
kaka penah tengok kt SA. owh yg mcm nov tunjuk pic baru ni kaka penah tengok juga kt dpn klinik.mg ...
Haa kaka dah tgk x yah nov snap sbb selalunya parking shoplots. Kedai tu nk reserved parking dpn kedai dia.
Hutang pelan jarak corridor ke pintu pun nov x snap lg ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sfhzuraz replied at 31-3-2022 04:04 PM
dulu kt situ ada macro nov. masa mula2 macro bukak byk keta lalu dpn rumah nk ke macro.
rumah kaka ...
Haa btl la dulu2 macro. Lupa dah. Tau2 double storey. Lupa kaka ddk hostel. Cluster x de org buat hostel sbb sempit.
Nov area kepala batas x familiar. Abdullah fahim kat mn pun x tau |
|
|
|
|
|
|
|
COVID-19: Kes meningkat kepada 18,560
Oleh Nas Norziela Nasbah - April 1, 2022 @ 12:09pm [email protected]
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/DATUK_DR_NOOR_HISHAM_ABDULLAH_bb_1648786156.jpg)
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kes harian COVID-19 negara mencatatkan peningkatan kepada 18,560 kes semalam, berbanding 15,941 kes pada hari sebelumnya.
Kes harian semalam itu menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 4,201,919 kes dengan 18,253 kes sembuh menyumbang kepada 3,960,082 kes kumulatif atau 94.2 peratus daripada keseluruhan kes jangkitan yang direkodkan setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kes positif COVID-19 semalam terdiri daripada 187 kes import dengan 175 warganegara (93.6 peratus) dan 12 kes bukan warganegara (6.4 peratus).
Katanya, kes tempatan adalah sebanyak 18,373 kes iaitu 17,550 warganegara (95.5 peratus) dan 823 bukan warganegara (4.5 peratus).
"Bagi kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 267 kes dengan 128 kes disahkan COVID-19, 139 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.
"Sebanyak 164 kes terdiri daripada 79 kes disahkan COVID-19, 85 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan," katanya.
Daripada 18,560 kes harian dilaporkan semalam, sebanyak 9,473 kes terdiri kategori satu diikuti 8,962 kes (kategori dua), 47 kes (kategori tiga), 37 kes (kategori empat) dan 41 kes (kategori lima).
Dr Noor Hisham berkata, daripada 125 kes COVID-19 kategori tiga, empat dan lima yang baharu dilaporkan, 34 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi dan 50 kes menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster).
"Sejumlah 41 kes menerima dos penggalak, 67 kes berumur 60 tahun ke atas dan 66 kes mempunyai komorbid," katanya.
Beliau berkata, tiga negeri menunjukkan peratusan penggunaan Katil Bukan ICU melebihi 50 peratus iaitu Putrajaya (96 peratus), Selangor (63 peratus) dan Kuala Lumpur (50 peratus).
"Bilangan pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan juga menunjukkan penurunan kepada 164 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 19 peratus.
"Selain itu, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara terus menunjukkan penurunan apabila ia berada pada paras 0.87 setakat semalam," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Fasa peralihan ke endemik, SOP perlu diamalkan
| | 01 April 2022
![](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2022/04/01/1646949.jpg)
Dr Noor Hisham. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan orang ramai bahawa negara kini hanya berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik, dan belum lagi memasuki fasa endemik.
Justeru, beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum ini masih perlu diamalkan bagi memastikan Malaysia dapat beralih ke fasa berikutnya dengan lebih selamat.
Menurutnya, semasa fasa peralihan ke endemik, masyarakat perlu belajar untuk hidup bersama virus Covid-19 dalam keadaan paling kurang mengganggu kehidupan harian dengan mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat.
"Pengurusan pandemik Covid-19 perlu beralih daripada kebergantungan kepada intervensi kerajaan seperti SOP dan undang-undang kepada keprihatinan kerajaan, tanggungjawab individu, dan solidariti komuniti," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Mengenai jumlah kes baharu Covid-19, Dr Noor Hisham berkata, negara berada di bawah paras 20,000 selama lima hari berturut-turut dengan 18,560 kes dilaporkan semalam, menjadikan kumulatif kes baharu kini 4,201,919 kes.
Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 18,435 kes atau 99.33 peratus adalah kategori satu dan dua manakala 0.67 peratus atau sebanyak 125 kes adalah dalam kategori tiga, empat dan lima.
"Kes sembuh Covid-19 mencatatkan 18,253 kes semalam, menjadikan kes kumulatif sembuh direkodkan dalam negara sehingga kini adalah sebanyak 3,960,082 kes," katanya.
Menurut Dr Noor Hisham, tiada kluster baharu Covid-19 dilaporkan semalam dan sebanyak 198 kluster didapati masih aktif setakat ini.
Beliau berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau nilai Rt di seluruh negara yang dicatatkan semalam adalah 0.87 dengan Selangor merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.06 manakala kadar paling rendah dicatatkan di Sabah iaitu 0.64.
Katanya, tiga negeri mencatatkan penggunaan katil kes kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus dengan tertinggi di Kuala Lumpur pada tahap 57 peratus, diikuti Perlis (55 peratus), dan Selangor (50 peratus). - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... SOP-perlu-diamalkan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
|
|
|
|
|
|
|
Covid-19: 44 kematian baharu, 8 BID
NAZRIN ZULKAFLI | | 01 April 2022
![](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2022/04/01/1646744.jpg)
Gambar hiasan
SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 44 kematian baharu akibat Covid-19 pada Khamis.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak lapan kes adalah kematian di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Menurut laman sesawang CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan oleh virus berkenaan adalah sebanyak 34,983.
Sementara itu, bagi kategori BID pula, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 7,381 kes.
Laporan berkenaan turut memaklumkan bahawa purata sebanyak 18 orang daripada sejuta populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu lepas.
Perak menjadi negeri tertinggi purata kematian setakat ini dengan purata 42 kematian, diikuti Kedah dengan 33 dan Melaka (27).
KKM turut merekodkan 18,560 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 4,201,919.
Dalam masa yang sama, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 56.9 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 33.6 peratus.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... matian-baharu-8-BID
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|