|
mekasih cin bg tacangss...
tak sangka liverpool leh menang...hby ckp liverpool dah teruk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah jumpa pengadil seperti ini - Rajagobal
GUANGZHOU - Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal meminta pengadil dari Australia, Ben Williams mendapat rawatan perubatan, selepas pengadil itu melayangkan tiga kad merah kepada pemain Malaysia pada perlawanan bola sepak menentang China, kelmarin.
Malaysia kalah 0-3 kepada China dan beraksi dengan lapan pemain apabila Mahalli Jasuli dan ketua pasukan, Safiq Rahim dibuang pada minit ke-25, diikuti S. Kunanlan.
"Saya tidak pernah lihat pengadil seperti ini di dunia. Saya rasa sesuatu tidak kena padanya, dia perlu melakukan pemeriksaan kesihatan," ujar Rajagobal.
Safiq terkejut dengan kad merah yang dilayangkan oleh Williams itu, selepas ketua pasukan itu cuba membantah layangan kad merah yang dikenakan terhadap Mahalli.
"Sebagai ketua pasukan, saya perlu tahu mengapa rakan pasukan saya dibuang padang, namun dia melayangkan kad merah pada saya.
''Kemudian saya berlalu pergi dan dia sekali lagi melayangkan kad merah. Itu amat tidak wajar sekali," katanya.
Meskipun tewas, Malaysia tetap layak ke pusingan kedua sebagai pasukan ketiga terbaik kumpulan dan akan berdepan Iran pada pusingan kedua, hari ini.
Ia merupakan kali pertama Malaysia layak ke pusingan kedua sejak 1978, namun skuad Rajagobal dihantui masalah kecederaan apabila hanya 13 pemain yang benar-benar cergas. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Bidas pengadilan tak masuk akal
Pengadil dari Australia, Ben Williams tidak melayan rayuan pemain negara, Mohd. Muslim Ahmad apabila tiga pemain Malaysia dilayangkan kad merah dalam acara bola sepak Sukan Asia di Guangzhou, kelmarin.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR - Peminat dan pemerhati bola tempatan membidas pengadil dari Australia, Ben Williams yang melayangkan tiga kad merah dan tujuh kad kuning kepada anak-anak buah K. Rajagobal dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan A acara bola sepak Sukan Asia menentang China, kelmarin.
Malaysia kalah 0-3 dalam pertembungan yang berakhir dengan skuad Rajagobal beraksi dengan lapan pemain, setelah Safiq Rahim, Mahalli Jasuli dan S. Kunanlan dilayangkan kad merah.
Keputusan berat sebelah Williams itu mencetuskan kemarahan peminat di sini.
Antara yang meluahkan rasa kekecewaan terhadap tindakan Williams 'yang tidak masuk akal' itu adalah blogger terkemuka, Rizal Hashim.
Di dalam blognya (rizalhashim.blogspot.com), beliau turut 'melayangkan' surat terbuka kepada pengadil berkenaan.
Dalam tulisannya, Rizal mempertikaikan keupayaan Williams mengadili perlawanan kelmarin, yang amat ketara berat sebelah, apabila dua pemain Malaysia diarahkan keluar padang pada minit ke-27.
Katanya, tindakan Williams itu mengundang persepsi pengadil berkenaan mahu memberikan laluan mudah buat China ke pusingan kalah mati.
Lantaran itu, Rizal mencadangkan agar Williams mengkaji semula rakaman perlawanan tersebut.
Tambah Rizal: "Pemain pertahanan kanan Malaysia, Mahalli Jasuli telah dikasari. Anda (pengadil) bukan sahaja enggan meniup wisel, malah memberi kelebihan kepada China. Kemudian, Mahali dilayangkan kad kuning selepas dia melakukan terpaan ke atas pemain lawan dalam perlawanan yang baru dimulakan tidak sampai tiga minit.
''Mahali kemudiannya hilang pertimbangan dan menyepak bola keluar padang, setelah dia berasa Malaysia yang sepatutnya memperoleh lontaran masuk, tetapi ia sebaliknya.
"Selepas itu, ketua pasukan Malaysia, Safiq Rahim melahirkan rasa tidak puas hati dengan gaya pengadilan menjelikkan, setelah anda melayangkan kad merah kepada Mahali.
"Anda sekali lagi bertindak melayangkan kad merah kedua pula kepada Safiq.
"Kad kuning kedua untuk S. Kunanlan? Adakah kekasaran tersebut mengancam nyawa, terjahan dari belakang atau seperti aksi tendangan karate ala Nigel De Jong? Dia menjadi pemain ketiga dilayangkan kad merah dan anda pula menghadiahkan sepakan penalti.''
Rizal turut berharap, bekas Pengarah Pengadilan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Gary Powell iaitu individu yang memberi pengaruh besar dalam karier Williams, membuat teguran secara peribadi kepada pengadil itu.
"Saya berharap pesuruhjaya perlawanan kelmarin, Kul Sophana dari Kemboja, tampil mengemukakan bantahan dan cadangan terhadap ketidakcekapan anda mengendalikan perlawanan tersebut,'' katanya.
Rizal mengingatkan Williams supaya mengenang kembali bahawa dia adalah pengadil perlawanan antara Malaysia dengan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang menyaksikan skuad negara yang ketika itu dibimbing oleh jurulatih, B. Sathianathan dibelasah teruk. |
|
|
|
|
|
|
|
tolong updated game kat atas....huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Discipline Name Date Event Medal
Billiard Sports AMIR Ibrahim Monday, 15 November Men's 8-Ball Pool Singles Silver
malaysia terlepas pingat emas pertama hari ni |
|
|
|
|
|
|
|
so far iran 0-0 mas 1st half |
|
|
|
|
|
|
|
hari ni khairul fahmi tu kerja keras...hehe...brapa kali sep bola... |
|
|
|
|
|
|
|
thanks ama for the update.....
malaysia dpt emas pertama melalui wusyu.... |
|
|
|
|
|
|
|
a'ahh..baru dengaq pengulas ni cakap pasal emas wushu tu... |
|
|
|
|
|
|
|
iran 1-0 mas min 52 |
|
|
|
|
|
|
|
comeynya mamat yang score nih.. nama ansari macam muka zain adik syasya pun ye jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
iran 2-0 mas |
|
|
|
|
|
|
|
dah 3-0 |
|
|
|
|
|
|
|
sila tempek gambo mamat hansem tu.....
hmmm...utk 1st time cin kesian kat team malaysia...hmm tak pa la...keputusna mmg sudah diduga..... |
|
|
|
|
|
|
|
result iran vs mas
iran 3-1 mas |
|
|
|
|
|
|
|
sila tempek gambo mamat hansem tu.....
hmmm...utk 1st time cin kesian kat team malaysia...hmm tak ...
MsCinderella Post at 15-11-2010 17:32
ala cin...da google..tak jumpa la... taktau nama penuh..adehhh... |
|
|
|
|
|
|
|
tak per...nnt kita cari eh......hehe |
|
|
|
|
|
|
|
birmingham 1-0 chelsea
MU 2-0 wigan
MU dah sama mata ngan chelsea..yeayyy |
|
|
|
|
|
|
|
moh teka hoki final
pakistan 2-3 malaysia <bleh ke menang..huhu> |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|