CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Auk ajaklah

[Copy link]
 Author| Post time 31-1-2026 03:20 PM | Show all posts
Warga kementerian digesa sokong inisiatif kebun dapur, perkukuh keselamatan makanan negeri
Januari 31, 2026, Sabtu - 12:04pm



KENANGAN: Jamawi bergambar bersama dalam majlis APC 2025, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI).

KOTA KINABALU: Seluruh warga Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan digesa berganding bahu serta memberi komitmen penuh bagi menjayakan Inisiatif Kebun Dapur sebagai langkah memperkukuh keselamatan makanan dan memupuk budaya berdikari dalam kalangan rakyat.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata, penglibatan aktif pegawai serta kakitangan kementerian penting bagi memastikan pelaksanaan program berjalan lancar dan memberi impak menyeluruh.

“Sokongan diperlukan dalam aspek perancangan, pelaksanaan, pemantauan serta promosi supaya manfaat inisiatif dapat dinikmati komuniti hingga ke peringkat akar umbi.

“Warga kementerian perlu menjadi barisan hadapan dan duta kepada inisiatif ini, menunjukkan teladan melalui penyertaan, sokongan teknikal serta promosi berkesan di peringkat komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 di Shangri-La Tanjung Aru, di sini.

Jamawi menjelaskan Inisiatif Kebun Dapur bukan sekadar aktiviti pertanian skala kecil, sebaliknya satu gerakan strategik yang mampu memperkasa isi rumah dan membantu mengurangkan kos sara hidup.

Katanya, pendekatan itu juga meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pertanian asas serta keupayaan menghasilkan makanan sendiri.

Dalam masa sama, beliau menegaskan kejayaan kementerian dalam sektor pertanian, perikanan dan industri makanan bergantung kepada tahap kecekapan, integriti serta dedikasi penjawat awam.

“Kecemerlangan perkhidmatan tidak hanya diukur melalui pencapaian indikator prestasi utama (KPI), malah meliputi sikap profesional, sistem penyampaian cekap dan keupayaan menyelesaikan masalah rakyat secara berkesan.

“Kita mesti terus membudayakan prestasi tinggi dan beralih daripada kerja rutin kepada kerja yang memberi impak sebenar kepada kementerian dan masyarakat,” katanya.

Jamawi turut menekankan amalan toleransi sifar terhadap ketirisan, kecuaian dan penyalahgunaan kuasa dalam setiap urusan pentadbiran.

Beliau mengingatkan penerima APC supaya menjadi contoh terbaik serta sumber inspirasi kepada rakan sekerja dan generasi pelapis perkhidmatan awam.

“Kementerian akan terus memberi fokus kepada pembangunan modal insan menerusi latihan kompetensi, pemantapan kepimpinan dan pembudayaan inovasi.

“Langkah ini penting bagi memastikan setiap pegawai kekal relevan serta mampu menghadapi cabaran semasa sektor agromakanan.

“Saya berharap semua warga kementerian terus memperkasa kemahiran diri, menyokong agenda transformasi perkhidmatan, mengamalkan budaya kerja berpasukan dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.

Majlis APC berkenaan turut menjadi platform menghargai pegawai dan kakitangan yang mempamerkan prestasi kerja cemerlang, integriti tinggi serta semangat perkhidmatan konsisten.

Jamawi merakamkan tahniah kepada semua penerima APC 2025 dan menyifatkan pengiktirafan itu sebagai bukti budaya kerja berprestasi tinggi semakin subur dalam kementerian.

Beliau berkata, kejayaan yang dicapai wajar dijadikan pemangkin untuk terus melangkah lebih jauh dan bukannya titik akhir pencapaian.

“Kita bekerja bukan untuk anugerah semata-mata, tetapi demi amanah dan rakyat,” katanya.

Turut hadir Pembantu Menteri, Datuk Ruslan Muharam dan Datuk Hendrus Anding; Setiausaha Tetap kementerian, Datuk Leonard Stephen Poyong; Timbalan Setiausaha Tetap (Perikanan dan Ternakan) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Majlis APC MAFFI 2025, Maria David Edick serta ketua jabatan dan agensi di bawah kementerian.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2026 03:21 PM | Show all posts
Pembangunan solar Sabah dipacu ECoS, projek LSS tingkat keselamatan tenaga negeri
Januari 31, 2026, Sabtu - 12:06pm



TINGKAT: Beberapa projek solar berskala besar atau LSA sedang dilaksanakan bagi mempelbagaikan campuran tenaga Sabah.

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh keselamatan tenaga negeri dan mempercepat peralihan kepada tenaga bersih menerusi pembangunan projek tenaga boleh baharu, khususnya solar berskala besar.

Dalam seliaan kawal selia ECoS, beberapa projek solar berskala besar atau Large-Scale Solar (LSS) sedang dilaksanakan bagi mempelbagaikan campuran tenaga Sabah, meningkatkan daya tahan grid serta mengurangkan kebergantungan jangka panjang terhadap sumber tenaga konvensional.

Ketua Pegawai Eksekutif ECoS, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, semua projek dibangunkan mengikut syarat pelesenan, piawaian teknikal dan keperluan grid yang diluluskan bagi memastikan aspek keselamatan, kebolehpercayaan serta kecekapan operasi sentiasa terjamin.

“Antara inisiatif utama, Projek Solar Teck Guan muncul sebagai antara projek LSS paling pantas berkembang di Sabah, sekali gus mencerminkan pelaksanaan projek yang tersusun dan kerjasama berkesan antara pemaju, ECoS serta pihak berkepentingan.

“Projek itu menjadi yang pertama menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga Solar (SPPA) dan memulakan pembinaan fizikal mengikut jadual pelaksanaan diluluskan.

“Kerja pembinaan kini berjalan lancar dan sasaran siap ditetapkan pada suku keempat 2026, sekali gus dijangka menyumbang kapasiti signifikan kepada penjanaan tenaga boleh baharu negeri sebaik siap sepenuhnya,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Jabatan Pembangunan Kapasiti Penjanaan ECoS, Emelinah Akin Ampon, dalam satu majlis berkaitan perkembangan projek tenaga negeri.

Beliau berkata, pembangunan infrastruktur tenaga boleh baharu seperti projek solar berskala besar mampu merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan.

“Inisiatif ini membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, meningkatkan kepakaran teknikal serta menyokong pertumbuhan industri secara mampan di Sabah.

“Usaha berkenaan turut membantu memastikan bekalan elektrik kekal stabil, boleh dipercayai dan pada kadar mampu milik kepada pengguna,” katanya

Katanya, peralihan tenaga bersih memerlukan perancangan rapi serta tadbir urus kukuh supaya setiap projek memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat dan ekonomi negeri.

“Ketika Sabah bergerak ke arah agenda peralihan tenaga, ECoS kekal komited menjadi pengawal selia yang dipercayai dan berkesan, di samping menyokong pembangunan sektor tenaga secara bertanggungjawab.

“Kepentingan awam sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap keputusan kawal selia, selari dengan matlamat pertumbuhan mampan,” katanya.

Dalam masa sama katanya, ECoS terus bekerjasama rapat dengan pemaju projek, Sabah Electricity (SE) serta pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan setiap pelaksanaan mematuhi peraturan ditetapkan.

“Pendekatan ini juga menekankan ketelusan, pematuhan teknikal dan penyelarasan berterusan supaya integrasi tenaga solar ke dalam sistem grid berjalan lancar.

“Semua inisiatif tenaga boleh baharu diselaraskan dengan hala tuju jangka panjang negeri melalui Pelan Hala Tuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040).

“Pelan itu menggariskan strategi memperluas kapasiti tenaga bersih, mengurangkan pelepasan karbon serta memperkukuh daya tahan sistem bekalan elektrik,” katanya.

Menurutnya, dengan pertambahan projek LSS, Sabah dijangka memiliki campuran tenaga lebih seimbang dan kurang terdedah kepada risiko gangguan bekalan bahan api konvensional.

“Perkembangan positif sektor solar juga dilihat mampu menarik pelaburan baharu serta merancakkan aktiviti ekonomi berkaitan teknologi hijau.

“ECoS menegaskan komitmen berterusan bagi memastikan setiap projek tenaga di Sabah dilaksanakan secara mampan, selamat dan memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 03:22 PM | Show all posts
MCMC rampas 50 sim box dan 5,000 kad sim, kekang jenayah penipuan dalam talian
Januari 31, 2026, Sabtu - 12:07pm



RAMPAS: Antara kad SIM serta kelengkapan berkaitan berjaya dirampas bagi tujuan siasatan lanjut MCMC.

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandang serius penyalahgunaan peralatan telekomunikasi termasuk SIM Box dan kad SIM yang digunakan bagi tujuan jenayah serta aktiviti penipuan dalam talian.

MCMC memaklumkan penggunaan peralatan berkenaan secara tidak sah mengancam integriti rangkaian komunikasi negara dan keselamatan pengguna, selain memudahkan pelaku jenayah beroperasi secara terselindung.

Menurut kenyataan dikeluarkan suruhanjaya itu, peralatan SIM Box bersama penggunaan kad SIM secara pukal termasuk kad SIM asing sering dimanipulasi bagi mewujudkan akaun palsu dalam talian secara besar-besaran.

“Taktik itu membolehkan pihak tidak bertanggungjawab memintas kawalan keselamatan platform digital, seterusnya melancarkan penipuan kewangan dan pelbagai jenayah siber lain.

“Situasi berkenaan memberi kesan langsung kepada pengguna apabila maklumat peribadi, keselamatan transaksi serta kepercayaan terhadap sistem komunikasi terdedah kepada risiko,” menurut kenyataan itu.

Dalam satu operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kajang baru-baru ini, sebanyak 50 peralatan SIM Box, 5,000 kad SIM serta kelengkapan berkaitan berjaya dirampas bagi tujuan siasatan lanjut.

Operasi penguatkuasaan diketuai sepenuhnya PDRM manakala MCMC menjalankan siasatan mengikut peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.

MCMC menjelaskan kegiatan penyalahgunaan SIM Box dan kad SIM pukal membolehkan penjenayah mencipta identiti palsu dengan mudah bagi menjalankan aktiviti penipuan.

“Kaedah itu juga menyukarkan pengesanan pihak berkuasa kerana panggilan atau mesej dihantar melalui pelbagai nombor yang sukar dijejaki.

“Ancaman jenayah siber kini semakin kompleks dan memerlukan tindakan penguatkuasaan lebih tegas serta kerjasama pelbagai agensi.

“Bagi kesalahan mengikut Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, individu sabit kesalahan berdepan denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Tambahnya, hukuman berkenaan bertujuan memberi pengajaran serta mengekang penyalahgunaan kemudahan telekomunikasi untuk aktiviti menyalahi undang-undang.

“MCMC menegaskan penggunaan SIM Box dan kad SIM bagi mewujudkan akaun palsu dalam talian bukan isu kecil, sebaliknya ancaman serius kepada keselamatan digital negara.

“Sehubungan itu, penyedia perkhidmatan telekomunikasi digesa memperketat proses pendaftaran dan pengesahan identiti pelanggan bagi mengelakkan pembelian kad SIM secara pukal tanpa kawalan.

“Langkah pemantauan dalaman dan audit berkala juga perlu dipertingkat bagi memastikan setiap kad SIM didaftarkan secara sah,” katanya.

Dalam masa sama, orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada terhadap panggilan atau mesej mencurigakan yang berpotensi berkaitan penipuan.

Sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan boleh disalurkan kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

MCMC menegaskan komitmen berterusan untuk bekerjasama rapat dengan PDRM serta agensi penguatkuasaan lain dalam membanteras jenayah telekomunikasi.

Kerjasama strategik itu penting bagi mencegah penyalahgunaan perkhidmatan komunikasi dan memastikan pematuhan penuh terhadap undang-undang sedia ada.

Usaha bersepadu diharap mampu menjamin ekosistem komunikasi lebih selamat, dipercayai serta melindungi kepentingan pengguna di seluruh negara.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 03:23 PM | Show all posts
PERPADUAN gesa pembaikan segera jalan runtuh Tongod-Pinagah
Januari 31, 2026, Sabtu - 12:08pm

TONGOD: Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN) berharap kerajaan negeri memberi perhatian segera terhadap keadaan jalan rosak dan runtuh di Kampung Maliau sepanjang laluan Tongod-Pinagah yang menjejaskan keselamatan serta pergerakan harian penduduk.

Ketua Wanita PERPADUAN, Scholastica Taraji berkata, masalah infrastruktur itu berlarutan lebih dua tahun dan memerlukan penyelesaian menyeluruh demi kesejahteraan komuniti setempat.

“Keadaan jalan tidak sempurna menyukarkan urusan harian penduduk termasuk ke tempat kerja, sekolah dan mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

“Situasi ini turut menimbulkan risiko keselamatan, terutama ketika musim hujan apabila struktur jalan menjadi lebih rapuh dan licin.

“Baru-baru ini berlaku insiden membabitkan kenderaan pacuan empat roda yang terperangkap dalam lubang besar akibat jalan runtuh. Keadaan ini wajar diberi perhatian segera demi mengelakkan perkara tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, selain Kampung Maliau, kerosakan turut dilaporkan di beberapa lokasi lain termasuk Kampung Soguan dan Kampung Pinagah.

“Di kawasan berkenaan, terdapat laluan mengalami hakisan dan keruntuhan sehingga menyukarkan kenderaan ringan serta berat untuk melalui jalan dengan selamat.

“Penduduk berharap penyelenggaraan berkala dapat dipertingkat supaya kemudahan asas kekal dalam keadaan baik,” katanya.

Beliau berkata, PERPADUAN berpandangan isu infrastruktur luar bandar seperti jalan raya memainkan peranan penting dalam merancakkan aktiviti ekonomi serta sosial masyarakat setempat

Menurutnya, akses jalan selamat memudahkan pergerakan hasil pertanian, urusan pendidikan serta kecemasan perubatan.

“Sehubungan itu, kami berharap kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dapat menilai keperluan pembaikan secara menyeluruh dan mengutamakan lokasi berisiko tinggi.

“Saya juga mencadangkan penggunaan peruntukan sesuai termasuk dana kecemasan bagi menangani laluan kritikal yang memerlukan tindakan segera,” katanya.

Katanya, langkah proaktif mampu mengurangkan risiko kemalangan serta memberi ketenangan kepada pengguna jalan raya.

“PERPADUAN juga dimaklumkan laluan terbabit berada di bawah seliaan konsesi jalan raya dan berharap pihak berkaitan dapat meningkatkan pemantauan serta kerja penyelenggaraan.

“Kerjasama antara kerajaan negeri, jabatan teknikal dan syarikat konsesi penting bagi memastikan setiap masalah dapat ditangani dengan lebih berkesan,” katanya.

Menurutnya, pendekatan bersepadu membolehkan pelaksanaan kerja pembaikan dijalankan secara terancang tanpa menjejaskan pengguna.

Beliau berkata, keutamaan perlu diberikan kepada aspek keselamatan serta keselesaan penduduk luar bandar yang bergantung sepenuhnya kepada laluan darat.

“Dalam masa sama, PERPADUAN komited menyampaikan maklum balas komuniti kepada pihak berkaitan supaya penyelesaian dapat dipercepat.

“Harapan kami agar kemudahan asas seperti jalan raya sentiasa berada dalam keadaan selamat dan boleh digunakan demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

PERPADUAN akan terus memantau perkembangan isu berkenaan dan bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan kepentingan penduduk Tongod serta kawasan sekitarnya terus terpelihara.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 03:24 PM | Show all posts
Sabah tambah baik Skim Biasiswa UEC bantu pelajar cemerlang
Januari 31, 2026, Sabtu - 12:16pm



KUNJUNGAN: James (empat kanan) menerima cenderakenangan daripada Au.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan menambah baik Skim Biasiswa Unified Examination Certificate (UEC) bagi meluaskan skop manfaat kepada lebih ramai pelajar sekolah persendirian Cina yang layak.  

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib berkata, inisiatif itu bertujuan memastikan pelajar berkelayakan mendapat akses pendidikan tinggi tanpa halangan kewangan.

Katanya, kerajaan negeri amat komited memastikan semua pelajar, termasuk pelajar UEC, mempunyai peluang yang sama untuk melanjutkan pengajian.

“Dengan skim biasiswa ini, kami berharap lebih ramai pelajar cemerlang dapat bersaing di peringkat lebih tinggi.

“Program ini juga mencerminkan usaha kerajaan negeri dalam memperkukuh pembangunan modal insan melalui sokongan kepada pelajar sekolah persendirian Cina,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat delegasi Dewan Sekolah-sekolah Persendirian Cina Sabah (Sabah Dong Zong) yang diketuai pengerusinya, Datuk Au Kam Wah di pejabatnya, baru-baru ini.

Guru Besar S.M. Tshung Tsin Sabah, Dr Chung Chin Hing memaklumkan calon sekolah persendirian Cina di Sabah mencatat kadar kelulusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melebihi 90 peratus secara konsisten sepanjang sedekad lalu.

Menurutnya, sekolah persendirian Cina di Sabah mempunyai keunikan apabila pelajar diwajibkan menduduki peperiksaan SPM sebelum mengambil UEC.

“Ia sekali gus membolehkan mereka memperoleh kelayakan berganda yang meningkatkan daya saing dalam pengajian tinggi dan pasaran pekerjaan,” katanya.

Sementara itu, Datuk Au merakamkan penghargaan atas komitmen kerajaan negeri serta menyatakan kesediaan pihaknya untuk terus bekerjasama dengan kerajaan dalam memajukan pendidikan sekolah persendirian Cina di Sabah.

Terdahulu, pertemuan berkenaan membincangkan mekanisme permohonan Skim Biasiswa UEC, piawaian penilaian serta langkah sokongan bagi memperkukuh akses pelajar sekolah persendirian Cina Sabah ke institusi pengajian tinggi.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 03:24 PM | Show all posts
Lelaki tempatan diberkas, curi tong gas, beras dan guna wang palsu
Januari 31, 2026, Sabtu - 2:12pm

KOTA MARUDU: Tiga lelaki warga tempatan diberkas selepas disyaki terlibat beberapa kes jenayah membabitkan kecurian tong gas, beras serta penggunaan wang palsu sekitar daerah ini, sepanjang Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Simun Lomudin berkata, polis menerima laporan pertama pada 14 Januari berkaitan kehilangan tong gas di sebuah kedai runcit di Jalan Goshen.

Menurutnya, suspek dipercayai mencuri 10 tong gas yang diletakkan di kaki lima premis berkenaan.

Beliau berkata, pada 28 Januari, polis menerima satu lagi laporan daripada penjaga kaunter stesen minyak berhubung penerimaan wang palsu RM100 daripada seorang pemandu kenderaan kompak warna gelap.

“Suspek dipercayai menggunakan wang palsu ketika membuat bayaran bagi pengisian petrol.

“Pada hari sama, satu lagi laporan diterima melibatkan kecurian lima kampit beras di kedai runcit di Jalan Goshen

“Suspek dilaporkan memasukkan beras ke dalam kenderaan sebelum beredar tanpa membuat bayaran,” katanya.

Tambahnya, kejadian berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis dan rakaman beredar di media sosial.

“Polis kemudian menjalankan risikan sebelum sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Marudu melancarkan operasi tangkapan pada 30 Januari.

“Hasil operasi, tiga lelaki tempatan berumur antara 29 hingga 30 tahun diberkas di tiga lokasi berasingan iaitu di Kampung Marudu Laut, Kampung Ranau dan Kampung Radu,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, semua suspek disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri serta menggunakan wang palsu.

“Polis turut merampas semula tujuh tong gas dan lima kampit beras yang dipercayai barang curi.

“Sebuah kenderaan jenis kompak berwarna gelap yang digunakan ketika kejadian juga dirampas bagi membantu siasatan.

“Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai kesalahan terdahulu, manakala seorang daripadanya masih dikehendaki bagi kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan pada 2024,” katanya.

Katanya, pemeriksaan lanjut menjumpai satu tiub berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dalam simpanan seorang suspek.

“Ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif amphetamine atau methamphetamine.

“Kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri, Seksyen 489B Kanun Keseksaan serta kes dadah disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya sambil menambah kesemua suspek direman bagi membantu siasatan lanjut.

Beliau mengucapkan penghargaan kepada orang awam yang menyalurkan maklumat serta menggesa masyarakat terus bekerjasama dalam usaha membanteras jenayah di daerah ini.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-1-2026 03:26 PM | Show all posts
Majlis Berselawat dan Rehlah Dakwah diadakan di Masjid At Taqwa RPR Sebiew
Januari 31, 2026, Sabtu - 1:10pm



Sheikh Muneer menyampaikan kuliah agama di hadapan pelajar Madrasah At-Taqwa.

BINTULU: Majlis Berselawat telah diadakan di Madrasah At-Taqwa, Masjid At Taqwa Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Sebiew di sini, malam Jumaat.

Majlis itu menghimpunkan doa dan pujian kepada Allah SWT, selawat dan salam kepada Rasulullah SAW sambil memohon rahmat, kemuliaan, kesejahteraan, tanda kasih sayang dan penghormatan umat Islam ke atas baginda.

Di samping majlis berselawat, turut diadakan ialah Rehlah Dakwah yang menyampai mesej Islam dengan pengukuhan ukhuwah sambil menghayati kebesaran Allah SWT melalui kuliah agama dan perbincangan ilmu yang disampaikan oleh Sheikh Muneer Mabkhout Al Ghouli.

Majlis tersebut turut dihadiri Al Munsib Al Habib Mohammad Soleh Al Attas, Al Habib Muhmmad Mustaffa Al Haddad, Ustaz Ahmad Mukarrom Hilal dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee.



Pelajar Madrasah At-Taqwa menyertai majlis berselawat bersama Al Habib Mohammad Soleh, Sheikh Muneer, Iskandar (kanan), Ustaz Ahmad Mukkarom dan Al Habib Muhmmad Mustaffa (kiri).

Iskandar berkata, majlis sedemikian bukan sahaja menghidupkan kecintaan kepada Rasulullah SAW, malah mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat Islam.

"Diharapkan majlis ilmu dan selawat ini membawa keberkatan dan kebaikan serta dapat terus memakmurkan institusi agama di Bintulu," katanya.

Beliau berterima kasih kepada pihak penganjur dan masyarakat Islam yang hadir pada majlis ilmu tersebut.

Majlis tersebut merupakan anjuran Badan Kebajikan Thisway, Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB) dan Pusat Khidmat Rakyat N.67 Jepak serta beberapa organisasi lain.



Sheikh Muneer (kanan) menyampaikan kuliah agama kepada masyarakat Islam di Masjid At Taqwa RPR Sebiew Bintulu.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 03:31 PM | Show all posts
450 warga emas terima angpau daripada Sports Toto di Kuching
Januari 31, 2026, Sabtu - 1:36pm



Wee (dua kanan) ditemani Florence (tiga kanan) menyampaikan sumbangan serta angpau daripada Sports Toto kepada salah seorang penerima di ACS Stampin, hari ini.

KUCHING: Seramai 450 warga emas kurang berkemampuan menerima sumbangan angpau dan hamper mini pada pelancaran Kempen Sumbangan Angpau Tahun Baharu Cina (TBC) Sports Toto 2026 anjuran STM Lottery Sdn Bhd (Sports Toto) di Persatuan Gereja-Gereja di Sarawak (ACS) di sini, hari ini.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng ditemani Pengurus Kanan (Operasi Jualan) STM Lottery Sdn Bhd Michael Chee dan Eksekutif Jualan Kawasan Kuching Florence Loo.

"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada STM Lottery atas komitmen berterusan mereka dalam menganjurkan kempen kebajikan ini sejak hampir empat dekad lalu," katanya pada majlis tersebut.

Beliau memuji usaha konsisten Sports Toto yang telah menganjurkan kempen itu selama 39 tahun, melibatkan 50 bandar dan pekan di seluruh Malaysia, termasuk Kuching, sebagai satu inisiatif kebajikan yang signifikan dalam membantu golongan warga emas kurang berkemampuan.

“Sepanjang 39 tahun penganjuran, lebih RM28.45 juta telah disumbangkan, memberi manfaat kepada 494,230 warga emas kurang berkemampuan," tambah beliau.

Menurutnya bagi tahun 2026, kempen sumbangan itu di Sarawak bukan sahaja dilaksanakan di Kuching, malah turut melibatkan beberapa lokasi lain termasuk Sri Aman, Serian, Sarikei, Sibu, Bintulu dan Miri sekali gus memperluaskan manfaat kepada lebih ramai golongan memerlukan.

Wee turut menegaskan bahawa sambutan TBC bukan sekadar perayaan budaya, malah simbol permulaan baharu yang membawa nilai kemanusiaan, perpaduan dan keharmonian yang diraikan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

“Inisiatif seperti ini bukan sahaja membantu dari segi kebajikan, malah menyemai nilai kasih sayang, keprihatinan sosial, perpaduan serta keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita,” ujarnya.

Beliau berharap agar kempen murni itu akan terus dilaksanakan pada masa hadapan, selari dengan usaha membina masyarakat yang lebih penyayang dan inklusif.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2026 03:35 PM | Show all posts
Sports Toto santuni 350 warga emas sempenaTBC di Sibu
Januari 31, 2026, Sabtu - 2:38pm



Lim (dua kiri) dan Ching (kanan) bersama-sama mengagihkan angpai kepada warga emas di Sibu, hari ini.

SIBU: STM Lottery Sdn Bhd (Sports Toto) hari ini mengadakan program tahunannya, Kempen Sumbangan Angpau Tahun Baharu Cina (TBC) Sports Toto 2026 di Dewan Persatuan Foochow Sibu di sini, sekali gus membawa keceriaan perayaan serta sokongan kepada 350 warga emas yang memerlukan dalam komuniti setempat.

Menurut kenyataannya, acara itu merupakan sebahagian daripada program jangkauan TBC STM Lottery di peringkat kebangsaan yang meliputi 50 bandar dan pekan di seluruh Malaysia.

Melalui inisiatif ini katanya, syarikat berhasrat memastikan warga emas kurang berkemampuan dapat menyambut musim perayaan dengan penuh maruah, kehangatan dan kegembiraan.

"Pada majlis pengagihan ini, setiap penerima menerima angpau, hamper mini perayaan serta limau mandarin sebagai simbol niat murni Sports Toto dan ucapan selamat untuk kesihatan, kemakmuran serta kebahagiaan sempena TBC," ujarnya.

Jelasnya lagi, kempen sumbangan selama enam hari pada tahun ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 19,680 warga emas yang memerlukan di seluruh negara.

"Di bawah Program 'Helping Hands', Sports Toto telah memperuntukkan kira-kira RM1.53 juta bagi melaksanakan inisiatif kebajikan ini," katanya.

Kempen itu merupakan salah satu program komuniti paling lama dianjurkan oleh Sports Toto dan mencerminkan komitmen berterusan syarikat terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR), serta prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Melalui kempen ini, Sports Toto terus memainkan peranan aktif dalam menyokong kelestarian sosial dengan mendekati komuniti yang rentan, khususnya warga emas yang kurang berkemampuan dan berisiko tercicir semasa musim perayaan.

Pengagihan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Penolong Pengurus Wilayah Sarawak (STM Sdn Bhd) Henry Liew, Pegawai Jualan Kawasan Sibu (STM Sdn Bhd) Max Ching Chung Ming dan Auditor Ibu Pejabat (STM Sdn Bhd) Lim Wan Lin.



Liew (berdiri, tengah), Ching (berdiri kiri), Lim (berdiri, empat kanan) serta kakitangan Sports Toto merakamkan kenangan bersama warga emas yang menerima angpau di Sibu, hari ini.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 03:35 PM | Show all posts
Kios berkonsep cafe oleh pelajar PPKI bukti bilik darjah, komuniti seiringan
Januari 31, 2026, Sabtu - 2:40pm



Wee (berdiri, tengah) bergambar bersama para pelajar yang menyertai program PPKI SMK Tabuan Jaya serta para guru sekolah selepas majlis perasmian Hilo Cafe pagi ini. Turut kelihatan ialah See dan Baru.

KUCHING: Pembukaan kios pertama berkonsep cafe oleh pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tabuan Jaya bukti praktikal antara bilik darjah dan komuniti bergerak seiringan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Khui Hian berkata, ia memberi peluang latihan sebenar kepada pelajar PPKI menceburi dunia perniagaan, sekali gus menjadi kios latihan inklusif pertama seumpamanya di Sarawak.

"Inisiatif ini bukan sekadar pembukaan sebuah kios, malah merupakan jambatan praktikal antara bilik darjah dan komuniti bagi memberi peluang latihan sebenar kepada pelajar PPKI terjun dalam dunia perniagaan sekiranya diberi peluang dan sokongan yang sewajarnya," ujarnya.

Terdahulu, teks ucapan beliau dibacakan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng yang seterusnya merasmikan Kiosk Latihan Inklusif PPKI dikenali sebagai Hilo Cafe SMK Tabuan Jaya di sini, pagi tadi.

Hadir sama ialah para penaja iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How dan ADUN Ba’ Kelalan Baru Bian, Pengetua SMK Tabuan Jaya Paul Law, YDP PIBG Dr Alex Pega, wakil Sarawak Energy Bhd dan Bario Maju Sdn Bhd.

"Sebaik tiba saya melihat pelajar-pelajar tersenyum ceria dan turut berasa tenaga komuniti yang kuat, justeru saya teringat kebenaran yang mudah dan kuat bahawa kekuatan Sarawak terletak pada perpaduan dan kepercayaan rakyat berbilang.

"Ini adalah idea perintis. Kepada pasukan PPKI yang penuh wawasan serta Reka Jaya Plantation Sdn Bhd, saya ucapkan sekalung tahniah di atas usaha anda ini," katanya.

Dr Sim berkata, kios itu bukan sahaja menyediakan ruang latihan dalam bidang penyediaan makanan malah akan diperluaskan dengan operasi gerai burger dan perkhidmatan cuci kereta dalam masa terdekat.

"Melaluinya anda boleh mempelajari penyediaan makanan, khidmat pelanggan, pengurusan tunai dan kerja berpasukan seterusnya melengkapkan pelajar dengan kemahiran hidup untuk kebebasan yang lebih tinggi dan potensi pekerjaan pada masa hadapan.

"Di sini, anda akan menguasai resipi penting kehidupan bukan sahaja dalam makanan tetapi juga dalam keyakinan, kerja berpasukan dan daya tahan.

"Anda sedang belajar untuk menulis masa depan anda sendiri," katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada guru dan jurulatih, ibu bapa serta penaja dan rakan komuniti yang menyokong inisiatif tersebut.

"Pelaburan anda bukan pada batu bata tetapi pada potensi manusia. Anda adalah asas inisiatif ini. Terima kasih atas sokongan korporat anda yang boleh menjadi ikutan mereka yang lain," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru persatuan, kelab dan pemimpin perniagaan agar tampil menyokong usaha tersebut dengan menjadi pelanggan dan rakan strategik kios berkenaan.

Dalam pada itu, Hilo Cafe yang diusahakan sepenuhnya pelajar dari program PPKI SMK Tabuan Jaya menyediakan pelbagai jenis minuman kopi sebenar, antaranya kopi matcha latte, kopi latte, americano, kopi 'O' panas, aiskrim kopi Sarawak , koko latte dan sebagainya produk diperbuat daripada kopi.

Menu lain termasuk aneka pastri dan kek hasil buah tangan pelajar yang menyertai program PPKI.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 03:36 PM | Show all posts
Integriti asas kejayaan dan keberkesanan organisasi: Julaihi
Januari 31, 2026, Sabtu - 2:51pm



Liwan menyempurnakan simbolik perasmian sambutan Hari Integriti Sarawak Water Sdn Bhd di Miri, petang Jumaat.

MIRI: Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi berkata,  integriti merupakan asas kejayaan dan keberkesanan sesebuah organisasi.

Beliau berkata demikian sempena sambutan Hari Integriti Sarawak Water Sdn Bhd yang bertemakan 'Integrity Starts With Us' di sini petang Jumaat dengan teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Liwan Lagang.

Menurut Julaihi, tema integriti tahun ini membawa mesej yang ringkas tetapi mendalam, iaitu perubahan besar dalam organisasi hanya dapat berlaku apabila ia bermula dari diri sendiri.

Beliau menegaskan integriti bukan sekadar peraturan tertulis dalam buku panduan kerja, tetapi nilai yang mesti ada dalam hati setiap warga Sarawak Water.

"Sistem secanggih mana sekalipun atau undang-undang seketat mana sekalipun tidak akan berkesan sekiranya individu di dalamnya tidak memiliki kejujuran," ujarnya.

Julaihi menambah, setiap tindakan individu mencerminkan imej Sarawak Water dan kepercayaan rakyat hanya boleh dibina melalui hasil kerja yang bersih dan telus.

Pegangan teguh terhadap prinsip integriti dapat menutup ruang bagi amalan rasuah dan salah guna kuasa, katanya.

Beliau turut menekankan bahawa sektor air adalah tunjang utama kehidupan rakyat Sarawak.

"Tanpa bekalan air bersih, stabil dan selamat, pembangunan ekonomi dan kesejahteraan sosial akan terjejas," jelasnya.

Dalam sejarahnya, bekalan air di Sarawak dikendalikan oleh tiga entiti utama iaitu Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB) dan LAKU Management.

Seiring dengan visi strategik Kerajaan Sarawak untuk memodenkan pengurusan utiliti, ketiga-tiga entiti ini kini digabungkan menjadi satu badan tunggal iaitu Sarawak Water.

Menurut beliau, penyatuan ini bukan sekadar penggabungan aset teknikal atau sumber manusia, tetapi merupakan penyatuan komitmen integriti yang menegaskan tanggungjawab dan amanah setiap warga organisasi terhadap rakyat.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datu Jafri  Lias, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Water Malseni Jamal, Pengarah Unit lntegriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) Jabatan Premier Sarawak  Wan Mohamad Wan Drahman dan Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak Ahmad Selihin Che Said.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 03:37 PM | Show all posts
WALP bimbing wanita jadi pengusaha, pemimpin dan ejen perubahan komuniti: Nancy
Januari 31, 2026, Sabtu - 3:09pm



Nancy merakamkan kenangan bersama (baridan depan, tiga kiri) Penganjur WALP Nur Rahmah Ranong Abdullah dan peserta pada majlis perasmian WALP 2026, hari ini.

KUCHING: Program Kepimpinan Artisan Wanita (WALP) 2026 dilaksanakan sebagai platform untuk membimbing wanita menjadi pengusaha, pemimpin serta ejen perubahan dalam komuniti masing-masing.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata, ia merupakan satu inisiatif penting dalam usaha memperkasa wanita artisan.

Beliau berkata, program berkenaan bukan sahaja memberi latihan kemahiran, malah turut menumpukan kepada pembinaan kepimpinan, keyakinan diri dan masa depan wanita.

“Kita tahu wanita artisan memainkan peranan besar dalam memelihara warisan budaya, menghasilkan produk tempatan serta membantu menjana pendapatan keluarga dan komuniti.

“Namun dalam dunia hari ini, bakat sahaja tidak mencukupi kerana wanita perlu dilengkapi dengan ilmu perniagaan, akses pasaran, rangkaian serta kemahiran digital agar mampu bersaing dengan lebih yakin.

“Sebab itu, WALP hadir sebagai platform untuk membimbing wanita menjadi pengusaha dan juga pemimpin serta ejen perubahan dalam komuniti masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis perasmian WALP 2026 di Bilik Seminar Bangunan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dayak (DCCI) di sini, hari ini.

Menurut Nancy, pemerkasaan wanita memberi kesan langsung kepada pengukuhan institusi keluarga, perkembangan ekonomi setempat serta kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.

“Apabila wanita diperkasa, keluarga menjadi lebih kukuh, ekonomi setempat berkembang dan masyarakat menjadi lebih sejahtera. Dalam erti lain, pemerkasaan wanita adalah pelaburan untuk masa depan negara,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau memuji wanita Sarawak sama ada dari luar bandar mahupun pedalaman yang disifatkannya sebagai kuat, berdikari dan kreatif serta mempunyai semangat luar biasa bagi mengubah kehidupan diri dan keluarga.



Nancy diiringi penganjur WALP Nur Rahmah Ranong Abdullah (kiri) serta yang lain melawat reruai pameran pada majlis perasmian WALP 2026, hari ini.

“Justeru, saya menyeru wanita Sarawak untuk merebut peluang dan menggunakan sepenuhnya setiap latihan, jaringan serta sokongan yang diberikan.

“Apatah lagi, kerajaan dan pelbagai agensi akan terus membuka ruang dan menyediakan sokongan kepada mereka.

“Namun kejayaan sebenar bergantung kepada keberanian wanita sendiri untuk melangkah ke hadapan,” katanya.

Pada masa sama, Nancy turut menggalakkan peserta berpengalaman untuk membimbing peserta baharu.

“Saya melihat lebih ramai peserta muda dan wajah baharu. Jadi mereka yang sudah berpengalaman, kongsikan ilmu yang anda bukan sahaja cara membuat produk bahkan kongsi bagaimana untuk pergi lebih jauh dan maju dalam bidang diceburi.

“Saya yakin program ini akan melahirkan lebih ramai wanita artisan Sarawak yang berdaya saing, berpendapatan tinggi dan menjadi inspirasi kepada generasi seterusnya,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 03:38 PM | Show all posts
Sports Toto sampaikan mesej kasih sayang, terus komited terhadap kebajikan komuniti
Januari 31, 2026, Sabtu - 3:24pm



Wee (lima kiri) bersama Florence (lima kanan) menunjukkan tanda bagus sambil merakamkan kenangan bersama para penerima sumbangan TBC Sports Toto di ACS Stampin, hari ini.

KUCHING: Kempen Sumbangan Angpau Tahun Baharu Cina (TBC) 2026 anjuran STM Lottery Sdn Bhd (Sports Toto) di Persatuan Gereja-gereja Sarawak (ACS), Stampin di sini hari ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kebangsaan Sports Toto yang dilaksanakan di 50 bandar dan pekan di seluruh Malaysia.

Eksekutif Jualan Kawasan Kanan STM Lottery Sdn Bhd Kuching Florence Loo berkata, kempen itu bukan sekadar menyampaikan sumbangan, malah membawa mesej kasih sayang, keprihatinan dan harapan kepada warga emas yang memerlukan.

"Kami mahu mereka turut merasai kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina walaupun dalam keadaan serba kekurangan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Florence berkata di Kuching, seramai 450 penerima menerima sumbangan menerusi kempen tersebut dengan setiap seorang membawa pulang angpau, hamper mini bakul perayaan serta limau mandarin, sekali gus melambangkan doa dan harapan Sports Toto untuk kesihatan, kemakmuran dan kebahagiaan sempena TBC.

Beliau turut memaklumkan kempen tersebut yang dijalankan selama enam hari bagi tahun ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 19,680 warga emas kurang berkemampuan di seluruh negara.

“Menerusi program 'Helping Hands,' STM Lottery telah memperuntukkan kira-kira RM1.53 juta bagi menjayakan inisiatif kebajikan ini.

"Ia merupakan antara program komuniti paling lama dianjurkan oleh STM Lottery dan mencerminkan komitmen berterusan kami terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG),” ujarnya.

Melalui kempen itu kata Florence, Sports Toto terus memainkan peranan aktif dalam menyokong kelestarian sosial, khususnya dengan membantu komuniti rentan dan golongan warga emas kurang berkemampuan yang berisiko terpinggir terutamanya ketika musim perayaan.

Majlis tersebut yang turut dihadiri Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng, wakil-wakil STM Lottery serta pemimpin komuniti tempatan mencerminkan sokongan padu pelbagai pihak terhadap usaha kebajikan berterusan demi kesejahteraan masyarakat, tambahnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 03:39 PM | Show all posts
Program ‘She Creates, She Sustains’ pupuk kreativiti, kelestarian usahawan kraf: Henry
Januari 31, 2026, Sabtu - 3:25pm



Henry bersama yang lain pada Program ‘She Creates, She Sustains’ di Bau pada Jumaat. - Gambar UKAS

KUCHING: Program ‘She Creates, She Sustains’ merupakan platform penting untuk memupuk kreativiti serta kesedaran terhadap kelestarian dalam kalangan peserta, khususnya dalam bidang keusahawanan kraf.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) Dato Henry Harry Jinep berkata, para peserta bukan sekadar diajar untuk menjadi kreatif, malah turut dididik untuk memastikan hasil ciptaan mereka mampu bertahan dan berkembang secara mampan dalam jangka masa panjang.

"Program seumpama ini mampu menyuntik semangat serta membuka minda para peserta untuk memperkembangkan potensi diri, khususnya dalam bidang keusahawanan.

"Pendekatan yang berfokus kepada kreativiti dan kelestarian ini dilihat berupaya melahirkan usahawan yang lebih berdaya saing dan peka terhadap keperluan pasaran semasa," katanya ketika berucap dalam program tersebut di Bau, pada Jumaat.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), program yang berlangsung selama tiga hari itu menyaksikan para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi menghasilkan produk berasaskan bahan-bahan mampan.

Program itu berobjektif untuk mewujudkan usahawan kraf yang mampu menjana pendapatan mampan melalui penghasilan produk warisan yang menggunakan sumber mesra alam, sejajar dengan usaha pemeliharaan alam sekitar.

Menurut Henry, program sedemikian membuktikan bahawa banyak inisiatif dan idea bernilai tinggi dapat dilahirkan apabila kreativiti dimanfaatkan sepenuhnya dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di sekeliling kita.

"Pendekatan ini bukan sahaja mampu menghasilkan produk yang unik dan beridentiti tersendiri, malah berpotensi menjadi salah satu tarikan utama dalam pasaran serta aset penting dalam membina perniagaan yang berdaya tahan dan mampan pada masa hadapan," ujarnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 03:40 PM | Show all posts
MINDET pergiat usaha jayakan hala tuju SMJ 2.0: Ewon
Januari 31, 2026, Sabtu - 3:28pm



TAEKWANDO: Ewon menyempurnakan Kejohanan Taekwando Kota Belud di Dewan Kompleks Sukan Botung, di sini.

KOTA BELUD: Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (MINDET) melipatgandakan usaha bagi memastikan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 berjalan lancar, khususnya dalam sektor perindustrian.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick, berkata pelan itu menggariskan agenda besar pembangunan perindustrian dan keusahawanan negeri yang memerlukan sokongan sistem logistik serta pelabuhan lebih cekap.

Menurutnya, peranan kementerian selari dengan mandat membangunkan ekosistem perindustrian dan keusahawanan secara menyeluruh, selain diperkukuh melalui penyelarasan portfolio pengangkutan termasuk pelabuhan dan logistik.

“Pandangan awal sudah dikemukakan kepada Sekretariat Sabah Maju Jaya sebagai input bagi memperkemas pelaksanaan pelan berkenaan.

“Saya mengemukakan pandangan awal kepada Sekretariat Sabah Maju Jaya dan cadangan itu dimasukkan dalam Pelan Hala Tuju SMJ 2.0,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Kejohanan Taekwando Kota Belud di Dewan Kompleks Sukan Botung, di sini.

Ewon menegaskan seluruh warga kementerian meningkatkan komitmen dan kerjasama dalaman bagi memastikan setiap inisiatif mencapai sasaran ditetapkan kerajaan negeri.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan cadangan penyelesaian interim berkaitan isu kesesakan di Pelabuhan Sepanggar akan dibentangkan pada Mesyuarat Kabinet Sabah minggu hadapan.

Katanya, projek pembesaran pelabuhan memberi penyelesaian jangka panjang, namun tempoh pembinaan yang panjang memerlukan langkah segera bagi mengurangkan tekanan operasi semasa.

“Cadangan penyelesaian ini sudah diedarkan kepada anggota Jemaah Menteri.

“Jika dipersetujui, saya yakin ia dapat meredakan kesesakan dan memberi kelegaan kepada pemain industri,” katanya.

Tambahnya, kelancaran operasi pelabuhan penting bagi meningkatkan keyakinan pelabur serta penggiat industri, sekali gus merancakkan aktiviti ekonomi negeri.

“Selepas isu di Sepanggar ditangani, kementerian memberi fokus kepada pembangunan serta peningkatan kecekapan Pelabuhan Sandakan dan Pelabuhan Tawau bagi memastikan rangkaian logistik lebih seimbang di seluruh Sabah.

“Saya yakin pendekatan bersepadu itu membantu memperkukuh daya saing sektor perindustrian dan keusahawanan, selain menyumbang kepada kejayaan SMJ 2.0 secara menyeluruh,” katanya.

Menyentuh kejohanan taekwando, beliau berkata kerajaan terus menyokong penganjuran aktiviti sukan di peringkat daerah sebagai platform pembangunan bakat belia.

“Semoga para peserta memenangi pingat pengalaman, pingat persahabatan dan pingat disiplin selain pingat kejohanan,” katanya.

Kejohanan itu menghimpunkan 180 peserta dari Kota Belud, Kota Marudu, Pitas, Kota Kinabalu, Keningau, Beaufort dan Putatan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 03:42 PM | Show all posts
Sabah perintis libatkan OKU dalam agenda kesihatan
Januari 31, 2026, Sabtu - 3:30pm



Sabrina menghadiri mesyuarat pertama sejurus memegang tanggungjawab sebagai Panel Penasihat.
MESYUARAT: Sabrina menghadiri mesyuarat pertama sejurus memegang tanggungjawab sebagai Panel Penasihat.
KOTA KINABALU: Sabah terus mengorak langkah apabila muncul sebagai negeri perintis yang memperkukuh penglibatan aktif komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) dalam agenda kesihatan negara, sekali gus meletakkan negeri ini di barisan hadapan pelaksanaan konsep kesihatan inklusif.

Perkembangan itu dizahirkan menerusi pelantikan Pegawai Perubatan berpengalaman, Dr. Sabrina Moahmmad, sebagai Panel Penasihat Klinik Kesihatan Jalan Kebajikan bagi tempoh 2026 hingga 2029, selaras usaha memperkasa agenda Kesihatan Untuk Semua.

Panel penasihat berkenaan berperanan sebagai pemacu penglibatan masyarakat selain bertindak sebagai penghubung antara komuniti setempat dengan Jabatan Kesihatan dalam merancang, mengurus serta melaksanakan program kesihatan berorientasikan komuniti secara inklusif dan menyeluruh.

Pendekatan itu memastikan penyertaan rakyat, khususnya golongan OKU, tidak lagi bersifat pasif, sebaliknya terlibat secara langsung dalam proses perancangan dan sokongan pelaksanaan inisiatif kesihatan.

Langkah berkenaan membantu setiap program dirangka lebih berkesan serta menepati keperluan sebenar komuniti di peringkat akar umbi.



SABRINA

Sabrina kini melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kesihatan Awam selain memiliki Ijazah Sarjana Hubungan Antarabangsa dan Diplomasi dengan fokus penyelidikan terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), terutama aspek kesihatan, kesejahteraan dan keadilan sosial.

Beliau turut memiliki pengalaman luas dalam pentadbiran dan advokasi kesihatan menerusi peranan sebagai Pegawai Perhubungan Kesihatan kepada Menteri atau EXCO Kesihatan Sabah.

Selain itu, beliau aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan termasuk memimpin Alzheimer Disease Sabah sebagai presiden serta memegang jawatan Timbalan Pengerusi Sekretariat Wanita Profesional Malaysia.

Gabungan latar belakang profesional, akademik dan kerja lapangan menjadikan beliau antara individu yang mampu menyatukan dasar kesihatan, pelaksanaan program serta suara komuniti.

Usaha itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai rujukan dalam pembangunan sistem kesihatan inklusif di peringkat nasional.

Mengulas pelantikan berkenaan, Sabrina menegaskan kejayaan agenda kesihatan tidak boleh bergantung kepada sistem kesihatan semata-mata.

Katanya, kesihatan memerlukan penglibatan aktif masyarakat dengan komuniti OKU memainkan peranan penting dalam memastikan setiap inisiatif memberi manfaat menyeluruh.

“Kesihatan bukan tanggungjawab sistem kesihatan sahaja. Penglibatan aktif masyarakat, khususnya komuniti OKU, menjadi nadi kepada kejayaan agenda Kesihatan Untuk Semua.

“Sabah membuktikan pendekatan inklusif dan komunikasi dua hala membolehkan setiap suara didengari serta setiap program memberi impak sebenar kepada rakyat,” katanya.

Sebagai panel penasihat, beliau dijangka memperkukuh jaringan kerjasama antara komuniti dan Jabatan Kesihatan Malaysia selain memacu penyertaan rakyat dalam semua inisiatif kesihatan.

Peranan itu penting bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan program berjalan secara lebih tersusun, sistematik dan berimpak tinggi.

Tumpuan turut diberi kepada peningkatan kesejahteraan golongan OKU melalui akses perkhidmatan kesihatan yang lebih mesra, adil dan menyeluruh.

Pendekatan yang digerakkan Sabah dilihat seiring aspirasi nasional serta global dalam memastikan tiada golongan tercicir daripada menikmati kemudahan kesihatan berkualiti.

Model pelaksanaan itu wajar dijadikan contoh oleh negeri lain dalam memperkukuh sistem kesihatan yang lebih inklusif dan responsif terhadap keperluan masyarakat.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2026 03:43 PM | Show all posts
Centre Point Sabah sasar 10,000 pengunjung sempena kempen Ponyland of Prosperity
Januari 31, 2026, Sabtu - 3:32pm



MERIAH: Salah satu acara meriah yang berjaya dilaksana tahun lalu di Centre Point Sabah.

KOTA KINABALU: Centre Point Sabah menyasarkan kehadiran lebih 10,000 pengunjung sempena sambutan Tahun Baharu Cina menerusi kempen perayaan bertemakan Ponyland of Prosperity yang mengetengahkan simbol kuda poni sebagai lambang kemakmuran, kekuatan, kemajuan dan kebersamaan.

Kempen berkenaan menampilkan pelbagai persembahan budaya, pertandingan kreatif serta aktiviti kekeluargaan bagi memeriahkan suasana perayaan di seluruh pusat beli-belah.

Sepanjang tempoh sambutan, ruang dalaman pusat beli-belah dihiasi dekorasi berunsur tradisional Cina dengan elemen warna terang dan simbolik perayaan bagi mewujudkan suasana ceria serta mesra pengunjung.

Eksekutif Acara dan Seni Centre Point Sabah Dymna Michael, berkata sambutan Tahun Baharu Cina memberi peluang kepada keluarga dan komuniti berkumpul serta mengeratkan hubungan.

“Melalui Ponyland of Prosperity, kami berharap dapat menyediakan ruang perayaan yang meraikan tradisi, menggalakkan kreativiti dan membolehkan pengunjung mencipta kenangan indah bersama insan tersayang,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, sambutan bermula dengan pertandingan nyanyian dan bakat tahun baharu pada 31 Januari dari jam 10 pagi hingga 5.30 petang di Palm Square aras empat.

“Program berkenaan menampilkan persembahan bakat tempatan dengan pelbagai genre nyanyian dan hiburan berunsur perayaan.

“Pengunjung turut berpeluang menyaksikan Lunar Rhythm: Persembahan Cina pada 1 dan 8 Februari dari jam 2 petang hingga 5 petang di lokasi sama.

“Persembahan berkenaan mengetengahkan tarian tradisional serta elemen kebudayaan Cina yang kaya dengan nilai warisan,” katanya.

Tambahnya, elemen kreativiti kanak-kanak dan remaja diberi perhatian menerusi dua pertandingan berkonsep seni visual berinspirasikan Tahun Kuda.

“Pertandingan Kaligrafi Tahun Baharu Cina bertemakan Galloping Horses dijadual berlangsung pada 7 Februari bermula jam 10 pagi.

“Sementara itu, Pertandingan Mewarna dan Melukis Tahun Kuda diadakan pada 8 Februari bermula jam 11 pagi.

“Aktiviti berkenaan menggalakkan ekspresi seni dalam kalangan peserta di samping memupuk penghargaan terhadap budaya perayaan melalui pendekatan kreatif,” katanya.

Beliau berkata, bagi menambah tarikan membeli-belah, Centre Point Sabah turut menganjurkan penebusan pulangan tunai Angpao tahunan dari 7 hingga 16 Februari bermula jam 12.30 tengah hari.

“Pembeli yang berbelanja berpeluang menerima pulangan tunai bernilai RM5 atau RM10 sebagai tanda penghargaan sempena musim perayaan.

“Kemuncak sambutan diserikan dengan persembahan tarian singa pada 17 dan 18 Februari bermula jam 1 petang di Palm Square.

“Tarian singa berkenaan membawa simbol tuah, kemakmuran serta permulaan positif bagi tahun baharu,” katanya.

Selain itu katanya, tarian singa Bai Nian atau kunjungan kedai diadakan pada 21, 22 dan 28 Februari bermula jam 1 petang di aras bawah pusat beli-belah.

“Kunjungan berkenaan memberi ucapan dan restu kepada para penyewa serta pengunjung selain memeriahkan suasana perniagaan.

“Persembahan tarian singa dan kunjungan kedai sentiasa menjadi antara acara paling dinanti setiap tahun kerana membawa makna keberkatan dan kejayaan.

“Pihak pengurusan berharap keseluruhan kempen mampu menarik lebih ramai pengunjung tempatan serta pelancong domestik sekali gus merancakkan aktiviti ekonomi setempat,” katanya.

Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga dan rakan bagi memeriahkan sambutan Ponyland of Prosperity serta menikmati pelbagai aktiviti budaya dan hiburan sepanjang musim perayaan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 03:43 PM | Show all posts
Kejayaan usahawan wanita Sahabat AIM cetus inspirasi
Januari 31, 2026, Sabtu - 3:33pm



MALAM GALA: Ewon menyempurnakan Malam Gala dan Legasi Pinknuari anjuran KUSIKK di SICC di sini.

KOTA KINABALU: Kejayaan usahawan wanita di bawah program Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Sabah terus mencetus inspirasi apabila mencatatkan sifar peratus Portfolio At Risk (PAR), sekali gus membuktikan disiplin tinggi dalam pengurusan kewangan dan perniagaan.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick, berkata pencapaian itu menggambarkan komitmen kukuh usahawan wanita memastikan bayaran balik pinjaman dibuat sepenuhnya tanpa tunggakan.

“Saya menyampaikan rasa hormat dan bangga kepada usahawan Sahabat AIM Sabah atas pencapaian 0 peratus Portfolio At Risk (PAR) yang membawa maksud semua usahawan berjaya melunaskan pinjaman mereka.

“Situasi ini menunjukkan disiplin serta keupayaan wanita mengurus ekonomi keluarga dan perusahaan melalui Sahabat AIM,” katanya ketika berucap menyempurnakan Malam Gala dan Legasi Pinknuari anjuran Kelab Usahawan Sahabat Ikhtiar Kota Kinabalu (KUSIKK) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini.

Menurutnya, rekod bayaran balik yang bersih menjadi bukti keberkesanan program pembiayaan mikro dalam membantu wanita menjana pendapatan secara konsisten.

“Usaha itu bukan sekadar meningkatkan ekonomi keluarga, malah membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam komuniti setempat.

“Program seperti ini memberi ruang kepada wanita berdikari, membina keyakinan diri dan mengembangkan perniagaan secara mampan,” katanya.

Ewon turut berkongsi beberapa kisah kejayaan usahawan yang pernah ditemuinya sebelum ini, termasuk peserta yang bermula secara kecil-kecilan sebelum berjaya mengembangkan operasi ke tahap lebih tinggi.

Katanya, pengalaman berkenaan wajar dijadikan contoh kepada peserta lain supaya terus berusaha dan berdaya saing.

“Dalam Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah, pelbagai inisiatif disediakan bagi memperkasa ekosistem keusahawanan termasuk latihan, bimbingan serta akses pembiayaan.

“Sokongan berterusan daripada kerajaan negeri penting bagi memastikan lebih ramai wanita berani menceburi bidang perniagaan,” katanya.

Pada majlis sama, beberapa anugerah keusahawanan disampaikan kepada usahawan cemerlang sebagai pengiktirafan terhadap prestasi dan komitmen mereka.

Penerima anugerah merangkumi kategori individu serta blok yang menunjukkan rekod pengurusan kewangan terbaik.

Ewon berharap kejayaan Sahabat AIM dalam perusahaan masing-masing mampu menjadi pemangkin semangat kepada lebih ramai usahawan wanita di seluruh Sabah.

Menurutnya, pencapaian itu membuktikan golongan wanita mampu memacu pertumbuhan ekonomi negeri jika diberi peluang dan sokongan sewajarnya.

Beliau turut menjemput pemenang kategori individu serta ketua blok menghadiri sesi pertemuan khas minggu hadapan.

Sesi itu memberi ruang kepada peserta menyuarakan isu, cabaran dan cadangan secara langsung kepada kementerian.

Pada masa sama, insentif tambahan disediakan sebagai galakan kepada usahawan yang menunjukkan prestasi cemerlang.

Ewon berkata, pendekatan turun padang penting bagi memastikan setiap dasar dan bantuan benar-benar memberi manfaat kepada golongan sasar.

Majlis berkenaan menyaksikan kehadiran ratusan usahawan wanita Sahabat AIM sekitar Kota Kinabalu yang meraikan kejayaan bersama dalam suasana penuh semangat dan solidariti.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 03:45 PM | Show all posts
Sarawak Club lancar sambutan sepanjang tahun untuk meraikan ulang tahun ke-150
Januari 31, 2026, Sabtu - 3:35pm



Wilson Tan (duduk, tengah) bersama yang lain bergambar kenangan semasa sambutan ulang tahun ke-150 Sarawak Club di Kuching, pada Jumaat. - Gambar UKAS

KUCHING: Sarawak Club melancarkan secara rasmi sambutan ulang tahun ke-150 yang akan berlangsung sepanjang tahun, sekali gus menandakan satu pencapaian bersejarah bagi kelab ahli persendirian tertua di Borneo dan kedua tertua di Malaysia itu.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Presidennya Wilson Tan Swee Kwang di The Sarawak Club, Jalan Taman Budaya di sini, pada Jumaat.

Berucap pada majlis itu, Wilson Tan berkata, Sarawak Club yang ditubuhkan pada 1 Januari 1876 semasa pemerintahan Raja Charles Brooke, telah berkembang seiring dengan pembangunan bandar Kuching dan menjadi sebahagian penting daripada landskap sosial dan budaya negeri ini.

Menurut beliau, Sarawak Club memainkan peranan perintis dalam pembangunan sukan dan rekreasi, termasuk membangunkan padang golf pertama di Malaysia Timur pada tahun 1920-an, selain menyediakan kemudahan sukan lain seperti skuasy, badminton, tenis, kolam renang dan pickleball.

"Sepanjang beberapa dekad, kelab ini turut melahirkan bakat sukan elit termasuk pemain skuasy profesional Mohd Azlan Iskandar serta Marcus Sim, pemenang pingat emas Sukan SEA dan Sukan Belia Komanwel," katanya memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Wilson Tan menegaskan bahawa pihak pengurusan komited untuk terus bekerjasama dengan ahli-ahli dalam merancang masa depan kelab, sambil mengekalkan nilai teras persahabatan dan kecemerlangan.

“Kini, Sarawak Club mempunyai kira-kira 4,000 ahli dan terus melaksanakan pelbagai penambahbaikan termasuk pengubahsuaian dapur serta peningkatan kemudahan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan ahli,” ujarnya.

Terdahulu, majlis turut menyaksikan pembentangan sejarah 150 tahun Sarawak Club, diikuti pelancaran logo rasmi sambutan ulang tahun ke-150 kelab berkenaan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 03:46 PM | Show all posts
Majlis makan malam kumpul bekas pelajar SMK Limbang sejak 1962 bakal diadakan tahun ini
Januari 31, 2026, Sabtu - 3:36pm



SUFIAN

LIMBANG: Majlis makan malam bagi mengumpulkan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbang sejak 1962 bakal diadakan tahun ini, sekali gus akan menjadi detik pertemuan bermakna dan bersejarah dalam tempoh 64 tahun.

Pengerusinya Kaunselor Sufian Mohat berkata, majlis itu turut bertujuan untuk mencari dana bagi keperluan pelajar dan sekolah berkenaan.  

Katanya, majlis makan malam itu dijangka akan dihadiri Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga alumni sekolah terbabit.

"Kami di peringkat alumni setakat hari ini masih belum berjaya melaksanakan satu program yang besar untuk mengumpulkan alumni SMK Limbang, tidak hanya bekas pelajar waktu ini tetapi kita mahu kumpulkan dari tahun dulu.

"Kita tahu Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah sendiri pernah bersekolah di sini.

"Jadi kita akan berkumpul dan pada masa sama mengutip dana bagi membantu pihak sekolah terutama pelajar dalam apa saja urusan yang diperlukan di peringkat sekolah," katanya kepada media hari ini.

Selain makan malam, pelbagai program turut dirancang untuk diadakan termasuk sumbangan 150 kerusi kepada warga sekolah itu, baru-baru ini.

Sufian berkata, ia sebagai usaha Persatuan Alumni SMK Limbang untuk melengkapkan keperluan sekolah berkenaan, hasil inisiatif bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), selain membentuk jalinan kerjasama berterusan dengan sekolah.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67148 Replies : 49
bhatt ji
akku8876ddbhatt ji
Views : 0 Replies : 0
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1522 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2:  Nama Trump naik lagi bersama Tok Arab, David Copperfield, founder Victoria Secret...etc
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Nama Trump naik lag
Views : 5377 Replies : 1
bhatt ji
akku8876bhatt ji
Views : 1010 Replies : 0
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.594743 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list