|
tak sabar nak tunggu n3.... |
|
|
|
|
|
|
|
juliet pun nak speku mak datin pora tu hahh |
|
|
|
|
|
|
|
still x de n3 lagi ke... |
|
|
|
|
|
|
|
belum ada lagik ke... tak sabar2 nak tahu sambungan ni |
|
|
|
|
|
|
|
ni n3 yg merapu sket
..........................................................................
Perjalanan dari KLCC ke rumah yang mengambil masa setengah jam di rasakan terlalu lama. Perang dingin Hani dan Nazrin berterusan. Leher Hani lenguh meneleng ke luar tingkap. Takut nak pandang mahupun mengerling ke arah Nazrin. Benci! Apahal cakap kasar dengan aku macam tu ? Belum jadi isteri dah kena tengking. Silap haribulan kalau kahwin kena sepak. Tapi bila di fikirkan kembali, Nazrin risaukan keselamatan aku. Dia lebih mengenali Fifi. Kenapa aku nak marah padahal Nazrin cuma mengambil berat, bisik hatinya yang mula mencair. Sebaik sampai di Sri Jelatek. Along dan Kak Ina berjalan terus ke lobby. Kak Ina sempat mempelawa Nazrin naik untuk minum petang.
Hani menukur mata. Patutkah aku mulakan dulu? Macam mana kalau kena tengking lagi? Redha sajalah. Baik aku mengalah. Bismillahirahmanirahim.Satu, dua, tiga…
“ Sorry”. Mereka bersuara serentak. Mata mereka bertaut. Tawa kecil bersahutan.
“ Sorry” Ulang Hani. “ I tak patut buat lawak bodoh tadi.”
“ You tahu kenapa I marah? Sebab I tak nak apa apa jadi kat you. ”
Hani mengangguk macam burung belatuk “ I tahu. Thanks. I really appreciate it. You baik sangat. Macam manalah you boleh suka I yang degil ni?”
“ Bila pula I suka you? Kepala batu. Tak nak dengar cakap orang. Macam ini nak jadi isteri solehah?” balas Nazrin. Rambut Hani yang diikat stail ekor kuda di tarik
Muka Hani berubah riak. Pantas di seka airmata yang mula meleleh dengan belakang tapak tangan.
“Kenapa menangis? I belum habis cakap lagi lah. I nak sambung yang I still sayang kat you walaupun you degil macam keldai.“ Nazrin cuba menutup tawa. Saputangan di keluarkan dari poket jeans. “. “Elelelele… ala kecian dia. Nah, lap muka tu. Dah comot.”
“ Teruknyaaaa!” Saja nak mainkan aku. Satu cubitan hinggap di lengan Nazrin.
“ Ouch.. Eh, dah pandai cubit cubit. Agresif betul. Siapa ajar ni?’ Lengan di gosok dengan tawa masih bersisa.
" Bangga lah tu dapat kenakan orang" Hani mendengus geram.
“ Jom, kita duduk kat sana kejap” ajak Nazrin. Mereka berjalan berpapasan ke taman permainan mini yang agak lengang. Cuma dua orang kanak kanak Cina yang bermain gelongsor. Nazrin melabuhkan duduk di atas buaian besi warna putih.
Buaian di ayun perlahan. Angin petang bersilir nyaman. Rambutnya beralun lembut. Rasa macam berlakun filem klasik pula. Harus aku bercakap dengan stail percakapan aktres zaman 1950an. Ala ala Saadiah tengah berasmaradana dengan Roomai Noor.
“ You dah pasti dengan jawapan you?” Suara Nazrin lembut menyapa telinga.
Muka Hani merona. Tiap kali topik kahwin di bangkitkan, perutnya mula rasa senak. Kerongkongnya susah mengeluarkan suara. Nak tu memanglah nak, tapi……..
“ Tak nak guna talian hayat?”
“ I … I bukan tak nak kahwin dengan you. Tapi I……”
“ Takut?” Nazrin memotong.
Hani membiarkan mata mereka bertaup sejenak. Biar matanya menyampaikan ucapan yang lidah nya tak mampu. Rasa sayangnya pada Nazrin makin hari makin menebal. Cuma takut untuk di lafazkan. Lepas sesaat dua dia melarikan pandang pada kanak kanak tadi. Makin rancak hilai tawa mereka setiap kali menggelongsor turun. Seronoknya jadi anak kecil. Tak ada apa yang membebankan kepala, meruntun jiwa, melumatkan hati.
“ Or you have a better offer from Tuan Marzuki and his son?” Pandangan Nazrin tunak. Namun nadanya tegang.
Ni mesti Along punya mulut tempayan. Mengalahkan wartawan hiburan tabloid, bentak Hani dalam senyap.
“ Tak adalah. You ingat I ni laku macam Fasha Sandha ke? Sumpah I tak ada apa apa dengan Shamil. Anyway, Shamil tu not my type lah.”
“ So, who is your type?” duga Nazrin dengan kening terjungkit.
Cehh! Ingat handsome sangatlah buat muka gatal macam apa jer. Tapi jantung aku bergendang macam kompang. Tak ada disiplin punya jantung. Hani melontar pandang pada langit yang mula berubah warna. Celoreng jingga sudah kelihatan di ufuk barat.
“ Cakaplah. Who is your type?” Nazrin menyikunya sambil menahan tawa. Comelnya Hani bila gelabah.
“ Entah.” Bahunya di jungkit. “ You dah siap nak pergi US?”
“ Bila you tukar topic macam tu, I tau dah jawapan nya. Kenapa malu nak cakap? “
“ Hii… perasannya!” getus Hani. Dia menggaru hidung yang tak gatal. Pakcik ni suka betul buat aku kalut.
“ Okaylah, let’s be serious. I nak kena balik Tanjung Malim kejap lagi. You ikut cakap I. Esok you pergi Rumah Tok Ali dan tinggal di sana. I akan settlekan dengan Encik Mustakim pasal cuti you. Jangan bagi tahu sesiapa di mana you berada. Kalau orang dari ofis you tanya, kata you kena balik kampus sekejap. Biar I selesaikan masaalah dengan Fifi.”
Hani mengangguk.
“ Good girl. Lepas semua selesai kita kahwin, okay? Baik cakap okay, kalau tak I tak lepas” gertak Nazrin. Hidung Hani di tarik.
“ Ahoi…. Hahiit haa…” sengau suara Hani sambil cuba menepis tangan Nazrin.
“ Cakap ya. Cepat. Kalau tak I tak lepaskan.“
“ Haa”
“ YESSS! Hayang Hani. Hai Hove Hu. ” ajuk Nazrin sambil ketawa terbahak bahak. Satu tamparan singgah di lengan Nazrin sebaik hidungnya tidak lagi di kepit.
“Benci nya! Tak aci. Itu kahwin paksa namanya.” jerit Hani.
“ I tak peduli. Kalau hendak, seribu daya. Macam orang putih kata, all is fair in love and war. You dah janji, jangan nak berdalih. Okay, I nak balik. Dah dekat nak Maghrib pun.” Nazrin bangun sambil membetulkan bajunya. Hani menemani Nazrin ke tempat parkir pelawat. Beratnya hati untuk berpisah kali ini. Matanya tertancap tanpa kelip pada Nazrin. Ada keresahan memagut naluri. Adeh… jiwangnya aku ni.
“ Take care ya, sayang” pesan Nazrin
“ You too”
Sebaik kereta Nazrin meluncur keluar dari perkarangan Sri Jelatek, sebuah Mitsubishi Evo yang terpakir di tepi jalan mengikut dari belakang. |
|
|
|
|
|
|
|
tq for new n3
best
:pompom::pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Alamak..ada org follow ajin ker?
Fifi ker or org suruhan datin?
Bestnya n3 kali ni...bahagia jiwa. |
|
|
|
|
|
|
|
sukernya....arjuna, w/pn merapu blh bt aku tersenyum lebar bc n3 kali...
suspenyer..sapela yg follow nazrin tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
sweetnyer Hani & Nazrin.. harap2 takde apa2 jadi kat Nazrin.. |
|
|
|
|
|
|
|
hua sape yg ikut nazrin tue.....
so sweet hani n nazrin..i like taw....
nak n3 lagi...please..... |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi smiley........:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
oh tidak!!!! janganla jadik apa2 kat ajin |
|
|
|
|
|
|
|
alaaa...mala petaka apa pulak nak kena nie...
ish! n3 cepatlah datang... |
|
|
|
|
|
|
|
mana sambungnya nieeeeeeeeeeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
“ Ahoi…. Hahiit haa…” sengau suara Hani
“ YESSS! Hayang Hani. Hai Hove Hu. ” ajuk Nazrin
Weh smiley kita gelak depan pc ikut sore sengau hani & nazrin...pagi2 nak buat latihan tubi mulut and perut baca N3 pagi ni ha ha ha:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Sebaik kereta Nazrin meluncur keluar dari perkarangan Sri Jelatek, sebuah Mitsubishi Evo yang terpakir di tepi jalan mengikut dari belakang.
Fifi or Balace mak datin ????????:geram:
ni pula buat org suspen giler lah pula |
|
|
|
|
|
|
|
so sweet............................
bestnya hani.................
jgn le jadi pape kat nazrin lak |
|
|
|
|
|
|
|
jgn laa jd pape pada nazrin...sweet aa nazrin ngan hani...ehehheee |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|