CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] KRISIS MB KEDAH:[KEMASKINI}KRONOLOGI DARI AWAL ISU MUKHRIZ PG1

[Copy link]
Post time 3-2-2016 02:25 PM | Show all posts
aku rasa mb kedah baru ni akan menyebabkan kekalahan pasukan hijau kuning pada piala malaysia akan datang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2016 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
lulus srp tapi pengalaman bendahari umno kedah..gua tabik la.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 02:28 PM | Show all posts
an2toncit replied at 3-2-2016 02:22 PM
adik sure muda lagi kan...ni citer org tua2 zaman 90an

nak kata muda tak la muda.. tapi still nak jugak tau mukhriz anak mahathir paling bodoh.. nak tau la jugak tahap mana bodoh tuh.
mak pak doktor.. klu bodoh macam mat bashah takkan kut. spm sangkut? spm 1A? degree third class? tu nk tny.. i malas nak google.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 02:28 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 3-2-2016 01:53 PM
Kali ni johari baharom insyaallah akan kalah..... orang jitra hampir semua sokong  mukriz... ( sbb ...

Majoriti jitra pru13 3k je mana lak hampir semua sokong mukriz ...pas sendu pon bole dpt 14k undi situ ....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 02:31 PM | Show all posts
bimbi replied at 3-2-2016 02:21 PM
aku sedih...sbb aku org Kedah...dlu jib janji kalau kedah BN menang dia bg MM jd MB..skrg dia jatuhk ...

kan.. masa najib janji yang ni, kawan kawan i pro-mahathir, sokong umno at first yang pakat sokong pas vote pas masa pru12 ari tu, semua kata vote bn sebab nak mukhriz anak mahathir jadi mb. dulu terkilan tak dapat tgk mukhriz jadi ketua pemuda umno.. lepas tu terkilan tak dpt tgk jadi naib presiden umno. bila janji nak jadi mb kedah, semua pakat vote. last last janji capati daaaaaaa...

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 02:32 PM | Show all posts

ni bru la sma standard
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2016 02:35 PM | Show all posts
Syd replied at 3-2-2016 02:01 PM
Biodata Ahmad Bashah MB Kedah Yang Baharu

Biodata siapa Ahmad Bashah Menteri Besar Kedah. Datuk  ...

pendidikan mana syd.... tulis la sekolah tadika kemas mana.....bljr tuisyen kat mana.... aktiviti koko....takkan takde langsung..... await bengap bleh jd menteri....


Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 02:35 PM | Show all posts
anisania replied at 3-2-2016 02:28 PM
nak kata muda tak la muda.. tapi still nak jugak tau mukhriz anak mahathir paling bodoh.. nak tau  ...

tu la masalah org muda skang semua nak spoonfeed ...cari le sendiri  nape madey antar mukriz ni ke jepun dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2016 02:37 PM | Show all posts
Parit.Hilton replied at 3-2-2016 12:50 PM
tapi, aku heran jugak. dalam benganp2 tu pun 5 penggal jadi Adun kawasan dia.

takkan orang kawa ...

melayu kn mudah lupa
dekat2 pru...free beras free tshirt free topi...ugut klau x undi umno..cina dap nk jadikan mesia negara kristian, hapuskan raja2, hapuskan islam...
makcik2 pokcik2 menakut trus
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 02:37 PM | Show all posts
Ahmad Bashah bersyukur dilantik MB Kedah

http://www.sinarharian.com.my/na ... k-mb-kedah-1.481175

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
3 Februari 2016



SHAH ALAM - Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menzahirkan rasa syukur di atas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu hari ini.

Ahmad Bashah berkata, dengan pelantikan itu beliau berjanji untuk meneruskan kesinambungan pembangunan di Kedah seperti sebelum ini.

"Alhamdulillah, terima kasih atas perkenan Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah melantik saya sebagai MB Kedah, saya juga mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri, di atas kepercayaan yang telah diberikan kepada saya untuk menerajui negeri Kedah.

"Untuk itu, agenda yang penting bagi saya sekarang ialah membawa pembangunan yang berterusan kepada rakyat," katanya dalam satu temu bual bersama Astro Awani, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, beliau akan berusaha untuk menarik semula sokongan rakyat terhadap Umno dan BN di Kedah.

Katanya, beliau berpandangan bahawa kepercayaan rakyat kepada Umno di Kedah tidak tergugat kerana apa yang berlaku buat waktu ini bukanlah satu krisis sebaliknya hanya peralihan kuasa.

"Ya, saya akan menarik semula undi, bagi saya apa yang berlaku kini adalah satu peralihan kuasa bukanlah satu krisis sepertimana yang disebut-sebut,  oleh itu kita tidak berpecah," katanya.

Sementara ketika ditanya tentang adakah beliau akan merombak semula kedudukan Exco, Ahmad Bashah berkata, beliau akan memaklumkan perkara itu kemudian.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 02:40 PM | Show all posts
an2toncit replied at 3-2-2016 02:35 PM
tu la masalah org muda skang semua nak spoonfeed ...cari le sendiri  nape madey antar mukriz ni ke ...

yg i google semua omongan kosong.. serupa fitnah gitu. so i nak fact. der sangat nak kata orang muda spoonfeed.
dah tau share je la.. dgn anak muda pun nak kedekut ilmu tau.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 02:41 PM | Show all posts
Gambar ibu peluk Mukhriz, netizen simpati

http://www.sinarharian.com.my/na ... en-simpati-1.481210

Wartawan Sinar Harian
3 Februari 2016



SHAH ALAM – Sekeping gambar yang menunjukkan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipeluk ibunya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali meraih perhatian netizen, hari ini.

Gambar tersebut dikongsi laman Facebook Mukhriz Mahathir Fans kira-kira sejam.

Kapsyen yang disertakan dengan gambar tersebut berbunyi: “Bonda Tun Siti tiba di rumah Titi Gajah...Sedihnya tengok gambar ini. Pelukan seorang ibu memberi semangat kepada anakanda kesayangan.”

Rata-rata komen yang diberikan memberikan kata-kata semangat kepada Mukhriz termasuk mendoakannya.

“Apa pun keputusan DSMM (Mukhriz)...itu adalah untuk kebaikan rakyat...aku doakan suatu hari nanti DSMM akan menjadi PM (perdana menteri) Malaysia. Amin,” tulis Mat Shah.

Sementara Roslina Idrus menulis, “Bertabahlah Datuk Seri. Tak boleh berkata apa-apa,selain sebak dan terharu sangat-sangat rasa.”

Manakala, Raja Mazni berakta: “Sedih tengok gambar ini. Dalam politik macam-macam. Kasih ibu bawa ke Syurga. Apa jua keadaan seorang anak akan mencari ibunya meraih simpati ibu.”

Rozita Muhyeeddin pula berkata: “Syabas Datuk. Berundur tidak semestinya tewas. Ada hikmah dari ALLAH yang tidak kita ketahui.”

Sunieta Omar menulis: “Semoga DSMM tetap tabah. ALLAH lebih mengetahuinya. Perancangan ALLAH adalah yang terbaik. Apa-apa pun saya sedih sangat apabila tengok seorang ibu memeluk anaknya. Terharu sangat.”

Krisis Kedah bermula sejak 20 Januari lalu apabila 14 Ketua Umno Bahagian mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Umno Kedah.

Mukhriz akhirnya mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta pagi tadi selepas dimaklumkan beliau hilang sokongan majoriti di Dun Kedah.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah telah diumumkan sebentar tadi sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
an2toncit replied at 3-2-2016 02:28 PM
Majoriti jitra pru13 3k je mana lak hampir semua sokong mukriz ...pas sendu pon bole dpt 14k undi  ...

hang tak faham apa yg aku kata...Yg tu pru 13 dan sblm crisis mb ni...skrg ni bnyk beza ...mmg akan lingkupla johari baharum tu....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 02:43 PM | Show all posts
dino replied at 3-2-2016 02:35 PM
pendidikan mana syd.... tulis la sekolah tadika kemas mana.....bljr tuisyen kat mana.... aktiviti  ...

pendidikan panjang berjela tak cukup forum nak isi Dino wey...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 02:46 PM | Show all posts
zamzam replied at 3-2-2016 02:43 PM
pendidikan panjang berjela tak cukup forum nak isi Dino wey...

knp tak nak tulis plak....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 02:49 PM | Show all posts
dino replied at 3-2-2016 02:35 PM
pendidikan mana syd.... tulis la sekolah tadika kemas mana.....bljr tuisyen kat mana.... aktiviti  ...

ada Dato' Ameno sudah marah kat Fb laaa


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2016 02:51 PM | Show all posts
dino replied at 3-2-2016 02:46 PM
knp tak nak tulis plak....

husnuzon...dato basah tak suka menunjuk2...Allah tak suka orang yang riak.


Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 02:52 PM | Show all posts
zamzam replied at 3-2-2016 02:51 PM
hunozon...dato basah tak suka menunjuk2...Allah tak suka orang yang riak.

taknak tunjuk ka.... dah mmg bodoh... kaki angguk...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 02:53 PM | Show all posts
dino replied at 3-2-2016 02:52 PM
taknak tunjuk ka.... dah mmg bodoh... kaki angguk...

dosa menfitnah embi kita yang baru tauuuu
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 02:54 PM | Show all posts
anisania replied at 3-2-2016 02:31 PM
kan.. masa najib janji yang ni, kawan kawan i pro-mahathir, sokong umno at first yang pakat sokong ...

kan...i mmg vote untuk MB yang humble n well educated..bukan MB cakap kencang pukul canang pumpang pum pang.,...tp duit projek masuk poket sendiri...dah selalu tgk mcm ni..i wish PRU14 Comin soooooon...tk sabar nk tgk kerusi KEDAH kemana pas ni..tk menyesal kalu jatuh ke tanagn pembangkang..lebih rela dr parti bungok UMNO lahanat ni..to be honest..mmg marah...sbb kami set dun kubang pasu n jerlun kot..tahu la MM mcm mana..very down to earth..tkde langsung protokol tau kalau g mana2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.123408 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list