|
kata pulangkan..teringat..
ooo pulangkan...
pulanfkan.....err |
|
|
|
|
|
|
|
kata pulangkan..teringat..
ooo pulangkan...
pulanfkan.....err |
|
|
|
|
|
|
|
Amboih..pulangkan gelang aku!
Aku rasa dia tu...Syakilla |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow replied at 3-1-2015 01:19 PM
mottiipppp ko nak superpower yang boleh cubit / tunjal orang seksi dari jauh?
Bior die serik nak pakai seksi |
|
|
|
|
|
|
|
Kuntilanak harum sundal malam sesat kat keramat ka
|
|
|
|
|
|
|
|
Err...part 'pulangkan' tu memang sumber inspirasi dari filem tersebut... |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 27
Zuhril mengundur dua tapak ke belakang. Tajam pandangan mata Zuhril jatuh pada perempuan dihadapannya itu. Kelihatan sudah tua benar. Rambutnya menggerbang kusut-masai. Badannya kurus, hampir bongkok. Kulitnya berkedut sana sini. Walaupun begitu, pakaian yang dipakainya masih elok. Tidak pula seperti gelandangan.
Siapa perempuan ini? Zuhril kekal bersiaga. Libasan yang diterima Zamzam tadi telah membuktikan yang perempuan tua dihadapannya itu bukan sembarangan. Zuhril berhati-hati. Tongkat di tangan perempuan tua itu diperhati.
“Celaka!” Zamzam menyumpah lalu meludah. Kelihatannya sudah pulih sedikit. Tangannya mengosok-gosok bahagian kepala yang dipukul oleh perempuan tua itu.
“Pulangkan! Pulangkan!” Masih lagi perempuan tua itu mengomel-ngomel. Tongkat di tangannya dihayun tak tentu hala.
“Orang tua ini...” Zamzam memegang hulu pedangnya.
“Jangan Zamzam. Dia hanya perempuan tua.” Zuhril menegah. Pandangan matanya bergilir-gilir di antara Zamzam dan perempuan tua itu.
“Tapi...”
“Biar aku yang uruskan.” Seboleh mungkin, Zuhril tidak mahu Zamzam bertindak. Pasti mati orang tua itu nanti.
“Nenek.” Zuhril cuba memujuk. “Kami bukan musuh.”
“Pulangkan...pulangkan.” Tongkat masih diacu ke depan. Terpaksa mereka bergerak ke kiri dan ke kanan untuk mengelak dari terkena libasan.
“Perempuan tua ini sudah gila!” Zamzam merengus. Pedangnya sudah terhunus lalu di angkat tinggi. Hatinya benar-benar mendidih.
“Zamzam, jangan.” Zuhril menolak Zamzam ke tepi. Tetapi tindakannya itu menyebabkan dia terkena libasan dari tongkat perempuan tua.
“Arrrgghh.” Zuhril melutut jatuh. Tangan menggenggam bahu kiri. Terasa sakitnya berbisa.
Zamzam bertindak kali ini. Pedangnya terangkat tinggi sekali lagi. Perempuan tua itu benar-benar satu gangguan.
TANG!
Tatkala pedangnya hampir sampai ke leher perempuan tua, pedangnya berlaga. Sesuatu telah menghalang tindakannya. Zamzam menghayun pedang sekali lagi. Kali ini, kepada yang menghalangnya. Mereka terus beradu tenaga. Kelihatan sama handal. Beberapa tumbukan dan tendangan berbalas sebelum masing-masing berhenti seketika untuk mengatur nafas.
“Sungguh dayus sekali. Kau berdua mahu berlawan dengan perempuan tua lemah ini!”
Baru Zamzam sedar, lawannya juga seorang perempuan. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak speku...perempuan yg muncul tu Syakilla. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan.. pompuan tu nama die.. Ipohontas
|
|
|
|
|
|
|
|
Teeeeeeeeetttttttttt. Salah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Errr....aku reserve 'Ipo' kat hujung2 cerita.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow replied at 3-1-2015 11:13 PM
Teeeeeeeeetttttttttt. Salah.
Saloh???..hok aloh |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan replied at 3-1-2015 10:49 PM
bukan.. pompuan tu nama die.. Ipohontas
Hahaha..aku suka nama tu |
|
|
|
|
|
|
|
Denyutan di bahu kirinya sudah berkurangan. Perlahan-lahan, Zuhril bangkit lalu dia berdiri di sebelah abangnya. Kini, dia berjaga-jaga seandainya berlaku sebarang serangan lagi.
“Perempuan itu yang menyerang kami dulu!” Zamzam mempertahankan diri.
“Kau boleh saja beredar tanpa perlu mencederakan dia.”
“Apa? Cedera?” Zamzam merengus. “Tiada satu kesan pun pada perempuan tua itu.”
Namun kata-katanya hanya dibalas dengan senyum sinis. Zuhril hanya memerhatikan tingkah-laku kedua perempuan dihadapannya, yang tua dan yang muda.
“Mak Inang tak apa-apa?”
“Esmira. Suruh mereka pulangkan dia.” Mak Inang tersedu-sedu secara tiba-tiba.
“Memang benarlah perempuan tua itu sudah gila.” Zamzam berkata. Esmira memandang tajam ke arah empunya suara. Dalam masa yang sama, dia memegang lengan Mak Inang.
“Lebih baik kamu berdua berambus dari sini.” Esmira memberi amaran kepada tetamunya yang tak diundang. “Sebelum nyawa kamu berdua melayang dari badan.” Keras sekali suaranya.
Zamzam ketawa. Sinis sekali. Hatinya masih panas. Lagak perempuan yang dipanggil Esmira itu amat menjengkelkan. “Marilah. Kita lihat nyawa siapa yang melayang terlebih dahulu.”
Mendengar saja kata-kata Zamzam, Emiria membuka langkah. Tongkat ditangannya digenggam erat. Namun, belum sempat sesiapa diantara mereka beradu tenaga buat kali kedua, Zuhril terlebih dahulu bertindak.
“Kami bukan musuh!” Teriak Zuhril lalu menghadang abangnya. Zamzam merengus geram. Sudah beberapa kali Zuhril mencampuri urusannya.
“Kau diam, Zuhril. Biar aku uruskan saja mereka ini.”
“Kita datang ke sini bukan untuk mencari pasal dengan mereka ini semua, Zamzam.” Zuhril bertegas.
“Tepi!”
“Dengar kataku. Mungkin, mereka boleh membantu kita.” Zuhril terdesak memujuk. Dia tidak mahu ada pertumpahan darah mahupun bermusuh. Dan dia juga yakin, kedua-dua perempuan dihadapannya ini boleh membantu.
Zamzam melepaskan nafas kasar. Kata-kata Zuhril ada benarnya. Beberapa saat kemudian, Zamzam menyarungkan pedangnya kembali. Esmira hanya memerhatikan saja tingkah-laku mereka.
“Pergi dari sini!” Arah Esmira lagi.
“Kami minta maaf.” Ucap Zuhril, pantas. “Kami tiada niat untuk mencederakan sesiapa. Apatah lagi bermusuhan dengan kamu berdua.”
“Pergi!” Nada suara Esmira lebih tinggi kali ini.
“Esmira. Nanti. Dengar kataku dulu.” Sengaja Zuhril menyebut nama gadis itu. “Kami benar-benar minta maaf. Kami perlukan bantuan.”
“Bantuan? Huh.” Wajah Esmira masih bengis. “Apa yang membuatkan kau fikir aku akan membantumu? Sudah. Pergi dari sini.”
Zuhril berfikir deras. Tidak mahu perjalanan mereka ke sini menjadi sia-sia. Lebih-lebih lagi, membayangkan wajah Zaffar yang semestinya murka jika mereka pulang ke Amariya dengan tangan kosong. Zuhril menyeluk sakunya. Rantai manik kayu yang diberikan oleh Rouman si Penjual Tua itu dibawa keluar.
“Esmira!”
Zuhril melempar rantai manik kayu pada Esmira lalu jatuh di hujung kaki gadis itu. Entah mengapa dia bertindak begitu, Zuhril sendiri tidak pasti. Esmira memandang ke bawah. Serta-merta, riak wajahnya berubah. Perlahan-lahan, dia tunduk lalu mengutip rantai kayu itu.
“Dari mana kau dapat rantai itu?” Soal Esmira. Nada suaranya masih keras.
“Rouman. Dia yang berikan pada aku.” Jawab Zuhril.
"Rouman..." Esmira seakan berbisik. Zuhril direnung buat seketika. “Siapa kalian berdua?”
“Aku Zuhril. Dan ini saudaraku, Zamzam.” Saat diperkenalkan, Zamzam tidak berkata apa-apa. Membiarkan saja Zuhril berbicara.
“Dari mana kalian datang?” Esmira menyoal lagi.
“Amariya.”
“Amariya?” Riak wajah Esmira bertukar lagi. Terkejut.
“Untuk apa kalian berdua ke mari?”
Zuhril berpandangan seketika dengan Zamzam sebelum menjawab. “Kami mahu tahu cerita tentang anak Raja Zulkhan.”
Tak semena-mena, Mak Inang mengongoi. “Esmira. Suruh mereka pulangkan dia.” Sedu sedan Mak Inang terbit lagi. Esmira tidak berkata apa-apa. Hanya mengusap lembut bahu Mak Inang. Zuhril dan Zamzam berpandangan lagi. Mereka bersetuju sesuatu dalam diam. Mak Inang itu pasti punya cerita. Mak Inang pasti tahu tentang anak Raja Zulkhan itu.
Mereka berdiam diri. Masing-masing berfikir ligat.
“Kau sudi bantu kami?” Lama terdiam, Zuhril memecah sunyi. Esmira menghembus nafas kasar. Tangan kirinya menggenggam erat rantai manik kayu itu.
“Baiklah.” Akhirnya, Esmira memberikan persetujuan. Zuhril menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya, mereka kini ada petunjuk.
“Ikut aku.” Tanpa menunggu balasan, Esmira berlalu meninggalkan tempat itu. Mak Inang dipimpin sama.
Zuhril berjalan mendapatkan kudanya tidak jauh dari situ. Kemudian, dia mengikut langkah Esmira dan Mak Inang untuk pergi dari situ.
“Zamzam.” Zuhril menegur apabila melihat Zamzam tidak berganjak. “Apa yang kau tunggu?”
Zamzam menggeleng. Tiada jawapan lisan yang diberi. Entah mengapa, timbul satu rasa dalam diri. Ianya menjalar lalu menjerut hatinya sehingga terasa sakit.
Zuhril...
Yang jauh lebih kacak, jauh lebih pandai bermain kata. Jauh lebih sempurna berbanding dia. Zamzam melepaskan nafas kasar. Rasa sakit dalam hati itu mula mencengkam.
Dia kemudiannya turut mendapatkan kudanya lalu mengikut Zuhril dari belakang.
|
|
|
|
|
|
|
|
ensem sangat ke zuhril neh??
buruk benor ke zamzam tu? |
|
|
|
|
|
|
|
bukan aper.. si abang merendah diri sangat..
tu la aku pelik.. ntah2 sendiri perasan buruk tak?
ntah2 mcm salman khan ngan saif khan..
ye laa.. yg dah lawa mcm miss world pon ada rasa diri die buruk..
|
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam merengus geram. Sudah acapkali,
kata-kata seperti itu didengari dari Zamzam
dan dari Zaffar sendiri.<<< dont get it.. Zam ke or Zuhril? |
|
|
|
|
|
|
|
Esmira.....
Esmira..
Esmira....
Esmira...
Esmira...
Haha. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam kes Zamzam, lebih pada dengki. Or envy? < susah pulak nak describe nyeee. I'm your brother so I should be better then you in all aspects gituh.
Gigih hokeh aku gugel nak tengok sapa saif khan...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|