CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
Post time 29-10-2009 01:47 PM | Show all posts
x de n3 lagi k...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2009 06:46 PM | Show all posts
Hani menyelusuri  rak rak di Children’s Department Isetan dengan ceria. Satu demi satu pakaian bayi di beleknya. Di elusnya. Hiii…Geramm sangat tengok  baju baju comel! Kalau duduk sini berjam jam pun tak kisah. Tak sabarnya aku nak dapat anak…. Eh… no, no, nehi… anak saudara lah! Bakul plastik di tangan sudah terisi dengan beberapa pasang baju bayi, botol susu, tuala dan selimut. Dia menghentikan langkah di bahagian pakaian jenama Poney.

“ Kak Ina, cute tak?” Sepasang overall denim untuk kanak kanak di acu pada kakak iparnya.

Kak Ina mengangguk. “ Cute. Tapi ni untuk budak yang umur setahun. Tak payah lah beli dulu. Nanti Along kamu tu bising pula. Kata membazir lah, buat semak lah”

“ Alaa.. tak payahlah tunjuk kat Along. Kita beli sajalah. Bukannya mahal sangat pun. Ada diskaun 30%. Rugi kalau tak beli. Nanti habis, tak merasa anak buah Hani melawa” pujuk Hani dengan muka “ kiut”. Matanya yang bundar di kerdipkan berkali kali.

Tersembur tawa Kak Ina. “ Hang ni memanglah. Ingat comel sangatlah buat muka sengal macam tu.  Siapa yang nak beranak ni, akak ke Hani? Dia pula yang lebih.”
   
Lega  rasanya bila mood Hani bertukar 180 darjah . Beberapa hari kebelakangan ini mendung macam awan ribut tropika. Tapi bila mendengar tentang drama sebabak lakunan  Fifi di restoran Rebung, dia sendiri merasa geram. Berbakul sumpah diluahnya sebelum beristighfar. Janganlah bayi dalam kandungan ni terkenan.  

“ Cukuplah dulu Hani. Esok esok kita tengok kat kedai lain pula.  Lagi pun kat kampong nanti ada baju baju lama anak menakan akak.“ Ibunya sudah berpesan supaya tidak membeli terlalu banyak perkakas bayi.

“ Bila Kak Ina dengan Along balik kampong nanti, boringlah Hani tinggal sorang. Tak boleh kah Kak Ina berpantang di sini saja? Hani tolong jaga baby.”

“ Habis tu siapa nak jaga akak? Hani tahu kah nak buat ubat periok, nak urut, tunku, pakaikan bengkung semua tu? Nanti badan akak kembang semangkuk, Along cari lain. Hani suka?”. Punyalah beria ria si Hani! Tapia pa nak di hairankan, Hani tak pernah mempunyai adik maupun saudara sepupu. Setiap kali melihat kawan kawan sekolah dapat adik, hatinya di ketuk rasa cemburu. Akhirnya , setelah  lebih 22 tahun, baru lah dapat anak saudara. Dapat main dengan baby sekaligus dapat gelaran Acik Hani. Best saja bunyinya.


“ Kak Ina letih kah? Baik Kak Ina pi duduk dulu. Hani tolong bayar”  Kak Hani mengangguk pantas.   Queue di tempat cashier panjang berjela. Pinggangnya mula rasa lenguh. Matanya meliar mencari tempat duduk.


“ Alhamdulillah. Thanks Hani. Nah..  duitnya”

Hani menyambut tiga keping not RM50 yang di hulurkan. Dia mula  melangkah untuk beratur bila ternampak display jam tangan berhampiran escalator. Kakinya melencong bagai besi di tarik magnet.

“ Fuh… cantik tapi mahal. Kalau nak beli kena ikat perut lah. “ bisik hatinya. Jam tangan jenama Swatch memang menjadi idamannya. Ralit dia memerhati koleksi terkini. Dapat berangan pun jadilah. Tiba tiba Hani rasa tak sedap hati. Seolah dirinya di perhatikan. Dia mengangkat muka dari display cabinet dan menebar pandangan ke sekeliling. Tiada apa yang meragukan. Ahh… Cuma mainan perasaan aku saja.  Kakinya di hayun ke arah cashier. Sekali lagi rasa kurang senang menyelinap. Macam ada orang mengekorinya.

Dia berpaling ke belakang. Seorang wanita Cina yang memegang tangan seorang budak kecil membalas renungan. Aduh…  paranoidnya aku ni. Takkan ada orang nak apa apakan aku di tengah tengah Isetan ni?

“ RM 127.50. “  Suara juruwang menyentaknya. Wang dan beg plastic berlogo Isetan bertukar tangan. Dari ekor matanya Hani  ternampak Kak Ina berjalan pantas ke arahnya.

“ Along call. Dia dah  nak sampai. Jom kita turun bawah. Nanti bising pula kalau dia kena tunggu “

Mereka bergegas turun dan menunggu di pintu utama bersebelahan Maxis Tower. Orang ramai berpusu pusu keluar masuk untuk membeli belah dan juga beriadah di taman KLCC. Sekumpulan pelajar sekolah rendah datang untuk lawatan sambil belajar. Pasti Petrosains menjadi destinasi mereka. Sambil menunggu, Hani ralit memerhati gelagat manusia. Tiba tiba Kak Ina mencuit lengannya.

“ Jangan pandang. Tapi ada orang asyik dok perhati Hani. Tadi akak perasan dia ambil gambar Hani pakai handphone.” Bisik Kak Ina

Lutut Hani menggeletar.  Takkan talent agency nak cari pelakun iklan kot. Mesti kerja si Fifi  tu. Apa lagi lah yang minah gila tu nak? Tak habis habis menyusahkan hidup aku.
Nafas lega di tarik sebaik ternampak kereta Along. Namun dia terus nanar bila ternampak penumpang di sebelah Along. Alamak… apa dia buat kat sini? Haru… haru…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2009 06:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 29-10-2009 18:57

Nazrin keluar dari kereta dan berpindah ke belakang. Kak Ina mengambil tempatnya. Hani terkial kial sebelum hon kereta belakang mengejutkannya. Nak tak nak dia  terpaksa duduk di belakang dengan Nazrin. Perasaannya libang libur bila teringat krisis mereka. Tapi wajah Nazrin tenang seperti biasa. Kenapa dia tak marah kat aku? Kenapa dia masih senyum macam menggoda jer? Atau aku yang mudah tergoda? Sukar meneka apa yang tersirat di hati Nazrin ketika itu. Dengan selamba dia mendepakan tangan ke belakang tempat duduk. Bau haruman jenama Hugo Boss  membuat jantung Hani bergetar. Hani mengenjak sejauh yang boleh dan membuang pandang ke jalanraya yang sesak. Alahai Along, kenapalah kereta Along ni kecil sangat. Belilah MPV ke , van ke. Bas sekolah lagi bagus.

“ Kenapa ni? Pucat jer. Macam jumpa hantu. Atau jumpa setan shopping kat Isetan” Lawak Along langsung tak mendapat respons.

“ Hani rasa macam ada orang ikut Hani tadi masa kat Isetan. Pastu Kak Ina kata ada orang ambil gambar Hani dengan henfon.” Hani cuba menahan gugup tapi tak berjaya. Suaranya terketar ketar. Bukan saja sebab takut tapi penangan Nazrin membuatnya tak senang duduk.  

“ Hani, untuk keselamatan you I rasa baik you pindah ke Rumah Tok Ali..” Cadang Nazrin

“ Ha? Kenapa? Tak nak lah. Macam mana  I nak pergi kerja?” Keliru Hani mendengar saranan Nazrin. Amboi, sanggup gadai nyawa sebab nak jumpa Shamil di ofis, dengus Nazrin tapi tidak di luahkan. Nanti nanti aku settle bab tu.

“ Dengarlah cakap I.  You duduk sana dua tiga hari sampai kita orang settle masaalah ni. I baru dapat tahu yang Fifi juga pernah serang isteri Raziman, ex dia. Dia memang melampau. Irina, isteri Raziman yang mengandung tu  tumpah darah sebab Fifi. “ cerita Nazrin. Tak disangka dia bertembung dengan lelaki yang pernah di anggap seteru tidak lama dulu. Raziman menegurnya ketika mereka di 7 -11 Bangsar Baru. Lalu keluarlah cerita Fifi yang cuba memporak perandakan rumahtangga nya. Cerita yang mengesahkan ketidakstabilan Fifi.

“ Apa dia buat?” tanya Kak Ina

“Semasa Irina menunggu Raziman menjemputnya dari ofis, kereta yang di pandu Fifi hampir merempuhnya. Nasib baik ada orang sempat tarik dia. Kalau tak… tak tahulah”

Hani menelan airliur. Tak mampu untuk berbicara. Peluh dingin mula merenik di dahinya. Ya Allah, selamatkanlah aku. Aku tak nak mati lagi. Aku nak tengok anak buah aku. Aku pun teringin nak kahwin.

“ Okay, I setuju. Jangan degil Hani. Besok Along hantar ke Ulu Langat.” tegas Along

“ Masa nak ke sana nanti baik you pakai kereta lain. Takut ada orang ikut” usul Kak Ina.

“Aah. Betul tu.  “ sokong Along.

Wah ..wah.. wah ! Hebatnya! Dah jadi macam cerita James Bond pula.
“ Ishh… lebih lebih lah korang ni. Macamlah Hani ni spy yang ada maklumat rahsia negara atau ada peta harta karun. Nak Hani menyamar macam Sydney Bristow?” Hani cuba bergurau walaupun rasa panik menular dalam diri.

“ Hani, boleh tak serius sikit? You tak boleh pandang remeh benda macam ni. We are dealing with a psycho here.” Tempelak Nazrin. Seluruh kereta terdiam. Mata Hani mula bertakung. Ini bukan pertama kali aku kena tengking dengan Nazrin. Dulu kat Rumah Tok Ali dah pernah kena. Tapi kenapa kali ini rasa macam sedih gila. Di seka nya airmata yang hampir meleleh. Nazrin di sebelah cuma membatukan diri. Stress nya…..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 07:18 PM | Show all posts
hani ni cubalah ikut kata nazrin dgn along tul...degil betul si hani ni...ni tuk keselamatan ko jgk...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 07:58 PM | Show all posts
Yeah..hero nak selamatkan heroin. :pompom::pompom::pompom:
Hani ni kan..degil tau...ikut je la cdgan si ajin tu.
Kan dah kena marah...x pasal2 jer.
Sabar Ajin..sabar..jgn ler marah2 sgt hani tu..cian dia.
Dah ler hani tu manja..karang x pasal2 banjir satu keta.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 09:28 AM | Show all posts
tu la... sweet sangat...  concern ajin ngan hani
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2009 11:35 AM | Show all posts
yea yea..cayalah..smiley..:pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 12:05 PM | Show all posts
sukanya.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2009 01:12 PM | Show all posts
:pompom::pompom::pompom::pompom:,.......
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 01:17 PM | Show all posts
wahhh best2...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 02:28 PM | Show all posts
Suspen tu.....tak tau kerja si fifi or mak datin tu so hani ada 2 org musoh setakat ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 02:32 PM | Show all posts
rasanya keja mak datin tuh
pasag spy nak tgk hani jumpe ke date dgn anak die
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 02:44 PM | Show all posts
rasanya mmg keja mak datin tu tak?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 02:56 PM | Show all posts
:pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 03:44 PM | Show all posts
nak n3 lagi...x puas...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 03:50 PM | Show all posts
aduhai kesiannya Hani..... Nazrin mmg hero sbb nak slmatkan heroin dia dari psycho Fifi tu...
tapi pasal Cik Pora tu tak de sapa2 tau.... Syamil mesti tau mama dia tak suka Hani....
Arjuna next....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2009 05:11 PM | Show all posts
nak lagi smiley....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 08:54 PM | Show all posts
sambung lagi....kasi panjang yer..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2009 11:30 AM | Show all posts
mesti mak syamil yg pasang spy tue...

sambung lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2009 04:29 PM | Show all posts
best2 nk lgggggg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.223125 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list