CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: whitedove

JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)

 Close [Copy link]
 Author| Post time 9-3-2005 10:45 AM | Show all posts

lagi Period 4 screencaps...









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2005 12:30 PM | Show all posts
hihi... tak berapa suka dengan perempuan yang sama Makoto tu.. asyik nak laki kaya je.. bosan aku.. mintak minta dia insaf lepas nie.. baru padan dengan muka dia tu..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2005 12:39 PM | Show all posts
Originally posted by limau at 9-3-2005 12:30 PM:
hihi... tak berapa suka dengan perempuan yang sama Makoto tu.. asyik nak laki kaya je.. bosan aku.. mintak minta dia insaf lepas nie.. baru padan dengan muka dia tu..



bukan Makoto lah, tapi Yamato Makoto tu junior yg penakut dalam team tu...Yamato yg bercinta dengan Yuri, perempuan materialistik yg gilakan harta...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2005 01:31 PM | Show all posts
tak sabar nak tunggu sabtu ni......apa konflik yg berlaku sampai halu nangis.......padahal munna dah beli vcd dia tapi sebab nak suspens punya pasal sanggup tahan nafsu.....nak tgk vcd.....rasanya kalau tgk.....tak sampai satu hari dah boleh khatam dah...... bagi mengelakkan munna tgk vcd tu......munna bagi pinjam member munna dulu....dah habis tayang kat tv baru suruh dia pulang balik......

I LOVE  TAKUYA KIMURA
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2005 04:04 PM | Show all posts
Originally posted by munna at 9-3-2005 03:31 PM:
tak sabar nak tunggu sabtu ni......apa konflik yg berlaku sampai halu nangis.......padahal munna dah beli vcd dia tapi sebab nak suspens punya pasal sanggup tahan nafsu.....nak tgk vcd.....rasanya  ...



yer lah nak tahu gak kenape halu nangis 4 d nest episode
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2005 04:58 PM | Show all posts


Comelnya halu bila buat peace...

[ Last edited by jasmine on 9-3-2005 at 05:02 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-3-2005 05:32 PM | Show all posts

PRIDE - Period 5 (6/3/2005)

Aki (Yuko Takeuchi), Yuri (Noriko Nakagoshi) and Chika (Megumi) tengah shopping kat supermarket...Yuri dan Chika nak buat steamboat party lepas game hari tu, so diorang dah pilih rumah Aki...Chika bagi hint kat Aki, suruh Aki dan Halu manfaatkan malam tu bersama lepas semua org dah balik nanti...Aki asyik protes sebab rumah dia sempit je...team Blue Scorpions lak dalam perjalanan ke tempat perlawanan...Halu (Takuya Kimura) perasan yg Yamato (Kenji Sakaguchi) tiba2 je menggeletar dan gelisah...baru Halu perasan yg bas tu ambik jalan yg lain dari biasa...Halu suruh Yamato tutup mata lepas tu suruh Makoto (Ryuta Sato) tutup langsir...

lepas game hari tu, Halu dan yg lain2 berkumpul kat rumah Aki...yg perempuan buat sukiyaki dan Yuri yg buat perisa dia, tapi rasanya tak sedap...Makoto nampak gambar foto boyfriend Aki...Halu cakap dia tak kisah tapi yg lain2 rasa tak berapa baik gambar tu letak kat tempat yg semua org boleh nampak...lepas tu Yuri cakap yg permainan cinta ni macam pelik sebab banyak kebaikan pada Halu je, kalau Aki rasa sunyi dia tak boleh call Halu...Yamato tiba2 marah Yuri dan suruh Yuri berhenti bercakap...Yamato cakap semua org ada sebab tersendiri dan orang lain takde hak nak bersuara...keadaan masa tu tiba2 jadi awkward...

lepas semua orang dah balik, Halu tolong Aki basuh pinggan...Halu beritahu Aki boleh je telefon dia bila2 masa kalau Aki sunyi, dan kalau rasa tak selesa Aki boleh beritahu je...

Aki: "Kalau ya? Game over?"
Halu: "Hmm...maybe."

dalam perjalanan balik, Yuri minta maaf kat Yamato sebab merosakkan suasana...Yuri jugak minta maaf sebab tipu pasal dia pandai memasak...lepas tu Yuri mintak Yamato bawak dia ke rumah Yamato pulak nanti...Yamato macam tak bersemangat, tapi akhirnya dia senyum pada Yuri...masa Halu dah nak balik, Aki tanya apa yg tak kena dengan Yamato...Halu beritahu Aki yg perjalanan yg diorang ambik ke gelanggang hari tu dah mengingatkan kenangan pahit pada Yamato...

esoknya Halu pergi jumpa Yoko (Yuriko Ishida)...Halu rasa memang ada sesuatu antara Yoko dan Hyoudo (Koichi Sato)...Yoko pun berceritalah yg dia dan Hyoudo dulu pernah bersama, tapi lepas tu Hyoudo pergi Kanada...masa Yoko tengah tunggu Hyoudo tulah Anzai approach dia...

Yoko: "Anzai tahu pasal ni tapi dia masih terima saya, tapi kami rasa bersalah. Hyoudo dah dikhianati oleh kedua2 kekasih dan kawan baiknya. Semua tu salah saya sebab tak sanggup menunggu."

dalam satu game, Yamato gagal bermain dengan baik...sorang lelaki tua kat kawasan penonton mula kutuk2 dia sampai Makoto naik darah...Makoto tertanya2 sama ada lelaki tua tu ada dendam dengan Yamato, dan lepas tu Yamato cuma jawab mungkin...

esok harinya, Aki yg tengah marah ketuk pintu rumah Yamato sampai Yamato buka pintu...Aki tanya kenapa Yamato nak berpisah dengan Yuri...Yamato beritahu yg dia suka bersama Yuri sebab Yuri boleh tolong dia melupakan diri dia yg sebenar...tapi sekarang dia rasa bersalah, dan itu bukan sebab dia tak kaya...bila Aki desak2 Yamato, Yamato cakap dia pernah bunuh seseorang...

Yamato beli bunga dan bawak bunga tu ke satu tempat kat tepi jalan, tempat di mana kemalangan tu pernah berlaku...dia nampak kat tempat tu dah ada bunga, so dia assume bunga tu dari parents budak tu...dia tak mampu nak pergi dekat lagi...

Halu bercerita kat Aki pasal Yamato...masa diorang kat sekolah menengah, Yamato pernah terlanggar sorang budak dengan motor dia...

Aki: "Itu bukan cuma kemalangan?"
Halu: "Ya, memang betul...tapi ibu bapa budak tu cakap, 'pulangkan anak aku.' Tak lama lepas tu, dia yg tak pernah pun meluncur, tiba2 nak join hoki ais. Rupa2nya budak tu pernah main hoki ais dan adalah harapan pasukan...Agaknya Yamato cuba nak tunaikan impian budak tu."
Aki: "Yamato pernah beritahu saya yg dia tak sukakan hoki ais."
Halu: "Mungkin sebab hoki ais menyebabkan dia teringatkan budak tu setiap masa."
Aki: "...Dah berapa lama?"
Halu: "12 tahun."

bila Halu bawak Aki balik, Aki tanya apa orang tradisional akan buat dalam keadaan macam ni, tapi Halu cuma jawab tak tahu...

Halu nampak Hyoudo kat gelanggang kemudiannya, lepas tu diorang pergi Face Off...bila Halu sebut pasal hubungan masa lalu Hyoudo dengan Yoko dan Anzai, Hyoudo tertanya2 kenapa Yoko beritahu Halu...Halu cakap Yoko rasa kasihan pada Hyoudo sebab dikhianati oleh kekasih dan kawan baik sendiri...Hyoudo tergelak, dia cakap Halu patutnya kena layan dia dengan lebih baik kemudian hari...

Halu: "Tak juga."
Hyoudo: "Baguslah."
Halu: "Apa pulak perasaan kau?"
Hyoudo: "Kenapa kau nak tahu? Pernah tak kau menunggu seseorang, atau pernah tak kau jatuh cinta pada seseorang yg sedang menunggu orang lain? Biar aku beritahu kau. Lelaki tu memang patut dipersalahkan sebab menyebabkan perempuan tu menunggu...Lagipun, aku sebenarnya rasa lega. Aku tak rasa dikhianati. Aku takkan balik ke sisi Yoko."
Halu: "Tapi Yoko-san salahkan diri sendiri."

Hyoudo cuma tersengih dan keluar dari bar...Halu pulak tak percayakan kata2 Hyoudo...

Aki beritahu Yuri pasal Yamato...Yuri rasa beban tu terlalu berat untuk dia, tapi Aki cakap Yamato boleh lupakan segala2nya bila dia bersama Yuri...Chika harap ada seseorang yg akan cakap macam tu pada dia, Aki pun cakap benda yg sama...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2005 05:33 PM | Show all posts

sambungan Period 5...

petang tu Halu panggil Yamato ke gelanggang...Halu mintak Yamato temankan dia jogging...diorang mula berlari, tapi dah lama lepas tu, Yamato mula rasa penat dan susah nak keep up dengan Halu...diorang berlari sampai malam, dan kemudian barulah Yamato sedar yg diorang dah sampai kat tempat motor dia langgar budak tu dulu...Yamato nak tahu apa tujuan Halu bawak dia ke situ...

Halu: "Kau kan sedang gantikan dia dengan menjadi pemain hoki ais dan menanggung semua kesusahan dan kesakitan dia, kan?!...Kau kan tak suka hoki? Hoki pun tak suka orang macam kau! Jangan berpura2 jadi mangsa. Kau sepatutnya fikir, 'aku dah lama sangat menderita, kenapa kau tak maafkan aku je? Kenapa kau tak lepaskan aku? Aku dah lama berkorban, lepaskanlah aku! Dah 12 tahun! Apa lagi yg kau nak aku buat? Itu cuma kemalangan!'"
Yamato: "...Kau memang betul, Halu-san! Masa kat hospital pun aku selalu fikir, 'bukan salah aku, aku tak memecut. Sesiapa pun akan terlanggar dia, tiba2 je melompat ke tengah jalan macam tu.' Semua orang kat sekolah bersimpati dengan aku, tapi aku tahu diorang fikir, 'Nasib baik bukan aku yg kena!' Mereka cuma kasihan pada aku. Dan aku selalu menjerit dalam hati, 'Aku yg malang, bukan salah aku!'
Halu: "...Aku...selalu bimbangkan kau. Bukan sebab kau tak dapat lupakan
kemalangan tu, tapi sebab kau tak pernah komplen atau mengeluh. Orang selalu bercakap macam2...Kau tak hidup untuk diri sendiri atau budak tu, kau tak ada kehidupan yg sebenar. Minta maaf dengan ikhlas, dan lepas tu mulakan hidup baru kau di sini."

team members tiba2 datang dengan bas nak jemput Yamato...Halu cakap dia dah letih, dia nak balik dengan bas...Halu tanya sama ada Yamato nak join diorang atau tak...semua orang tengok Yamato, tapi Yamato cakap dia tak boleh...Yamato cakap dia tak akan dimaafkan...Yamato tinggalkan tempat tu sambil menangis...

esoknya Halu pergi ke satu workshop...pemiliknya adalah lelaki tua yg mengutuk Yamato masa game hari tu...dia ajak Halu masuk tapi isteri dia tak suka...suami dia cakap Satonaka adalah favourite dia, antara yg terbaik...dia tahu Halu datang ni nak mintak dia maafkan Yamato...dia cakap dah lama dia maafkan Yamato...

Yamato beli bunga lagi dan pergi ke tempat kemalangan tu...dia nampak banyak bola hoki kat depan tomb tu, setiap satunya dari setiap member team Blue Scorpions...

lelaki tua tu cakap, walaupun dia memang marah masa tu, tapi bila dia dapat tahu yg Yamato join hoki ais dan lepas tu, tengok kesungguhan dan kerajinan Yamato, hati dia mula jadi lembut...lagipun dah 12 tahun berlalu...lagipun hoki ais sukan yg sangat payah dan kurang popular, susah nak bertahan dalam sukan macam ni...tapi Yamato boleh, dan dia rasa anak dia pun takkan mampu sampai ke tahap tu...diorang sedar tentang tu, tapi tak memaafkan Yamato adalah cara diorang untuk tak melupakan budak tu...lepas tu lelaki tu pandang isteri dia dan cakap, sebagai sorang lelaki tradisional, dia arahkan isteri dia supaya maafkan Yamato...ini adalah satu2nya arahan dari dia...

team Blue Scorpions dah sampai ke gelanggang perlawanan...Makoto nampak Yuri tengah menunggu kat situ...Makoto nak beritahu yg Yamato takkan muncul hari ni, tapi tiba2 je, Yamato sampai dengan teksi...Halu dan Tomo-kun dah nampak Yamato dan diorang senyum before masuk stadium...Yuri cakap, walaupun dia tak dapat buat apa2 untuk Yamato, tapi kalau ada orang cakap buruk pasal Yamato, dia akan balas balik...Yuri cakap dia bagus dalam hal tu, lebih baik dari memasak atau membersihkan rumah...Yamato akhirnya tersenyum...

kat grandstand, Aki dan Chika senyum gembira tengok Yuri, cakap Yuri ni memang perempuan baik...

dalam locker room, Hyoudo beritahu team yg pasukan Green Monsters, juara kejohanan 3 tahun berturut2 akan hadir sama menyaksikan game diorang...dia arahkan team supaya menang dan jangan memalukan diri sendiri depan Green Monsters...

bila semua orang berjalan keluar dari locker room, Halu panggil Yamato...Halu cakap ada 2 orang tetamu istimewa kat grandstand, datang untuk tengok Yamato...Halu ikatkan azimat kat Yamato yg diberi oleh 2 orang tu...

Halu: "Si ibu buat ni untuk anak lelakinya, supaya dia selamat dari tercedera semasa perlawanan hoki...tapi dia tak sempat beri pada anaknya, jadi dia nak berikan pada kau...Supaya kau dapat bermain hoki dengan baik. Satu lagi mereka pesan, mereka dah maafkan kau. Dan mereka pun nak minta maaf pada kau sebab dah lama buat kau menderita."

mata Yamato dah berkaca2 bila dengar kata2 Halu...

Halu dan Yamato join team kat pintu masuk gelanggang...Yamato nampak lelaki tua tu dengan isterinya dan tunduk hormat pada mereka...lelaki tua tu panggil Yamato gorila lemah, dan suruh Yamato buat yg terbaik...bila game dah nak mula, team Green Monsters masuk stadium dan duduk kat grandstand...kapten Green Monsters Reiji Yamamoto nampak bosan...

malam tu, Halu dan Aki berjumpa kat jambatan...

Aki: "Saya ingat awak cakap awak tak tahu apa nak buat."
Halu: "...Takut ada orang akan meleter sampai setahun."
Aki: "Setahun ye?"
Halu: "Harap begitulah...Lagipun saya tak suka uruskan masalah peribadi ahli pasukan."
Aki: "Sebab awak lebih suka berseorangan?"
Halu: "Ya, sebab saya lebih suka berseorangan."
Aki: "Bagusnya..."
Halu: "Saya nak cakap sesuatu...Kalau dari luar, kita ni nampak macam pasangan secocok, kan? Tapi sebenarnya tak..."
Aki: "Sebab ini cuma permainan?"
Halu: "Hmm, sebab ini cuma permainan. Awak sedang tunggu kekasih awak kat sini, dan saya cuma kekasih sementara."
Aki: "Kenapa tiba2 ungkit pasal ni lagi?"
Halu: "Sebab...kalau kita...jadi serius dengan satu sama lain, hubungan kita takkan lancar macam ni. Awak akan rasa bersalah pada dia, kan?"
Aki: "Saya tak tahu, sehinggalah ia berlaku."
Halu: "Saya pun akan risau...risau yg awak asyik memikirkan pasal dia. Jadi hubungan kita takkan lancar."
Aki: "Jadi...macam ni pun dah bagus...Saya tahu. agaknya awak dah mula menaruh hati pada saya tak?...Bergurau je."
Halu: "...Agaknya. Maybe."


bila Halu pandang Aki dan cakap macam tu, Aki alihkan pandangan dia...Aki perasan salji dah mula turun...Aki beri Halu sebungkus coklat untuk Hari valentine...

Aki: "Coklat ni macam hubungan kita...manis."
Halu: "Dan sedikit pahit."


Halu pegang tangan Aki dan tiup wap panas untuk memanaskan Aki...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-3-2005 05:38 PM | Show all posts
Originally posted by jasmine at 9-3-2005 04:58 PM:


Comelnya halu bila buat peace...

[ Last edited by jasmine on 9-3-2005 at 05:02 PM ]


ne, ne!...:ah: totemo kawaii ne! love HALU! :love::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2005 08:40 PM | Show all posts
Originally posted by whitedove at 9-3-2005 10:28 AM:


la ye ke? takde ek part nih...:stp: hampeh 8TV...nanti part first kiss diorang minggu depan pun mesti kena cut...


tulah... geram gila... lepas iklan terus part Halu borak dgn coach dia pastu g umah aki, dan bermulalah dialog depan pintu tu... aku tak taulah apsal scene tu tak ada... samalh macam part Chika suap Tomo-kun tu... dlm vcd ada tak Whitedove?... masa tgk preview utk period 5 masa period 4, scene tu ada dlm period 5... geramlah aku ngan 8tv cam ni... kang aku komplen lagi kang nf:
Reply

Use magic Report

Sue_Adam_Akie This user has been deleted
Post time 10-3-2005 09:11 AM | Show all posts
morning....i'm new here..boleh join sama....
Reply

Use magic Report

Sue_Adam_Akie This user has been deleted
Post time 10-3-2005 09:11 AM | Show all posts
dekat kedai mana seroja dapat harga PRIDE RM 15.90 tu...murahnye...nak beli la...buleh kasi tahu kat kedai mana tak??
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2005 10:34 AM | Show all posts
Originally posted by Sue_Adam_Akie at 10-3-2005 09:11:
dekat kedai mana seroja dapat harga PRIDE RM 15.90 tu...murahnye...nak beli la...buleh kasi tahu kat kedai mana tak??



kat sm, kedai yg dkat eskelator tu(kalau xsilap dkat kedai buku ngan kedai telefon !!!!)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2005 11:28 AM | Show all posts
Originally posted by Sue_Adam_Akie at 10-3-2005 09:11 AM:
morning....i'm new here..boleh join sama....


WELCOME! WELCOME! :pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2005 11:32 AM | Show all posts
Originally posted by aLiN_82 at 9-3-2005 08:40 PM:


tulah... geram gila... lepas iklan terus part Halu borak dgn coach dia pastu g umah aki, dan bermulalah dialog depan pintu tu... aku tak taulah apsal scene tu tak ada... samalh ma ...


seingat aku, part yg Chika suapkan Tomo-kun tu pun takde dalam VCD aku...aku punya boxset kaler putih...:stp: sesiapa yg ada boxset kaler biru keluaran CoCo atau satu lagi syarikat ni (ada 2 boxset kaler biru) buleh tak tolong confirmkan? onegai shimasu! :pray:
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2005 11:54 AM | Show all posts
sabtu nie mesti best kan....  Halu nangis....  tapi...  aku tak dpt tgk sabtu nie....   ada dinner.....  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Sue_Adam_Akie This user has been deleted
Post time 10-3-2005 11:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Sue_Adam_Akie This user has been deleted
Post time 10-3-2005 11:55 AM | Show all posts
tq seroja, ingat blk keje kang nak p carik la...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2005 12:25 PM | Show all posts
Originally posted by Sue_Adam_Akie at 2005-3-10 11:55 AM:
tq seroja, ingat blk keje kang nak p carik la...


carik... sebelum habis... sebab tokei kedai tu kata (hiromi) cerita Pride laku mcm goreng pisang panas... & sumer citer2 yg kuar kat tv.. masa aku pegi mgg lepas citer QOLT kehabisan stok..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2005 12:28 PM | Show all posts

Period 5 screencaps











Credits to http://www.livejournal.com/users/kimuracaps/4903.html#cutid1
more screencaps can be found here...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.054902 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list