CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rinafarha1709

umrah II

 Close [Copy link]
 Author| Post time 12-6-2008 08:56 AM | Show all posts
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 12-6-2008 08:46 AM
aunty rina sedap makan pulut ngan harum manis...
pi perlis kerja makan jer..hehe..cendol fatin corner...nasi itik kt sanglang...on the way to kepala batas pun singgah makan heheh..

siap minum ...

aunty punya fav tu.kalau balik mesti mkn cendol dgn laksa fatin...
mkn pulut tu kat bukit bintang ke??
mmg sedap ...sekarang ni harum manis dah kurang..
dah nak habis musim...
umah aunty near roundbout yg ada tengkolok tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-6-2008 08:58 AM | Show all posts

Reply #788 aziefa's post

rina tunggu akak semlm sampai tertido...
hehehe....tido dgn nyenyaknya......
hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 09:01 AM | Show all posts

Reply #791 lemons's post


lemons



Terima kasih..
Hari ini...feeling blue..he..he...
Malam tadi dapat jumpa Kak Roslah...
Sekejap aje Kak Ros muncul depan Kaabah.
Berkat....cantik gambarnya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 09:04 AM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 11-6-2008 10:46 PM
http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/assalamualaikum.gif

Kak Ros lapangnya  Masjid Nabawi tu...
Wah dah pandai paste gambar...
Kak Ros pastelah gambar yg ada muka Kak ros sekejap aje ut ...


Ibu... hanni pun nk tgk wajah ibu. Gambaar yg arituh hanni x leh bukak la.... .
Mcm yg kak zie ckp, ibu tepek utk beberapa minit, then ibu delete lps kami tgk
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 09:04 AM | Show all posts

Reply #800 rinafarha1709's post

Masya Allah anak ibu yang sorang ni.  kenapa sampai begitu sekali nak? Jaga diri, jaga kesihatan  baik-baik  ye...

Semalam ibu tengok rina marathon dari pagi hingga petang...

Hussain, tolong ibu nasihatkan sikit si rina ni....

hehehehehhe...

[ Last edited by  Rosputih at 12-6-2008 09:07 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 09:06 AM | Show all posts
salam buat warga forum semua.
Sudah sarapan? Bila lihat gambar yang telah di post oleh warga forum disini maka saya pun melihat jugalah gambar2 sewaktu kunjungan saya ke madinah dan juga ke makkah tahun lepas. Ini lah hasilnya.... gambar anak anak saya yang turut serta. Anak yang sulung tidak dapat pergi bersama kerana bersekolah asrama. Bawa budak budak ni sungguh menceriakan suasana.. pelbagai pertanyaan yang perlu kita jawab. Anak saya semua lelaki.. mungkin belum ada lagi rezeki untuk mendapat anak perempuan.. umur pun dah 40an... buat baik dgn menantu je la saya nanti


ni lah dia budak budak......... kat mana mana tetap bermain sesama dan ada ketikanya juga bergaduh.


Sudah berpakaian ihram.... mereka berdua punya list doa yang panjang untuk berdoa di masjid nabawi dan juga di masjidil haram. Masih saya simpan lagi list doa mereka dan insyallah bila mereka besar saya akan tunjukkan semula.
di antara doa mereka.... nak jagi orang yang alim..... nak jagi pandai... nak jadi kuat .... abah berhenti hisap rokok ... nak PS3 ... mak tok baik sakit lutut dan banyak lah. mereka siap tulis dalam buku kecil lagi. kalau orang yang pesan siap ada tulis siapa yang suruh doa. Begitu lah budak budak... mereka sungguh ikhlas.


ni adik.....  masa kejar burung merpati. Ada yang kata kita tak boleh menakut nakutkan burung merpati di tanah haram takut nanti burung tersebut ketakutan dan bertempiaran lalu terlanggar kereta dsb kerana perbuatan  itu menjurus kepada kematian burung tersebut. Sejauh mana kesahihannya adalah teramat saya kurang pasti. Bagi sesiapa yang arif mohon diberikan penjelasan.

[ Last edited by  bayangan_rindu at 12-6-2008 09:12 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2008 09:12 AM | Show all posts
Originally posted by rinafarha1709 at 12-6-2008 08:56 AM

aunty punya fav tu.kalau balik mesti mkn cendol dgn laksa fatin...
mkn pulut tu kat bukit bintang ke??
mmg sedap ...sekarang ni harum manis dah kurang..
dah nak habis musim...
umah aunty ne ...


Ya Allah, dr tadi hanni dok terpikir Fatin mana la yg rin dan sain dok sebut2 tu . Laksa ikan patin ke??? Atau mmg tukang masaknya nama Fatin???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2008 09:12 AM | Show all posts
Originally posted by Hanni at 12-6-2008 08:41 AM


assalamualaikumm.

kak zie, ari ni avatar bunga biru plak ye? Cantiknya.. bunga warna apa pun cantik
Alhamdulillah hanni dh jumpa handout pasal tempat2 mustajab berdoa tu. Ins ...


kenapa rina tak nmpk bunga apa2 pun kat semua avatar hanni???
hanni tahu tak nk buat mcmna bg nmpk?rina pun dtg awal sbb nk berforum..kita serupa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2008 09:15 AM | Show all posts

Reply #803 aziefa's post

wah..bestnya kak zie...dpt bertemu kak ros...depan kaabah lagi!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2008 09:15 AM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 12-6-2008 09:04 AM
Masya Allah anak ibu yang sorang ni.  kenapa sampai begitu sekali nak? Jaga diri, jaga kesihatan  baik-baik  ye...

Semalam ibu tengok rina marathon dari pagi hingga petang...

Hussain, tolon ...

kelm mmg marathon ibu..arini mesti tak leh marathon dah....
sbb satgi dah kena kerja luar..
ibu rinapun nk tgk rupa ibu,rupa kak aziefa...
rupa hanni,rupa lemon..mas...
hehe.......dan hussain...ustaz pun...
yg tanpa diserkup segiempat hitam........
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 09:17 AM | Show all posts

Reply #794 Hanni's post

Honey..



Terima kasih....
Dah jumpa ke hangout nak dineri..
Cepatlah letak kat thread utk kita semua..
Tempah pemanah Perang Uhud tu ialah Bukit Uhud..
Jabal Rahmah di Padang Arafah...tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa di bumi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 09:17 AM | Show all posts

Reply #806 bayangan_rindu's post

Kak bay (nama manja utk kak bayangan rindu.. panjang sgt ni,  jenuh hanni nk tapi )

Hanni tak xleh nampak la gambar2 akak ni. Dia kluar X (pangkah) bukan main besar lagi.

Kelakarlah hanni baca pasal anak2 akak catit doa tuh. Moga doa2 mereka dikabulkan. Doa PS3 mak abahnya dh makbulkan ke??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2008 09:19 AM | Show all posts

Reply #807 Hanni's post

kat perlis ada satu kedai mkn..nama fatin corner
famous laksa dan cendol.....
laksa dia kuah pekat,mmg famous..
kalau balik perlis..mesti order melalui fon
pastu mereka akan hantar kat rumah..
mereka ada khidmat hantar free ke rumah2..
tu yg best tu......
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 09:19 AM | Show all posts

Reply #808 rinafarha1709's post

rin.. avatar kak zie yg bunga tuh, bukan avatar hanni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2008 09:20 AM | Show all posts

Reply #812 Hanni's post

hahahha.hanni...adoila...
sekali lagi ni nak ketawa....
tapi sedap lak nama kak bay........
nak panggil jugak
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 09:21 AM | Show all posts

Reply #812 Hanni's post

oh ye ke... akak BR pakai photobucket. nama bayangan_rindu tu sebenarnya masa nak sign in akak nak taruk rindu_bayangan.. tapi ada orang guna dah ..maka diterbalikkan jadi la macam tu. Dulu akak johan nanyi masa form 2. lagu rindu bayangan tu la. lucu kan bila ingat pengalaman masa kecik.. bukannya menang tilawah menbaca Al Quran... Malu.... malu sungguh. now.. cuma jerit kat anak anak je.

[ Last edited by  bayangan_rindu at 12-6-2008 09:23 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2008 09:23 AM | Show all posts

Reply #811 aziefa's post

Thanks kak zie 4 the clarification.  Hanni dh start confius dah.. ingtkan ada Jabal Rummah yg lain kat Madinah, mungkin yg Mas maksudkan tu Jabal Rahmah kat Mekah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 09:29 AM | Show all posts
Originally posted by rinafarha1709 at 12-6-2008 09:19 AM
kat perlis ada satu kedai mkn..nama fatin corner
famous laksa dan cendol.....
laksa dia kuah pekat,mmg famous..
kalau balik perlis..mesti order melalui fon
pastu mereka akan hantar kat rumah. ...


off topic jap..

Ooo rupanya mmg nama kedai la fatin ni. Hanni x tau pun slama ni. Seumor hidup baru 2 kali pegi perlis
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 09:31 AM | Show all posts

Reply #806 bayangan_rindu's post

Bila menatap gambar yang dipaparkan oleh bayangan rindu, hati tersentuh teringat semasa membawa 3 orang anak lelaki yang berumur antara 5 - 11 tahun dahulu.  Beginilah mereka, bermain-main dengan jubah dan spek hitam  bulatnya di tempat yang ada banyak burong merpati tu.   Mereka berlari-lari bermain di dalam Masjidil Haram dan bermain-main dalam  hujan di dataran kaabah yang kebetulan suatu hari ada hujan turun.

Memang seronok dan puas melihat mereka kecil-kecil lagi dah merasa berpakaian ihram. Kain-kain ihram mereka masih elok tersimpan, dan Insya Allah sekiranya dikurniakan Allah cucu lelaki, kelak ia akan mewarisinya.

Sekarang anak-anak kakak telah menjadi orang bujang.  Dalam hati masih ada tersimpan hasrat kalau diizinkan Allah swt dan dimurahkan rezeki, ingin kembali semula ke Makkah bersama  keempat-empat anak dan cucu-cucu i untuk mengulangi semula kenangan kami yang telah berlalu kira-kira 13 tahun lalu.  

Bila ditanya kepada anak-anak, mereka masih mengingati lagi kenangan ketika berada di tanah suci dahulu.  Manakala yang bungsu ketika itu berusia 5 tahun masih boleh mengingati lagi kenangannya tidur di Raudhah sementaa menunggu masuk waktu solat dan ada orang-orang arab yang mengusik-usik dan ingin bermain dengannya di situ.

Gambar-gambar kenangan itu masih tersimpan di dalam album keluarga.  Tidak secanggih teknologi sekarang yangmana gambar-gambar yang dirakam boleh  dikongsi secara maya.

Gambar-gambar seperti ini amat bermakna dqn berharga kerana apabila mereka dewasa kelak,  mereka boleh melihat dan menggamit kenangan di masa lalu mereka.

Kepada ibubapa yang berkemampuan, selain membawa anak-anak melancong ke serata pelusuk dunia, jangan lupa membawa bersama anak-anak  ke tanah suci kerana kita akan dapat merasakan satu kepuasan yang tak dapat dilafazkan dengan kata-kata.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 09:31 AM | Show all posts

Reply #806 bayangan_rindu's post

Ya...Allah...
Seronokny tengok anak anak bay...
Cerianya..
Tak pelah...Alhamdulilah ada juga anak kan..
Insyallah doa pada Allah agar dikurniakan cahayamata perempuan.
Kawan kita tu anak nya 4 perempuan...
Bila umur dia 40 tahun dia pi Mekah..n berdoa kat sana..
Balik balik mengandung...tengok tengok lahir anak lelaki...
Punyalah seronoknya...
Now dia kata dah boleh tutup kilang..43 tahun umurnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.204998 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list