|
JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)
[Copy link]
|
|
bagus gak halu jadi ketua dorang... Setiap masalah ahli sumer dia yg tahu.... Hari tu yg pengecut nak main tu... Pastu Tomo.... pastu Yamato... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by munna at 4-3-2005 01:41 PM:
munna beli temerloh, pahang. tapi kat sini harga dia mahal sikit dari kat kl.... munna beli dlm RM28.00.....area kl mungkin dapat below RM 25.00
thank's munna.. nak kene pi beli nih |
|
|
|
|
|
|
|
romantiknya.....tengah seronok bercinta salji pun turun...... kalau kat malaysia apa yang turun agaknya..........
episod seterusnya part yg halu menangis tu rasanya nak je munna yg gantikan aki...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by munna at 7-3-2005 12:36 PM:
romantiknya.....tengah seronok bercinta salji pun turun...... kalau kat malaysia apa yang turun agaknya..........
episod seterusnya part yg halu menangis tu rasanya nak je munna yg gantikan aki. ...
sori aa korang...episode summary untuk hari ni lambat sikit, aku buat yg refer kat VCD sebab tak sempat tengok semalam & kelmarin...
akan aku usahakan episod 4 hari ni jugak...mata ne! |
|
|
|
|
|
|
|
kat sm skrg, citeni hagenye RM15.90. |
|
|
|
|
|
|
|
Utk Period 4 & 5
Adegan yg paling aku suka
- Masa Yamato tuduh Halu nak dpt kerja kat syarikat ayah Tomo-kun bila Halu nak pergi tolong Tomo-kun selesaikan kes dgn budak sekolah tu. Siap si Tomo-kun kata,"Tak apa Halu, nnt saya beri awak jawatan pengurus." Terus Halu dan Tomo-kun gelak dan buat muka melompong tu... hahahaha
- Setiap kali Halu dan Tomo-kun buat muka terkejut sambil melopong... huhuhu.. especially masa dia org usik Aki dlm kereta.. masa tu dia org bertiga gi nak buat 'serangan balik' kat bebudak sekolah tu... :bgrin:
- Masa Tomo-kun cuba nak tenangkan Halu yg tgh marah kat Yamato. Tomo-kun kata,"Halu..bertenang..Peace!?" Halu paksa diri senyum nampak gigi dan dgn geram sebut,"EACE!!"
- Masa Aki membebel pasal Halu mungkin bercadang nak kerja kat syarikat Tomo-kun. Halu kata,"Nampaknya Yamato mengadu pd mama lagi." Hehe... mcm anak beranak je.
- Masa Halu hentak dahi pelajar lelaki yg tampar Aki... huhuhu...
- Masa Halu beritau Yamato pasal org tua budak yg Yamato langgar dulu dah maafkan dia. Aku terpaksa pandang tempat lain time ni sbb tak nak benarkan air mata aku jatuh. Malu ah nangis khalayak ramai. Bukan aku sorang je tgk citer ni.
- Masa Aki jerit nama Halu ketika Halu tgh genggam tanda C pd bahunya... hihihi.. comeinya Halu senyum time ni :love:
Adegan yg aku rindu sgt
- Halu 'shoot' Aki dr gelanggang.
Adegan yg aku rasa tak ada masa Period 5
- Part si Chika suap Tomo-kun... si Halu harap Aki akan layan dia mcm tu jugak, tp Aki tak buat... AKU NAK TGK YG NI SEBENARNYA...APSAL KENA POTONG?!!!! BUKAN PUN ADA 18SX/PL KE APA?!!!! EEEEE.. GERAMNYAAAA!!!!nf:
[ Last edited by aLiN_82 on 7-3-2005 at 08:26 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
cayalah alin...bravo..bravo....
tu arr..pasal napa diorg tak siar part paling ditunggu2 tu ha...pelik tul.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tulah pasal... aku menanti2 part tu... dah lah Period 5 tu serius sgt... kesian aku dan penonton Pride yg lain... sampai hati 8tv buat kita mcm ni :cry: |
|
|
|
|
|
|
|
betul..betul..tu...
apa daa...8tv ni...tak patut tau...kesian kat kita semua yg tunggu part tu..hampeh ja...
ni kena ngadu nih...
Halu dah jatuh cintan kat Aki..sweet nya... |
|
|
|
|
|
|
|
ermm
Aku rasa Halu tak nak Aki jd mcm Yoko. Yoko kan dulu couple ngan Coach baru Blue Scorpion, tp bila Coach baru tu g Amerika dan hilang berita, Yoko couple ngan Anzai.. disebabkan tu Yoko jd bersalah terhadap Coach baru tu.. kiranya Halu tak nak peristiwa Anzai, Yoko dan Coach Baru tu terjadi kat dia dgn Aki :hmm:
Sweetlah masa Halu hangatkan tangan Aki :love:... hihihi... dan masa Aki bagi coklat kat Halu... |
|
|
|
|
|
|
|
a'a...
a'a..rasanya gitulah....dia taknak Aki...merana...
a'a...mmg sweet sgt masa HALU pegang tangan AKI...ishk...sebak tul tgk part ni...syahdu...
lagi satu masa HALU kata AKI ni perempuan suci tradisional...cewah....mm...sweet sgt... |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhuhu
Lupa satu lagi scene yg aku suka gila
- Masa si Tomo-kun kata ada perempuan cantik berpakaian putih kat tmpt penonton. Halu, Tomo-kun dan Yamato borak pasal pompuan tu, kata pompuan tu jenis setia, perempuan tradisional. Aku ingat sapalah, rupanya si Aki. Aki pandang dia org dgn rasa hairan. Yelah, dah lah time tu dia org borak sambil tgk dia. Pastu si Tomo-kun kata,"Saya cemburu dgn pemuda yg bersama perempuan tu." Si Yamato lak kata,"Jd, Halu-san, perempuan mcm tu tak baik dibiarkan terlepas." Halu senyum je. :bgrin:
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aLiN_82 at 7-3-2005 09:42 PM:
Lupa satu lagi scene yg aku suka gila
- Masa si Tomo-kun kata ada perempuan cantik berpakaian putih kat tmpt penonton. Halu, Tomo-kun dan Yamato borak pasa ...
:ah::ah::clap::clap::clap::clap:a'a...betul tu....manis tul senyuman HALU....
pastu AKI lak..tak tahu mende....blur je muka dia..tp sweet... |
|
|
|
|
|
|
|
selain dari takako matsu.....munna rasa yuko takeuchi ni memang serasi berlakon degn takuya...ada chemistry...... |
|
|
|
|
|
|
|
PRIDE - Period 4 (5/3/2005)
Halu (Takuya Kimura) dan yg lain2 baru je lepas habis practice...Saeko (Saori Takizawa) bawak video interview TV Halu (yg dibuat kat bar Face Off) dan tunjukkan kat team...Halu jadi malu...kat office syarikat pulak, Chika (Megumi) tengah tunjukkan video yg sama pada Aki (Yuko Takeuchi)...Aki jadi geram sebab muka dia pun ada dalam video tu dan try nak erase...
masa team Blue Scorpions tinggalkan gelanggang, diorang bergurau dengan Halu, cakap banyak lagi perempuan yg akan cuba dekati Halu sebaik saja program TV tu disiarkan...tiba2, ada 3 orang perempuan 'approach' team, diorang cari 'Satonaka'...bila je Halu angkat tangan dia, salah sorang dari perempuan tu tampar Halu...
kat Face Off, the girls tuduh Halu buatkan kawan diorang pregnant dan tak nak jawab panggilan telefon...the girls decide nak ambik tindakan sendiri...perempuan yg pregnant tu pun akan datang ke bar tu...Halu nafikan yg dia kenal perempuan tu atau buatkan sesapa pregnant...Aki, Chika dan Yuri (Noriko Nakagoshi) sampai dan terkejut dengar tuduhan tu, tapi tak berapa lama, Aki cuba nak defend Halu...lepas tu salah sorang dari girls tu sebut nama 'Satonaka Fuyuki'...sahlah ni kes tersilap orang...perempuan yg pregnant tu sampai dan tunjukkan Tomo-kun (Somegoro Ichikawa) sebagai orang yg bertanggungjawab...Tomo-kun gunakan nama Halu untuk mengurat perempuan kat satu party...Chika tampar Tomo-kun dan panggil dia 'bodoh', lepas tu Chika lari keluar dari bar...Aki dan Yuri kejar Chika, Halu dan Yamato (Kenji Sakaguchi) pulak kejar diorang...tinggallah Tomo-kun sorang2 berdepan dengan girls tu semua...
Halu drive Aki balik...Halu berterima kasih kat Aki sebab defend dia...Aki beritahu Halu yg dia fikir kalau Halu jenis lelaki yg macam tu, mesti Halu dah tidur dengan dia...tapi Halu cakap dia tak buat macam tu sebab Aki seorang yg istimewa...Halu cakap hati Aki suci, macam daun merah musim luruh (aki/autumn) yg jatuh satu demi satu, dan bila tengok pun dah boleh rasa gembira...Aki cakap dia suka bila diberitahu benda2 macam tu even if benda tu cuma gurauan...kat luar rumah Aki, Halu tanya Aki sama ada Aki still pergi ke jambatan perpisahan tu, Aki jawab ya...diorang cakap 'good night' kat masing2...Halu tunggu sampai dia nampak cahaya dalam rumah Aki, lepas tu dia cakap, "Ini cuma satu permainan"... kat dalam rumah Aki pulak, Aki tengok gambar foto boyfriend dia dan cakap, "Ini cuma satu permainan."
esoknya lepas latihan, Tomo-kun mintak Halu ikut dia...Tomo-kun dan perempuan tu dah ada perjanjian yg perempuan tu akan gugurkan kandungan, jadi Tomo-kun akan bayar 'pampasan'...Yamato tak suka bila dia dapat tau yg Tomo-kun nak selesaikannya dengan duit...dia tak faham kenapa Halu mesti ikut Tomo-kun buat hal macam tu, bila sebelum ni, Halu tak nak pun defend Makoto (Ryuta Sato)...
Yamato: "Tomo-kun yg datangkan masalah ni pada diri sendiri. Ini tak ada kena-mengena pun dengan hoki ais!"
Halu: "Kenapa aku mesti beritahu kau hal aku?!"
Tomo-kun: "Tak apalah, tak apa. Aku boleh pergi sendiri. Yamato, minta maaf."
Yamato: "Tak, tak...kau cuma nak membodek Tomo-kun sebab bila kau dah bersara dari hoki ais, kau boleh kerja kat syarikat ayah Tomo."
Halu dan Tomo-kun bergurau pasal ni, tapi tak lama lepas tu, Halu jadi marah kat Yamato...dia cakap Yamato cuma nak lepaskan geram kat Halu sebab Yamato sendiri berbohong pada Yuri...
Halu: "Aku rasa kau pun tak suka...Mesti kau fikir kalau kau dilahirkan kaya, kau tak payahlah pinjam kereta Tomo-kun."
Yamato: "Aku tak pernah pun cakap macam tu!"
Halu: "Kamu tak beritahu tapi dah tercatat kat muka kau, gorila!"
Yamato suruh Makoto ambik cermin, lepas tu Halu suruh Makoto ambik pen supaya dia boleh tulis kat atas muka Yamato...Tomo-kun cuba nak tenangkan semua orang...Halu keluar dari locker room dan jerit untuk lepaskan geram dia, while Tomo-kun cuba tenangkan Halu dan buat 'peace sign' kat Halu...
Tomo-kun bawak Halu ke sebuah disko yg dah ditempah untuk satu party oleh budak2 universiti...tempat tu penuh dengan budak2 muda yg sedang menari...Tomo-kun jumpa dengan perempuan yg pregnant tu dan ambik wallet dia...
esoknya, Yamato tengah polish kereta yg dia baru sewa kat luar rumah dia...dia dah beritahu Aki apa yg dah jadi...Aki sokong pandangan Yamato dan rasa Halu teruk sebab dah fikirkan hidup lepas bersara dari hoki ais...Yamato pulak jadi tak selesa sebab semua atlet pro pun mesti akan fikir pasal ni, termasuklah dia...tiba2 Tomo-kun datang nak pinjamkan Yamato kereta dia...Yamato tak nak tapi Tomo-kun insist jugak...
Tomo-kun: "Biar aku yg guna kereta yg kau sewa, sebab aku dah beritahu Chi-chan (Chika) yg aku ni budak miskin."
Yamato: "Kenapa kau menipu macam tu?"
Tomo-kun: "Untuk mendapatkan cinta sejati...Kelakar, kan?...Orang2 kaya tak selalunya gembira, kau tahu tak tu? Sekarang, naik jelah kereta ni!"
masa Tomo-kun cakap ni, dia tinggikan suara dia macam marah dan tolak Yamato masuk dalam kereta...bila Yamato dah pergi, Tomo-kun pandang Aki yg tengah marah...Tomo-kun terdengar bunyi perut Aki yg tengah lapar dan 'offer' nak belanja Aki makan...
hari yg sama, Halu kat locker room dengan Yoko (Yuriko Ishida) dan Wataru...Halu sedang nak latih hoki dengan Wataru...Halu bagi duit kat Yoko tapi Yoko tak nak...Yoko cakap dia dah dapat cari kerja dengan bantuan coach Hyoudo (Koichi Sato)...Hyoudo masuk locker room masa tu dan suruh Halu berhenti dari kongkong Yoko...
Hyoudo: "Buat semua ni, itu cuma berniat nak memiliki perempuan ni."
Halu: "Berniat? Jadi kau tu selalu pergi jumpa Yoko pun sama jugak?"
Hyoudo: "Jangan ambil ringan pasal cinta. Pernah ke kau betul2 cintakan seseorang?"
Halu: "..."
Yoko mintak diorang berhenti bergaduh...Halu bawak Wataru keluar, dan masa tu, Yoko tanya Hyoudo balik sama ada Hyoudo pernah cintakan seseorang atau tak...
Tomo-kun dah sampai kat disko...
Yamato bawak Yuri ke tepi pantai...Yuri sukakan keadaan tu, pemandangan malam, tengok matahari jatuh kat tepi pantai, semua tempat 'dating' yg romantik...Yamato tanya sama ada Yuri tak suka kejutan...Yuri cakap kejutan bagus juga, tapi dia lebih suka dilindungi...dia paling tak suka ditipu dan orang simpan rahsia dari dia...Yamato akhirnya beritahu perkara sebenar, dan dia jadi gembira bila Yuri cakap yg Yuri sukakan dia sekarang dan tak pentingkan pasal duit lagi...tapi tiba2 je Yuri ketawa...Yuri actually fikir yg Yamato cuma bergurau, jadi dia pun bergurau jugak dengan Yamato...bila tengok reaksi Yuri macam tu, Yamato pun cakap dia sedang bergurau...
kat disko, budak2 tu pukul Tomo-kun sebab dia dah tak nak bagi duit kat diorang...masa budak2 tu tumbuk dan sepak dia, Tomo-kun asyik tersenyum dan cakap yg orang2 kaya memang kedekut kalau pasal tuntutan yg tak munasabah, dan budak2 tu takkan dapat duit lagi dari dia...
malam tu Halu datang jumpa Aki kat rumah tapi Aki tak nak bagi dia masuk...
Halu: "Tak ada orang di rumah ke?"
Aki: "Sila beritahu kata laluan."
Halu: "Erm, maybe...maaf, dah salah. Aki yg comel..."
Aki: "Dah salah..."
Halu: "Saya tak tahu."
Aki: "Jadi tak bolehlah buka pintu."
Aki marah dia sebab dah buat perancangan selepas bersara...diorang bertekak kat tengah2 pintu rumah Aki...
Halu: "Saya sukakan sikap awak yg macam tu, keadilan yg kuat macam kanvas putih yg suci, tapi awak seharusnya berhati2 cat apa yg awak nak guna ke atas kanvas tu, jangan guna cat yg murah."
Aki: "Apa ni?"
Halu: "Dah jadi bangga kan?"
Aki: "Awak ni orang dewasa ke?"
Halu: "Ya ya...saya ni Tuan Halu (musim bunga)."
Aki: "Saya ni Tuan Aki (musim luruh)."
Halu: "Jadi, musim bunga dengan musim luruh, mana yg lebih mulia?"
Aki: "Musim luruh musim menuai, jadi mengurangkan kelaparan."
Halu: "Tapi kalau tak ada musim bunga (halu), mana ada musim luruh (aki)?"
Aki: "Erm, itu...itu..."
Halu: "Aki lebih mulia...Macam perjanjian jambatan tu, awak mesti pernah cinta pada dia."
Aki: "Ya, tapi jangan ungkit kisah silam."
Halu: "Saya tak faham apa itu cinta. Jadi, Aki lah yg lebih mulia."
[ Last edited by whitedove on 8-3-2005 at 05:50 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan Period 4...
Halu: "Tomo-kun...saya tak fikir dia akan ambil alih syarikat ayah dia sebab...dia pernah dipanggil 'anak luar nikah'. Ayah dia pun tak mengaku dia anak yg sah. Dia dapat tau masa dia masih kecil, jadi dia jadi anak liar, ikut geng motosikal...Lepas tu dia masuk team ni sewaktu dengan saya. Masa tu, kami selalu bergaduh, tapi entah macam mana, bertumbuk dan bertekak boleh buatkan seseorang lebih memahami. Ini dipanggil perjalanan dalam berkawan. Mak dia bukannya simpan dia sebab sayang, awak tahu tak? Mak dia cuma tak nak ditinggalkan oleh ayah dia. Mereka beri dia macam-macam, duit poket pun banyak, sebab mereka rasa bersalah...tapi itu bukannya apa yg dia nak, jadi dia 'buang' duit tu merata2. Lepas tu dia jadi letih, dan akhirnya sedar yg tanpa duit, orang pun takkan ambil berat pasal dia."
kat atas bumbung, Tomo-kun yg berseorangan keluarkan sampul surat yg penuh dengan duit dari poket dia...
Halu: "Lepas tu dia 'jumpa' hoki ais. Perasaan sunyi dan ditinggalkan hilang kat atas gelanggang. Dia seorang pemain yg sebenar. Saya sukakan orang macam dia, orang yg pernah menderita tapi tidak lari. Orang yg berani menghadapi diri sendiri."
Aki akhirnya bukak pintu untuk Halu...Tomo-kun pulak buang duit tu semua dari atas bumbung...
malam tu, Makoto try nak keluarkan Tomo-kun dari dalam bilik air kat Face Off...Halu pergi bilik air dan dapat tau yg Tomo-kun dah berkurung kat dalam selama sejam...Halu tendang pintu bilik air nak masuk...Tomo-kun ada kat dalam, muka dia penuh lebam dan luka...Halu angkat baju dia dan nampak badan Tomo-kun pun penuh lebam...Makoto nak try panggil ambulans tapi Tomo-kun halang...bila Halu tanya, Tomo-kun mengaku yg budak2 universiti tu yg pukul dia sebab nak duit...Tomo-kun cakap dia tak nak susahkan team, jadi dia fikir nak berhenti...
Halu: "Jangan jadi bodoh!"
Tomo-kun: "Aku dah lama bertahan, Halu...sebagai ahli pasukan ni, aku dah tak boleh tahan."
Halu tolong Tomo-kun bangun...Halu beritahu Makoto yg dia dan Tomo-kun nak keluar kejap tapi Makoto protes...Makoto cakap Halu tak payah pergi sekali sebab Tomo-kun sendiri yg datangkan masalah dan semua ni takde kaitan dengan hoki ais...tapi Halu cuma pandang Makoto dan cakap yg diorang adalah kawan...
Aki ikut Halu dan Tomo-kun, Makoto pulak telefon Yamato...
Aki masuk kereta Halu...Halu suruh Aki balik tapi Aki tak nak...Aki cakap maybe nanti diorang perlukan saksi...Tomo-kun kagum dengan keberanian Aki...Halu dan Tomo-kun asyik buat lawak, jadi Aki tanya macam mana diorang boleh berkawan sedangkan dulu diorang pernah gaduh besar...
Tomo-kun: "Kau beritahu dia? Pasal kau pukul aku?...Kitorang join team tu pada masa yg sama jadi kitorang tak suka satu sama lain...kitorang gaduh kat locker room satu kali ni tapi Halu sangat kuat dan saya tak boleh nak buat apa2..."
Halu: "Tapi yg paling menakutkan, tak kira berapa banyak kali saya pukul dia, dia mesti akan bangun balik."
Tomo-kun: "Itu sebab maruah...sebab tak pernah ada orang yg tewaskan saya. Budak2 motor pun tak pernah..."
Halu: "Mesti awak tak sangka kan kalau tengok dia sekarang ni. Tapi budak ni memang menakutkan, dia ikut je mana2 pergaduhan..."
bila dah sampai disko, Halu beritahu Aki yg dia akan ikut sama supaya tak ada apa yg akan berlaku pada team...Tomo-kun cakap dia dah dewasa, kalau dipukul pemabuk pun dia boleh bertahan...Halu buat muka dan cakap kat Tomo-kun, kalau dia boleh terus kawal diri takpelah, tapi bila tiba2 je dia nak berhenti dari team, mesti ada benda yg tak kena...Aki cakap dia rasa elok pulak, sebab ada benda yg kolot pada diri Halu dan Tomo-kun, macam orang zaman dulu...Aki dan Halu tolong Tomo-kun jalan masuk ke dalam disko...
kat Face Off, team members dah mula risau dan berbincang apa yg mungkin akan jadi...sekarang ni kapten diorang pun dah libatkan diri dengan Tomo-kun, perkara ni mungkin akan betul2 jejaskan team secara keseluruhan...Makoto terfikir betul ke Halu akan join syarikat ayah Tomo-kun...Yamato suruh Makoto jangan mengarut...tiba2 je Yamato bercakap kat yg lain2...dia tanya apa pandangan team members pada Tomo-kun...selama ni mesti diorang cemburukan Tomo-kun yg tak payah risau pasal hidup lepas bersara...diorang pernah fikir yg Tomo-kun cuma main2 je dengan hoki ais sebab boleh nampak hebat...tapi mungkin itu bukan pandangan Halu pada Tomo-kun...kalau dia pun rasa Tomo-kun jenis yg main2, mesti Halu dah kenakan Tomo-kun dengan teruk...jadi kenapa Halu sokong Tomo-kun? kalau pasal nak nampak hebat, tak payahlah Tomo-kun join hoki ais yg banyak tekanan dan keganasan...team members sepatutnya lebih tau dari orang lain yg hoki ais bukan jenis sukan yg 'lembut'...mana boleh nak nampak bergaya main hoki ais...Makoto sedar yg Tomo-kun tahu macam mana orang lain pandang dia...Yamato marahkan diri sendiri sebab fikir yg duit adalah punca segala2nya sedangkan dia sepatutnya lebih tahu...
kat disko, budak2 tu tengah berdepan dengan Halu, Tomo-kun dan Aki...Halu cakap budak2 ni buat dia nak gelak sebab bergantung dengan perempuan untuk dapatkan untung wang...budak2 tu suruh Tomo-kun bayar tapi Tomo-kun offer nak kawin dengan perempuan pregnant tu...bila perempuan tu cakap dia belum nak kawin, Halu suruh dia jangan mintak duit yg banyak sebab mesti perempuan tu pun dah berseronok...perempuan tu cakap hati dia dah terluka tapi Halu cakap perempuan yg ikut je lelaki pertama yg dia jumpa masa parti takde hak nak cakappasal perasaan terluka...Aki setuju dan suggest kat perempuan tu supaya ikut dia pergi hospital buat check up, perempuan tu gelak je...diorang akhirnya sedar yg perempuan tu tak pregnant pun...Halu tak sempat halang Aki daripada tampar perempuan tu...Aki cakap itu penipuan yg paling teruk boleh dilakukan oleh sorang perempuan dan cakap diorang tu semua buat dia nak muntah...Aki dah macam nak menangis bila dia cakap yg perempuan sepatutnya cari lelaki impian mereka dan percaya pada takdir...Aki tak kisah dipanggil perempuan kolot...Tomo-kun suggests diorang pergi je dari situ tapi salah sorang budak laki kat situ tolak Aki dan buat Aki jatuh...Halu tolong Aki bangun, tapi bila Halu nampak je muka Aki yg sakit dan mula menangis, Halu tiba2 je naik marah...dia tunjuk kat budak laki yg tolak Aki tadi...
Halu: " Kau! Kau yg pukul perempuan tadi, kan?!"
Tomo-kun: "Halu, jangan Halu! Peace, peace, OK?"
Halu: "...Berambus kamu semua!"
budak tu provoke Halu bila dia tap pipi Halu...Halu menyeringai dan dan suruh budak2 tu berambus dari negara tu...Halu crack dahi dia dengan dahi budak tu menyebabkan dia jatuh...ketua kat situ cakap diorang ada 200 orang semuanya...bila budak2 tu mula kerumun diorang, Tomo-kun dan Halu tenang je menganalisa situasi tu...masa tu pintu disko terbuka dan team Blue Scorpions pun masuk...Yamato dan Makoto tunduk mintak maaf...Halu bagi arahan dan diorang mula menyerang...
Yoko pulak tengah bercakap dengan Hyoudo kat dalam telefon...Yoko cakap yg Hyoudo memang orang yg tabah, tapi orang macam dia lemah...Anzai pun lemah, dan agaknya Halu pun lemah...Yoko tanya sama ada orang2 yg lemah tak dibenarkan bercakap pasal cinta...org2 yg tabah pulak boleh hidup tanpa cinta...Yoko tanya kalau Hyoudo tak suka sebab Yoko tak tunggu dia, kenapa tak cakap je...tapi Hyoudo jawab yg dia tak pernah rasa macam tu, dan memang salah dia yg sebabkan Yoko menunggu...
kat locker room esok paginya, semua orang dalam team penuh dengan plaster dan lebam2...Saeko tanya kenapa tapi Yamato cuma cakap yg diorang buat practise senyap2...Saeko mintak Hyoudo cakap something kat team, tapi dia terkejut bila Hyoudo cuma cakap kat Halu yg dia pun tak pernah serius dalam cinta...Saeko risau sama ada team boleh menang dalam keadaan macam tu, tapi Halu cakap tentulah diorang boleh menang...
before 'game' hari tu, Tomo-kun nampak Aki dan cakap kat Yamato dan Halu...
Tomo-kun: "Ada sorang gadis yg cantik berpakaian putih kat grandstand."
Halu: "...Aku rasa dia mesti jenis yg susah dapat, jenis yg setia..."
Tomo-kun: "Mungkin jenis yg sedang mencari lelaki impian dia."
Yamato: "Nampaknya dia dah ada calon yg disukai."
Tomo-kun: "Aku sangat cemburukan orang tu."
Yamato: "(to Halu) Putus macam ni, kau mesti akan kesal nanti. Baik kau jangan lepaskan."
Halu pergi ke tengah gelanggang dan pegang C emblem kat baju dia macam biasa, Aki pun buat benda yg sama...bila Aki panggil nama Halu, Halu bukak mata dia dan move in position sambil tersenyum comel... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by munna at 8-3-2005 01:29 PM:
selain dari takako matsu.....munna rasa yuko takeuchi ni memang serasi berlakon degn takuya...ada chemistry......
:ah: ha'ah setuju...but then, Takuya always has good chemistry with his female co-stars, but the greatest should be when he's acting alongside Takako or Yuko...
and then, lagi female leads Takuya yg kite rasa ada enormous chemistry dengan Takuya semestinya Eri Fukatsu (female lead dalam Sorakara Furu Ichioku no Hoshi, dan 2 dorama lain bersama Takuya), dan jugak Anju Suzuki (female lead dalam Wakamono no Subete)....in fact, before Love Generation, I've always thought that Takuya & Anju have the best chemistry! :bgrin: and then sorang lagi, my most favourite Japanese actress of all time, semestinya Tomoko Yamaguchi (Minami in Long Vacation)! who can forget Sena & Minami, one of the best onscreen couples in J-TV? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by whitedove
.....esoknya, Yamato tengah polish kereta yg dia baru sewa kat luar rumah dia...dia dah beritahu Aki apa yg dah jadi...Aki sokong pandangan Yamato dan rasa Halu teruk sebab dah fikirkan hidup lepas bersara dari hoki ais...Yamato pulak jadi tak selesa sebab semua atlet pro pun mesti akan fikir pasal ni, termasuklah dia...tiba2 Tomo-kun datang nak pinjamkan Yamato kereta dia...Yamato tak nak tapi Tomo-kun insist jugak...
Tomo-kun: "Biar aku yg guna kereta yg kau sewa, sebab aku dah beritahu Chi-chan (Chika) yg aku ni budak miskin."
Yamato: "Kenapa kau menipu macam tu?"
Tomo-kun: "Untuk mendapatkan cinta sejati...Kelakar, kan?...Orang2 kaya tak selalunya gembira, kau tahu tak tu? Sekarang, naik jelah kereta ni!"
masa Tomo-kun cakap ni, dia tinggikan suara dia macam marah dan tolak Yamato masuk dalam kereta...bila Yamato dah pergi, Tomo-kun pandang Aki yg tengah marah...Tomo-kun terdengar bunyi perut Aki yg tengah lapar dan 'offer' nak belanja Aki makan...
Bila whitedove post kan episod summary utk period 4 baru aku perasan, part ni 8tv tak tayang? Apasal? Takkan nak bg alasan episod ni panjang sgt, padahal bila episod tu habis ada dlm lebih kurang 10 minit nak pukul 7... eeeee... :agr:... menyampah aku gini
[ Last edited by aLiN_82 on 8-3-2005 at 08:06 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aLiN_82 at 8-3-2005 08:05 PM:
Bila whitedove post kan episod summary utk period 4 baru aku perasan, part ni 8tv tak tayang? Apasal? Takkan nak bg alasan episod ni panjang sgt, padahal bila episod tu habis ...
la ye ke? takde ek part nih...:stp: hampeh 8TV...nanti part first kiss diorang minggu depan pun mesti kena cut... |
|
|
|
|
|
|
| |
|