Post time 20-11-2017 08:53 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by indenial at 20-11-2017 08:58 AM
Choc-chip replied at 18-11-2017 03:28 PM
Amboi Kwangsoo...
Lawak la dorg ni. Xboleh belah btul. Tgk somin mcm geram je kt kwangsoo lps ckp do u like me tu. Terus diterkamnya kwangsoo jae suk ckp sejak so min join RM, byk yg kena R rated
But latest episode ni kenapa LKS macam tak banyak cakap ek. Macam senyap je. Dia cam takde la fully senyap tapi macam tak banyak gelak or melawak la.
Pastu tengok episode ni LKS ngan JSM macam over couple plak ye walau bergurau haahah sampai Haha keep on question adakah mereka beromantik romantik. Sekali YJS explain yang dorang takde apa-apa
So Min dah makin popular kat Korea. Dapat banyak buat iklan kat sana.
Muka Jihyo nampak sembab. Sebab banyak menangis ke?
Tapi masa Ji hyo dengan So Min turun dari escalator tu memang nampak macam hantu cerita korea.
Se Mi rupanya junior So Min masa sekolah dulu. Banyak juga kawan sekolah So Min yang jadi artis.
Kwang Soo pula rupanya junior dari Se Chan.
Lepas ni mesti Se Chan lagi suka kurang ajae dengan Kwang Soo.
Kelakar masa kena main game menyorok belakang pintu untuk tahu siapa yg akan dipilih jadi partner diaorang.
Semua tak nak team dgn Ji Hyo, tapi HaHa terpilih jugak.
Itu pun Ji Hyo main tipu sebab dia tunggu HaHa gerak dulu.
Kwang Soo dengan So Min pulak masing-masing tak nak jadi team sama, tapi akhirnya....
Sung Hee pulak tak nak team dengan Suk Jin. Kesian Suk Jin. Macam terasa sangat dengan Sung Hee tu.
Masa main game Talent Bingo pun best.
Tetamu kena tunjuk bakat diaorang.
Se Min tunjuk bakat dia main lompat tali.
Lepas diorang dah selesai main, Jae Suk pun tunjuk bakat dia main lompat tali tu jugak. Semua terpegun tengok.
Iols sendiri pun terkejut tengok. Rupa-rupanya dia main guna tali yg dh rosak. Tertipu iols.
Ji Hyo pulak tunjuk bakat dia bercakap dalam 5 saat.
So Min suruh dia bagi 3 parkataan carut yang dia tahu.
Ji Hyo pun carut je la.
Lepas tu Ji Hyo pulak suruh So Min namakan 3 perkataan carut yang mengambarkan perasaan dia sekarang.
Tapi PD tayang video zirafah pulak sebab tak nak tayang carutan tu.
Akhirnya Se Mi yang menang game tu.
Lepass tu Ji Min pulak tunjuk superpowers dia.
Dia boleh masukkan lidah dia ke lubang hidung dia.
Ji Hyo, So Min dengan Se Mi masing-masing cuba nak buat jugak(iols pun cuba jugak).
Kwang Soo dengan So Min memang kelakar la kalau team sama-sama.
Siap tolong sesama sendiri untuk masukkan lidah ke dalam lubang hidung.
HaHa pulak kalau Kwang Soo dengan So Min buat aksi pelik-pelik, mesti dia asyik tanya je yg diaorang ni pasangan kekasih ke?
Kwang Soo siap bentes So Min sebab So Min tak nak cuba buat macam Ji Min letak kaki kat atas kepala. Main paksa-paksa pulak Kwang Soo ni.
Lepas tu diaorang main game tiru babak drama pulak.
Tapi masa PD tengah terangkan peraturan game tu, kenapa Jong Kook buat muka ni?
Kwang Soo dengan So Min tiru babak cerita The Heirs.
Kelakar Kwang Soo. Siap buat aksi keluar air basi lagi.
Lepas tu So Min siap nk cium Kwang Soo.
Lagi satu kelakar masa So Min tanya Ji Min yang adakah dia anak bongsu. Ji Min ingat So Min tanya pasal keluarga sebenar dia.
Kwang Soo pun dah tergelak-gelak dah sebab dia yang rasa malu untuk Ji Min.
Game terakhir diaorang kena cari siapa anak perempuan bongsu pengerusi.
Diaorang kena tarik name tag ikut rank.
Kwang Soo pentingkan diri tinggalkan So Min seorang diri. Akhirnya dia pun terkeluar jugak.
Menyorok kat penjara lepas tu terus kena masuk penjara.
Jong Kook pulak senang betul tertipu dgn Se Chan. Macam dah malas nak main game je. Huhu.
Akhirnya mmg tak sangka la rupanya anak bongsu tu ialah 3 beradik kembar.
Ji Hyo, Sung Hee dengan Se Jeong.
Tapi masa dia tunjuk PD beritahu yang diaorang tu kembar 3, Jihyo nampak macam blur je.
Jong kook, HaHa dengan Kwang Soo kena penalti.
Diaorang kena pakai kostum teruk kat airport.