CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putr@polo

[Tempatan] LIWAT 2- Rayuan Kes Liwat Anwar: Keputusan Ditangguhkan(UPDATE)

[Copy link]
 Author| Post time 6-11-2014 08:24 PM | Show all posts
Kes Pendakwaan Penuh Keraguan, Kebetulan Tak Terhitung - Ramkarpal

Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 6:52 PM



Ramkarpal Singh
   
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan harus melepaskan dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan memandangkan kes pendakwaan itu penuh dengan keraguan dan kebetulan yang tidak terkira.
  

Peguam Ramkarpal Singh berkata, ia tidak boleh menjadi satu kebetulan apabila Mohd Saiful Bukhari bertemu dengan seorang pegawai kanan polis dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dua hari sebelum kejadian liwat yang didakwa itu.

Beliau berkata, semua bukti saintifik yang dikemukakan pihak pendakwaan dalam kes liwat itu tidak boleh dipercayai dan patut ditolak pada akhir kes pendakwaan di peringkat Mahkamah Tinggi itu sendiri.

"Kemungkinan yang nyata ialah sampel bahan itu telah tercemar dan hakikat bahawa pemerian mereka (pendakwaan) tidak sama dengan sejarah sampel yang diambil, jelas menimbulkan keraguan yang serius terhadap integriti sampel.

"Ia tidak boleh dikatakan tanpa ragu-ragu bahawa ia adalah sampel yang sama diambil daripada PW1 (Mohd Saiful Bukhari)," beliau berhujah di hadapan lima anggota panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria pada hari ketujuh prosiding rayuan akhir penasihat PKR itu.

Beliau juga tidak bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa merekalah yang membuktikan bahawa sampel itu diusik, terutama yang dikumpulkan daripada rektum pengadu.

Ramkarpal berkata, meskipun ada kemungkinan besar sampel itu diusik dan ia boleh membawa kepada pegawai penyiasat Supritendan Jude Blacious Pereira (kini bersara), pihak pembelaan tidak dapat menyoalnya memandangkan mungkin orang lain yang melakukannya.

Menyentuh keterangan dua ahli kimia, iaitu Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, Ramkarpal berkata bahawa hakim Mahkamah Tinggi gagal menyedari kekurangan saksi dalam analisis mereka.

"Tidak akan ada sebarang sebab untuk memanggil perayu (Anwar) untuk memasukkan pembelaannya memandangkan dapatan berhubung dengan 'Lelaki Y' adalah diragukan," katanya.

(Semasa perbicaraan, Dr Seah mengesahkan bahawa profil DNA Lelaki Y adalah padan dengan profil DNA Anwar, yang dikumpulkan daripada perayu ketika beliau ditahan semalaman di ibu pejabat polis kontingen Kuala Lumpur).

Mengenai saksi utama itu sendiri (Mohd Saiful Bukhari), Ramkarpal berkata dia bukan saksi yang meyakinkan.

"Dia mungkin tidak diliwat memandangkan sebenarnya tiada bukti bahawa ada penetrasi.

"Hakikat bahawa air mani ditemui pada dubur beliau tidak boleh, dalam hal keadaan kes ini, membawa maksud bahawa beliau mengalami penetrasi kerana terdapat keraguan yang serius sama ada air mani itu benar-benar diambil daripada PW1 (Mohd Saiful Bukhari) pada 26 Jun 2008, "katanya.

Oleh itu, Ramkarpal menggesa mahkamah untuk tidak terpengaruh dengan taakulan salah pendakwaan bahkan menganggap bukti DNA itu boleh dipercayai memandangkan pembelaan berjaya menimbulkan keraguan sama ada berlaku penetrasi.

Beliau membuat kesimpulan dengan berkata rayuan itu patut dibenarkan dan perayu dilepaskan dan dibebaskan.

Pada 7 Mac, Anwar, 67, dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan itu oleh Mahkamah Rayuan, selepas didakwa melakukan kesalahan itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Dmansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3:10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2014 08:25 PM | Show all posts
Rayuan Kes Liwat Anwar Ditangguh Ke Jumaat

Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 7:54 PM
Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
[email protected]


PUTRAJAYA: Prosiding pendengaran kes rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kesalahan meliwat akan disambung pada Jumaat petang.

Menurut wakil pasukan pembelaan, Ramkarpal Singh, pihaknya memerlukan lebih masa untuk menggulung hujahan bagi mengenepikan hukuman penjara lima tahun terhadap Ketua Pembangkang itu.

"Esok Datuk Seri Gopal Sri Ram akan menyambung sedikit lagi hujah penggulungannya...mungkin dalam 10 atau 15 minit.

"Lepas itu pihak pendakwaan mungkin akan menimbulkan beberapa perkara. Pastinya kita boleh jawab.

"Apa yang pasti kita boleh habiskan esok. Cuma saya fikir keputusan akan dibuat pada hari lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di luar kamar Mahkamah Persekutuan di sini, Khamis.

Prosiding hari ini yang masuk hari ketujuh bermula pukul 9 pagi dan berakhir kira-kira pukul 7 malam.

Sementara itu ketua pasukan pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika diminta mengulas mengenai prosiding yang akan bersambung esok berkata, pihaknya sedia untuk menjawab beberapa hujah pembelaan yang disifatkan 'cerita lama'.

"Hari ini apa yang kita dengar daripada sana (peguambela) cerita lama...cerita lama yang kita ada jawapan.

"Kita punya hujah dari segi fakta dan undang-undang dan masih lagi sah (relevan).

"Esok kita hanya nak memperkukuhkan sudut-sudut yang sudah dipilih," katanya.
Menurut Muhammad Shafee, beliau yakin proses pendengaran rayuan ini akan berakhir esok (Jumaat).
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 08:47 PM | Show all posts
*Gopal berkata pelakuan liwat tidak berlaku kerana insiden berlaku pada unit 11-5-1 di atas permaidani tetapi permaidani ditemui di unit yang lain.

* “Berdasarkan ini, pelakuan meliwat tidak pernah berlaku,”

* Gopal berkata, polis juga merampas sehelai rambut dirampas di 11-5-1 tetapi permaidani dirampas di unit 11-5-2.

Menyentuh dakwaan pihak pendakwaan bahawa permaidani itu dipindahkan, Gopal berkata, “Tetapi saya tidak percaya dengan permaidani terbang.

* “Tiada bukti bahawa permaidani itu dipindahkan. Pemilik kondominium Hasanuddin tidak dipanggil,”
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 08:51 PM | Show all posts
* Gopal...“Tanpa permaidani, pendakwaan tidak dapat membuktikan.”

*Gopal kemudian mempersoal kewibawaan Saiful dengan berkata dia mengagumi Anwar tetapi sebaliknya membenci Anwar.

*Gopal, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, berkata terdapat keterangan daripada Najwan Halimi.

Gopal membawa testimoni Najwan yang menyebut Saiful biasanya memuat naik gambarnya bersama pemimpin-pemimpin dan logo BN di samping gambar Anwar Ibrahim yang dirujuknya sebagai “pemimpin munafik”.

Gopal berkata, Najwan juga terkejut melihat Saiful berkhidmat dengan Anwar ketika dia membenci perayu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 08:53 PM | Show all posts
*Gopal mempersoal Saiful menghidangkan kopi dan karipap selepas insiden didakwa berlaku.

Katanya, Saiful berkata pintunya berkunci dan tetapi bagaimana dia dapat menghidangkan karipap itu.




macai tau kisah sepol beli karipap ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 08:55 PM | Show all posts
* Gopal menyentuh berhubung dakwaan layanan istimewa dengan pemberian sut Brioni.

“Saya fikir yang arif pun tidak mampu. Ia sut 16,000 dolar,” guraunya.

Katanya, Saiful memberikan seluar pada mahkamah tetapi tiada label.

Sudah pasti jika ia dihantar ke tukang jahit sudah tentu ada label,” katanya sambil menambah tiada bukti sut Brioni diserahkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2014 08:57 PM | Show all posts
* Gopal berkata, seluar dalam yang dirampas berjenama Levi's.

Beliau juga bertanya sama ada sut itu berjenama “Brioni atau brownie".

Shafee bangun dan berkata selepas pihak pendakwaan mendengar kembali transkrip, ia sebenarnya Brioni dan “kedengaran seperti briyani”.

“Ya,” Gopal berseloroh, “tetapi sut Brioni lebih mahal daripada briyani”.

Gopal berkata, malah seluar dalam Saiful mempunyai label tetapi tidak seluarnya, yang didakwa Brioni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 08:59 PM | Show all posts
*Gopal berkata Saiful mempunyai keberanian bertemu dengan timbalan perdana menteri, bukan hanya di pejabat tetapi juga di rumahnya.


macai ada berani.. ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2014 09:00 PM | Show all posts
*Gopal berkata, Hasanuddin, pemilik kondominium tidak boleh dipanggil kerana ia telah diganggu.

Katanya, Anwar menafikan bahawa insiden liwat itu berlaku.

“Saksi pembelaan tidak boleh tampil ke depan kerana mereka diganggu,” tambahnya.

Anwar sebelum ini menyerahkan senarai 13 saksi alibi tetapi tiada yang dipanggil.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 09:01 PM | Show all posts
‎* Gopal mempertahankan tindakan Karpal Singh yang mahukan dokumen berkaitan.

Menyentuh soal Dr Osman, Gopal berkata, beliau tidak ada di situ untuk mempertahankan diri jadi tugas itu akan diambil olehnya.

Negara ini mengundangnya menjadi doktor, kerana dia warganegara asing. Dia pulang ke tempat asal selepas tamat berkhidmat.

“Dia tidak motif untuk menyebelahi perayu (Anwar).”

“Nota-notanya menunjukkan alat plastik diguna untuk memasukkan,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 09:15 PM | Show all posts
Sexfool Baukari boleh dah dinobatkan dalam The Guinness Book of World Record:

The Most Expensive Asshole
The Most Debated Asshole
He is An Asshole
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2014 09:35 PM | Show all posts
Hina mahkamah: Anwar, peguam akan bincang

TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
6 November 2014



Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA - Menyentuh isu dakwaan menghina mahkamah yang dikemukakan oleh Ketua Pendakwa, Tan Sri Shafee Abdullah semasa prosiding pagi tadi, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan akan dibuat bersama barisan peguamnya selepas perbicaraan liwat ini selesai.

"Satu-satulah. Takkan semua nak charge ( tuduh) sekali gus," katanya ringkas kepada wartawan ketika prosiding ditangguhkan.

Sementara itu, Shafee di luar kamar mahkamah memberitahu isu tersebut adalah arahan daripada Jabatan Peguam Negara yang mahukan pihak pendakwaan memaklumkan perkara tersebut kepada mahkamah.

"Adalah menjadi tugas jabatan untuk melindungi mahkamah daripada dicemari," katanya.

Menurutnya, mahkamah bagaimana pun mahkamah bersetuju dengan cadangan pendakwaan agar kes rayuan liwat terakhir yang difailkan Anwar diselesaikan terlebih dahulu.

"Prosiding ini berjalan dengan lancar dan kita tidak mahu sebarang gangguan," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya anwar didakwa krn menghina mahkahmah..biar sampai reput dia turun naik mahkamah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 10:08 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 6-11-2014 05:14 PM
ekekeke itak gik

yerp .. terpikir pasal swab cheek tu tadi

Tu kawan kita dah reply dah. Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 11:04 PM | Show all posts
bila nak selesai kes ni....hrp esok settle semua...
dah taktau mana pihak yg benar..
hanya Dia yg tahu....
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 11:32 PM | Show all posts
seronok baca kes anwar ni..

bagaimana defense lawyer menyekolahkan lawyer2 pihak pendakwa...

seperti biasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2014 11:56 PM | Show all posts
Nesta13 posted on 6-11-2014 11:32 PM
seronok baca kes anwar ni..

bagaimana defense lawyer menyekolahkan lawyer2 pihak pendakwa...

takde org percaya kes ni kecuali macai.. tgk le komen2 macai kat sni...

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2014 12:29 AM | Show all posts


* katakan kejadian liwat itu dibuat atas kapet.... karpet takdaakk !

* dulu 1998..kejadian liwat berlaku di kondo...... kondo tak siap lagi Last edited by bluemenx on 7-11-2014 12:35 AM

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2014 01:39 AM | Show all posts
bila korang tempek hujah2 mahkamah ni dua-dua pihak nampak ada menggunakan hujah yang selekeh. kalau macai yg berpaksi pada siapa disokong mungkin la sedap baca rasa macam  sedap peguam berhujah. sekarang ni benda2 selekeh ni memang hakim kena tolak tepi dan ikut berdasarkan fakta boleh diterima sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2014 02:56 AM | Show all posts
Changa posted on 6-11-2014 06:22 PM
mungkin ummah ingat DNA macam tepung kot sis?
boleh tabur2 sebegitu jah?

terpikir tang tu la sis
tolak tepi la anuar ni sebagai mangsa / pemangsa
terpikir andai lah semua perogol kat Malaysia ni menggunakan alasan yang sama
tak nak bagi DNA
perit ler
cuma berbukti kepada kata2 mangsa ..
si A rogol saya .. saya pasti sebab saya kenal suara dia walaupun tak tengok rupa dia

- dengan DNA takde
- dengan gelap tak leh nengok rupa
- dengan memang dah takde dara (tiada kesan koyakan)

senang2 la perogol tu lepas

ini kah ..
contoh .. bakal pemimpin Malaysia?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.387445 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list