|
Buko Pandan
Bahan untuk jeli pandan
1 pek /10g serbuk agar-agar
1 cawan jus pandan
3 cawan air
1 cawan gula
2-3 titik pewarna hijau (pilihan)
1. Kisar halus daun pandan dengan air secukupnya lalu tapis jus pandan.
2. Panaskan air dan masukkan serbuk agar-agar, gula, pewarna hijau dan jus pandan.
3. Setelah mendidih, tuang dalam loyang dan sejukkan dalam peti ais.
4. Kemudian, potong jeli pandan yang sudah sejuk berbentuk kiub.
Bahan untuk sagu :
1 cawan sagu
Air secukupnya
Sedikit pewarna hijau
1. Rebus pula sagu sehingga sagu masak dan lembut.
2. Setelah masak, bilas sagu dengan air lalu tambah pewarna hijau kedalam sagu.
Bahan lain :
1 kotak /200g krim putar tenusu
1 tin susu cair
Susu pekat manis
Nata de Coco
2 sudu besar biji selasih - Rendam biji selasih dengan air secukupnya dalam anggaran 10-15 minit sehingga kembang.
Isi kelapa muda
Kiub ais
Ais krim vanila (pilihan)
(campurkan semua bahan diatas)
1.Masukkan kiub jeli pandan, susu pekat manis, susu cair, biji selasih, sagu, nata de coco, isi kelapa dan kiub ais.
2.Masukkan whipping cream dan hidangkan bersama dengan aiskrim vanilla.
|
|