|
Amaran hujan lebat hampir semua negeri
PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir sehingga pukul 6 petang di kebanyakan tempat di hampir semua negeri.
Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah, Kelantan, Terengganu dan Kuala Lumpur.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kulim dan Bandar Baharu); Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin).
“Selain itu, Selangor ( Selangor (Gombak, Petaling dan Hulu Langat dan Hulu Selangor); Negeri Sembilan (Jelebu dan Kuala Pilah); Johor (Kluang dan Mersing); Kuala Lumpur; Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu dan Kapit dan Sabah: Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan) sehingga pukul 6 petang.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu) sehingga pukul 5 petang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambah Met Malaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” jelasnya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ampir-semua-negeri/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|