|
elaiza.... nk kata biasa sgt tu x gak la... tapi i n hubby penah make decision nak dok n keje kat sana sebelum ni... tapi cuma bertahan 10 ari je... huhuhuhuhu...kenapa??? rasa mcm dah citer sebelum ni... di pendek kan citer.. hujan emas di negeri org, hujan batu dia negeri sendiri,lebih baik kat tmpt sendiri... setakat pi bercuti tu ok la.. tapi sejak ari tu we all belum pegi lagi....plan2 cancel.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #752 AnitaSabrina's post
Hai Anita,
cdebab pun dah booking ngan En. Sham kat Marina Chalet tu, tp sbb full house, so on 17th ni cdebab cuma dpt 1 homestay - toilet kat luar, dan lagi satu lodge cabin - yg ni toilet kat dlm.. (we all g 3 family, so terpaksa la satu family dok kat tmpt lain), 18th tu dpt domitory untuk 10 org - 2 toilet kat dlm tuh.. so 3 family dump-in la dlm satu dorm.. tak kisah la bukan org lain pun adik beradik je.. hehehe
citer or post la gambar kat situ kalau anita ada... |
|
|
|
|
|
|
|
me nak gi cuti skolah nanti. dah booking kat cool point. sesapa yg penah duk kat situ, ok tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #783 kelisa's post
kelisa,
how much the room rate?? cool point ni kat tanah rata ke brinchang erk?? |
|
|
|
|
|
|
|
strawberry kat CH ni ada sepanjang tahun ke? atau ada musim2 juga? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by missuzu at 12-2-2007 08:59 PM
strawberry kat CH ni ada sepanjang tahun ke? atau ada musim2 juga?
rasanya sepanjang tahun.. sebab b4 this dah 2 kali debab pergi.. mmg ada je strawberry tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya waterfall kat sini best tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Cameron Highlands trip 10 - 12 Feb
10 February
Bertolak dari KL, dalam pukul 8 pagi, singgah di Pelita breakfast. Dalam pukul 9 tu terus ke NKVE dan keluar ke PLUS highway menuju ke utara. Traffic tak banyak, banyak kereta berdesup laju termasuk la Kenari dan Kancil yang tak hengat kecik. Tau tau, right before R&R Tapah, ada road block. Rupa-rupanya ada speed trap. So kereta yang berdesup tadi dok queue kat tepi kena saman. Singgah di R&R Tapah untuk isi minyak. Exit di Simpang Pulai, masa tu dah pukul 12. Saja ikut jalan ni sebab tau aje la kalau ikut Tapah tu, jalan sempit and curam jugak.
Ikut jalan Simpang Pulai ni tak begitu curam dan jalan lebar. Pemandangan pun cantik, banyak gak gambar diambil tapi akan diupload kemudian. Pukul 1 dah sampai Kg Raja, udara pun dah start sejuk sikit, tapi matahari terik, takde awan, so langit biru - lawa!
Pukul 1:40 sampai di Heritage Hotel, dapat bilik mengadap garden (memang check-in time lepas pukul 2) tapi tak masuk bilik, pegi lunch dulu kat Tanah Rata food court. Angin kuat - terasa sejuk, tapi since langit biru takde awan, so cahaya matahari direct la, terasa panas jugak. Pukul 2:30 masuk bilik. and lepak sampai petang, nak hilangkan penat. Pukul 5:45 keluar semua, pegi ke Ringlet, ingat nak ke Ladang Boh, tapi signboard tulis - tutup pukul 4:30 petang, and closed on Monday. Takpe la.. esok boleh pegi. Then return to Tanah Rata, singgah di Bharat Tea Shop. Ingatkan nak try ler scone yang korang kata best tu, tengok tengok RM12.00 untuk dua ketul besar bola golf. Ceh!! Cancel.. beli choc chip cookies instead. RM4.00 dapat 5 keping - besar besar. Lepak kat kedai tu, sampai ler sunset. Amazing tengok the sun perlahan-lahan hilang di sebalik bukit. It's just so good. Langit biru.. angin sejuk je.. nyaman je rasa.
Malam, duk lepak kat bilik hotel, sambil layan Star Movies and order Room Service. Not bad food kat hotel ni.
11 February
Lepas breakfast kat hotel, keluar pegi ladang Boh. Memang ler jalan dia berliku liku dan sempit. Suspen gak, takut bertembung dengan bas, mana pulak nak menyelit. SSampai je kat atas, rupa-rupanya kilang tu tak beroperasi hari Ahad. Patut ler takde bas datang. So lepak aje la kat situ, masuk kat kebun teh tu, ambik gambar, angin kuat giler, memang sejuk!! Then turun semula, on the way tu ada Bee Farm. So singgah kat situ, jumpa family yang usahakan madu lebah tu.. then beli ler dua botol madu pure. Tak manis sangat dan sedap!!
Tengahari, kitorang makan kat Marrybrown. First time makan kat sini, biasa je la.. best lagi KFC. Then kitorang pegi Mardi. Round round kat situ ambik gambar bunga banyak banyak. Lepas tu kitorang ke Brinchang. Singgah kat Kea Farm. Punya la dah commercial tempat ni. Dah tak boleh masuk ladang sayur dia macam dulu. Ada plak one biker group baru lepas lunch. Teruja tengok motor diorang power power. Lepas tu kitorang ke Raju's Strawberry Farm. Beli strawberry RM5 satu pack, basuh and makan kat situ jugak. Manis!! Then masa nak balik tu, beli lagi 2 pack.
Kitorang pegi ke depan lagi, singgah kat EQ beli lagi strawberry. This time kitorang petik sendiri. Heheh.. best wo.. gemuk gemuk and besar strawberry dia. Masa ni dah petang dah. So kitorang return ke Tanah Rata. Nampak Taman Sedia. Masuk ler ingat nak singgah kat mana mana.. tapi takde apa pun. KHM tu ada la but nampak ramai orang kat situ, so tak jadi singgah (takde tempat nak park), then balik ke Tanah Rata. Malam kitorang makan steamboat kat Tanah Rata.
12 February
Kitorang check out pukul 11. Then pegi carik sayur-sayuran and beli pokok bunga (beli pokok lemon satu pasu RM18). Balik ikut Simpang Pulai jugak. Sampai KL dalam 4:30. Beli sayur RM40 dapat macam macam jenis sayur dari asparagus, #ake mushroom sampai ler ke timun, cili, tomato, kailan etc etc. Boleh la bukak table plastik kat tepi jalan jual sayur!! Hahahah.. Kalau beli kat Pasar Chow Kit tu, dah gerenti nak dekat RM100 dah tu.
Gambar akan diuploadkan nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
sorry ye..ada tak sesapa kat sini penah booking hotel thru cuti.com.my? OK tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kelisa at 13-2-2007 14:27
sorry ye..ada tak sesapa kat sini penah booking hotel thru cuti.com.my? OK tak?
Sorry tak penah.. sebab selalu booking ikut www.holidaycity.com |
|
|
|
|
|
|
|
Memamng best kengkawan .....
Betul semua kata kengkawan kat cni. Cameron Highlang memang best. Pegi la jagan lepas kan peluang. Ni pun bulan Mei ni aku dan member kelab tempat aku pergi nak buat rombong cik kiah ke sana. Member i semua teruja bila i cita kan pasal Cameron Highland kat sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by duquesne at 13-2-2007 02:34 PM
Sorry tak penah.. sebab selalu booking ikut www.holidaycity.com
i pernah booking kat cuti.com, utk ke Cameron Highlands this coming April. rasanya ok jer website tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #792 suzie284's post
thanks suzi..i dah booking and dia suh bayar. tu yang nak tanya pendapat u all bebelum i bayar. |
|
|
|
|
|
|
|
duquesne
ko makan steambot kat tanah rata tu Malay restaurant ke?
kalau malay ko cerita sket location dia
thank u |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #793 kelisa's post
u are welcome. no prob. i biasanya booking hotel online jer, tp sebelum ni tak guna website cuti.com, sbb tak sedar kewujudannya. so far no prob with online booking eventhough thru 3rd party, cthnya cuti.com. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yusrin at 14-2-2007 11:11
duquesne
ko makan steambot kat tanah rata tu Malay restaurant ke?
kalau malay ko cerita sket location dia
thank u
Malay restaurant - Emida Food Court, stail ala ala yong tau foo.
Chinese style steamboat - ada kat kedai makan sebelah Kavy Hotel tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by suzie284 at 13-2-2007 17:20
i pernah booking kat cuti.com, utk ke Cameron Highlands this coming April. rasanya ok jer website tu
Ye la.. memang okay.. tapi i selalu dapat good rates from holidaycity.com. And diorang memang boleh confirmkan cepat booking kita tu. Kalau hotel tu penuh, dia akan notify jugak. And diorang tak charge lagi biasanya credit card tu, just for verification jer. Bila sampai kat hotel tu nanti, bayar terus kat hotel. Lagi senang! |
|
|
|
|
|
|
|
Baru ni saya gi CH saya stay kat The Cool Point hotel. Sorry to say.
Kalau pegi CH sekali lg, saya akan cari hotel lain. Reason...
senang cakap mmg x puas hati ngan apa yg kita bayar. Dah tu dianya view tertutup.
Kawan saya stay kat IRIS hotel. Saya gi tengok bilik dia. Memang sesuai dan puas hati dgn harganya. |
|
|
|
|
|
|
|
ayu77, iris house.... ??? opppsss bukan nak kondem la.. tapi sebab hotel ni la... i n hubby x jadi stay terus kat CH...... pengalaman pahit.... |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by duquesne at 14207 15:09
Malay restaurant - Emida Food Court, stail ala ala yong tau foo.
kat mana ye? |
|
|
|
|
|
|
| |
|