CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: schha

Exclusive! Based on true events

[Copy link]
Post time 6-1-2016 11:04 AM | Show all posts
schha replied at 5-1-2016 04:00 PM
Hahahhahahahhahaha memang org johor pun..ada mention dekat pengenalan diri masa bukak thread semal ...

haah laaa....hahahah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2016 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
best2 nk lg
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 02:02 PM | Show all posts
best gila citer t.t...xsabar nk sambugan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 02:36 PM | Show all posts
schha replied at 6-1-2016 09:23 AM
Baik boss..insyaAllah akan sambung lagi..

seremmm...tapi seronok..aku dah bookmark page ni hehehe,,,sila sambung ye....
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 03:27 PM | Show all posts
andaman replied at 6-1-2016 02:36 PM
seremmm...tapi seronok..aku dah bookmark page ni hehehe,,,sila sambung ye....

cmne nk bookmark eh... x reti2 lg ak cmner cra dia....

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 03:29 PM | Show all posts
nuerulcayang replied at 6-1-2016 03:27 PM
cmne nk bookmark eh... x reti2 lg ak cmner cra dia....

kalo ko pakai chrome, kat atas kanan ada gambar star..kelik je kt situ, save kt bookmark
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-1-2016 03:44 PM | Show all posts
Edited by schha at 6-1-2016 08:58 PM

............SAMBUNGAN KISAH SURATAN ATAU KEBETULAN??.........................

2/3 hari lepas kisah Yan tu, ada 1 petang nak ke maghrib, aku tengah bergurau senda dengan mekza, mekdah dan roomate mekdah, mas. Biasa la kalau dah kumpul ramai-ramai dalam bilik aku, ketawa berdekah-dekah memang tak hengat dunia. Yang paling kuat ketawa tu aku la. Memang kawan-kawan semua tahu aku memang terkenal dengan gelak berdekah aku. Aku pulak kalau dalam bilik memang suka pakai short je. Takpe la, bukan ada lelaki pun. Semua perempuan je. Tengah bergelak sakan tu, tiba-tiba ketua aras ketuk bilik kitaorang. Pelik la aku, takkan ketawa pun tak boleh. Then dia masuk dalam bilik. Haaaaa lagi saspen. Selalu kalau nak sound luar bilik je. Ni sampai dah masuk bilik macam nak cari gaduh je lagak si ketua aras ni. Alih-alih dia suruh kitaorang semua senyap. Suruh aku dan kawan-kawan tukar pakaian sopan sikit (waktu ni aku belum bertudung) dan yang bertudung sila pakai tudung siap-siap, katanya. Dia tambah lagi, kalau boleh lepas solat maghrib jangan keluar bilik. Tunggu sampai 'semua' selesai. Aikk dah kenapa kan.

Lepas solat maghrib, aku terdengar suara lelaki di koridor dekat aras aku tu. Aku tak pasti lelaki tu siapa. Aku pun buat bodoh je. Malas nak port. Tapi aku tahu mesti ada something yang tak kena. Then agak-agak nak masuk isyak tu (aku tak pasti pukul berapa), aku dengar lelaki tadi bercakap dengan ketua aras betul-betul depan bilik aku. Sebab curious sangat, aku bukak pintu. Waktu tu la aku join ketua aras tengah sembang dengan lelaki tu. Ustaz la kot sebab berkopiah. Dia pulak ada bawak 1 lagi kawan lelaki, pun berkopiah juga. Waktu ni ustaz kata, dia dah 'bersih' kan apa yang patut di sepanjang koridor dan bilik air. Aku pun automatik terus toleh ke koridor, memang nampak garam dan lada hitam ditabur di sepanjang koridor sehingga ke toilet. Dalam toilet pun ada. Dalam waktu yang sama, ustaz kata kawasan ni 'kotor' lagi-lagi dekat toilet. Lidah 'dia' panjang dari atas ke bawah. Haaaaaaaaa kau..cuak tak hengat la aku bila ustaz tu kata gitu. Meremang segala bulu. Tapi dah diusir 'benda' tu. Ustaz tu tambah lagi..'saya tak boleh buat apa-apa sebab 'penduduk asal' hanya nak 'berurusan' dengan orang yang buat 'janji' dengan mereka..' Haaa lebih kurang la apa yang ustaz tu cakap time tu, depan aku. Ustaz tu suruh ikhtiar panggil ustaz yang buat 'agreement' dengan 'mereka' tu.

Sesudah ustaz tu pergi, aku yang macam jemah ni duk la riki-riki ke ketua aras. Rupa-rupanya ustaz tu dipanggil sebab Diana. Katanya Diana ni dah berperwatakan pelik menurut kata roomate Diana, budak junior yang aku taktau apa nama dia. Waktu ni Diana dah tak seroomate dengan Mekti. Mekti pindah masuk bilik dengan kawan dia sejak Diana ni cuti panjang sebab sakit. Tapi bilik berdepan dengan bilik Diana je pun. Riki punya riki, budak junior tu dah seram dengan si Diana ni. Kata dia, ada 1 malam dalam keadaan gelap dia akan melunjur kaki dan tangan dia ke depan, tapi dalam keadaan duduk atas katil. Lepas tu duk goyang badan dia ke depan dan ke belakang. Haaaa korang imagine la situation tu. Cuak menggila la budak tu. Senyap-senyap dia message kawan dia suruh datang bilik tengah malam tu jugak. Elok kawan dia datang, melompat budak junior tu bukak pintu dan terus blah dari bilik. Malam tu dia tidur bilik kawan dia. Sejak tu, budak junior tu selalu tidur bilik kawan dia. Tapi menurut ustaz yang merawat Diana ni tadi, dia bagitahu Diana ni terlangkah something yang ditanam dalam tanah. Sebab tu dia berkeadaan 'pelik'. Ustaz tu pun ada pesan suruh kami pakai stokin kalau tidur malam dan elak lalu kawasan yang bersemak. Suruh lalu kawasan bersimen je.

Mak bapak Diana di panggil malam tu untuk ambik dia. Tapi tak lama tu, aku pun tak pasti dalam 3-5 hari camtu, si Diana ni datang balik.  Kuat betul semangat dia nak belajar. Dikatakan si Diana ni memang budak cemerlang.

Selepas kejadian ustaz tu, ada 1 hari tu aku keluar nak pergi kelas. Waktu ni aku tengah bertinggung dekat luar bilik sebab aku pakai kasut bertali. File yang aku pegang aku letak disisi aku. Waktu ni la aku ternampak si Diana ni keluar dari bilik menuju ke toilet. Makkkk aiiii. Kurus betol si Diana ni. Duk sibuk bertinggung sambil betulkan tali kasut, aku terpandang la kaki si Diana ni sebab bilik aku bersebelahan dengan bilik dia. Ada la sebesar pergelangan tangan aku ni je kaki dia. Dalam hati aku..'Betul-betul sakit Diana ni..', aku bermonolog sendiri. Sebab aku tau Diana ni masa sem 1 lebih kurang aku je tapi kurus sikit. Aku pun tak la tegur si Diana ni sebab waktu tu aku kelibut nak pergi kelas. Waktu ni juga Mekza dengan budak bilik depan, mekdah tengah berkaraoke kat toilet sambil basuh baju.

Waktu balik dari kelas, mekza kalut story kat aku. Katanya si Diana ni sakit waktu kat toilet. Kata mekza, si mekdah ni bukak mp3 masa membasuh tu. So tengah khusyuk dorang ni membasuh sambil berkarok tu, dorang tak sedar siapa yang keluar masuk toilet. Cumanya waktu si Diana masuk toilet mekdah tertoleh ke Diana. Selesai je membasuh, (agak lama juga dorang ni membasuh) mekdah pun tutup la mp3. Tiba-tiba mekdah dan mekza terdengar..

Diana: edah ke tu??Tolong Diana boleh tak? (dalam nada lemah)
Mekdah: Nape Diana?Kau okay tak??
Diana: Aku tak larat nak bangun..boleh tolong papah aku balik bilik tak? (suara antara dengar/tidak)
Mekza: Ya Allahhhh..apa dah jadi ni Diana..!
Mekdah: Tunggu jap..aku panggil fello (aka warden)!!

Waktu kejadian ni, Diana masih dalam salah 1 toilet menyangkung. Berkunci. Mekza dan Mekdah diluar. Si Diana ni tak larat sampaikan nak bukak selak pintu pun dia dah tak larat. Makanya, berlarilah si Mekdah ni panggil fello. Fello pun datang dengan beberapa staff hostel untuk bukak pintu tu.  Budak-budak ni tak berani nak rosakkan harta benda kerajaan, sebab tu terpaksa panggil fello untuk tindakan selanjutnya. Takde cara lain selain ditendang pintu tu. Waktu pintu dah terbukak, Mekza nampak Diana dah terjelepuk di lubang toilet. Agaknya cuba nak bangun tapi tak mampu. Tah berapa lama si Diana dalam keadaan macam tu pun Mekdah dan Mekza tak pasti. Yela, sebab waktu kejadian tu dorang dah habis membasuh pun. Mesti lama la si Diana tu dalam keadaan macam tu. Agaknya nak panggil pun for sure budak-budak ni tak dengar sebab pasang mp3 sikit punya kuat lepas tu berkaraoke pulak.

Mereka papah la si Diana ni ke bilik. Waktu tu si Mekti dah call family Diana suruh datang hostel ambik dia. Sebab antara kami, Mekti je ada contact no family Diana. Macam yang Mekti maklumkan, Diana ni anak sulung. Orang Utara juga tapi bukan dalam negeri yang sama tempat kami belajar. Family dia pun datang amik dia bawak balik ke rumah. 3 ari lepas kejadian kat toilet tu, kami dapat khabar berita, Diana dah meninggal dunia. 1 coursemate dia ada buat bacaan Yassin untuk dia.

Sehari lepas tu, ramai yang pakat-pakat balik kampung sebab cuti seminggu. Jadi sebelum cuti, ramai yang dah pakat skip kelas sebab tak sabar nak balik kampung, termasuklah mekza, mekdah dan budak-budak lain 1 aras aku. Kalau tak silap tinggal aku dengan mas je kot aras aku waktu tu. Mas tu coursemate aku. Ala roomate Mekdah tu. Aku pulak jenis pantang cuti bergegas je aku nak shoot balik KL. Tapi memandangkan esok (hari terakhir sebelum bermulanya cuti),  lecturer aku buat quiz, makanya aku batalkan hasrat aku. Ada jugak kadang-kadang lecturer nak pedajal student bagi quiz sebelum cuti. Takut orang tak mai kelas dia da.

Malam tu Mas da shoot lepak bilik member dia. Yang aku pulak duk study kat luar dengan member aku. Lepas study, member aku tu gatal g ajak makan kat luar hostel. Menonong jela aku ikot dia, tak pikir apa pun. Balik ke hostel dalam pukul 11.30mlm. Masuk je kawasan parking blok baru aku teringat something. Damn! Aku baru teringat yang aku sorang-sorang kat aras aku tu. Aku patahkan niat aku untuk balik ke bilik. Sebab aku sedar kalau aku balik bilik, aku keseorangan. Dan lagi, 'jiran' aku baru meninggal semalam. Mana mungkin aku seberani tu nak balik ke bilik sorang diri. Lantas aku terfikir nak lepak bilik Nurul malam tu, coursemate aku di tingkat 3, blok yang sama tapi wing berlainan.

Jadinya, masa aku nak keluar kereta aku da rasa tak sedap. Aku ni,alhamdulillah 'hijab' tertutup, tapi instict aku memang boleh rasa. Kalau aku cakap ada tu, memang ada. Masa kat parking aku da rasa lain macam, keluar kereta lagi la aku rasa berat kiri dan kanan aku. Tutup pintu kereta. Nak ke belakang kereta untuk ambik laptop dan notes, aku tak mampu untuk menoleh. Memang berat nauzubillah kiri dan kanan aku. Aku undur kan diri aku ke belakang (jalan mengundur). Capai segala benda yang aku boleh capai. Lock kereta dan aku terus menuju ke blok dengan berlari-lari anak. Blok dengan parking bukan jauh mana. Memang betul-betul depan je. Tapi nak sampai ke blok aku rasa jauh tak hengat. "Allah. Beratnya. Tolong jangan kacau aku.." aku cakap dalam hati. Peluh jantan aku dah menjejeh macam apa je. Aku kuatkan hati dan teruskan niat dengan lalu tingkat bawah. Sunyi. Memang ramai student dah balik. Sampai je tangga nak naik, baru aku boleh berlari. Sampai tingkat 3, bilik Nurul terbukak. Depa tengah study sambil-sambil layan movie. Aku apa lagi, campak segala benda ada kat tangan termasuk laptop aku ke dalam bilik Nurul. Terkejut si Nurul dengan kawan-kawan dia. Tapi aku tak masuk. Sebab aku teringat pesan abah. Kalau ada yang 'tak kena' sebelum masuk rumah, ludah sebelah kiri. Tinggal kan 'dia' kat situ. Aku pun ludah sebelah kiri, luar bilik Nurul. Habis ludah, aku terus ke toilet. Nak basuh kaki dan muka. Sampai toilet, aku baru tersedar aku terkencing sikit dalam seluar baq hang! Haahhaahhahahahahahahahhahahahaha!! Haaaaa macam tu la penangan 'benda' mengikut. After that, alhamdulillah..baru rasa 'ringan' sikit. Malam tu aku tidur bilik Nurul. Pagi baru berani balik bilik sendiri.

Naik cuti, tiba-tiba Mekza bagitau ada sorang budak meninggal dunia, course lain dari aku dan mekza. Perempuan. Katanya sakit. Budak hostel sebelah. Mekza sendiri pun tak pasti. Sebab tak kenal. Tapi memang betul ada budak meninggal dunia. Kecoh masa tu.

Haaa bila aku pikir-pikir balik. Ngam 3 orang. Dalam waktu terdekat pulak tu. Teringat kata-kata 'Yan'. Aku sendiri pun tak pasti ada ke tak perkaitan antara cerita yang terjadi dengan cerita urban legend 'perjanjian dengan penduduk asal'. Mungkin kebetulan je kot. Entah la. Wallahualam.

*Semoga roh mereka yang dah meninggal dunia dalam kisah ni di tempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah. Aamiin.

TAMAT


Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 04:05 PM | Show all posts
schha replied at 6-1-2016 03:44 PM
............SAMBUNGAN KISAH SURATAN ATAU KEBETULAN??.........................

2/3 hari lepas kisa ...

Innalillah....sampai 3 org meninggal...kisah ni thn bila?skang mcm mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2016 04:10 PM | Show all posts
Nota Kaki kisah SURATAN ATAU KEBETULAN??

Untuk makluman, nama-nama watak dalam kisah ni bukan nama sebenar. Aku nak nyatakan kat sini, dalam kisah ni benda yang aku alami depan mata sendiri hanyalah ternampak polis dan dan kon-kon polis di kawasan cerun, kejadian ustaz 'bersihkan' aras dan kejadian kat parking kereta. Itu sahaja. Yang lain-lain memang diceritakan semula oleh sumber-sumber sekeliling aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2016 04:14 PM | Show all posts
andaman replied at 6-1-2016 04:05 PM
Innalillah....sampai 3 org meninggal...kisah ni thn bila?skang mcm mana?

Seperti yang saya maklumkan di awal kisah suratan atau kebetulan ni, kejadian berlaku lebih kurg tahun 2009/2010. Saya pun tak berapa ingat sangat. Payah nak recall sebab benda dah lama. Yang pasti waktu tu saya sem 3-4 la camtu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2016 04:16 PM | Show all posts
Kisah zaman-zaman U ni tak abes lagi tau..nanti kita story-story lagi ok
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 04:16 PM | Show all posts
Innalillah, takziah, sedihnya kisah diana dan arwah yg terkorban tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
andaman replied at 6-1-2016 07:29 AM
kalo ko pakai chrome, kat atas kanan ada gambar star..kelik je kt situ, save kt bookmark

Kalau guna handphone lak camne nak bookmark ye?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 04:27 PM | Show all posts
tsui87 replied at 6-1-2016 04:21 PM
Kalau guna handphone lak camne nak bookmark ye?

depends on phone kot.mcm phone aku sony,right click ada tempat utk save bookmark

ramai gigih nk bookmark topic ni hihihih
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
andaman replied at 6-1-2016 08:27 AM
depends on phone kot.mcm phone aku sony,right click ada tempat utk save bookmark

ramai gigih nk ...

Ok thanks
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 04:39 PM | Show all posts
Takziah pd yg meninggal..innalillahi wainna ilaihi raajiun..
Jelas benda tu tuntut janji...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2016 06:03 PM | Show all posts
innalillahi wir. semoga roh mereka dicucuri rahmat dah ditempatkan di kalangan org beriman.
kalaulah btl uni di sempadan bkt kayu hitam samelah uni kite tt hehe .
apepon cite tt best kipidap .
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Cite lah lagi sha..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2016 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 6-1-2016 09:06 PM
aynadys replied at 6-1-2016 06:03 PM
innalillahi wir. semoga roh mereka dicucuri rahmat dah ditempatkan di kalangan org beriman.
kalaula ...


Hehehehhe tq dear for reading. Tapi saya tetap dengan pendirian tidak akan bagi clue langsung untuk mengelakkan sebarang spekulasi negatif tentang tempat kejadian. Minta maaf ye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2016 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
4. ADA APA DENGAN RUMAH SEWA?

Aku stay 1 bilik dengan Mekza sampai la dia sem 6. Course Mekza cuma 3thn, course aku pulak kena hadap 4 thn. Alhamdulillah..sepanjang 3 thn tu jodoh kami kuat untuk bersama sebagai roomate. Aku pun senang dengan Mekza ni. Kami mengamalkan dasar bertolak ansur. Sebab tu kekal lama kot. Seingat aku, sekali je aku 'merajuk' dengan Mekza. Tapi tak lama. Cepat je baik. Mekza ni pulak aku gambarkan sebagai seorang gadis kampung yang baik. Katanya,dia orang susah. Aku pun banyak belajar pasal kehidupan ni dengan Mekza. Senang cerita,aku beruntung dapat roomate sebaik dia. Sampai sekarang la masih contact. Tahun lepas aku ziarah dia di Terengganu.

Nak jadikan cerita, waktu Mekza dah habis belajar aku jadi kosong. Cewahhh. Eh tapi memang betul pun. Waktu ari pertama masuk sem 7, aku cakap ke tunang aku (sekarang suami) yang aku tak sedap hati. Masa tu dia yang hantar aku balik U. Aku pulak dapat tahu yang aku ditempatkan hostel dalam kampus. Roomate pulak sorang budak coursemate aku yang aku tak ngam. Bukan aku sorang je,ramai yang tak ok dengan dia. Dia pulak jenis tak banyak kawan. Pada pandangan aku,dia ni agak sombong sikit. Ahhhh lagi la aku tak syok nak meneruskan kehidupan kat situ. Lama aku duduk di parking. Nak masuk ke tak. Masuk. Taknak. Masuk. Sudahnya aku rasa nak menangis je. Perasaan jadi gundah gulana. Yela kau nak hadap situasi tak syok kau tu selama setahun lagi. Mampu ke?? Tunang aku pun duk la pujuk aku suruh tabahkan hati. Lama-lama nanti biasa la,katanya. Memikirkan aku pun dah sampai situ dan takde tempat lain nak tuju, akhirnya aku akur. Tunang tolong punggah barang dalam kereta dan aku bawa naik ke atas.
Roomate baru aku ni nama dia Fika (bukan nama sebenar). Waktu aku punggah barang, aku dah nampak barang Fika ada,tapi dianya takde. Merayap ke mana tah. 5 hari aku duduk dengan fika, memang aku tak serasi langsung. Bukan aku tak cuba untuk serasikan hubungan aku dengan dia, aku dah cuba. Bila aku ajak nak berborak,sepatah aku tanya,sepatah dia jawab. Macam tak berminat nak berborak dengan aku. Banyak habiskan masa dengan baca novel omputeh dia tu. Ahhh lantak kau la. Aku pun sepanjang beberapa hari banyak merayap bilik orang lain. Kadang aku ada juga pergi bilik Mas. Mas pun ada roomate baru. Tapi budak junior..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.435161 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list