|
Author |
Post time 24-12-2015 10:59 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kisah 10: Alang
Keluarga kami ada 7 orang. Ayah mama. Along,alang,angah,aku,achik. Kami lima beradik memang rapat. Kalau bergaduh pun pasal kes budak2. Kiranya keluarga kami sangat bahagia sampailah....
Abang aku Alang ada masalah sikit. Dia lembab masuk sekolah khas. Lepas habis belajar dia terus kerja kilang. Kerja rajin takde nak cilok2. Malah duit gaji dia semua bagi kat Mama. Kalau dia nak belanja dia mintaklah. Mama pun takde guna duit dia. Kira nya aku rasa Alang anak yang paling baik di antara kami.
Masa ni aku dah masuk U. Tiba2 Along terbukak cerita dekat aku. Dia kata Alang nak pinjam duit dekat dia RM25000.
Fuhhhh RM25000??? Apa yang Alang nak buat?
Along hanya angkat bahu. Bila di tanya nak buat apa dia hanya membisu. Memang Along ada duit simpanan dan memang dia boleh bagi. Tapi nak juga dia tahu apa yang budak tu nak buat.
Seminggu lepas tu Mama ajak kami berjumpa di rumah Mama. Mama cakap ada mesyuarat tergempar. Nasib baik time ni aku tengah cuti sem so dapatlah aku join sekali.
Rupanya mesyuarat kali ni pasal Alang. Mama cerita yang Alang nak pinjam duit kat Mama RM 25000. Along pun buka lah story kata Alang ada nak pinjam juga. Semua kat situ mula ber fikir kenapa Alang nak duit banyak tu...
#1 Achik
Disebabkan hanya Achik dan Alang yang tinggal dengan Mama dan Ayah. Maka sudah tentu Achik sangat rapat dengan Alang. Berikut merupakan perangai Alang yang tiba2 berubah....
1 - Alang jadi pendiam gila
2- Alang makin kuat main wechat kalau tengok gaya dia macam tengah bercinta.
3- Alang kuat makan sekali makan 5 pinggan tapi badan macam tu je melidi.
4- Alang dah tak bagi duit gaji dekat Mama untuk mama simpankan. Malah dia pula yang minta kat Ayah duit belanja.
5- Menurut Achik dalam almari Alang ada kain hitam panjang. Bila Achik usik Alang terus mengamuk. Terus Achik tak berani nak sentuh dah.
Selepas Ayah teliti semua keterangan Achik maka Ayah sebagai ketua keluarga memberi kata putus....
"Something wrong with Alang. Kita kena bawa dia pergi berubat" Ayah.
Berubat? Tapi macam mana? Nak ke Alang Tu?
>>>>>>>>> Part 2 <<<<<<<<<<< |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sambung lagi TT. Tak sabar aku nak baca. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana tt nih???? |
|
|
|
|
|
|
|
Haha best cerita tt..taip2 lagi teruskan |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-12-2015 09:19 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kisah 10 : Alang /2
Oleh sebab kami takut Alang dapat tahu yang kami nak bawa dia pergi berubat. Maka kami pun cakaplah nak balik kampung. Alang pun kata lah nak ikut. Okay jadi kiranya plan kami hampir jadi.
Sebelum balik kampung, memang aku perhatikan Alang macam tengah bercinta. So aku pun cubalah korek dari Alang...
Me : Alang ni senyum2 ada awek lah tuuuuu
Alang : Mana ada Alang takde teman wanita lahhhh.
Me : Yelah tu
Alang : Yelah2 ada. Alang nak kahwin dengan dia tapi dia minta hantaran RM 25000. Along takde Mama pun takde. Dengan penuh lurus Alang jawab.
WTF... Lepas aku dapat tahu terus aku bagitau Mama. Tapi kami buat keputusan untuk tunggu dulu. Kena bawa dia pergi berubat duluuu. Kalau kami tanya dia awal2 kang merajuk pulak.
Barang semua pun packed. Kami gerak malam. Tiba2 Alang kata dia tak nak ikut. Sudah asal pula dengan Alang ni. Puas kami pujuk. Tapi Alang tetap dengan keputusan nya.
Mama : Alang hari tu kan Alang nak pinjam kat Mama RM 25000 kan. Ni yang nak balik kampung ni Mama nak pinjam dekat Atuk kamu. Kalau kamu tak nak ikut takpelah....
Lepas Mama cakap macam tu baru si Alang nak ikut. Aku pandang Mama. Mama kenyit mata kat aku fuhhh pandai Mama ^_^.
Sampai rumah Atuk jam dah tunjuk pukul 5 pagi. Kami semua keluarlah dari kereta berebut nak salam Atuk.
Angah : Aik mana Alang?
Semua pusing kepala kat kereta. Sudah apahal dengan Alang ni?
Me : Alang keluarlah kenapa duduk dalam kereta tu?
Alang : Korang semua tipu aku. Korang nak bawak aku pi berubat kan?.
Semua terkejut. Macam mana dia tahu. Tapi semua geleng kepala.
Atuk keluar. "Zul mai sini mai" Atuk mula panggil dia. "Tak nak Zul tak nak semua penipu".
Tiba2 Panggg Atuk tampar Alang terus pengsan terus. Walaupun Atuk dah tua tapi Atuk ada jirus kung fu memang hebat.
Atuk arahkan Alang di baringkan di ruang tamu.
Atuk : Dah teruk si Zul ni
Ayah : Kenapa ayah ?
Atuk : Ada orang sihir dia....
Ayah terus geleng kepala. Lahanat mana lah yang dah sihir si Alang. Alang bukan nya jenis kaki gaduh. Kalau orang ejek dia pun dia diam je.
Atuk : Telefon dia mana?
Achik : Ada dalam poket seluar dia
Atuk : Ambik telefon dia tu.
Achik ambilkan. Baru nak bukak sudah ada password. Mujur Achik ada dia tahu password telefon Alang. Tapi yang aneh ya nama password tu
A.N.I.T.A.
Anita? Siapa Anita ? Artis? Tapi Alang suka Nora Danish aduuuuuuu
Atuk: Anita ni punca Alang kamu macam ni... Nanti Atuk panggil kawan Atuk.
Semua terdiam. Kami berharap malam cepat menjelma. Supaya kami tahu siapa Anita......
>>>>>3<<<<<< |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-12-2015 09:20 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sorey semua penyakit M datang.... Aku akan habiskan siri Alang ni sebelum pukul 12.00 nanti thank you kerana sudi baca story aku |
|
|
|
|
|
|
|
memang harmoni sgt family tt, siap meeting dan sebulat suara lagi.
waiting part 2 - Alang ---> nama aku anak buah panggil jugak tu
|
|
|
|
|
|
|
|
zira_blackjack replied at 24-12-2015 09:19 PM
Kisah 10 : Alang /2
Oleh sebab kami takut Alang dapat tahu yang kami nak bawa dia pergi berubat. ...
Zul ke??macam nama aku tp aku ni bagus dan tak hensem memang takde orang nak sihir ni hihi syukur |
|
|
|
|
|
|
|
Best kisah2 ko ni...sila sambung |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-12-2015 12:17 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kisah : 10/3 : Alang..........
Tengah hari baru Alang terjaga. Atuk dah bagi tugas kat kami siap2.
Along- Pintu dapur
Aku Angah - Pintu Lama
Ayah,Atuk- Pintu Baru
Alang sedar2 terus mintak Telefon dia. Achik bagi. Elok terus perangai. Baring je. Solat tak apa tak. Tapi Atuk suruh biarkan je.
Malam....
Tepat jam 9.30 malam. Muncul seorang lelaki di muka pintu. Lelaki itu bersalaman dengan Atuk. Sambil menepuk-nepuk bahu masing2 lagaknya macam nak pergi haji.
Lelaki itu mendekati Alang yang sedang leka dengan telefon pintar.
Lelaki: Asalamualaikum
Alang: .......
Melihat Alang hanya membatukan diri. Ayah terus merampas telefon Alang.
Alang : Lahabau bagilah balik !
Oleh kerana Ayah tak menyangka Alang sekurang ajar itu lalu Ayah terus menempeleng nya.
Alang terduduk. Lelaki itu cuba meredakan keadaaan. Haihh belum apa2 lagi dah jadi macam2.
Lelaki itu (Pak Mat) duduk di depan Alang.
Di usap2nya kepala Alang.
Pak Mat : Kenapa Zul ? Cuba cerita dekat Pak Mat
Alang yang berasa mendapat kasih sayang akhirnya membuka mulut....
Kisah Alang....
Ada budak perempuan baru berkerja di kilang tu. Satu kilang ( sebenarnya yang lelaki je) heboh dengan Anita. Bagi mereka Anita sangat Cun,Lawa,Mantop dan bla3. Tapi berlainan dengan Alang yang selama ini memang tak ambil port pasal perempuan. Tambahan pula Anita tak bertudung dan agak liar. Berlainan dengan ciri2 yang Alang nak. Meskipun otak Alang agak shock. Tapi Alang juga punya ciri2 impian nya.
Suatu hari tengah Alang melantak di kantin Anita tiba2 menyapanya. Tapi Alang buat dek je. Tak berapa layan Si Anita tu. Semenjak tu Anita selalu muncul depan Alang. Ajak keluar makan lah, pergi tengok wayang lah. Tapi semua tu Alang tolak mentah2. Tambahan pula Alang tak pernah keluar dengan perempuan. Kalau keluar pun dengan aku dan Mama.
Suatu hari Anita bawa Ikan Merah masak sambal untuk Alang. Anita kata dia masak sendiri. Sebab Alang rasa kesian Alang pun makanlah ikan tu. Lepas makan Alang pandai Anita. Lama2 dia rasa Anita ni cantik gila. Lepastu dia rasa sayang dekat Anita.
Semenjak tu lah Alang mula berubah. Duit gaji dia semua bagi dekat Anita. Dia belikan baju, kasut, makeup. Kiranya duit gaji dia habis dekat Anita.
Malah dia juga senyap2 ambil duit Simpanan selama 4 tahun dia kerja sebanyak RM 12000. Sebabnya Anita nak ambil kereta. Kereta tu pun bulan2 Alang yang bayar. Bukannya Anita.
1 bulan lepas Anita kata dia nak RM 25000. Alang cakaplah dia takde duit banyak tu. Anita ugut Alang kalau Alang tak dapat sediakan RM 25000 Anita akan tinggalkan Alang. Sebab itu lah otak Alang kusut memikirkan mana nak cari duit banyak itu. Dia tak nak Anita tinggalkan dia.....
End.....
Pak Mat mengurut-urut misai nya. Atuk pula geleng2 kepala. Ayah pula tertunduk. Mama pula aku lihat macam ada asap keluar dari kepala Mama. Tapi aku hanya mendiamkan diri. Diam itu lebih baik bukan?
"Lahabau punya perempuan !" tiba2 Ayah mengamuk sakan. Ayah mana yang tak mengamuk bila anak nya kena guna2?
Akhirnya Pak Mat memulakan sesi 'pembersihan'. Alang di suruh duduk depan Pak Mat. Mulut Pak Mat mula terkumat kami membaca sesuatu. Aku dan Achik berpegangan tangan. Along sedia di muka pintu takut Alang nak berlari keluar. Tiba2
Pak Mat menumbuk perut Alang. Serentak dengan itu Pak Mat termuntah. Dan yang membuat aku hampir pengsan bila Pak Mat muntahkan Paku yang dah berkarat dan sebungkus kain hitam.
Sejurus Pak Mat muntah Alang pengsan. Pak Mat merenjis renjis air ke muka Alang sampai berzikir. "Biarkan Zul ni tidur dulu. Bagi dia rehat dulu".
Oleh kerana sifat ingin tahu yang sangat tinggi maka semua sekali mengelilingi Pak Mat. Pak Mat membuka kain hitam tersebut...
-ada rambut
-ada jarum
-ada belalang yang dah mati
-paku karat
-cebisan kecil kain warna kuning
- kain tu berbau darah
Pak Mat mengatakan sebaiknya Alang berhenti kerja kat tempat tu. Malah kena delete contact Alang dengan Anita. Manakala bungkusan tu di balut dengan kain putih dan dibuang ke laut...
The End......
Selepas kejadian itu Mama paksa Alang delete semua wechat,whatsapp,fb,Twitter hatta ig Anita. Malah Mama sanggup berhabis duit untuk membelikan telefon baru untuk Alang. Alang juga memberi surat berhenti 24 jam. Manakala Anita pula terus menghilangkan diri selepas rahsianya di bongkar. Namun kereta itu berjaya di dapatkan semula kerana Mama buat report polis. Tahu2 besok pagi kereta tu dah ada siap dengan kunci sekali. Anita pula terus menghilangkan diri......
"Siapa yang menggunakan ilmu hitam adalah orang syaitan dan merupakan orang Rothschild kerana mereka adalah penyembah syaitan" - Fritz Springmeier, 2003
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-12-2015 12:19 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
doubleA replied at 24-12-2015 09:22 PM
memang harmoni sgt family tt, siap meeting dan sebulat suara lagi.
waiting part 2 - Alang ---> ...
Sebab kami semua tak nak melawan cakap mama Kang mengamuk kanggg heheheheheh |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-12-2015 12:21 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
zulzaria replied at 24-12-2015 09:34 PM
Zul ke??macam nama aku tp aku ni bagus dan tak hensem memang takde orang nak sihir ni hihi syukur
Abang aku pun tak hensem hahahaha dah nasib dia |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-12-2015 12:22 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Trimas sebab sudi baca cerita aku |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih TT kerana memberikan cerita yang bagus...baru ada rasa nyawa skit MPS ni. Saya nak bercerita pon ...satu pon xde kisah yg boleh dishare. |
|
|
|
|
|
|
|
zira_blackjack replied at 24-12-2015 08:37 AM
Kisah 8 : Amir /2
10 tahun pun berlalu.....
Misteri btol crite amir ni ea... |
|
|
|
|
|
|
|
zira_blackjack replied at 25-12-2015 12:17 AM
Kisah : 10/3 : Alang..........
Tengah hari baru Alang terjaga. Atuk dah bagi tugas kat kami siap2 ...
Kesian alang...ada jgak orang yg sggup guna2kan utk kpentingan dri sendri...mmg haram.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-12-2015 07:43 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kisah 11: Rumah Sewa
Setelah hampir seminggu Cari rumah sewa akhirnya aku berjaya dapatkan rumah sewa yang dekat dengan tempat kerja aku malah sewa rumah nya hanya RM 100 je tip toppop. Rumah ni 2 tingkat. Ada 4 bilik 2 bilik air. Memang cun. Malah aku masuk2 rumah tu pun elok je bersih. Habuk haram takde. Sawang apatah lagi so persepsi aku adalah Tuan Rumah ni memang rajin.
So aku dengan Ash pun mula lah nak pindah kan barang. Ala barangnya simple je. Aku angkut barang dari rumah aku. Manakala barang2 seperti katil, almari meja solek semua aku pau Along. Yelah aku baru nak start kerja. Duit mana ada. Mencuka wajah Along masa bayar tapi nak buat macam mana aku kan adik dia huhuhuhu.
Lepas aku dan Ash angkut barang2. Kami pun mengadakan sedikit perbincangan...
Me : Weh tak kan kita dua je yang nak menghuni rumah ni?
Ash : Ikut kau lah. Tapi kalau boleh aku nak geng kita je.
Me : Okay kita ambil lagi 3 orang. Ofcuz seorang bayar RM 20 je hehehe.
Ash : Tapi kan Zira aku peliklah...
Me : Asal ?
Ash : Sewa rumah ni macam murah sangat. Walhah ni kan Selangor paling kurang RM 600 kau tak rasa pelik ke?
Me : Ish kau ni. Dan namanya rezeki. Rezeki jangan di tolak okayyyyy.
So aku pun ajak lah Anis, Siti dan Nadia. Sudah tentu kami hanya ajak orang yang sekepala dengan aku dan Ash. Semua terus setuju bila aku kata RM 20 seorang. Bila ada yang komplen aku terus sangkal dengan hujah2 aku mengatakan tuan rumah tu baik, mungkin dia tak nak susah kan orang dan bla3. Bila diorang dengar hujah3 aku yang sangat bernas tu. Terus diorang mengangguk2 tanda setuju dengan aku....
First Night...
Oleh sebab keletihan yang melanda kami semua. Malm tu semua tidur awal. Aktiviti seperti menonton drama Korea, layan youtube, bergayut dengan pakwe dan melantak maggi di hentikan dengan serta merta. Semua mengheloh tak sedar diri. Lena di buai mimpi tapi tidak bagi aku dan Ash.....
( Penghuni Bilik )
Aku dan Ash bilik 1
Siti bilik 2
Nadia dan Tasha Bilik 3
Aku ingat Ash dah tidur rupanya tak lagi. Aku tengok dia main game sims kat komputer. Amboi minah ni senyap2 je. So aku pun join lah sekali. Berebut aku dengan Ash walaupun dah sah2 Lappy tu dia punya hehehehe.
Tengah berebut2 tu tiba2 dengar macam ada orang ketuk tingkap. 3 kali je lepastu senyap. Aku dengan Ash saling berpandangan.... Perasaan sesuatu mula mengusai diri aku dan Ash. Bulu2 roma mula menegak secara tiba2. Terus Ash offkan Lappy dan kami berdua terus tarik selimut sambil berpelukan.
Tengah terketar-ketar dalam selimut tiba2 kami berdua dengar bunyi tingkap di cakar. Panjang bunyi nya. Bunyi cakar mencakar terus berlaku.
PANGGGGGGGG.
Aku dan Ash terus melompat dari katil dan berlari keluar menuju ke ruang tamu. Tengok2 Siti,Nadia dan Tasha dah ada kat situ. Muka diorang semua pucat. Yang paling pucat muka Nadia.
Me: Lahabau asal tak panggil aku dengan Ash turun sekali
Nadia : Sssss orey Zira tttttt aaadi
Me : TADI APA MANGKUK !
Nadia : Tadi ada hantu uwaaaaaaa.......
Cerita Nadia.....
Tengah syok tidur tiba2 Nadia rasa macam ada orang pegang kaki dia. Dia kuis2 maklumlah mata mengantuk. Tapi kali ni makin Advance tangan tu pegang terus peha dia. Nadia dapat rasakan tangan tu berbulu dan serentak itu Nadia buka mata. Kelihatan Lembaga Bermata Merah menyerigai kepadanya. Nadia yang baru pertama kali dalam hidup nya menghadapi peristiwa puaka begini terus melompat dari katil dan berlari keluar. Tasha yang terkejut dengan tindakan refleks dan jeritan Nadia membuatkan dia mengikut Nadia berlari keluar walaupun tak tahu apa yang berlaku. Sekian.....
Me : Yang kau pulak Siti ?
Cerita Siti.....
Siti terus memanjat katilnya yang keras itu. Di tepuk2 nya bantal 2,3 kali. Dia menarik selimut. Baru je nak lelapkan mata tiba2 Siti rasa macam ada orang peluk dia. Siti pusing ke belakang. Lahhhh tengok Tasha rupanya. Tah bila lah Si Tasha ni masuk tak sedar pulak Siti. So sebab mata dah layu sangat Siti pun tidur jelah. Baru Siti lelapkan mata dengar suara Nadia terjerit. Siti pun berlarilah keluar. Tengok Tasha dan Nadia dah ada kat ruang tamu. Muka Nadia pucat.
Siti : Tasha tadi kau masuk bilik aku kan. Kau tidur dengan aku siap peluk aku lagi kan kan kan?
Tasha : Mana ada aku elok je tidur dengan Nadia ishhh.
Siti terdiam terus dia menceritakan segalan2nya kepada Tasha dan Nadia. Dan ketika itulah aku dan Ash turun.
Back To Reality
Wajah kesemua anak dara yang jelita itu pucat lesi.
Nadia : Macam mana ni weh ?
Ash : Apa kata kita keluar duduk kat Mamak kejap ke. Lagipun esok cuti amacam?
Cadangan bernas Ash di terima dengan kami sebulat suara. Mujurlah Tudung Siap Di Pakai kami campak kat ruang tamu. Walaupun Tasha ada niat nak naik atas sebab nak 'tatarias' tapi kami segera menghalang Tasha sebelum apa2 jadi.
Kesimpulannya adalah sangat tidak logik kalau aku dengan Ash tak dengar Siti dan Nadia menjerit melainkan telinga kami dah tuli.
Sambung Part 2 Hehehehehe |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-12-2015 07:46 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
espri6006 replied at 25-12-2015 12:41 AM
terima kasih TT kerana memberikan cerita yang bagus...baru ada rasa nyawa skit MPS ni. Saya nak berc ...
Thank u sebab sudi baca cerita aku. Kalau ada story boleh share
|
|
|
|
|
|
|
| |
|