|
[Kemaskini] Tahniah, Lee Chong Wei Juara Terbuka Hong Kong!
[Copy link]
|
|
terkejut besar aku bila pemain single wanita no1 dunia skg dtg dari sepanyol bkn china/korea
in future tak mustahil malaysia plak
BINATANG muda negara, Goh Jin Wei mencatat sejarah menjadi pemain perseorangan wanita pertama Malaysia muncul juara di Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Lima, Peru, awal pagi ini.
Jin Wei, 15, pemain ranking kelima remaja dunia itu menewaskan rakan senegara Lee Ying Ying yang tiga tahun lebih tua daripadanya, 21-15, 21-16 dalam masa 35 minit.
Kejayaan itu melengkapkan tahun cemerlang buat Jin Wei selepas menjadi pemain paling muda dalam skuad badminton negara di Sukan Sea Singapura, Jun lepas.
Di Singapura, Jin Wei yang berasal dari Pulau Pinang itu berjaya mara ke peringkat separuh akhir acara perseorangan, selain membantu skuad negara mara ke final acara berpasukan wanita.
Jin Wei, pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Hartamas, di sini mula diserapkan dalam skuad pelapis kebangsaan pada akhir tahun lepas dan dilatih bekas pemain negara yang juga bekas jurulatih perseorangan wanita Indonesia, Wong Tat Meng serta Rony Agustinus.
Kali terakhir Malaysia muncul juara di Kejohanan Remaja Dunia adalah pada 2011 apabila Zulfadli Zulkiffli dan pasangan Nelson Heg Wei Keat/Teo Ee Yi, masing-masing merangkul gelaran perseorangan dan beregu lelaki.
Sementara itu, pemain Taiwan, Lu Chia Hung muncul juara perseorangan lelaki selepas bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menang 17-21, 21-10, 21-7 ke atas Siril Verma dari India dalam masa 50 minit. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya bro....Goh tu boleh menjadi harapan Olimpik kita kalau dia diberikan latihan dan pertolongan oleh BAM.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sejak follow LCW lebih kurang 10 tahun yang lalu, LCW telah mengalami kebangkitan yang besar sebanyak 3 kali
Kebangkitan pertama :
setelah dikalahkan dengan teruk di final olimpik beijing pada tahun 2008 , LCW bersama Datuk Misbun Sidek berganding tenaga melakukan latihan fizikal yang keras. Datuk Misbun mengeluarkan kenyataan , saya akan "mendera LCW dengan latihan keras berganda" . LCW kata dia sanggup ...
antara berita pada waktu itu - BAKAL Datuk, Lee Chong Wei tidak akan menerima layanan VIP di gelanggang badminton sebaliknya bakal berdepan latihan fizikal keras mulai Isnin ini dalam misi mempertahankan kejuaraan Terbuka Jepun yang akan berlangsung bulan depan.
Jurulatihnya, Misbun Sidek berkata Chong Wei akan menjalani latihan fizikal berganda bagi menyeimbang kekuatan fizikal Lin Dan dari China yang menewaskannya pada perlawanan akhir perseorangan lelaki di Sukan Olimpik XXIX di Beijing minggu lalu. Pada pengamatannya, Chong Wei yang akan bergelar Datuk pada Sabtu depan, tewas kepada Lin Dan kerana kekuatan fizikal Lin Dan. "Di luar, dia bergelar Datuk tetapi dalam gelanggang, saya jurulatihnya.
LCW telah berjaya memperkuatkan fizikal dirinya , muncul dalam keadaan terkuat dan terbaik dalam Terbuka Indonesia pada tahun 2009 , keadaan LCW ketika itu mengejutkan seluruh pasukan jurulatih China , mereka tanpa segan silu terus memasang 4 buah kamera video di ke empat-empat penjuru gelanggang , semua yang ada di stadium Istora Senayan dapat tengok "LCW yang baru" pada waktu itu .lama-kelamaan setelah dianalisis, pasukan video China dapat mencari kekuatan dan kelemahan LCW seteruskan mendapat 'formula' untuk menewaskan LCW . Rexy Minaky pernah menyarankan BAM supaya mengeluarkan bajet untuk pasukan khas seperti China bagi menganalisis kekuatan dan kelemahan lawan, tetapi BAM kata tak ada bajet. Sama juga dengan bantuan pakar Physikologi, BAM berdolak dalih , akhirnya pakar psikologi dari UM membuka mulut - BAM nak khidmat kami secara percuma , tetapi tidak mahu membayar
Kebangkitan Kedua :
Datuk Lee Chong Wei terduduk menangis sejurus disahkan tidak dapat meneruskan kempen badminton Piala Thomas dan terpaksa menyerah kalah kepada Peter Hoeg Gade dalam aksi Kumpulan C semalam.
Banyak yang bermain di fikirannya apabila melihat buku lalinya semakin membengkak.
Kesakitan dan kesedihan akibat tidak dapat meneruskan permainan mendorong lelaki kelahiran Pulau Pinang berusia 29 tahun itu mengalirkan air mata.
Namun, jurulatihnya, Tey Seu Bock mendedahkan, kesedihan Chong Wei sebenarnya lebih kerana terlalu bimbang akan nasibnya menjelang Sukan Olimpik di London, 27 Julai ini.
Malah, Seu Bock sendiri mengakui, perkara pertama yang bermain di fikirannya ketika melihat anak didiknya itu terduduk di belakang gelanggang, sejauh mana kecederaan yang dialami.
Apatah lagi selepas melihat buku lali Chong Wei kian membengkak akibat terseliuh ketika cuba mengangkat hantaran Gade.
Setelah mengalami Kecederaan yang teruk , LCW bekerja keras dari segi mental dan fizikal untuk terus pulih dan meneruskan perjuangan . tidak ramai pemain yang dapat bangkit daripada kecederaan serius dan kembali menjadi antara pemain terbaik dunia
Kebangkitan ketiga :
setelah habis menjalani penggantugan, LCW menghadapi krisis keyakinan dengan tewas awal pada 3 kejohanan iaitu SS dan GP gold , sebelum Terbuka China , saya melihat aksi Chen Long di hampir semua kejohanan yang dia sertai, saya berpendapat Chen Long adalah pemain terbaik dunia ketika itu dan tiada pemain lain yang mampu mengalahkan Chen Long termasuk Lin Dan .point terkumpul dalam Ranking Dunia Chen Long 101k , jauh meninggalkan pemain no 2 dunia , JOJ - 76k , dan Lin Dan 73k . Sebelum perlawanan LCW melawan LD atau CL , saya rasa kalau LCW dapat heret LD atau CL ke rubber game pun dah kira satu kejayaan buat LCW buat masa ini . tengok-tengok kedua-duanya dapat ditewaskan oleh LCW . ternyata LCW mampu kembali ke keadaan fizikal terbaik , malah teknik,skil dan tipu helahnya makin bertambah. China tidak akan berdiam diri dalam hal ini, mereka akan mengkaji,menganalisis teknik terbaru LCW ini , tambahan pula stadium mereka lengkap, ada berpuluh kamera video disegenap sudut, jadi analisis lengkap dapat dilakukan dengan mudah , contoh - berapa saat yang tepat LCW berlari dari belakang ke net , berapa kelajuan tepat smash LCW , berapa sudut shuttle drop depan net .
BAM, Kementerian Belia dan Sukan dan Kerajaan Malaysia perlu memberi bantuan maksima kepada LCW sebagaimana China pernah memberi bajet khas kepada LD iaitu seramai 18 orang pakar segala bidang khusus untuk projek olimpik beijing , kenapa kita tidak mahu keluarkan bajet yang sama kepada satu-satunya potensi selain pandelela untuk kita meraih pingat emas di olimpik ?
kejohanan terbuka China ini adalah SS Primer,bukan SS biasa , boleh dianggap setaraf 'grand slam' dalam sukan tenis
dengan kemenangan itu,maka lengkap sudah lah kejuaraan SS Primer buat Datuk LCW..menang terbuka China buat kali pertama boleh menjadi satu lonjakan semangat baru dan boleh menambah kekuatan mental buat LCW setelah ditipu terang-terangan pada final terbuka China 2007 oleh penjaga garisan ketika menentang Bao Chun Lai .
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
taniyah LCW
wp x menang tournmt hebat OG ngn title WC tp LCW tetap hebakkk
bukan senang nak main tournmt yg byk n menang yg byk dlm tournmt yg disertai
LD pon pilih2 tournmt jer....tu pon ade yg kalah wp bukan ngn pemain hebat
kalu prasan LD lg byk kalah ngn pemain x ternama dr kalah ngn LCW
umpama, biar kalah dgn pemain lain, jgn kalah ngn LCW |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ambok at 23-11-2015 11:17 AM
dalam buku ini LCW ada menceritakan antara watak utama kejayaan dia adalah Datuk Misbun Sidek
pada usia remajanya, Misbun dah tengok bakat besar yang ada pada dirinya
LCW kata - Saya masih ingat pada ketika itu , disatu sudut, disatu ruang di Stadium Badminton Cheras , Misbun tanya "Chong Wei, apa you mahu ?"
LCW - " Coach ...saya mahu jadi world best player"
Misbun - "ok , kamu berilah kepada saya seluruh tenaga kamu, saya akan latih kamu"
disebalik kejayaan besar LCW, tidak ramai yang tahu dia berlatih sekurang-kurangnya minima 13 jam sehari , tidak ada seorang pemain lain yang sampai ke court latihan seawal pukul 6.30 pagi kecuali Datuk LCW .
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah datok atas kejayaan |
|
|
|
|
|
|
|
BINATANG muda negara, Goh Jin Wei mencatat sejarah menjadi pemain perseorangan wanita pertama Malaysia muncul juara di Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Lima, Peru, awal pagi ini.
Binatang!!!! hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
3 kejohanan - 400k
Tahniah Datuk
Jaga kesihatan & keselamatan diri baik2 |
|
|
|
|
|
|
|
400 k tu dpt bersih kat datuk ke |
|
|
|
|
|
|
|
MissNigga replied at 24-11-2015 06:22 AM
BINATANG muda negara, Goh Jin Wei mencatat sejarah menjadi pemain perseorangan wanita pertama Mala ...
wakakaka...kesian muda2 dah diejek binatang |
|
|
|
|
|
|
|
ambok replied at 23-11-2015 11:15 AM
dalam buku ini LCW ada menceritakan antara watak utama kejayaan dia adalah Datuk Misbun Sidek
...
yg kutuk2 lcw tu korang sanggup train 13 jam sehari?? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau mereka sanggup berlatih 13 jam sehari pun tak boleh sama tahap dengan Datuk LCW
kerana "bakat istimewa Datuk LCW" tu sangat susah nak cari
kalau player melayu kita lagilah, ada sebahagian player melayu kita ada bakat walaupun tak sehebat bakat Datuk LCW , tapi mereka ada bakat, pernah keluar dari mulut coach kita ada yang sanggup ponteng latihan kerana nak tengok wayang dengan awek , Rexy Minaky sendiri pernah menamakan pemain melayu kita yang malas untuk ke Gym , marah sungguh rexy ituhari
|
|
|
|
|
|
|
|
benda ni bkn jd kat badminton je tp sukan lain pun sama...dah wakil negara/negeri mula laa lupa diri...penyakit malas melanda..seolah2 target dorang takat wakil negara je
|
|
|
|
|
|
|
|
SEPANG: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei tidak mahu berasa terlalu selesa selepas menjuarai dua kejohanan terakhir disertainya tahun ini di Siri Super Terbuka China dan Hong Kong.
Walaupun berpuas hati dengan kejayaannya itu, Chong Wei mengakui bukan mudah untuk kembali ke kelompok enam pemain terbaik dunia dalam tempoh enam bulan selepas bebas daripada penggantungannya Mei lepas.
Ini berikutan rankingnya merudum dan terkeluar daripada 100 pemain terbaik dunia sewaktu penggantungan lapan bulan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana gagal dalam ujian doping.
"Saya tidak sangka cepat kembali untuk berada di tahap ini. Memang saya tidak pernah putus asa. Sebelum ini prestasi saya menurun ketika di Terbuka Jepun, saya sangat tertekan...ada masa saya begitu kecewa.
"Bila saya kalah, orang suruh saya bersara, bila menang mereka puji...saya positif dengan semua komen...yang penting saya tidak akan berhenti mencuba.
"Hanya saya seorang sahaja merasai tekanan ini, tapi saya tidak akan berhenti mencuba," katanya kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu.
Chong Wei berkata kemenangan di Terbuka China adalah kejayaan bermakna dalam kariernya selepas pernah menjuarai 12 Siri Super.
"Menang Terbuka China, memang salah satu impian saya. Saya sangat berpuas hati akhirnya berjaya meraih kejuaraan itu pada penampilan terakhir sebelum bersara nanti.
"Memang sasaran saya adalah untuk layak ke Sukan Olimpik. Sekarang peluang ke Olimpik sudah selesa, saya harap ranking saya naik kepada kedudukan keempat dunia," katanya.
Chong Wei berkata beliau dan barisan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu melakukan strategi dan program baharu bagi persediaannya ke Rio de Janeiro, Brazil tahun depan.
Katanya pihak lawan terutamanya China pasti akan mengkaji teknik dan permainan beliau selepas berjaya menundukkan dua pemain handalan dunia, Chen Long dan Lin Dan.
"Saya tidak boleh kata prestasi saya berada dalam keadaan terbaik...saya perlu bekerja keras lagi untuk Sukan Olimpik," katanya.
Chong Wei akan berehat seketika daripada menyertai sebarang pertandingan dan beliau dijadualkan kembali beraksi di Kejohanan Grand Prix Emas Terbuka Malaysia pada Januari depan diikuti pusingan kelayakkan Piala Thomas dan All England.-Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
hebat...kagum...idola sukan tanahair...semangat juangnya mmg menten |
|
|
|
|
|
|
|
Cina kapitalis 1 : Cina komunis 0
@Dizeck |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah... majulah sukan untuk negara |
|
|
|
|
|
|
|
Chong Wei Di Ranking Ketiga Dunia - BWF [size=0.688em]Diterbitkan: Khamis, 26 November 2015 7:53 PM
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei berada di landasan tepat untuk layak beraksi pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil selepas menduduki ranking ketiga dunia, demikian menurut ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dikeluarkan pada Khamis.
Kedudukan Chong Wei dalam ranking dunia melonjak selepas pemain nombor satu Malaysia itu meraih tiga gelaran berturut-turut di Terbuka Perancis, China dan Hong Kong, baru-baru ini.
Chong Wei kembali beraksi pada kejohanan kompetitif Jun lepas, selepas menjalani penggantungan selama lapan bulan oleh BWF kerana kesalahan doping.
Berikutan itu, ranking beliau jatuh merudum daripada pemain nombor satudunia kepada kedudukan ke-180.
Mengulas pencapaian itu, Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen berkata ranking Chong Wei naik mendadak daripada kedudukan ke-180 kepada ketiga dunia, dalam tempoh kurang enam bulan.
"Chong Wei menampilkan prestasi mengagumkan...ia pencapaian yang hebat kerana beliau menjuarai tiga kejohanan berturut-turut.
"Kejayaannya baik untuk badminton negara. Jangkaan saya tepat...sejak hari pertama berada di sini, saya percaya Chong Wei mampu melakukannya," kata Frost.
Frost ditemui pemberita ketika hadir menyaksikan Kejohanan Badminton Remaja Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) 2015 di Arena Sukan Sentosa pada Khamis.
Mengenai jurulatih perseorangan lelaki negara, Frost berkata pada masa ini, beliau tidak dapat mengumumkan senarai nama jurulatih berkenaan, namun mereka terdiri daripada jurulatih tempatan dan asing bagi membimbing pemain kebangsaan.
"Saya belum berbincang dengan Chong Wei mengenai jurulatih perseorangan...seperti yang saya katakan, terdapat pilihan dalam senarai jurulatih. Saya berharap dapat memilih jurulatih perseorangan menjelang akhir Disember ini,"katanya.-Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
ambok replied at 26-11-2015 10:39 PM
Chong Wei Di Ranking Ketiga Dunia - BWFDiterbitkan: Khamis, 26 November 2015 7:53 PM
(Ubah saiz t ...
kagum..kagum..dari ranking 180 ke nombor 3..tahniah DLCW... |
|
|
|
|
|
|
| |
|