CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EstroG

Suami suka tinggalkan saya sorang2 kat rumah * Update* sambungan kisah

[Copy link]
 Author| Post time 20-10-2015 06:39 PM | Show all posts
LuLu^Lost replied at 20-10-2015 04:57 PM
suami tak kerja ke? cara estrog cerita, banyak naw la masa dia ke hulu ke hilir. tak sangka erat b ...

- edited, double postings -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2015 06:42 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 20-10-2015 05:26 PM
Sabarlah u...
Harap2 ada jalan penyelsaian yg terbaik..
Banyak2 solat sunat.istikharah minta Al ...

Terimakasih & In sha AllahAda juga kawan2 yg suggest jumpa ustaz utk lembutkan hati suami




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2015 06:44 PM | Show all posts
noor2 replied at 20-10-2015 05:54 PM
Kesiannya tt....mungkin kah suami dah kawin lain?...maaf kan saya syak sebegitu...harap x betul

Kahwin lagi?
Tak, itu saya mmg sgt pasti
Tapi skandal mmg ramai
Tak pasti kalau dia selalu keluar dating dgn skandal2 dia tu, nampak macam tak tapi tak tau lah kalau pandai cover line
Dan tak mustahil boleh kawin lagi satu hari nanti....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
EstroG replied at 20-10-2015 06:15 PM
Posting u buat minda dan mata saya makin terbuka
Yup, mungkin jugak dia lepak kat rumah mak dia t ...

Pilih suami bukan tangkap muat. Jangan anggap orang je kena jaga kita. As per ur adik beradik ckp better kawin utk org jaga u n anak2 u. Sudahnya ke laut. Dah lah tak jaga. Pastu dibiar je pulak.

I bukan nak menghasut. Tapi tulah hakikatnya. Berat telinga mendengar. Berat lagi bahu u memikul.

Kadang kena tengok keikhlasan diri kita n diri pasangan. Mungkin pada awal dia ikhlas. Lama lama dia terbeban n bosan.

bagi ultimatum lah. Gaduh saban hrj makan tahun pin tak guna. Suruh dia buck up. Choose. Kalau di nak teruskan dengan kehidupan seperti ni, takde maknanya nak teruskan kehidupan dengan dia. Makin bagi bersama dia kalau dia tak nak berubah, means you buang masa.

Balik pada persoalan seks. Mmg itu pun dia buat kan? Selebih waktu balik rumah mak dia.

Kalau nak ouaskan hati you. You simpan record berapa lama dia duk rumah kalau tak kerja. And berapa lama dia duduk rumah mak dia. Kira pakai jam. Jangan pakai hari. Start buat sekarang then sum up semua. Pastu tunjuk record pada dia and tanya dia apa sebenarnya expectations di terhadap perkahwinan ni. Nak teruskan lagi dnegan cara dia ornak lepaskan you.

Maaflah, i wudnt think even for one second nak teruskan hidup dgn jantan cam ni. As per u cakap. Bukan berduit, tambah ngan perangai lagi cam harem. Boleh fly kite lah jantan cam ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
EstroG replied at 20-10-2015 06:42 PM
Terimakasih & In sha AllahAda juga kawan2 yg suggest jumpa ustaz utk lembutkan hati suami




Cara ni....takut awak kecewa teruk bila terlalu berharap dia berubah tapi ending sebaliknya
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 09:16 PM | Show all posts
EstroG replied at 20-10-2015 06:44 PM
Kahwin lagi?
Tak, itu saya mmg sgt pasti
Tapi skandal mmg ramai

giler kentang percaya laki sampai tahap tu...( ada kenal orang tu,baik giler dgn bini,5thn poli baru citer kat bini)
sampai 2 minggu xbalik...pecaya laki setia..
memang betul dia kena tjwb ke makpak..
tapi tjwab kat isteri mcmana.. kena balance la..

saya cadangkan awak p jumpa ustaz bukan minta jampi/doa/penawar..
bawa dia p jumpa ustaz sekolah kan dia balik..
soh ustaz tu baca kitab bab tanggungjawab anak kepada kedua ibubapa disamping isteri/isteri3..
cetek ilmu agama, makpak dah jahil..nak heret anak2 jahil bersama..

pada saya laki awak xreti hormat status bini..
bini ni untuk maki hamun ke...so xlayak dia digelar suami..
dia juga xreti nak angkat awak sebagi bini dia di mata keluarga dia..
saya syak keluarga dia berpura2 suka awak didepan awak je..
depa suka kerajinan awak, bukan awak..

sebagaimana depa kutuk ipar awak sebegitu la depa kutuk awak..
orang kalau dah biasa gitu, gitu la dengan sapa2 pun..
pada saya la awak bukan sapa2 pun dikalangan keluarga depa..
tgk la dah nak kawin pun awal depa xsuka, terpaksa suka..
kalau depa suka kat awak mesti depa call/suruh awak datang,ni depa xperlukan awak pun..
awak xde lagi bagus, xde gangguan org luar dlm keluarga depa..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2015 07:11 AM | Show all posts
mak_wa95 replied at 20-10-2015 09:16 PM
giler kentang percaya laki sampai tahap tu...( ada kenal orang tu,baik giler dgn bini,5thn poli ba ...

Dengan Siapakah kita harus berlaku baik wahai rasulullah?????...ibu kamu 3x diikuti dgn ayah kamu...tiada sebutan isteri  dalam top hierarchy list ...camno hang nak sebut kena berlaku adil DAN saksama si suami dlm executing tanggunjawab  keatas ibu dan isterinya????






Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 10:51 AM | Show all posts
KetupatNona replied at 21-10-2015 07:11 AM
Dengan Siapakah kita harus berlaku baik wahai rasulullah?????...ibu kamu 3x diikuti dgn ayah kamu. ...

panjang sikit...tp sbg suami yg matang dan bertanggungjawab harus pandai mainkan peranan..

masih teringat kes lelaki yg sampai bini dia cacat bawak kereta buruk bapak dia kerana lakinya kena g oversea tu...

baik tak yah kawin...beri tumpuan sepenuhnya pada ibubapa...itu lebih baik daripada berkahwin dan abaikan tanggungjawab

http://abahyasir.com/2014/02/23/ibu-atau-keluarga-mana-lebih-utama/

Soalan:

Antara tanggungjawab suami pada ibu dengan tanggungjawab ke atas keluarga (isteri dan anak-anak): mana yang lebih utama?

Jawapan:

Tanggungjawab terhadap ibu bapa merupakan satu kewajipan yang utama dan termasuk dalam perintah berlaku ihsan pada kedua ibu bapa yang dituntut dalam agama.

Berlaku ihsan pada ibu bapa ini pula meliputi ketaatan kepada perintah kedua ibu bapa kita, menyantuni dan melayan keduanya dengan baik dan menggembirakan hati mereka. Malah menjaga dan memberi nafkah bagi menampung keperluan hidup mereka juga termasuk dalam erti kata berlaku ihsan kepada kedua ibu bapa.

Dalam hal mentaati ibu pula, diberikan penekanan yang sangat jelas oleh Rasulullah s.a.w. dalam menunjukkan betapa kedudukan ibu itu sangat tinggi dalam agama. Ini dapat dilihat melalui sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.:

“Seseorang datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata: “Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti?” Nabi s.a.w. menjawab: “Ibumu!” Dan orang tersebut kembali bertanya: “Kemudian siapa lagi?” Nabi s.a.w. menjawab: “Ibumu!” Orang tersebut bertanya kembali: “Kemudian siapa lagi?” Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali: “Kemudian siapa lagi.” Nabi s.a.w. menjawab: ‘Kemudian ayahmu.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Kedudukan Tinggi Seorang Ibu Dalam Agama

Menurut Imam Ibn Battal dalam kitab Fathul Bari Syarh Sahih Bukhari karangan Al-Hafiz Ibn Hajar, hadis ini menunjukkan kepada keutamaan darjat ibu sehingga disebutkan lafaz ibu sebanyak tiga kali berbanding lafaz bapa yang hanya disebutkan sebanyak satu kali sahaja.

Rahsia dan hikmah Rasulullah s.a.w. menyebut lafaz ibu sebanyak tiga kali dan lafaz ayah hanya satu kali ini (3:1 atau tiga nisbah satu), menurut Ibn Battal ialah kerana hakikat bahawa ibu menghadapi kesulitan dalam menghadapi masa hamil (1), kesulitan ketika melahirkan (2), dan kesulitan pada saat menyusui (3) anak, yang mana kesemuanya hanya dialami oleh si ibu sahaja. Manakala dari sudut membesarkan dan pentarbiyahan ia dikongsi sama antara ibu dan ayah.

Malah Allah s.w.t. sendiri mengakui hal ini dalam firman-Nya melalui surah Luqman ayat 14 yang bermaksud:

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusuinya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu.”

Begitu juga dengan firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Ahqaaf ayat 15 yang bermaksud:

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah. Mengandungnya sampai menyusunya adalah sehingga tiga puluh bulan (Yakni minimum usia hamil paling kurang sampai melahirkan adalah 6 bulan, ditambah 2 tahun (24 bulan) menyusui anak, jumlahnya menjadi 30 bulan)”.

Berlaku Ihsan Pada Kedua Ibu Bapa Sebelum Berumahtangga

Keutamaan untuk berbuat baik pada ibu bapa adalah mutlak bagi seorang anak lelaki mahupun perempuan sebelum mereka berumahtangga, kecuali dalam keadaan di mana perintah kedua orang tua mempunyai unsur maksiat, maka ia wajib diingkari. Namun, tetap kita diminta untuk mengingkari dengan cara yang sopan dan usah sampai berkasar atau sampai ke peringkat mengecilkan hati kedua ibu bapa.

Perintah mentaati kedua orang tua juga tetap tidak berubah walaupun ibu dan bapa bukan beragama Islam, ataupun ibu bapa kita seorang yang fasik yakni orang yang melakukan dosa besar.

Namun apabila seorang Muslim itu bernikah, beliau mempunyai tanggungjawab baru yang tidak kurang pentingnya di sisi agama.

Beliau bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan kadar keperluan mengikut kemampuan suami, atau dengan perkongsian nafkah bagi kes isteri yang turut sama bekerja, jika si isteri bersetuju dan keduanya bersepakat bagi gaya hidup tertentu dan tidak dimampui, andainya si suami seorang sahaja yang bekerja.

Peranan seorang suami dan bapa di sini bukan hanya sekadar menyara keluarga, lebih dari itu bapa berperanan penting melindungi isteri, memberi kebahagiaan kepada keluarga dan kedamaian rumah tangga, di samping keperluan memberikan pendidikan dan asas pendidikan Islam untuk anak-anaknya.

Keutamaan Yang Berbeza Setelah Berumahtangga

Namun suka diingatkan, bahawa tanggungjawab seorang anak lelaki terhadap kedua ibu bapanya juga tidak akan berakhir walaupun dirinya telah berkahwin. Cuma berbeza dengan ketika sebelum bernikah, keutamaan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa perlu diseimbangkan dengan tanggungjawab barunya sebagai seorang suami dan bapa.

Kegagalan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kerana lantaran terlalu sibuk dengan ibu atau bapa sendiri sehingga mengabaikan keluarga baru iaitu isteri dan anak-anak juga merupakan sesuatu yang dilarang agama.

Untuk menilai keutamaan antara ibu atau dan keluarga sendiri bagi mereka yang sudah berumahtangga juga merupakan satu perkara yang subjektif, dan sukar untuk diberikan jawapan yang konsisten kerana ia kembali kepada contoh dan senario yang tertentu, yakni lain keadaan dan masa, lain pula keutamaannya.

Dalam isu hubungan antara suami bersama isteri dan ibu atau bapa, banyak keadaan di mana si suami kadangkala terhimpit di tengah-tengah, iaitu antara mengikut kata ibu atau isteri. Atas sebab itu, penting bagi seorang suami mempunyai kepimpinan yang tinggi dan berani membuat keputusan yang tepat, walaupun kadangkala menyinggung hati isteri ataupun ibu, jika itulah yang terbaik di sini agama.

Bagi menjelaskan perkara keutamaan antara ibu atau kedua ibu bapa dan isteri, saya berikan tiga senario berikut agar para pembaca dapat mudah memahami apa yang saya maksudkan.

Senario 1:

Ibu mendesak agar anak lelaki membawa isteri tinggal bersama atau tidak mengizinkan anak lelaki berpindah rumah sendiri. Si isteri pula berkeras dan bermati-matian untuk tinggal di rumah sendiri atau berpindah rumah jika belum mempunyai rumah sendiri.

Akhirnya si suami mendengar kata si isteri disebabkan si suami memahami benar perangai isteri dan juga ibunya. Iaitu jika keduanya kekal tinggal bersama, keadaan mungkin lebih menjadi huru hara dan tidak terkawal, bahkan tidak mustahil ia boleh membawa kepada perceraian pula.

Atas alasan jangka masa panjang, maka si anak membuat keputusan untuk berpindah dari rumah ibu dan membeli rumah lain. Dalam keadaan ini, si ibu mungkin kecil hati.

Namun suka diingatkan di sini, menyediakan tempat tinggal untuk keluarga juga merupakan satu kewajipan suami dan juga hak seorang isteri, yang mana jika tidak dipenuhi, bermakna kegagalan kita menjalankan salah satu tanggungjawab sebagai suami dan memenuhi hak isteri.

Walaupun berkemungkinan besar pada mulanya si ibu mungkin merajuk dan berkecil hati dengan tindakan kita, namun sebagai anak perlu untuk kita memujuk dan memahamkan ibu, serta menjelaskan secara objektif di sebalik keputusan yang dibuat.

Insha Allah lama-kelamaan ibu akan dapat menerima hakikat.

Keputusan yang jelas matlamatnya, pastinya akan membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak dari segi jangka panjang.

Pada masa yang sama, keputusan untuk berpindah rumah atau tidak juga perlu melihat keadaan dan latar belakang ibu atau bapa. Andai kata, ibu atau bapa atau keduanya masih lagi sihat dan kuat serta mampu bekerja; atau ibu atau bapa sudah tua, tetapi terdapat adik beradik lain yang sudi menjaga, maka tidak mengapa dalam keadaan ini suami memberi keutamaan kepada isteri dan anak-anak dengan berpindah rumah dan memenuhi hak isteri.

Senario 2:

Situasi yang hampir serupa dengan senario yang pertama, tetapi ibu bapa kita sudah tua dan uzur atau ibu dan bapa kita kematian suami atau isteri  dan tinggal keseorangan, dan sudah lanjut usia serta uzur pula.

Situasi ini juga melibatkan anak lelaki yang merupakan anak tunggal, atau dalam keadaan adik beradik yang lain langsung tidak mengendahkan keadaan ibu atau bapa mereka.

Maka dalam keadaan ini, wajib si anak memberi keutamaan kepada orang tua dan tinggal bersama mereka atau membawa mereka tinggal bersama isteri dan anak-anak, walaupun keputusannya ini mendapat bangkangan keras dari si isteri.

Ini kerana menurut hak isteri dalam situasi ini adalah amat tidak wajar, malah isteri perlu menunjukkan keihsanan terhadap mertuanya kerana keadaan yang sudah disebutkan tadi.

Ingatlah, kegagalan berbakti kepada ibu bapa dalam senario ini boleh mengakibatkan kita sukar untuk sampai ke pintu syurga, sebagaimana yang disebutkan hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

“Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: “Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua, namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).” (Riwayat Imam Muslim)

Sedangkan jika si suami mengikut alasan isteri, maka dalam jangka panjang hubungan isteri dan anak lelaki bersama si ibu boleh menjadi keruh, dan tidak mustahil ini boleh menjejaskan perkahwinan mereka berdua kelak dalam jangka masa panjang.

Ingatlah, bagi setiap keadaan dan situasi mempunyai keutamaan yang berbeza-beza. Setiap keputusan pula perlulah objektif dan berlandaskan perintah agama secara menyeluruh. Jika ini dapat dilakukan, Inshaallah selaku anak dan suami, mereka bakal mendapatkan penghormatan dari ibu dan isteri.

Ibu dan isteri pastinya tidak selalu setuju dengan keputusan anak lelaki atau suami, tetapi jika keputusan kita adalah jelas dan melihat kepada kesan jangka panjang bagi keluarga dan menurut ruh ajaran Islam, maka lambat laun sesudah keadaan menjadi tenang, keduanya akan dapat memahami rasional di sebalik keutamaan dan keputusan yang dilakukan.

Semoga penerangan saya ini mampu memberikan sedikit pencerahan bagi isu yang saudara kemukakan.

Nota: Artikel ini merupakan versi tanpa suntingan penulis bagi kemusykilan agama yang sama yang telah diterbitkan dalam ruangan Hidayah, Berita Minggu Singapura pada  23 Februari 2014.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2015 12:44 PM | Show all posts
mak_wa95 replied at 20-10-2015 09:16 PM
giler kentang percaya laki sampai tahap tu...( ada kenal orang tu,baik giler dgn bini,5thn poli ba ...

Tak lah saya kata saya percaya laki tahap gaban
Mmg tak percaya pun
Tapi bab kahwin lain tu SETAKAT NI saya yakin dia BELUM kahwin lagi
Tu yg saya kata masa depan belum tentu, possibility tu mmg sentiasa ada

Mak wa pun tentu tau kan jantan ni ego diorang tinggi
Mcm mana lah saya nak bawak dia gi jumpa ustaz utk sekolah kan dia
Kalau sebelum pegi tu bgtau awal2 dah tentu2 dia tak kan ikut
Kalau tak, tak kan ramai isteri yg merungut laki selalu tak hadir kaunseling kat mahkamah syariah
Kalau berjaya bawak dia pegi tanpa dia tahu, kalau dia dapat kesedaran lepas tu tak apa
Buatnya ego dia tercabar, dia rasa saya menjatuhkan maruah dia, takut kena marah kaw2 pulak lagi nanti
Btw, ada ke ustaz nak sekolahkan org2 mcm suami saya tu mcm tu aje
mesti diorang nasihat pegi kaunseling bagai jugak tu

Tapi saya setuju dgn mak wa, suami saya tu tak tau hormat status bini
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 12:51 PM | Show all posts
KetupatNona replied at 21-10-2015 07:11 AM
Dengan Siapakah kita harus berlaku baik wahai rasulullah?????...ibu kamu 3x diikuti dgn ayah kamu. ...

pi ngaji lagi la manak oii baru boleh nak tazkirah orng..ilmu pun ambik drpg lagu je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2015 12:51 PM | Show all posts
munchkin replied at 20-10-2015 06:54 PM
Pilih suami bukan tangkap muat. Jangan anggap orang je kena jaga kita. As per ur adik beradik ckp  ...

Tak munchkin, I never treated your comment as menghasut I
I know where are you heading to
Yes, kalau ikutkan pengabaian yg dah dilakukan
Plus serba serbi yg lompong disana sini
Mmg not worth it nak teruskan r/tangga ni
Tapi I suppose nak bercerai pun bukan mudah kan?
Entah lah tiba2 kepala hotak I berserabut
Cerai ke tak cerai ke tak
Cerai!! Tiba2 akal tanya "Semudah itu"? "Pilihan terbaik kah?"
Revert balik ke soalan yg sama..... bertalu2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2015 12:56 PM | Show all posts
noor2 replied at 20-10-2015 07:09 PM
Cara ni....takut awak kecewa teruk bila terlalu berharap dia berubah tapi ending sebaliknya

Jadi saya kena prepare awal2 mental saya ditakdirkan perubahan yg diharapkan tak terjadi
Saya pun to be frank kadang2 agak skeptikal bab ustaz2 nak lembutkan hati suami ni
Doa org terdekat rasanya lagi mujarab kan
Tapi tak tau lah sebab ustaz ni lebih banyak ilmu lebih banyak beramal
Jadi perubatan dan doa mereka lebih power dari kita yg biasa2 ni kot
org kata kita kena yakin sebab bila tak brp yakin, gitu2 aje mcm saya ni
Tu yg selalu tak jadi tu
Tak apa lah, saya usaha dan ikhtiar aje
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 01:06 PM | Show all posts
aduh....bila baca kisah tt ni rasa mcm xkawen lagi aman.

kisah saya pulak.

sy bersalin hanya mak yang teman, mangkuk tu hilang. selepas bersalin ingatkan keadaan akan pulih..duit nafkah duit belanja langsung tak diberi. hanya tatap wajah anak sekali selepas dilahirkan. Tp sy tak la jadikan alasan untuk seddih..sy bangun dan fokus pd kerja and anak.

bila pikir balik, salah saya sbb ikut perasaan rasanya, bf yg sy stress ni la punca sy berkawen dgn lelaki yg tak guna  tu. sy dah kenal bf sgt lama dari single..putus dengan beliau sy terus kawen dan my marriage x last setahun pun maknanya sy tak rasa pun kehidupan rumah tangga...

now bila sy dah ok dah move on dah happy and tiba tiba bf lama tu muncul balik..baru2 mmgla sgt prihatin dan bertanya itu ini dan ya mmg dia dah duduk asing dgn bini dia sejak kami berpisah...7 tahun lepas.  masa perkenalan kami dulu bila sy tahu dia masih suami org sy undur diri dan excape and kawen terus..so lost contact hinggalah baru2 baru ini sejak awal tahun ..but now mcm i turn back the clock and back to square one.

lelaki sgt suka mainkan pompuan and tak firm langsung. now sy pun buat tak faham je..

so tt sabarla and jgn hesitate untuk buat keputusan yang penting u bahagia and anak anak terjaga.

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 01:10 PM | Show all posts
mak_wa95 replied at 21-10-2015 12:51 PM
pi ngaji lagi la manak oii baru boleh nak tazkirah orng..ilmu pun ambik drpg lagu je

NABI bersabda sampaikan lah walau sebaris ayat...dia tak cakap untuk bertazkirah nak kena ada double masters kan???
Hang yang nak nampakkan diri hang sebagai so called yang boleh bagi tazkirah pun fail dalam rumahtangga hang kan????

Hang nak Manak sambung lagi???

Podaaahhhhh





Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 01:13 PM | Show all posts
KetupatNona replied at 21-10-2015 01:10 PM
NABI bersabda sampaikan lah walau sebaris ayat...dia tak cakap untuk bertazkirah nak kena ada doub ...

giler kaki fitnah..

sendiri xmampu berbini, dok fitnah orng janda
manak dengan nfitnah berpisah tedaaa...


Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 01:14 PM | Show all posts
EstroG replied at 21-10-2015 12:56 PM
Jadi saya kena prepare awal2 mental saya ditakdirkan perubahan yg diharapkan tak terjadi
Saya pun ...

Tred dah masuk page 3...it has been laki hangnya negative attitude all the way....

About time hang share pulak KEKURANGANn hang dalam kemelut hang nih...?????

Dare to share???


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2015 01:16 PM | Show all posts
Edited by KetupatNona at 21-10-2015 01:18 PM
mak_wa95 replied at 21-10-2015 01:13 PM
giler kaki fitnah..

sendiri xmampu berbini, dok fitnah orng janda

posting bernada pot calling the kettle black from you??? Hang janda adalah satu fitnah...orang lain tak mampu berbini..input hang dapat dari kakak hang punya laki????
Protttttttt



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2015 01:17 PM | Show all posts
KetupatNona replied at 21-10-2015 01:10 PM
NABI bersabda sampaikan lah walau sebaris ayat...dia tak cakap untuk bertazkirah nak kena ada doub ...

[email protected] lah macam ni
Tak baik gado2, perli2, PA personal life orang
Ni kan thread saya
Kita fokus pada problem saya aje lah manak ye
Cuba Manak bagi idea2 bernas sebagaimana bernasnya manak komen posting2 forummer kat sini
Nota kaki : Kenapa panggil Manak? Tapi ID KetupatNona
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 01:21 PM | Show all posts
EstroG replied at 21-10-2015 01:17 PM
lah macam ni
Tak baik gado2, perli2, PA personal life orang
Ni kan thread saya

Hang dah bogelkan laki hang dah masuk page 3....hang sedar tak???? Atau hang nak sebut...hang tak kongsi maklumat benar diri hang DAN laki hang...utk jadikan perkara ini satu aib yang terang???


Nak Manak sambung lagi???


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2015 01:39 PM | Show all posts
KetupatNona replied at 21-10-2015 01:14 PM
Tred dah masuk page 3...it has been laki hangnya negative attitude all the way....

About time h ...

Yes, why not
Tapi kita susah nak tau weaknesses kita sendiri unless it is very obvious
Selalunya org luar yg akan nampak
Tapi antaranya mungkin
1) saya terlalu sibuk - keluar pagi gelap balik pun gelap. Apa nak buat, jarak rumah dgn tempat kerja jauh
    Kalau hari bekerja saya mmg tak sempat nak buat kerja2 rumah jadi weekend mmg saya sibuk uruskan
    kerja2 rumah. Tapi tak lah sampai saya abaikan suami. Tapi masalahnya bila selesai urusan dan saya nak
    duduk bersembang dgn dia, dia dah keluar
2) saya masih belum mampu bagi zuriat pada dia
3)Saya tak dengar cakap dia - Kadang2 bila dia tengok saya tung tang tung tang kat dapur dia cakap tak payah
buat sebab dia tak kisah kalau rumah bersepah dan tak terurus pun. Tapi saya sebaliknya suka rumah yg bersih
dan kemas. Lagi pun takut kalau ada tetamu tiba2 datang menjengah dgn keadaan rumah yg tak terurus. malu saya bang!
4) Saya suka membebel - Tapi ini saya rasa normal kot. Biasa lah org perempuan. Tapi tahap bebel saya bukan lah jenis
yg tak berenti tu dan bukan jugak kerap. Kadang2 aje terutama bila saya letih dan stress. husband mmg tak pernah tolong
buat apa2 kerja rumah pun
5) Bila dengan keluarga dia saya tak hu ha hu ha dan tak pong pang pong pang bercakap. Saya cukup jaga mulut saya
takut terlepas cakap apa2 yg tak baik. Tapi saya tetap campur dan bersembang dgn diorang cuma tak senada dan sekata
lah kot. Husband saya pernah komplen kata saya control sangat. Tapi saya in person mmg jenis yg bukan mulut lancang
6) Terlalu berkira dan menjaga harta saya - Saya beli kereta dgn duit saya sendiri. Jadi saya cukup jaga kereta saya tu. Saya
takut kalau kereta rosak dan saya kena keluar duit utk repair. Saya bukan lah kaya sangat. tapi kadang2 adik beradik dia buat
kereta tu macam harta diorang sendiri. Tak mintak izin saya terus pakai. Sumbat segala mesin barang berat2 masuk dlm kereta saya
Guna kereta saya sampai husband terpaksa guna kereta org lain utk ambik saya dll. Jadi saya selalu bising pasal ni dan husband cop saya
sebagai 'berkira'

Itu aje kot yg saya boleh senarai setakat ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.070079 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list