CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Hearty_Winter

Pengalaman Misteri Dulu2 lerrr... (^_^)

[Copy link]
Post time 15-3-2017 04:15 PM | Show all posts
byk sgt tgk movie ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2017 11:54 AM | Show all posts

shadaaapppppp
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 09:12 AM | Show all posts
lebohhh.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2017 12:52 PM | Show all posts
Kisah Misteri Ku seterusnya...


Kisah ku kali ni ketika aku masih berada di alam persekolahan. Dulu aku selalu ikut arwah mak dan bapak aku pergi kebun belakang rumah. aku tinggal di kawasan perkampungan yang tinggal agak jauh dari jiran tetangga. kawasan rumah aku tu luas, adalah dalam keluasan lebih kurang 8 ekar. kebiasaannya, bila aku ikut orang tua aku untuk kutip hasil kebun. bapak aku kumpul buah kelapa, manakala aku dan emak kutip cili padi, pucuk paku pakis, dan segala macam hasil sayur2an. aku ingat lagi, satu hari tu kami lewat balik hampir jam 1 tengahari. kebiasaannya, time tu bapak aku dah sibuk ajak balik sebab nak siap2 untuk solat zohor. arwah biasa solat berjemaah dekat masjid kampung sementalah bapak aku ni kira imam gantian di kampung. sedang aku asyik memetik buah cili, mak aku pulak di seberang parit juga sedang sibuk menghabiskan kutipannya...tiba2 aku terhidu bau yang amat wangi. seakan2 haruman yang datang dari taman bunga. memang mengasyikkan, sampailah aku tersedar bila mak memanggil nama aku untuk mengajak aku balik memandangkan bapak aku sudah berada di depan meninggalkan kami berdua di belakang. seperti ada sesuatu yang membuatkan aku rasa sesuatu bila aku terasa seram tiba2 dan terasa bulu roma tengkukku tegak. sepantas kilat aku menyudahkan kerjaku dan terus mendapatkan emak. sepanjang perjalanan balik ke rumah, mataku melilau ke kiri dan kanan. perasaan cuak jika aku ternampak sesuatu yang pelik. tapi yang aku heran tu, mulut aku seolah2 terkunci untuk bertanya pada emak jika emak turut sama menghidu haruman tu. sementalah aku teringat pesan bapak agar tidak menegur sesuatu perkara yang dirasakan pelik.


sampai saja di rumah, aku terus menuju ke bilik air yang berada di dapur untuk membersihkan diri. dalam fikiran, tetap memikirkan perkara yang berlaku di kebun dan ingin bertanya pada emak. selesai solat zohor, aku terus mendapatkan emak di dapur. siap sedia menyediakan juadah makan tengahari. aku terus bertanya pada emak jika emak mengalami situasi yang sama. mak terus duduk di kerusi sambil menyenduk makanan ke pinggan aku dan bapak. belum sempat emak menjawab, bapak aku pulak duduk di kerusinya. rupanya bapak aku terdengar soalan aku pada emak sebentar tadi. terus bapak aku terbuka cerita. di kawasan rumah aku dan lebih tepat lagi, di belakang rumah kawasan kebun merupakan tempat tinggal "orang-orang bunian". dan lebih tepat lagi kawasan perkampungan mereka. Allahuakbar! baru ku tahu. emak bapak ku tahu dari awal lagi sejak pertama kali bapak aku teroka kebun tu dan terus mengambil keputusan untuk membina rumah untuk kami sekeluarga. menurut cerita emak ku, masa mula2 kawasan rumah ku diteroka, abang ku pernah hilang selama beberapa jam. sehinggalah bapak dan pakcik2 ku berkumpul dan membuat solat hajat. pada sebelah petang waktu senja, baru lah mereka menjumpai abang ku di belakang rumah di bawah pokok kelapa mawar. pokok kelapa mawar ni keadaan fizikalnya rendang dan buah kelapanya boleh dipetik hanya menggunakan tangan berbanding pokok2 kelapa lain yang perlu menggunakan buluh kait yang panjang. keadaan abang aku masa dijumpai, kepalanya penuh dengan najis ayam dan badannya berbau air limbah. Subhanallah. Maha Suci Allah!...tapi syukur alhamdulillah, tak ada kesan sampingan pada abangku hingga kini.


Cerita seterusnya akan disambung bila keadaan mengizinkan. Terima kasih kerana sudi membaca!


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.049875 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list