|
[Pelbagai]
PBAKL 2015 (24 april - 3 mei), PWTC
[Copy link]
|
|
pergi pada tarikh 26 april
sampai dlm pukul 11, berdua dengan adik... tak berapa ramai orang lagi...
1st booth kami terjah bilik KS, sebab tau petang nnti ada retis, xmau sesak pergi cepat2 sblm retis smpi.. itu pun dah beratur panjang gila dah. Diskaun dia tak sama, ada banyak ada sikit. Adik grab novel Hati Perempuan, lepas tu ak beratur, adik still pusing2 bilik cari novel lain yg dia nak.
KS: Hati Perempuan, Jodoh Itu Milik Kita 2 by Sara Aisha, Bila hati kata sayang by marissa (rm9), chan rak ter by sara aisha (ini pesanan org)
Next pergi melawat JS n Adiwarna. Senang nak membeli, sebab tak ramai orang. Mula2 ingat nak beli buku resipi kak su, tapi memandang buku terlalu berat.. cancel..len kalilah beli.
JS: RADHA (last year nk beli, tpi sold out) by rynsa, poskad by ednin, baju melayu hijau serindit by syud.
Adiwarna: Cinta Pertama, Selamat Pagi Cinta, dan Satin Merah Dadu.
Kemudian menjelajah ke tingkat 4, nak cari buku 'tora datang lagi'. Beli terus 3 buku rm50 baru berbaloi.. finally grab,
indie: Tora Datang Lagi, Karkuma by Raja Azmi, Bercakap dengan Jun by Hasrul Ridzuan.
Ke booth SR di tingkat yg sama, nak beli novel SR. Novel dia macam nipis compare to novel dia yang sebelum ni, tapi harga maintain mahal... rm39 kalau xsilap.. tapi ada diskaun+bawa keratan akhbar extra 5% DC, dpt harga dalam rm25.. puas hati. Kalau tak beli mmg menyesal gila.
SR: Andai Itu Takdirnya 2.
Turun bawah balik ke booth KN.. beratur panjang...diskaun pelbagai n banyak compare dari tahun2 lepas. Grab beberapa buah novel. kat sini aku agak sakit hati, sebab orang memang ramai berbaris panjang time tu (sebab ada suri kot), adalah seorang hamba Allah yang maha bijak, dia nak beli 1 novel je.. (aku lupa novel apa), then dia suruh anak dia.. tengok ketinggian mungkin dalam 5~6 tahun budaknya pergi kaunter bawak buku tu dgn duit RM50, bayar kat kaunter tanpa beratur. orang jaga kaunter pun macam dah serba salah dah tengok budak tu buat muka ala2 kucing shrek kat dia. Terkeluar jugak kat mulut aku, "bijak betul mak dia." lepas tu aku blah so xtau lah apa kesudahan adik tu, dapat ke dia bayar tanpa beratur aku tak tahu.
KN: proposal cinta selamanya by rose harrissa, Chandelier by acik lana, bimbo by KL.
Singgah booth M40 nak ambil #1 by sera elya dan Couple by anna lee (dah bayar), naseb baik penulis dah sign siap2 sebab dua kali singgah, dua2 kali penulis tak ada.. huhu.. xdpt jumpa kak anna lee..*sob* *sob*
Rasanya itu ja kot. total semua adalah rm200+100voucher buku (termasuk tambang (dari ipoh+topup touch n go) rm52+ dan makan rm20+)
booth penerbit2 lain singgah jugak (Idea kreatif, anaasa dan lalu ja, october, karangkraf), sempat la berbual2 dgn penulis2 tapi tak dpt beli dari semua penerbit sbb overbudget already, so mmg beli yg dalam list. (nak beli september by farah hussain dgn novel baharu october love yg lupa tajuknya.. xdpt.. kn tggu keluar kedailah jawabnya)
pesta buku dah habis...novel pending semakin menimbun tapi dah rasa tak sabar nak pergi next year.. semoga kita bertemu lagi PBAKL!!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sorry nak menyampuk dan sorry off topic sikit nnt
aku cukup tak berkenan bila orang gunakan budak utk queue
mentang2 kau beli 1 buku, kau ingat boleh potong queue?!!
aku teringat masa queue utk timbang buah dgn sayur kat jusco
sukati mamat dari mana ntah datang cakap kat aku, boleh tak bg saya
pergi timbang dulu sebab saya ada 1 barang je?!
aku tak sempat cakap, dia terus masuk queue
patutnya utk publisher famous amos ni, dorang sediakan 1 kaunter ekspress
sbb takat 1-3 buah buku, sanggup ke nak queue sama2 dgn org yg borong
5 buku ke atas?
aku tak singgah kakinovel aritu sbb ramai sgt org, plus cara dorang letak kaunter
mcm tak kena je, masa tak ramai ok la, bila ramai yg nak bayar, semak gak tengok
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tau xpa... annoying gila... ingat dia sorang nak cepat. kalau aku jadi orang jaga kaunter, aku tak akan layan, menangis kau kat situ pun aku buat bodoh je.. nak bayar, beratur.
lepas ni tau dah... nak pergi penerbit popular pnya booth, pergi time penulis xda. untuk KS aku serbu sblm artis sampai.. strategi dh betul tapi KN terserbu time ada suri.. silap besarlah aku time tu, bukannya aku nak beli novel dia pun.. sekalinya, dlm pukul 4 lebih mcm tu lengang je booth dia.. menyesal ak pergi awal2.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pergi 1st day, datang dengan lrt, so masa masuk tu jumpa bilik kedah johor karyaseni dulu
alang2 tak ramai aku masuk, pusing2 padahal KS tak masuk dalam list nak beli
last2 beli la melodi cinta, bila queue sabar je la, nama je ada 3 kaunter tapi lama gak menunggu
dengan si cashier dapat call, pastu sambil sembang sambil scan novel kat cash register
nasib masa aku keluar tak kena check sebab bro tak berapa nak sado tengah maki 3-4 girls yang keluar masuk KS tapi tak beli apa2
yeah betul, strategi kena betul plus check kot2 certain booth ada artis ke, penulis ke
macam aku lepas KS aku masuk idea kreatif, ok la tak ramai, boleh kira dgn jari je
tp IK buat silap besar la masa jemput syarul ridzwan, sebab bilik kecik, org nak jumpa artis ramai, jadinye panasss giler
boleh pulak staf dia 'sembur' kat fb, dia kata sape suruh datang time artis datang, datang la petang!
ape kau ingat ada orang boleh adjust ke time datang, ada yg datang jauh sebab bookfair, tak hadap la nak jumpa artis bagai
aku suka lagi publisher yg kecik2 ni, petugas dia friendly belaka
even jemari seni kak noor suraya ada, boleh sembang2 dgn dia & petugas
booth cute kreatif, october love pun baik2 belaka, siap recommend buku apa yg baru, best etc
mcm IK dgn KS ni, pandai2 korang la, takdenye dorang nak promote ke ape~
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
itulah... rmi yg dtg dri jauh, bkn blh stay lama2.
ak x faham pun knp IKP jemput artis tu rasmi novel diorg... diorg nak buat adaptasi drama then pelakon tu jdi hero ke?
jawapan diorg bg pun terbaik sgt lah.. lolz..
KS dgn IKP rasa diorg x perlu promote pun org akan beli. tunjuk je harga murah.
tp publisher yg baru nak naik ni kena double diorg pnya effort supaya org tertarik nak beli.
aku suka booth october love, kat situ x rmi org lalu lalang, selesa nak singgah (tiap kali aku nk pergi dari dewan tun hussein onn ke tingkat 4 mst ak lalu situ, xmo lalu kat bilik IKP n KS).. sayangnya over budget xblh beli.
haha... ckp pasal tingkat 4, ms aku pergi hri tu.. aku xtau kenapa ada bau mcm bau petai yg amat kuat kat tingkat tu... ada restoran ke kat situ?? dh la ramai orang, bau pelik2.. pening gak la nak meredah dewan tu utk pergi ke booth SR
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa 1 cara marketing kot
bg aku boleh je publisher nak jemput mana2 artis, yg tak bagus tu sbb buat kat tempat kecik
mcm KS ok gak sbb ada bilik asing utk artis jumpa peminat, tak la crowd kat bilik buku
mcm IKP ni situ buku situ artis ada, mana tak sesak?!
pastu kesian giler kat pengunjung yg datang nak beli novel, aku tau pun sbb aku fren dgn bbrp
staf IKP yg handle bhgn order on9, dari situ aku jumpa statement kuang ajo tu
org tu mengadu sesak sbb susah nak beli novel, kau sembur dia sape suruh dtg masa artis ada?
mmg wtf la mulut aku menyumpah masa baca reply dia kat org yg komen kat fb
october love bg aku baru, tp bagus gak lokasi dia dekat dgn laluan org dari hotel/lrt
dgn warna oren terang dia, mmg menarik perhatian org dari jauh
aku nak beli dah KLI aritu, tapi lenguh dah bawa novel sorang2
tak beli sbb dah overbudget gak, maybe cari kat kedai or order on9 terus dari OL nnt
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kesian yg nk beli novel tu.. dah la x bersesak nk beli novel.. bila complain kena marah pulak.. hmmmm... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pegi kali kedua 3hb tu....
pegi pun dah petang...
karyaseni - 2 novel...
kaki novel - 2 novel jugak...
yang sedihnya novel best2 kat kaki novel smua dah abis...
masuk je tgk pehal rak byk kosong nih....
skali tgk dorang offer murah 30 -70%...
patut la novel dah abis....
melepas nk beli usd ngan bimbo... |
|
|
|
|
|
|
|
cakap pasal pengalaman tak best masa kat PBAKL ni, aku pun ada pengalaman gak , masa kat booth gempak, diorang ada buat roda berpusing tu, kalau beli certain amount boleh dapat 2 or 3 pusing, so diorang bagi aku kad kecik , kat situ tulis 3 kali pusing, masa nak pusing tu punya lah lama beratur, pastu bila kena turn aku boleh pusing 1 kali je, aku cakap kad saya ni 3 kali pusing, pastu diorang cakap datang esok, satu2 masa satu kali pusing je...aku masa tuh...agak bengang jugak lah..
dia ingat aku ada masa nak datang hari2 kat situ...pusing tu tak lama kot.. 2,3 saat je sekali pusing,.. dah tu pulak sombong yang amat yang jaga roda berpusing tuh...nyesal pun ada gak sebab dok dah lar berjanggut masa nak beratur tu, yg jaga tuh pun punya lah eksyen...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sempat grab masa kat PBAKL
1. Bos Senget PA Sengal - Kay Delila
2. Kerana Aku Isteri Bidaan = Tulip Ungu
3. Anugerah Terindah - Sophilea
4. Bisikkan Namaku - Muna Mahira
5. Chandelier
6. Kimchi Untuk Awak.
7. Hati Perempuan - (orang pesan)
-Done- |
|
|
|
|
|
|
|
Puas hati PBAKL thn ni.dapat grab 12 novel with good price. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|