CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: apech

Aku dan Misteri #Page 5

[Copy link]
 Author| Post time 9-3-2015 03:48 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 9-3-2015 12:22 PM
terKESAN SUNGGUH dengan Cik Es ek?

Cite cik es, mmg terkesan sampai ke lubuk hati paling dalam.
Lagi2 di saat cik es mengaku reka cite.
Aduh..
Sakitnya tuh di sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-3-2015 03:49 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 9-3-2015 12:13 PM
minta maaf ya, kalau bertanya
sebelum nenek gi Mekah, nenek tak buang saka tu dulu ke?

Wallahualam..
Tak ada sape yang tau.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2015 03:53 PM | Show all posts
Nanti akan update cerita bila masuk opis.
Skrg otstesen, susah guna fon.

Utk makluman, ekceli cerita En Razak dah habis.
Sumpahan sarawak ada sambungan.
Saka & misteri nenek kena tunggu balik kampung korek cerita lagi..

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 09:15 AM | Show all posts
best, best....
akan tunggu cerita seterusnya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 04:02 PM | Show all posts
alaaa..baru nak warm up dah abih..mana lagi cite ni TT

kesiannya dak Is tu..macam2 permainan org ni esok kat akhirat menjawab la nko
kagumnya...TGNA sendiri jemput masuk..kalo MB lain? hemppph...





Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 05:13 PM | Show all posts
best.. nak tunggu sambungan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2015 06:52 PM | Show all posts
saja nak bertanya
mmg IS tu terkena ilmu dari sarawak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2015 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
apech replied at 28-2-2015 10:50 PM
Kan crown. Dah la jalan bengkak bengkok. Lampu jalan pun xde. Memang seram kalau balik mlm.
Tabi ...

Adala kampung  selang seli dgn hutan... Sekali nmpk Petronas kot dekat hujung jalan ..x silap simpang 3 kot... Pheww lega...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2015 12:24 PM | Show all posts
terbaik cite tt ni

cerita sumpahan sarawak tu btol2 buat aku terkesan

nnt sambung tau
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 12:32 PM | Show all posts
best..best..
ada sambungan lagi tak??
hehehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2015 01:22 PM | Show all posts
Baru ada kelapangan untuk hapdet. Bz mengejar dateline kerja. Dengan dekat rumah ni macam2 masalah yang timbul. Sekarang ni baru lega sikit. Steady & stabil.

SUMPAHAN SARAWAK
WAKIL SUKAN PART 3


Is ni baru ni aku dapat update terbaru, kanser dia jadi balik. Kimo pun kimo jugak. Tapi kali ni aku nak cerita kisah macam mana dapt tau dari Sarawak datangnya.

Ni cerita masa tengah duk ke hulu ke hilir cari orang yang boleh mengubat. Sebab kan diorang ni bisnes dan perlukan stokis merata-rata tempat, so banyak la travel nya (yang tersangat-sangat banyaknya). Si Kay ni angkut je la Is ni ke mana-mana dia pegi. At least ada orang boleh tengokkan lagipun Is ni kan dah tak sekolah.

Ada la 1 malam kat hotel ni tengah surf internet, tiba-tiba Is ni menjerit sambil tunjuk dekat laptop. Menjerit panjang. Kay ni dalam hati
("Ah sudah, kenapa pulak budak ni. Dah la tengah jauh ni")

"Angah, angah kenapa ni? Ada apa?"
(Is masih lagi menjerit sambil mata tak lepas dekat laptop)

"Tu, orang tu la yang angah nak bunuh angah"
"Dia nak bunuh angah dengan kayu (read : tombak)"
"Tu....orang tu!!"

Kebetulan dalam laptop ada gambar orang sarawak berpakaian negeri tengah pegang sumpit.

Is macam dah nak meracau dah. Tak tentu hala jadinya. Nampak tengah takut. Mata terbeliak masih lagi pandang laptop.

Kay pun terus tutup laptop, ajak dia tidur. Lama lepas Is tertidur, baru Kay ni pegi tutup lampu cadangnya nak tidur jugak sebab esok nak jumpa stokis.
Tengah tidur, tiba-tiba Kay rasa macam ada orang paut tangan dia. Kuat. Macam bukan tenaga manusia. Sakit macam nak terkencing (Kay cerita memang jenis beria).

Tengok sebelah, Is dah terjaga dengan mata terbeliak. Kaku. Senyap. Tak berkutik sikit pun. Tengok jam pukul 3 lebih.
(Alahai, ni kenapa pulak.........)

Panggil Is tak jawab. Ada la dalam 15 minit dia dalam keadaan statik macam tu.
Tiba-tiba Is toleh. Dengan mata terbeliak, jarak lebih kurang 2 inci dari muka. Bilik gelap. Sunyi. Tangan kena pegang macam nak patah. Masa tu takut, seram, sakit tak tau nak rasa mana datang dulu.

Tiba-tiba Is bangun pergi ke pintu. Macam nak keluar, tapi tak bukak pintu. Cuma cakar pintu. Macam kucing tapi versi ganas. Kay bangun, bukak lampu pergi peluk Is dari belakang. Lama. Bila Is dah nampak bertenang, baru ajak tido balik...lampu bukak. Pagi esok baru nak tanya.   



*Pagi esok punya cerita, esok la baru cerita. Kah kah kah. Sakit hati tak?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2015 01:48 PM | Show all posts
Sementara tengah ada masa sikit ni aku update je terus. Sebelum kena kejar dateline baru.

SUMPAHAN SARAWAK
WAKIL SUKAN PART 4


Pagi esoknya masa tengah makan tengahari, Kay tanya.

"Angah ingat tak angah buat apa semalam?"

"Ingat"

"Angah kenapa?"

Senyap. Macam cakap dengan ayam goreng dalam pinggan, tak ada respon.
Kay pun biar lah, kot2 dia tak nak cerita lagi.

Lagi 2 3 suap nak habis baru Is bukak mulut. (spoil betul Is ni, awal-awal tak nak cerita).

"Semalam Angah terjaga Angah nampak ada orang dekat siling. Macam dalam laptop. Dia nak bunuh Angah dengan kayu. Dia nak tikam Angah dari atas.

Angah tak boleh bangun.

Angah takut. Angah pegang sebab angah nak kejut Ayah Cik".

"Orang tu turun guna kayu pegi dekat Angah. Mencangkung atas muka. Baju kena muka. Tak bau busuk.
Tapi tak boleh nafas, rasa sesak. Angah tengok Ayah Cik, nak mintak tolong tapi Ayah Cik macam tak dengar. Bila dapat bangun Angah nak lari keluar. Tapi pintu takda tombol sebab tu Angah cakar pintu".

"Masa Ayah Cik datang orang tu ikut belakang. Kayu tu dia letak atas bahu Ayah Cik. Lepas bukak lampu orang tu hilang".

Patut pun macam orang hilang akal Kay tengok dia semalam.

* Kesudahannya lepas makan terus check out, cari hotel lain. Lagi 1 hari kena stay. Ingatkan tukar hotel lagi mahal takde masalah. Rupa nya.........      

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2015 02:22 PM | Show all posts
BALAN-BALAN

Masa balik kampung mengundi bulan 5 baru-baru ni, aku pun ambik la kesempatan mengorek cerita dari Pak Mertua aku. Dia tak cerita banyak, pun. Dia kata kalau nak tau banyak balik la selalu. Ceh licik betul alasan dia.

Yang aku dapat korek dari masa tu pasal Penanggal. Pak mertua aku ni bukak kedai runcit depan rumah, jadi memang selalu tido lambat.

Paling awal tutup pukul 11. Bulan puasa nanti lagi lambat. Malam2 lagi ramai datang nak beli petrol dalam botol kicap. Sebotol 2 ringgit.

Aku ambik hati la dengan tolong pam minyak masuk botol sambil sembang kosong.

Tengah sembang pasal politik (musim mengundi kata kan) tiba-tiba Pak Mertua aku tunjuk kat langit.

"Tu, tengok tu!"

Ada bebola api melayang atas langit. Aku kan tak pernah tengok macam jakun ada. Gila kau, memang nampak jelas benda melayang bercahaya macam api melintas.

"Fuiiyoo....apa benda tu abah?

"Tu la penanggal. Abah agak dah, memang ada yang mengamalkan dalam kampung ni. Baru ni abah dapat tengok depan mata".

Err...penanggal? Macam hantu syaitan nirojjim je bunyi nya abah.

"Memang la, dah tu kau ingat apa? Roket? Roket apa rendah macam tu".

Pak Mertua aku cakap 2 3 bulan kebelakangan ni org yg dtg kedai ada la yang bercerita. Pak Mertua aku ni bukan jenis lepak kedai kopi, jadi lambat sikit la berita gosip apa semua sampai kat dia. Dia kata kalau ada orang nak beranak takde dah dekat rumah. Semua pegi hospital.

Siap pesan lagi kat aku, nanti kalau nak beranak pegi hospital tak payah mengada-ngada nak beranak dekat rumah la apa la. Aku iya kan aje..

Pak Mertua aku cerita ada yang dtg tanya dia macam mana nak buat kalau benda tu datang. Mana la dia tau, walaupun dia selalu ke masjid dan di gelar Pak Haji. Dia cuma nasihat pegi beranak dekat hospital, senang.

Sampai cerita ni di tulis pun, masih lagi tak tau siapa yang mengamalkan. Punca dan sebab pun masih menjadi misteri. Apa2 pun, aku rasa macam masih lagi ada orang mengamalkan benda tu zaman sekarang ni. Pelik.

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2015 03:55 PM | Show all posts
halim dh cm nama kazen aku si lembut tu pulokkk ...sory erk TT "brader halim" tu cm antu raye jer yg jga tanah pusaka aka kebun laaa mse jaman dolu2..tp skg nie xtau laa ade lg ke x
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 02:25 PM | Show all posts
TT xde lagi ke sambungan kisah is tu???
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala sambung lah lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2015 09:27 AM | Show all posts
bestnya citer TT
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 12:01 PM | Show all posts
best...sila sambung
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 02:42 PM | Show all posts
mana sambungan cite nya TT...huhuuu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2016 03:11 PM | Show all posts
kentel replied at 18-4-2016 02:42 PM
mana sambungan cite nya TT...huhuuu...

Dah takde siter seramnya....menumpang dekat benang org je.

Cuma baru-baru ni je ada sorang hamba allah tegur dekat masjid.
Bertembung masa apek nak masuk, dia baru nak keluar. Senyum je.

Dah ambik wuduk, semayang bagi salam. Pusing-pusing belakang tengok dia ada sambil sengih.
Aik? Dia ni tadi tgk macam dah nak balik. Dia kata saje je nak bersembang. Ai, pelik.

Sembang punya sembang rupa-rupanya dia tunggu sebab nak bagitau masa apek nak masuk tadi dia nampak ada benda yang mengikut.
Benda tu halus, kurus, tembus, tinggi dia 2 kali tinggi apek. Jalan macam terhuyung hayang, beralun-alun.

Tu yang dia tanya apek ni membela ke sb dia nampak makhluk tu mcm mengikut je, tapi tak bersatu dgn apek.  





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.075916 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list