|
Author |
Post time 25-12-2013 01:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sambungan....
Kemisterian dan kekacauan tu berterusan berlaku hatta aku tidur rumah kawan aku yg lain. Cuma aku just kena kacau dengan cara dia berjalan jalan tepi kepala aku... disebabkan aku dah penah kena macam tu so aku masih buleh rileks lgpun aku dah dipagar.
Aku balik kampung seminggu untuk tenangkan fikiran aku sebelum aku menjalani rawatan kedua nanti.
Rumah mak aku ni pun ada cerita jugak tp berlaku selepas aku dah pulih. Berkaitan sihir yg dituju pada mak aku. Umah mak aku ni dekat hutan maklumlah kawasan hulu. Kalau aku cakap mesti korang akan kata "patutlah tempat jin bertendang".... hehehehe
Rumah mak aku ni rumah kampung, agak besar dan memanjang. Belakang rumah mak ada ladang getah. Banyak jugak la ba alif ba ya tu... klu nak tenguk kang memalam keluar la depa tu cari makan.
Ladang getah tu jugak tempat aku melepak zaman kanak kanak dlu. Gi cari biji getah buat laga. Gi mancing dalam kolam kecik tu.
Yg menariknya ladang getah ni agak terbiar dan ada dua kubur lama... aku pernah sekali tenguk kubur tu. Itupun tak sengaja masa merayau rayau dalam ladang tu... ramai kata angker. Wallahualam
Berbalik pada cerita aku tu, sampai rumah mak adala tiga orang adik aku. Dua lelaki satu perempuan. Dua dua lelaki masa tu dalam belasan tahun jugak la. Sebab jarak aku dgn depa ni jauh gak.
Malam tu aku minta adik lelaki aku yg nombor dua teman aku tidur sebab aku dah naik seram nak tidur sorang. Kami tidur kat ruang tamu. Ada dua tilam tapi berdekatan sket. Tengah tengah aku letak bantal peluk sbg perlindungan, mana la tahu adik aku ni mengigau tendang aku tak ke haru...
Mak ayah dan adik adik lain dah masuk bilik tido. Seme lampu rumah dag tutup maknanya dah gelap la... aku pulak dah readt nak tidur... masih lagi lali lali gitu.
Tiba tiba adik aku ni panggil nama aku dalam nada takut "kak". Aku ni jawab la "haaa nape dik?". Dia jawab "tak de apa".
Aku pun tidur ler... keesokannya aku tanya dia apsal dia panggil aku macan tu. Dia pun story ler... ni story dia
Masa semua lampu dah tutup ty, dia baring nak tido. Dia tengok aku diam je. So dia nak lunjurkan kaki dia, sekali dia tak boleh nak lunjur sebab ada benda mencangkung kat hujung kaki dia. Sebab tu dia panggil aku. Gangguan tu tak berhenti situ, ada pulak benda duk tolak tolak badan dia macam suh dua ke tepi la tp dia diamkan diri je sampai pagi. Actually adik aku yg sorang ni memang jenis kental sket berbanding sorang lg. Sebab tu aku ajak dia teman aku.
Aku call ustaz yg rawat aku tu dan story pasal ni. Ustaz tu gelak dan cakap "dia jeles le tu adik awak tido sebelah awak". Yang aku ni dlm hati "boleh pulak jeles. Kalau aku kawin nnt abih la suami aku kena tendang".... hehehehe
Ustaz tu minta aku cepat balik kampus dan teruskan rawatan. Last edited by Syumaimah on 25-12-2013 01:22 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
best... i mark cni tanda dh baca ye updates tt tu..
cam baca buku cerita seram.. hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-12-2013 01:32 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
clarizsa posted on 25-12-2013 01:31 PM
best... i mark cni tanda dh baca ye updates tt tu..
cam baca buku cerita seram.. hehe..
Seram ke... aku rasa mcm x seram sgt sbb aku x reti nak mengarang sgt... hehehe...
Actually tengkiu... |
|
|
|
|
|
|
|
Syumaimah posted on 25-12-2013 01:32 PM
Seram ke... aku rasa mcm x seram sgt sbb aku x reti nak mengarang sgt... hehehe...
Actually ten ...
seram sederhana.. tp mmg menarik utk dibaca... teruskan berkongsi cerita tt... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-12-2013 02:03 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Byk pulak update aku arini... nak cepat abihkan story ni...
Malam kedua aku di kampung, aku tidur dalam bilik. Aku tidur atas katil dan adik lelaki nombor dua tu tidur kat lantai (dia ni dah jadi cam bodyguard aku sepanjang kat kampung ni).
Aku ready nak tidur..adik aku dah lena. Baru nak pejam mata, aku rasa ada orang pijak tilam aku (perlahan je gerakan )kemudian baring sebelah aku. Aku buka mata, pandang sebelah. Tak de orang.... hmmmmm... aku pejam mata lagi. Sekali lagi aku rasa seperti orang sebelah aku (walhal tak de) bergerak kalih badan. Aku bangun dan perhatikan sebelah aku. Sah tak de orang. Aku pandang adik aku kat lantai... lena...
Perasaan aku ke ni... ah... aku amik keputusan abaikan saja. Baru je nak lelap katil aku pulak kena gegar dgn kuat. Melompat aku dari katil nasib baik tak terpijak adik aku kat bawah tu. Adik aku bangkit tanya kenapa aku lompat. Aku pandang dia, dia pandang aku. So dia dah faham. Last last kami angkut tilam gi tido dalam bilik mak aku... hehehehe...
Malam ketiga aku tidur (asyik malam je yek... tu la siang x de pulak kena kacau)
Kes malam ni memang aku nekad balik kampus...
Aku tidur dalam bilik atas katil bersama tiga org adik aku. Sempit gak la tapi takut punya pasal tak kisah dah...
Kedudukan kami macam ni. Aku, adik aku pompuan kecik tu, adik lelaki pertama dan adik lelaki kedua yg kental tu. Aku ingat kejadian tu dah lewat malam berlaku. Aku tidur pakai kain sarung (biasala orang kampung kan). Sedang aku lena tidur tu, aku terasa kain sarung aku diselak perlahan lahan. Aku diamkan diri dan buka sikit mata aku utk tengok siapa selak kain aku tu. Aku nampak susuk tubuh hitam sedang pegang hujung kain aku dan cuba selak pelahan lahan. Aku bingkas bangun dan time tu jugak lembaga tu hilang...
Aku masih lagi terkejut dgn apa yg aku nampak. Aku cuba fikir guna logik... apakah adik lelaki pertama atau kedua ni ke yg nak sakat aku? Tapi tak kan sanggup sakat sampai tahap mcm tu. Aku pandang mereka berdua... tidur nyenyak sgt. Tak logik adik aku ni.
Aku nak kan kepastian aku ketuk adik aku yg pertama tu dgn bantal sambil marah dia "dik, kau ke selak kain aku tadi"?...
Adik aku terjaga, mamai mamai sambil kesat mata... "apa kak?"... aku tanta lagi "dik kau kan selak kain akak tadi?"... kali ni adik aku jawab "tak kuasa aku nak selak kain kau la" terus dia sambung tidur...
Aku pulak dah tak leh nak tido. Esoknya aku amik keputusan balik kampus dan buat rawatan kali kedua... Last edited by Syumaimah on 25-12-2013 02:06 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hehehe...xpasal2 je adik lelaki yg pertama tu kena tuduh
Melampau tol jin tu main selak2 kain pulak.ketandusan kasih sayang pe.mesti tt rasa cam nak terajang je makhluk yg selak kain tu kan |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-12-2013 03:36 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
izzarishaiqal posted on 25-12-2013 03:17 PM
Hehehe...xpasal2 je adik lelaki yg pertama tu kena tuduh
Melampau tol jin tu main selak2 kain pu ...
Tu la main selak selak kain lak...
Hehehe... nak buat cane dah nampak kelibat susuk tubuh lelaki tu tuduh adik pertama tu... heh... |
|
|
|
|
|
|
|
jin asyik la ni kan... hurmmm...
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-12-2013 04:29 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sambungan lagi.... (banyak masa kan... Hehehe)
Balik je kampus aku teruskan rawatan dengan ustaz tu. Kali ni ustaz tu bagi aku tiga biji limau nipis dan beberapa helai daun bidara. Daun bidara ni selalunya orang buat mandi mayat... Aaaaa....
Pesan ustaz tu, sebelum maghrib aku kena tadah air dalam baldi kedian campur dgn sebijik limau nipis ni yg dah di belah dan diperah. Kena mandi sebelum maghrib dan mandi sampai tiga hari. Hari ketiga tu aku kena bilas pulak badan aku dengan ramasan air daun bidara ni. Aku tak boleh kesat. Air tu mesti kering sendiri...
Aku buatla seperti apa yang ustaz suruh. Alhamdulillah hidup aku tenang la buat seketika. Tapi seketika je la.... Petang tu aku tidur sorang sorang kat rumah. Housemate keluar. Aku baring kat ruang tamu. Dalam lena tak lena aku dengar suara lelaki bercakap di telinga aku dalam bahasa yang aku tak faham. Lama jugak aku dengar. Aku ingat radio ke apa tapi radio tak on pun. Aku malas nak layan...
Selalu jugak aku dengar suara lelaki bercakap kat telinga aku tapi bahasa dia memang aku tak faham. Lenggok suara biasa biasa je... Akhirnya misteri aku selalu dengar suara tu terjawab jugak bila aku gi tidur umah mak angkat aku. Mak angkat aku ni boleh la sket sket ubat orang...
Aku tidur rumah dalam satu malam je. Malam tu aku tidur dalam bilik tetamu bersama kakak angkat aku. Macam biasa la aku baca apa yang patut kedian aku lena... Tengah sedap lena tu, aku rasa muka aku kena ketuk dengan bantal berkali kali dan diiringi suara pompuan menangis... Aku buka mata dan sebelah aku kelihatan kakak angkat aku tengah ketuk muka aku dengan bantal, menangis dan berkata "ko kenapa ni, ko kenapa ni".... Dia duk ulang ulang perkataan tu...
Aku pulak kaget lah. Apsal dia ketuk muka aku pastu siap nangis nangis. Kakak angkat aku tu berhenti ketuk muka aku bila dia nampak aku terjaga. Tapi masih menangis... Aku tanya la "apahal kak?, sakit ke?"... Dia jawab (redha sket tangisan) "kau tu kenapa macam tu... Aku takut tau"... Yang aku ni "hah? Macam apa, apa?"... Bingung dengan apa yang berlaku... Dalam duk kalut tu mak angkat aku masuk dan tanya apa yang berlaku... Barulah kakak angkat aku bercerita... Begini cerita dia....
Masa aku dan dia tidur tu, dia terjaga bila dia terdengar suara orang bercakap cakap. Dia buka mata dan dia tenguk aku sedang bercakap cakap dengan mata terbuka, kepala aku menghala ke pintu yg tertutup (aku tidur berhampiran pintu)... Cara aku cakap tu macam ada seseorang berada kat pintu tu. Sesekalu aku ketawa kecil... Tapi bahasa yang aku cakap tu bahasa yang dia tak faham. Tak tahu la bahasa apa...
Jadi bila tenguk aku macam tu, dia ingat aku mengigau so dia kejutkan aku. Sekali aku ni pusingkan kepala aku ke arah dia dan pandang dia dengan pandangan yang tajam dan menakutkan. Kemudian aku pusing balik kepala aku ke arah pintu dan terus bercakap. Dia apa lagi nak lari takut, tu dia ketuk aku dengan bantal tu sambil menangis... Nasib baik tak lemas aku...
Kesimpulan dari citer tu mak angkat aku kata benda yg ikut aku tu mungkin berasal dari hutan tu. Sebab tu la aky asyik dengar lelaki cakap dalam bahasa aku tak faham...
Lepas tu aku dan kakak angkat aku ni tidur kat ruang tamu. Sebelum tidur dia sempat tanya aku "ko tak sedar ke masa tu?".... Aku jawab "memang aku tak sedar dan aku tidur lena sangat".....
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-12-2013 04:47 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kisah ni pun lebih kurang kisah kat atas tapi terjadi di rumah kakak aku. Masa ni kakak aku tengah sarat mengandung anak sulung... Kesian dia tak pasal pasal bermaraton malam malam buta dengan perut boyot... Huhuhuhu
Cerita dia macam ni, aku lepak umah kakak aku ni. Malam tu aky tidur dengan dia sebab aku dah jadi penakut sejak kena kacau selalu nih. Suami dia tidur kat luar.
Aku tidur dekat dinding dan dia tidur dekat pintu, kes sama macam kat atas cuma lain sket. Aku sedang tidur jugak. Tiba tiba aku dengar kakak aku jerit kuat... Jeritan dia tu memang scary dan panjang seolah olah dia nampak hantu. Aku terkejut terus lompat dari katil, siap sedia nak lari. Masa nak lari tu aku lihat kakak aku pun lompat dari katil jugak dan get ready nak lari.
Yang aku ni duk ingatkan kakak aku ni kena rasuk dan kakak aku pulak ingatkan aku kena rasuk, terus dua dua pecut lari keluar bilik.... Sampai la kat ruang tamu tu dua dua terjelepok sebab takut sangat, suami dia bangun datang dekat kami dan tanta kenapa menjerit dan maraton malam malam buta ni. Aku tunjuk ke arah kakak aku, isyarat suh tanya dia. Dah dia yang jerit bukan aku.
Dengan terketar ketar kakak aku citer masa tidur tu dia nak kalihkan badan dia ke arah aku, sekali dia nampak muka ku ni hitam legam dan menakutkan sangat. Tu yang dia menjerit...
Bila dengar tu aku raba muka aku, macam ok je... Akhirnya aku dengan kakak aku tidur kat luar...
Citer aku ni dah nak abih dah ni... Aku pun tak sabar nak tamatkan... |
|
|
|
|
|
|
|
thumbs up citer lg TT.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-12-2013 06:13 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sambungan seterusnya....
Sejak akhir akhir tu hubungan aku dengan ALLAH agak jauh sket. Aku dah kurang sgt amalkan zikir yg ustaz tu bagi. Mungkin kesibukan aku sebagai pelajar dan nak dekat exam buat aku sibuk.
Sedikit demi sedikit pagar yang ustaz buat tu lemah sebab aku sendiri yang tak kuat dan kurang amal zikir tu.
Aku ingat lagi hari tu cuti. Beberapa housemate aku keluar maklumla kan cuti. Tinggal aku dengan beberapa org. Masing masing buat hal sendiri. Aku pulak tidur maklumlah tak cukup tidur, malam malam study. Dalam kena kacau tu aku pulun gak study. Kot kot mana aku nak grad tahun tu.
Wp aku ni tengah 'sakit' dan adakalanya aku tak boleh nak study tp dalam kelas aku fokus 100% apa yg pensyarah ajar. Aku tak suka bersembang dalam kelas. Mungkin sebab tu aku score subjek LAW yg mana kwn kwn aku susah nak score... hehehehe.... riak lak... alhamdulillah rezeki.
Berbalik cerita aku td, aku amik keputusan nak tidur sbb letih stay back. Aku tidur di ruang tamu. Oh ya waktu tu dekat pagi nak ke tengahhari. Si zura pulak baca paper sebelah aku.
Sedang lena tu sekali lagi aku kena tindih. Kalau ikutkan dah lama aku x kena tindih sejak ustaz pagar aku. Kali ni aku kena tindih (berdebar aku nak taip ni sbb aku x leh lupa muka dia).
Macam seperti selalu aku kena tindih tapi aku nampak zura sebelah aku, kemudian benda tu dtg dalam rupa dia yg sebenar (harap aku kuat sbb aku ras seram dah ni). Susuk tubuh hitam berbulu, muka dia susah aku nak gambarkan tp yg pasti menakutkan dan gigi dia berceracak tajam tajam... dia datang dekat aku.
Aku cuba gerakkan badan nak lari tp tak boleh. Aku pandang zura, aku jerit panggil dia "zura, tolong aku zura". Berkali kali aku panggil tp dia tak dengar. Aku cuba capai dia pun tak boleh. Masa tu aku boleh gerakkan tangan tapi tak dpt nak capai zura.
Benda tu makin dekat, dia menghampiri muka aku. Aku jerit kuat kuat.. aku cuba tolak. Aku pejamkan mata aku. Akhirnya benda tu berjaya cium aku dan berjaya hisap lidah aku (sori sgt sensor). Aku cuba tarik lidah aku tp tak berjaya...
.isk... isk... jgn tanya aku macam mana dia berjaya sbb pantas sgt berlaku.. aku cuba tolak sekuat hati dan dalam kepayahan aku laung nama ALLAHHUAKBAR.... akhirnya aku berjaya sedar.
Aku tercungap cungap keletihan. Aku pandang zura, cuba hampiri zura tp aku lemah sgt. Zura pandang aku kehairanan. Aku tanya zura
Aku : zura, puas aku panggil td kenapa kau tak sahut?
Zura : bila masa kau panggil. Aku tak dengar pun.
Aku : kau tak nampak ke aku meronta ronta tadi?
Zura : ha? Aku nampak kau tidur elok je...
Aku citer serba sedikit apa yg aku alami. Riak wajah zura menampakkan kerisauan. Dia risau aku lg risau. Apa yg aku takut telah terjadi. Hampir seminggu jugak lidah aku sakit, perit seolah olah melecur...
Sejak kejadian hari tu aku dah jadi mcm org mereng dah. Termenung sana termenung sini. Adakalanya cakap sorang sorang... aku suka menyendiri. Boleh dikatakan hidup aku tak terurus jugak la. Kawan yg faham tu terus terusan support aku. Aku jadi mcm bukan diri aku..
Aku banyak termenung, seolah olah aku dalam dunia aku sendiri.
Adakalanya masa aku pergi kuliah aku melencong ke lain sbb aku jadi lupa aku ni sape, nak pegi mana, buat apa kat situ. Tp mujur la sekejap je aku lupa tu. Kalau tak entah la...
Macam tu la kehidupan aku sejak kejadian tu...
Bersambung... Last edited by Syumaimah on 25-12-2013 06:20 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-12-2013 06:33 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Lepas aku kena tu aku ada call ustaz yg mula mula aku jumpa sbb ustaz yg rawat aku tu outsation. Ustaz tu cakap "kenapa awak biar dia hisap lidah awak?, lepas ni awak dah susah nak lupakan benda tu"... aku ingat lg ayat tu...
Memang sejak tu, ada kalanya aku rasa sayang sgt kat benda tu. Rasa nak ikut dia... rasa macam nak sentiasa dgn dia.
Ada jugak cerita feel aku ni kat zura dan kak mas, mcm biasalah mereka marah dan suh aku jgn layan dan lawan...
P/s sekali lg aku nak cakap, ni kisah benar dan kisah lama aku. Skang aku dah sihat dan bebas. Sbb masih ada yg tanya aku ni dah ok ke tak.. |
|
|
|
|
|
|
|
tt cepatleee sambuunggg. tak sabor nak tau |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-12-2013 08:05 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
jejah posted on 25-12-2013 06:49 PM
tt cepatleee sambuunggg. tak sabor nak tau
Tengkiu...
Aku rasa esok esok la aku sambung kot sebab dah dua malam ni aku rasa seram je... dah la aku tinggal sensorang nih.. uhukkkk |
|
|
|
|
|
|
|
TT bes la cita awak.
Alhamdulillah awak dah sihat skang |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-12-2013 08:45 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
ninnamina posted on 25-12-2013 08:41 PM
TT bes la cita awak.
Alhamdulillah awak dah sihat skang
Tengkiu. ..
Alhamdulillah. ... tp kesan dr tu sy tak boleh gi tempat angker, nnt ada pulak yg exposekan diri... huhuhu...
Ada masa sy citer kisah sy yg lain... insyaALLAH |
|
|
|
|
|
|
|
Syumaimah posted on 25-12-2013 08:45 PM
Tengkiu. ..
Alhamdulillah. ... tp kesan dr tu sy tak boleh gi tempat angker, nnt ada pulak yg e ...
Mungkin kesan dari awak kena gangguan tu menyebabkan hijab awak terbuka. Sepupu saya ada sorang macam ni. Dia pernah kena sihir. Dah pulih, tapi sejak tu kadang2 dia boleh nampak benda2 ghaib. Benda2 tu tak kacau dia tapi memang ada la kat tempat2 tertentu yg keras
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 26-12-2013 08:03 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ot jap
Scary mery sungguh mimpi malam td. Punya lah kuat jerit dalam mimpi sekali kat realiti pun jerit jugak... seb la tidur sorang... kalau ada partner rasanya partner pun lari...
Misteri dan unik alam mimpi dan alam roh ni
Last edited by Syumaimah on 26-12-2013 08:18 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 26-12-2013 08:06 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
starcity posted on 25-12-2013 09:59 PM
Mungkin kesan dari awak kena gangguan tu menyebabkan hijab awak terbuka. Sepupu saya ada sorang ma ...
Ye ustaz pun kata gitu. Once kena badan kita dah jd highway makhluk tu. Klu x jaga jaga boleh kena balik...
Tak de cara ke nak tutup hijab ni ek starcity? Sometimes menyusahkan.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|