|
[2011] SONGLAP - Lakonan Shaheizy Sam & Syafie Naswip
[Copy link]
|
|
k sekian sebahagian gmbr SONGLAP
semua gambar iols tumpang SONGLAP dari website songlapmovie.com
atie_leo Post at 26-5-2011 11:39
sila la tepek gambor2 masa pra-produksi |
|
|
|
|
|
|
|
ooo yg direct filem KAMI the movie tu.... mcm best ni... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau filem "redfilms", aku mesti tgk.. |
|
|
|
|
|
|
|
syafie dan sara semasa shooting songlap di pekeliling nov lalu |
|
|
|
|
|
|
|
bila cerita akan ditayangkan?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 24# cik.panda
sape pembikin filem ni ekk?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply bungaros
syafie ape name manja die ek?
die ada gak berlakon lam citer Nurkasih Themovie ...
ice98 Post at 27-5-2011 09:58
dah syafie... mestilah Pi'e...macam pak pi 'e anak mami tu. Yiiiha. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply cik.panda
sape pembikin filem ni ekk??
kasihdansayang Post at 4-6-2011 15:22
redfilms katanya. orang yang sama buat citer KAMI |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 69# cik.panda
nati sama2 la kita p tgok filem ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo filem2 dr redfilm mmg x penah mengecewakan.
yeah the power of brand.
sekali penerbit buat filem bodoh smpi mati org akan ingt dia terus produce filem bodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
sape sara ali ni?cm cun je |
|
|
|
|
|
|
|
sape sara ali ni?cm cun je
meea_dameea Post at 7-6-2011 16:54
pelakon baru. dlm songlap ni dia jadi heroin. dia ada belakon penunggu istana, nurkasih the movie dan 2-3 filem lain |
|
|
|
|
|
|
|
xsabar nk tgok cite ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
wajib tgk sebab ada mukhsin. |
|
|
|
|
|
|
|
sapa buat citer nih????
eddlisa_uyuk Post at 13-6-2011 00:41
Producer - Red Comm
Directors - Effendee Mazlan & Fariza Azlina Isahak (director Kami the Movie and Kami tv series jgk kot) |
|
|
|
|
|
|
|
filem malaysia semakin GEMPAQQQQQQQQQQQQ...Kru akan mencipta sejarah filem melayu pertama dlm versi 3-D..yeyyy |
|
|
|
|
|
|
|
Dengarnya...: Sam anggap Songlap paling terperinci (Credit to HIP Berita Harian)
KETIKA ini, Cik Normah tengok, nama pelakon lelaki paling meletup di kalangan peminat ialah Shaheizy Sam. Bukan main rasa-rasa saja tau, sebabnya populariti Sam memang sudah terbukti apabila dia dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011. Pada anugerah yang sama, dia juga memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular.
Pendek kata, berderet jugalah filem lakonan jejaka berbakat ini yang menunggu waktu untuk masuk pawagam. Antaranya ialah Bini-Biniku Gangster, Aku Bukan Tomboy dan Songlap. Ketika ini, Sam mungkin masih bertungkus lumus di lokasi filem sulung arahan Syafiq Yusof (adik Syamsul) berjudul SAM (Saya Amat Mencintaimu). Bagaimanapun, dalam banyak-banyak filem, Cik Normah dengar cerita, Sam paling tidak sabar hendak menonton lakonannya dalam filem arahan bersama Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak berjudul Songlap. Filem berkenaan diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd dan Red Films Sdn. Bhd. Sebelum ini, Effendee dan Fariza pernah mengarahkan sebuah lagi filem, iaitu Kami the Movie. Cik Normah sendiri sukakan hasil kerja mereka berdua. Ia nampak segar dan lari daripada kebiasaan filem Melayu.
Antara bakat muda yang turut ditampilkan dalam filem Songlap ialah Syafie Naswip dan Sara Ali. Wah, kiranya filem ini menemukan Sam dan Syafie, dengan masing-masing memang terbukti bukan calang-calang pelakon. Kedua-duanya juga sudah menggenggam anugerah dalam bidang terbabit.
Cik Normah dengar cerita, Sam sukakan filem ini kerana ia dihasilkan dengan begitu terperinci dan penuh dengan unsur kebenaran. Khabarnya, Sam tidak berdepan masalah untuk melakonkan watak diberikan apabila pengarah berjaya menerangkan permainan emosi dan perkembangan watak berkenaan dengan baik sekali. Jadi, Sam faham setiap lakonan yang diberikan menerusi filem terbabit.
Daripada laman web filem itu, Songlap yang berlatarkan kota raya Kuala Lumpur, mengikuti kisah adik-beradik, Am (Sam) dan Ad (Syafie) yang membabitkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan seorang wanita dipanggil Mama.
Kehidupan mereka bagaimana pun jauh berbeza. Am mengambil kesempatan dengan menggunakan bisnes Mama sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara Ad pula mengimpikan kehidupan lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.
Ad mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya, Razak, kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis muda yang dijual kepada sindiket yang memperdagangkan manusia.
Apabila adik Razak, Hawa (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, Ad tidak boleh menutup mata lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan wanita muda itu, tanpa menyedari bapa Hawa, Pak Din juga sedang mencari anaknya yang hilang. Tetapi, niat baik Ad untuk menolong menggoyahkan hubungannya dengan Am, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.
Filem ini dijadualkan menemui peminat di pawagam pada 15 Disember nanti. Jom, kita sama-sama tunggu ya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|