SENIMAN gesa artis muflis selesai masalah
KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) mahu selebriti terkait isu muflis seperti pendedahan Jabatan Insolvensi (MDI) dalam laporan eksklusif BH, semalam, tampil menyelesaikan masalah itu dengan penuh tanggungjawab.
Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, berkata sebagai selebriti atau artis yang menjadi tatapan masyarakat, mereka harus menunjukkan contoh baik agar dapat menjadi ikutan.
"Isu ini mengenai bagaimana mereka menguruskan kewangan, Jadi, apabila berlaku perkara seperti muflis, sepatutnya sebagai selebriti perlu bertanggungjawab.
|