|
Edited by nolya at 25-10-2024 12:40 AM
Menyukai atau ikut rasa menyampah, masing2 orang ada penilaian sendiri2. Orang suka ada sebabnya. Yg benci, yg menyampah, yg tak setuju pun begitu juga.
Dlm persahabatan, dlm hubungan apa pun, tak ada insan yg sanggup dikhianati. Namun ragam hidup, ada dugaan datang tanpa diundang. Lantas harus berbuat apa jika ujian datang menantang?
Tanyalah, dlm hidup ini apa yg dicari. Bersyukur dg sekadar rezeki yg Allah beri, atau belum, harus nambah lagi dn lagi. Yg ada belum kecukupan, belum penuhi piawaian. Liku2 hidup yg penuh onak dn cobaan, terus mau direntas penuh tekad menggenggam hasrat. Itulah kebahagiaan dn kejayaan yg didambakan walaupun segala kerinduan dipertaruhkan, ada juga yg perlu dikorbankan. Tidak salah melangkah ke arah itu, ttpi jgn salah mengira2. Jelasnya aral pertama sudahpun menduga.
Orang ramai berduyun datang, Hendak melihat Tuan Puteri.
Mengharapkan panas hng ke petang, rupanya tsunami di tengah hari.
'Selamat Pengantin Baru hng ke Jannah'. Doa nan suci terkucil sudah, tiada lagi sakinah, mawaddah warahmah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Padamu Kekasih, aku berserah
Engkau jua yg lebih mengerti
Telah diolah tuah dn kesah
Sudah tersurat sejak azali
|
|