|
[2012] CINTA KURA-KURA [1 MAC 2012] - FILEM TERBARU KRU STUDIOS.
[Copy link]
|
|
aku dah tengok masa premier ari tu. boleh lah untuk bebudak skolah menengah nak gedik gedik tengok pelem cenggini tapi bukan aku lah. lakonan TZ boleh la walau nampak buat2 sikit dia punya komedi yang tak berapa nak menjadi tu. yg bagus cuma fafau jadi kura2 betina tu..kelakar jugak ler. tapi earel zafrel tuh ada potensi la kot kalau nak jadi hero remaja malaya coz hero2 lain kebanyakannya dah tua2. overal aku bagi 3.5 bintang lah kat filem nih! |
|
|
|
|
|
|
|
mmg market tu remaja je kan... hiks
btw dgn tech yg ade skrg.... cgi labi labi....(aku tak rasa i ...
dino Post at 15-2-2012 14:42
Pasni ada tajuk Cinta Abe Dino..
Kendian cinta Abe Dini |
|
|
|
|
|
|
|
ramai review kata ok, best |
|
|
|
|
|
|
|
teringin nak tgok cite ni.. nk ajak adik pegi tgok nanti... yehoooo.. TIZZ!!! |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana fara fauzana jadi kura kura?
kena sumpah ke? {:4_240:} |
|
|
|
|
|
|
|
yay. tayangan dah start dah. |
|
|
|
|
|
|
|
alamak. start bsok pula kan. silap2. kuikuikui. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by dauswq at 29-2-2012 14:33
Cinta Kura Kura
Cinta Kura-Kura adalah hasil sulung penulis tersohor, Nizam Zakaria di layar perak. Diterbitkan oleh KRU Studios, filem ini mengisahkan tentang kisah cinta antara Nani (Tiz Zaqyah) dan Adam (Aeril Zafrel). Uniknya di sini, kisah mereka turut 'dibintangi' oleh kura-kura peliharaan Nani bernama Nico (Zizan Razak) yang boleh berkomunikasi dalam bahasa manusia. Nico tidak menyukai perhubungan antara Nani dan Adam, lalu Nico mencuba pelbagai cara untuk memisahkan mereka. Ini kerana, Nico mahukan pemilik kedai haiwan peliharaan bernama Fadzli (Fizz Fairuz) menjadi teman Nani atas sebab dan kepentingan Nico sendiri. Dalam pada masa yang sama, Fadzli juga mempunyai niat tersendiri yang mengakibatkan kesan terhadap Nico.
Filem ini secara luarannya dilihat sebagai sebuah idea yang menarik kerana menggabungkan teknik animasi CGI dan realiti. Biarpun konsep tersebut bukan sesuatu yang baru, tetapi TP memberi pujian kepada Nizam kerana berani memberikan naskhah seperti ini kepada penonton, walaupun kisah percintaan remaja telah sering disajikan. Tajuk filem ini sahaja sudah cukup untuk mengajak penonton menyaksikannya di pawagam kerana pasti mereka mahu tahu apakah makna disebalik tajuk tersebut.
Jujurnya, TP sendiri agak teruja dengan filem ini tetapi setelah menontonnya tempoh hari, kekecewaan seakan menyelubungi kerana TP mengharapkan lebih daripada Nizam. Apa yang dapat TP simpulkan dalam bahasa yang mudah, Cinta Kura-Kura gagal memberikan kepuasan hiburan yang maksima.
Kelemahan utama yang dapat dilihat adalah menerusi watak kura-kura itu sendiri yang disifatkan terlalu ‘kartun’ sedangkan ia adalah seekor kura-kura sebenar yang hidup. Watak Nico yang disumbangkan suara oleh Zizan Razak telah terlalu “di-Zizan-kan’” sehingga TP tidak dapat menghargai identiti Nico. Begitu juga dengan animasi kura-kura itu sendiri yang membuatkan ia menjadi terlalu fleksibel dari segi pergerakan. Sebarang unsur simbolisme yang Nizam cuba sampaikan di sini, tidak dapat TP terima kerana hasilnya tidak menjadi. Benar ia adalah watak fantasi, tetapi ia bukan watak imaginasi.
Sekiranya kura-kura tersebut adalah sebuah watak yang sememangnya kartun seperti dalam filem Who Framed Roger Rabbit (1988), mahupun filem Monkey Bone (2001), mungkin penerimaan TP akan berbeza. Yang pasti, tidak perlu membandingkan filem ini atau meletakkannya sama taraf dengan Alvin and the Chipmunks (2007) atau pun Stuart Little (1999) kerana logik karakter utama filem ini juga jelas besar jurangnya.
Dari sudut lain, TP langsung tidak mempercayai 'cinta' yang wujud antara Nani dan Adam. Jiwa antara dua watak itu tidak kuat. Pendek kata it’s not believable. Watak-watak ini turut dicipta dengan identiti mereka tersendiri tetapi signifikan karakter itu tidak ada, seakan identiti-identiti itu dicipta hanya untuk menyedapkan cerita dan menjadikan ia kelihatan bijak, itu sahaja. Watak tambahan dalam filem ini yang lebih memberikan impak kepada TP.
Ketidakseimbangan dan kelemahan yang terdapat dalam cerita ini membuatkan TP sukar untuk melihat dan menerima elemen positif dan maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh Nizam. Mungkin sekiranya unsur-unsur yang ‘memualkan’ seperti promosi lagu dan teknologi CGI digunakan dengan lebih kemas dengan kurang sifat ‘tacky’ dan ‘corny’ nya, dan diperbaik dengan cerita yang lebih teliti, Cinta Kura-Kura akan lebih menyerlah.
Biarpun begitu, TP percaya filem ini akan diterima ramai kerana ideanya menghiburkan. Tetapi untuk melabelkan ia satu hasil layar besar yang cemerlang oleh Nizam Zakaria, mungkin tidak kerana TP percaya Nizam boleh buat lebih baik daripada ini, bersendiri.
Read more: http://www.tekanplay.com/2012/02/cinta-kura-kura.html#ixzz1nkYLVToD |
|
|
|
|
|
|
|
Review Filem Cinta Kura Kura by Pen Merah on February 18, 2012 in REview Movie
5Share
Cinta Kura Kura? Mulanya aku ingatkan filem ini antara kura kura aje rupanya manusia versi binatang peliharaan yang membantu dorang berkenalan dan menjadi pasangan kekasih. Pelakon filem Cinta Kura – Kura terdiri dari Tiz Zaqyah (Nani), Aeril Zafrel (Adam), Zizan Razak (Nic0), Shy8 (Usop Wilcha) – Atok, Fara Fauzana (Mira), Bob Yusof, Fizz Fairuz (Fadzly), Norhayati Taib, Munir, Harun Salim Bachik, Taukeh, dan Daus Eli.
Sebelum aku bagi Review Cinta Kura Kura nih, apa kata korang baca dulu sinopsis senang sikit nak fahamkan? Ecehhh, jom baca sesama.
Mengisahkan tentang hidup Nani, seorang gadis berumur 21 tahun dan kura-kura peliharaannya yang unik, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis Green Crown Sea yang luar biasa, mampu untuk bercakap dengan manusia, hanya jika ia mengkehendakinya.Nani baru berpindah ke tempat baru bersama abangnya, Amir dan mula jatuh cinta dengan jirannya yang merupakan seorang pemuzik, Adam. Kurang selesa dengan apa yang berlaku kepada tuannya, Nico sedaya upaya mencuba untuk sabotaj usaha Adam untuk memikat Nani. Cinta tiga segi mula terjadi apabila Fadzly, supervisor yang bekerja di kedai haiwan peliharaan yang sering menjadi persinggahan Nani, suka kepadanya. Namun tanpa diketahui, Fadzly sebenarnya mempunyai niat jahat untuk mencuri Nico dan menjualnya untuk dijadikan hidangan eksotik di sebuah restoran. Berjayakah Fadzly berbuat demikian? Atau Nico sempat diselamatkan oleh Nani?
Kekuatan filem nih aku tak nafikan lebih kepada Zizan Raja Lawak sebab walaupun hanya dipinjamkan suara menjadi kura – kura, tapi lawak tuh menjadi. Gelak? Yes, aku memang gelak besar dengan Nico yang nakal. Bayangkan kura – kura boleh berdiri dan berjalan dengan dua kaki plus telatah yang nakal? Belum lagi dengan gelagat Nico yang curik baju dalam Nani macam aksi filem ninja turtle pun ada? Tak boleh blah part Nani terkejut bila baju dalam dia ada kat rumah Adam angkara Nico yang dengkikan hubungan Adam dan Nani. Filem animasi yang bagi aku antara hasil kerja terbaik dari Kru studio.
Korang kenal Airel Zafrel? Alahhh mamat putih kurus tapi ensem tuhh? Haa yang tuh tapi dalam Cinta Kura Kura, dia berlakon menjadi lelaki yang lurus dan lembap dalam cinta. Lakonan Airel nih boleh dikatakan menjadi jugak cuma aku tak berapa nampak sangat keserasian sebagai pasangan nani sebab romantik tuh kurang feel.
Cinta Kura – Kura hmm tengok pada tajuk pun mesti tahu filem komedi romantik tapi bukan setakat Zizan aje tau mampu mengegarkan panggung sebab aku suka jugak dengan lakonan Mak Adam sebabnya nampak lawak tuh menjadi. Sama aje macam lawak makcik kat luar sana yang risaukan dengan anak teruna yang belum berpunya. Kahkahkah!
Tiq Zaqyah? Lakonan dia aku rasa lagi best dalam filem Nur Kasih lagi sebab dalam filem nihh watak kura – kura lebih menonjol. Tapi yang jadi Kura – Kura bukan sekor malah 3 ekor lakonan Ucop Wilca dan Fara Fauzana. Haaa, animasi kartun lagi best dari manusia yang berlakon? Macam mana tuhhh? Nak tahu lebih lanjut, korang kena laa jenguk pawagam berdekatan ye!!!
Rating aku bagi untuk Filem Cinta Kura – Kura : 4/5 |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan panggil dia penyu![size=130%]Cinta Kura-Kura
My rating:
Ampun dan maaf diminta dari pembaca-pembaca TMBF sekalian. Dah lama saya tak mengulas filem Melayu, dan saya sudah terlepas peluang bagi filem-filem seperti Suatu Malam Kubur Berasap, Papa I Love You, Sesuatu Yang Tertinggal, Keramat, Bujang Telajak, Sumpahan Kum Kum, Azura dan Hantu Dalam Botol Kicap. Tiada alasan yang boleh saya beri, melainkan baru-baru ini saya selalu malas nak tengok filem dan tulis rebiu. Tapi saudara Nizam Zakaria telah mengundang saya ke Gala Premiere filem arahannya yang pertama, Cinta Kura-Kura, dan hutang budi ini perlu dibayar dengan sebuah rebiu. Kini pasti anda tertanya, apakah undangan ini telah menjejas integriti dan keobjektifan TMBF? Apakah beliau teruja sangat dapat menghadiri event glemer serta bergosok bahu dengan selebriti-selebriti fofular, sehingga pasti rebiu ini memuji filemnya setinggi awan?
Hakikatnya, saya rasa filem ini best. Ko percaya ke tak, ap tu you lah. (Lagipun, malam tu Tiz Zaqyah tak endah aku pun.)
Nani (Tiz Zaqyah) tinggal bersama abangnya Amin (Bob Yusof) dan memelihara seekor kura-kura bernama Nico (Zizan Razak). Adam (Aeril Zafrel) pula ahli kumpulan muzik dan tinggal bersama ibunya Mak Uda (Norhayati Taib). Kedua-dua hidup berjiranan, dan mula jatuh hati antara satu sama lain apabila Amin menyertai band Adam sebagai penyanyi utama. Tetapi oleh kerana Adam tak reti beza antara penyu dengan kura-kura, Nico tidak menyukainya dan ingin menghancurkan hubungan cinta antara Adam dengan pemiliknya Nani. Oh baidewei, Nico serta semua kura-kura lain dalam filem ini boleh bercakap dan berjalan atas dua kaki dengan pantas. Di samping itu, seorang pemilik kedai haiwan peliharaan bernama Fazli (Fizz Fairuz) juga ingin mengorat Nani, dan Nico juga berkawan dengan dua ekor kura-kura di kedainya bernama Atok (Shy8) dan Mira (Fara Fauzana). Tetapi Fazli mengerjakan perniagaan haram, membekal haiwan terlindung kepada Mr. Lim (Chew Kin Wah) yang menghidangkan haiwan-haiwan tersebut di restorannya. Dan antara hidangannya ialah daging kura-kura...
Saya agak bahawa kebanyakan filem Melayu disasarkan khususnya kepada penonton lelaki. Ini kerana filem-filem yang paling berjaya di pasaran - KL Gangster, Hantu Bonceng dan Kongsi, antara yang lain - menjual unsur-unsur aksi dan rempit yang memang diminati golongan laki-laki Melayu muda. Tapi baru-baru ini muncul pula filem Ombak Rindu, sebuah kisah cinta melodrama yang juga amat berjaya, dan saya pasti kejayaannya terhasil dari penonton-penonton wanita. Ini suatu petanda yang baik, menunjukkan industri filem tempatan sihat dan mampu menampung berbagai segmen penonton. Diharap ini akan membuatkan Cinta Kura-Kura juga berjaya, kerana ia sebuah filem yang jelas menyasarkan penonton anak gadis muda urban.
Bukti ini kerana pertama, ia cerita komedi cinta. Dan kedua, "bintang" filem ini bukanlah Aeril Zafrel atau Tiz Zaqyah, tetapi sebuah kura-kura kartun CGI yang bernama Nico dan diberi suara oleh Zizan Razak. Nico adalah suatu ciptaan yang amat menggelikan hati, jelas dibuktikan dari gelak ketawa gadis-gadis remaja yang duduk sebelah saya di panggung setiap kali kura-kura ini beraksi. Dan walaupun dia memang comel sepertimana watak CGI dalam filem live-action pasti comel, bukan kecomelan saja yang dia ada. (Rujuk filem-filem seperti The Smurfs atau Alvin and the Chipmunks, yang tidak patut ditonton sesiapa yang berumur 12 tahun ke atas.) Nico ada personaliti yang diberi oleh Nizam yang juga menulis skrip disamping mengarah, dan skripnya juga memberi dialog-dialog yang lucu kepada Nico serta watak-watak lain. Saya boleh kata filem ini adalah komedi yang benar-benar kelakar.
Ini sesuatu yang jarang dilihat, kerana kebanyakan filem komedi Melayu yang pernah saya tonton adalah bodoh, bukan kelakar. Tapi filem ini berjaya mencuit hati saya. Dialognya sedap didengar, dan lawaknya timbul secara bersahaja dari watak-wataknya - contohnya adegan-adegan Mak Uda meleter Adam, atau ahli-ahli kumpulan muzik Adam. (Satu daripadanya dimainkan oleh Harun Salim Bachik yang tak pernah tak kelakar.) Nico suka membaca buku cerita "Arnab dengan Kura-kura" milik Nani dan memperli watak arnab itu. Ada juga sebuah running gag dimana kereta Fazli sering memainkan lagu dangdut. Saya juga tertawa dengan kemunculan seekor gajah semasa babak penamat (tak boleh saya nak jelaskan lebih sebab spoiler). Sentuhan-sentuhan kecil inilah yang meyakinkan saya bahawa Nizam adalah seorang pencerita yang bijak dan berimaginasi.
Kelemahan yang boleh saya nyatakan ialah pada kisah cintanya. Perasaan cinta antara Nani dengan Adam tidak begitu terasa; babak paling romantis ialah sebuah perbualan telefon dimana Tiz dan Aeril tidak berinteraksi secara bersemuka. Juga saya rasa Aerillah pelakon yang paling lemah dalam filem ini. Yang lain semua, termasuk Norhayati Taib, Fizz Fairuz, Chew Kin Wah serta pelakon suara bagi watak kura-kura, semuanya memberi persembahan yang over the top sedikit, tapi lakonan Aeril agak kaku dan kurang sesuai dengan nada komedi cerita ini. Nasib baiklah ada Tiz yang sungguh menawan hati dalam filem ini. Walaupun beliau paling terkenal dengan peranannya sebagai seorang MILF wanita berumur dalam drama TV dan filem Nur Kasih, namun di sini dia cukup meyakinkan sebagai anak gadis berusia awal 20-an yang masih berperangai keremajaan.
Kalau difikirkan lama-lama, ada juga beberapa lubang plot yang tidak masuk akal - misalnya, kenapa Nico seorang (seekor?) saja kura-kura yang boleh berjalan atas dua kaki? Mengapa kura-kura tak berani nak dedahkan kebolehan mereka bercakap walaupun nyawa diri diancam? Tambahan pula, watak Amin abang Nani seolah-olah menghilang waktu separuh terakhir, kerana dia sudah tiada kaitan dengan ceritanya. Namun saya sedia merekomenkan filem ini kepada siapa-siapa - khususnya jika anda perempuan yang ingin menonton sesuatu yang kiut, samada Aeril, Tiz ataupun kura-kura CGI yang bersuara macam Zizan Razak. Saya ingin melihat lagi filem dari Nizam, dan anda juga patut inginkannya. Jadi sila ke pawagam menonton Cinta Kura-Kura pada 1 haribulan Mac nanti. Kalau filemnya best, saya takkan segan nak mengiklankannya.
NEXT REVIEW: The Descendants
Expectations: hope to not watch it while I'm feeling sleepy |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Poster cantik. Nampak different & fresh ..
Can't wait to watch because of Nizam Zakaria.
Dia selal ...
haiku Post at 14-12-2011 10:04
aku nak gi tengok filem ni pun sebab NZ
dulu2 rajin gak baca blog dia |
|
|
|
|
|
|
|
promosi kuat yaaa citer nih, harap best laaa |
|
|
|
|
|
|
|
saya udah nonton semalam, sayangnya di pawagam kurang ramai yang tengok. cuma 20 orang saja....apa apa pun, saya hairan kenapa penonton kurang menonton filem ini. saya lihat filemnya biasa biasa saja. standardnya sama seperti Adnan Sempit 2 namun Adnan Sempit lebih lucu. Saya lebih banyak ketawa dalam Adnan Sempit beda dengan CKK kerna adegan lucunya ala biasa2 saja. Itu pendapat saya secara peribadi. maaf jika pendapat saya tidak sehaluan sama kalian.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 78# herysulaiman
sketnye.. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi sapa dah tgk???? review laaaa sikit |
|
|
|
|
|
|
| |
|