|
sambung lg yer.. |
|
|
|
|
|
|
|
baru siap meninjau.... |
|
|
|
|
|
|
|
sorry yer.. saya ada camping beberapa hari. tak sempat nak sambung lagi. may be esok atau lusa.:cry: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 64# ctA
eh jap ni bukan cerpen kan sbb nk highlight kan benang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 64# ctA
Okeh.....student lagi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
camping apa?? best yer... Fazss dah hampir 10 tahun besara camping... rindu bau hutan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 66# jingga007
tak. ini novel huhu. |
|
|
|
|
|
|
|
Idzhan masih di sofa, cuba memikirkan cadangan Sara. Patut atau tidak die mengajak Wilda keluar, masih lagi menjadi timbangannya. Dah lama sangat tak jumpa sejak SPM. Lalu depan rumah pun, kadang-kadang je nampak. Itupun selalunya Wilda tak perasan akan dia. Nama je rumah dekat, tapi part jumpa, terserempak tu, macam sorang kat Artik, sorang kat Antartika.
Ok! Dia nekad. Kejap lagi buzz dia!
“Cepatlah sini, makan.” Suara bateri baru itu masih tidak mampu senyap. Talkative habis.
Segera dia bangun menuju ke meja makan. Ummi sudah siap menyendukkan dia nasi, lebih banyak dari apa yang ada dipinggan wanita itu sendiri. Lantas dia duduk berhadapan dengan Sara sementara ummi di kepala meja.
“Abang, lepas ni kita main game nak??? Adik pun ada banyak lagi benda nak cerita ni...” sesuap nasi disumbat terus ke dalam mulut.
“Bismillah ke tak tu?” ummi menegur. Risau benar melihat kelakuan Sara yang lepas laku.
“Dah mi, dalam hati.” Dari ummi, pandangan dihalakan pula kepada Idzhan, mengharapkan jawapan dari si abang.
“Abang penatlah. Esok je main game. Nak cerita-cerita, adik record je lah. Esok bangun pagi, abang dengar.” |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ctA at 10-11-2010 13:46
BAB 8
Idzhan mengalihkan tubuhnya ke kiri dan hanya memandang beg laptop yang masih belum dikeluarkan isinya. Dia berkira-kira sendiri, apa perlu dia mengajak Wilda keluar esok sedangkan papanya masih terlantar di hospital. Teringat kata-kata Sara, riak wajah Sara yang langsung tidak risau akan kesihatan papanya. Dan melihatkan riak Sara juga Idzhan jadi yakin... insyaalah tidak ada apa-apa yang membimbangkan berlaku pada papa. Kalau menurutnya selepas melihat keadaan papanya yang membimbangkan atau sebaliknya esok, dia akan batalkan sahaja niatnya untuk bertemu Wilda. Tidak dapat tidak, orang tuanya harus diutamakan dan pastinya kesempatan yang ada untuk bersama Wilda terpaksa dikorbankan. Dia percaya kuasa Tuhan.
Setengah jam merenung skrin laptop tanpa berbuat apa-apa, dirasakan terlalu jengkel. Menunggu seseorang muncul secara maya dengan isyarat online. Dirasakan setengah jam itu dirasaka terlalu lama. Betullah kata bekas rakan sekelasnya dahulu, penantian satu penyeksaan. Betul. Tapi sebagai umat Islam, kena tuka sedikit quote itu: Penantian satu kesabaran.
Pada hari-hari biasa di kolej, ketika sedang melayari internet mencari bahan ataupun melayari laman web sosial, tiba-tiba sahaja isyarat itu muncul secara tiba-tiba: Wilda is now online. Kala ketika tidak menunggu, segalanya mudah tapi bila dah mula menunggu dan berharap, terasa seprti menunggu buah yang tak gugur. Seksa sekali. Setiap saat yang berlalu dirasakan seperti sama tempohnya dengan putaran bumi.
Itu dia. Seorang lelaki bernama Idzhan bila sudah tenggelam dalam perasaan, ayat-ayat bahasa tinggi macam tu selalu tergelincir sendiri. Tanpa payah berfikir bagaimana untuk memfrasakan sesuatu yang puitis. Perbendaharaan kata tak payah fikir, struktur ayat memang automatic dah teguh. Pasti terkejut cikgu Bahasa Malaysianya dulu kalau dia tahu kemampuan Idzhan berkarangan bila dipengaruhi perasaan yang berbunga-bunga tu. Kalaulah semua format karangan SPM dulu bertemakan cinta muda-mudi, sumpah, aku tak payah pergi sekolah dah. Bahana cinta mungkin. Cintalah sangat.
Dia tidak menyalahkan Wilda andai kata Wilda menganggap dia buat sombong, tidak sudi atau apa. Cuma dia sebenarnya keliru. Keliru dengan peranan watak tambahan Iffan dalam ceritanya, juga keliru bagaimana untuk menganggap Wilda sebagai kawan walau hakikatnya sudah lama dia jatuh sayang pada Wilda. Semenjak mereka sama-sama sekelas ketika di tingkatan lima, waktu Fizik, kelas cikgu Syamsiah..
“Nasib baik ada penyelamat....”
Bagaikan ada kesaktian pada kalimat itu. Entah apa dan bagaimana, dia sendiri tidak dapat mentafsirkannya. Cuma melihat reaksi wajah Wilda yang bagaikan terlepas daripada hujung senapang tentera Jepun, memandang ke arahnya dengan penuh rasa lega dan bersyukur. Dan seolah-olah dia sedang membaca bahasa hati dari riak wajah Wilda.
Mungkin dia yang terlebih tafsir. Mungkin dia yang terlebih faham bahasa hati dan jiwa. Mungkin dia yang terlebih baca apa yang tidak ada tapi riak wajah Wilda waktu itu... serupa sangat seperti seorang isteri yang bersyukur melihat si suami yang baru pulang dari sempadan, dari medan perang.
Apalah yang aku melalut ni. Sejak bila pulak aku dah pandai buat karangan ni. Karangan merah jambu pulak tu...
Anak rambut yang jatuh di dahi dikuak ke belakang.
“Tak salah lagilah, kalau Wilda tengok aksi kau kuak rambut tu, mahu menangis dia “
Suara Man pula muncul di benak. Ketika dia melakukan aksi yang sama pada saat-saat dia rasa serabut dengan masalah pelajaran
dalam kelas.
“Kenapa?” sunguh dia tidak dapat menangkap maksud frasa yang Man ungkapkan. Kuak rambut pun ada maksud ke?
“Maksud aku, adalah nampak sikit-sikit kacak kau tu. Macam tengah buat video klip zaman 1990-an pulak” Man tergelak.
Idzhan pada masa itu sudah berubah muka. Ni nak puji ke nak kutuk aku ni.
“Hantu kau!!!”
Dari A sampai Z Man tahu kisah dia dan Wilda. Dari awal hingga hu....jung Man tahu jalan cerita. Err.... belum ada penghujung.
Tiba-tiba rasanya mahu melonjak apabila melihat nama Wilda yang tersenarai di antara kawan-kawannya yang sedang online. Asyiknya dia melayan perasaan sehingga tidak sedar bila masanya Wilda online.
Bismillah...
Wilda cuba menahan mata daripada berkelip. Lama. Ini mimpi ke apa ni? Atau aku sebenarnya sedang berfantasi. Atau aku tak berapa waras, mungkin nama orang lain yang aku lihat sebagai nama dia.
~Err, Hi...
Wilda garu kepala. Rasa nak menggeleng kepala pun ada. Ni belajar komunikasi ke tak. Apasal cacat sangat gaya nak approach ni. Sengih.
~Han. Mimpi ke apa.
~How’s UKM
Satu soalan pembukaan yang dirasakan tidak berapa kena.
~Mana tahu aku UKM?
~Lerr... kan ke Sara is one of your friend?
~Dah tau tu, kenapa tak add me? Sombong apa?
~Mana online sangat. Facebook is not really my thing. It’s just that Sara yang cerita pasal kau.
I know I’m lying. And God knows I’m lying.
~Oh... Anggap saja aku percaya. Kat rumah? Sara ada rumah?
~Ada. Penat nak layan dia yang nak berkepit dengan aku sepanjang masa kat rumah.
Awak yang ada kat rumah ke Sara. Ish, soalan tak berjawab lagi ni. Terasa janggal tiba-tiba selepas beberapa tempoh yang lama tak jumpa.
~Awak?
Err... silap.
~Kau? Kat rumah ke sekarang?
Idzhan sengih. Lagi fail si Wilda ni. Sejak bila pulak berawak-awak ni...
~Yup.
Straight to the point je Han..
~Esok free? Whats your plan?
~Not yet thinking about that. Tak pernah plan apa-apa. Kau?
~Aku nak ke hospital, visit papa... lepas tu nak keluar...
~Oh, aku ada terbaca status Sara. So, papa kau ok? Keluar... dengan Sara lah tu...
~Ummi aku kata tak teruk sangat. Esok, tengok, baru boleh conclude. Hee... Kalau aku kata nak keluar dengan engkau macam mana?
Gila... sekali lagi ayat yang buat dia lupa macam mana nak kelip mata. Wilda lantas terdiam. Tak tahu respon terbaik untuk dipersempah pada... err... Sang Arjuna??? Ok... alarm di kepala sudah dapat didengar bunyinya... mahu... mahu... tapi... Err, macam mana nak taip perkataan mahu itu dalam bahasa yang dapat menutup kehendak sebenar? Agar tak nampak gedik sangat.
‘Nak!’ atau ‘okey je’ atau ‘boleh juga’ atau...
~Pukul berapa? Kena tanya mama dulu...
Itu jawapan yang dirsakan terbaik. Tak nampak excited sangat kan.
Di hujung sana, satu senyuman panjang dah mula tersungging. Lama... Sepuluh saat masih tak hilang...
~Lepas visit papa, aku mesej kau. Dalam pukul tiga mungkin. Kalau mama kau tak bagi?
Takkanlah. Dah 21, masih kena minta izin parents ke untuk keluar. And, ada ke parents yang would say no kalau anak dia nak keluar dengan kawan... Kawanlah sangat kan...
Wilda tergelak kecil. Jujur sangat Han ni. Sejak bila Han bertukar karakter jadi manusia naïf ni?
~Kita jumpa esok?
~So, I consider it as Yes?
~And Yes, Its yes...
~I’ll fetch you then. Apa-apa hal aku mesej. Err... number?
~Mintak kat Saralah.
~Ok. Get to go. Lenguh pingganglah.
~Err... wait. Nak tanya.
~Yes please?
~Naik motor ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 65# bb_75
terharu. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya berani pun... |
|
|
|
|
|
|
|
so sweet la izhan ni... hehehe
ermmm...semoga jodoh bertemu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 74# fazss
haha... ko je yg dah baca terkedepan. aku pun kekadang terperangkap ngan karakter ciptaan sendiri. klaka dow |
|
|
|
|
|
|
|
izhan...
malu tapi mau... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply fazss
haha... ko je yg dah baca terkedepan. aku pun kekadang terperangkap ngan kara ...
ctA Post at 11-11-2010 11:44
bahaya yer..baik jgn la... |
|
|
|
|
|
|
|
berani pun idzhan ajak wilda keluar |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ctA at 13-11-2010 10:46
Saat ini tak tahu apa yang patut dirasakan, seronok, bahagia atau... keliru. Antara Idzhan yang mula kembali seolah-oleh membawa satu cerita lama yang akan hidup semula atau Add yang berada di hadapan mata yang mula menunjukkan tanda-tanda suka. Biarpun kedua-duanya tidak berkata apa-apa, meminta apa-apa tetapi seharusnya dia jelas dengan perasaan sendiri. Siapa yang benar-benar yang sedang membuahkan bahagia pada tangkai hati seorang Wilda.
Baru sahaja menamatkan perbualan ringkas dengan Idzhan sebentar tadi, matanya yang kantuk dirasakan segar semula. Sesegar kenangan bersama Idzhan yang bergantungan di layar minda. Semuanya terlalu jelas untuk diimbas semula. Dan semuanya membuatkan senyuman teranyam sendiri tanpa dikerah.
“Nak kena perhambat ke dengan mama kau kalau naik motor. Lagilah kalau naik motor dengan aku. Mahu tinggal belakang kalau tak peluk aku”
Berani betullah si Idzhan ni buat ayat macam tu. Kalau tak nak bawak motor tu, cakap je lah. Tak perlu deny dengan ayat-ayat yang boleh kasi merah pipi ni. Pipi aku ni pun satu hal la, sensitive sangat. Entah ada reseptor tambahan agaknya. Dapat ayat nakal sedikit, mulalah memerah tak tentu fasal. Dan dan je kantoi depan Idzhan macam dulu...
Esok keluar dengan Han. Dia tersenyum sendiri. Senyum yang kian melebar sampaikan dia tidak sedar tubunhnya sudah bankit dari katil menuju wardrobe...
Nak pakai baju apa...
Satu persatu helaian pakaian yang bergantungan dibeleknya. Mencari rasional setiap gaya yang harus ditunjukkan. Warna dan bentuk potongan baju menjadi keutamaannya. Lama dia memilih. Blouse kuning cair, selendangnya tidak kena. Baby –t dengan cardigan biru... ah, takut panas pula. Hum... Selendangnya tidak banyak pilihan kerana sebahagian daripada koleksinya sudah dibawa ke UKM.
Lama berfikir dia menepuk dahi. Menyedari keobsesan yang tidak diduga. Indah sungguh perasaan didalam, tak sedar hati dah mula mengawal tindak-tanduknya.
Dia kembali berbaring di katil, cuba mengawal diri daripada terlalu teruja dengan pertemua pertama selepas hampir tiga tahun. Dia cuba menutup mata. Bayangan Add yang singgah tadi Cuma sekejap. Betapa kuat imej Han pada layar mindanya. Seketika kemudian, kelopak matanya kembali terbuka, memandang tajam pada wardrobenya. Tanpa disedari, dia tersengih sendiri.
Dan dalam mimpinya, wajah itu tersenym padanya...
BAB 9
Kawasan parkir disekitar Hospital Tuanku Jaafar sudah dipenuhi kereta tengah hari itu. Melilau matanya ke kiri dank e kanan mencari mana-mana lot parkir yang kosong. Sesekali terdengar dia mengeluh kecil. Ummi dan Sara tidak terkecuali menebarkan pandangan membantu Idzhan mencari tempat parkir. Meskipun belum tiba waktu melawat, ramai pelawat yang sudah menunggu di perkarangan hospital. Maklum sahaja waktu melawat pada waktu tengah hari tidak sepanjang waktu melawat pada waktu petang.
Jadi, sampai awal adalah tindakan terbaik untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga sanak saudara yang menjadi penghuni
sementara hospital.
Setelah puas mencari, Idzhan memarkirkan keretanya bersebelahan dengan CRV yang lotnya baru sahaja dikosongkan. Dia
mengucapkan syukur dalam hati. Dia ingin sampai cepat. Perjalanan dari Bangi ke Seremban bisanya mengambil masa selama satu jam. Oleh sebab itu, mereka bertolak satu jam lebih awal. Namun, dek kerana kelajuannya yang melebihi apa yang sepatutnya, mereka tiba lima belas minit lebih awal.
Dalam masa yang sama, sempat juga mendengar sedas dua tembakan nasihat ummi. Jangan laju sangat, kata ummi. Jangan hendak tengok orang sakit, nanti akhirnya kita pula yang sakit. Masa itu juga dia hanya mengiayakan apa dikatakan oleh Ummi. Tidak membantah kerana nasihat ummi sememangnya betul. Cuma dia, bertindak mengikut darahnya, darah panas orang muda. Pecut 110 kilometer sejam pun, tidak terasa lajunya. Sedap sahajanya kakinya menekan pedal minyak.
Sementara menunggu waktu melawat, mereka hanya duduk di bangku berhampiran dengan kedai kecil yang menjual pelbagai jenis makanan ringan dan bunga. Setelah berkira-kira, Idzhan lantas bnagun menuju ke dalam kedai tersebut lantas mengambil buh-buahan yang sedia dipak di dalam plstik politena. Seketika kemudian, dia kembali mendapatkan ummi dan Sara. Tidak lama menunggu, akhirnya mereka dan pengunjung-pengunjung lain dibenarkan masuk ke wad untuk melawat.
“Assalamualaikum pa.” Tangan papanya disalam dan dicium. Papanya tersenyum menyambut kehadiran isteri dan anak-anakya. Sejuk mata melihat keluarga yang sentiasa ada susah dan senang. Plastik yang diisi dengan buah atangan yang baru dibelinya tadi diletakkan di atas meja di kepala katil.
“Bila sampai Han?” digagahkan badannya untuk bangun seraya menyambut salam si isteri. Idzhan segera membantu papanya bangun. Sara yang turut menyalami papanya terus duduk di kerusi kosong.
“Sara, bagi ummi duduk!” tegah Idzhan. Marah benar dengan sikap Sara yang kurang sensitive. Sara tertawa kecil. Menutup mulut tatkala menyedari kekhilafannya. “Duduk mi” pelawanya.
“Malam tadi pa, lepas Maghrib.” Dibeleknya tangan kiri papanya yang sudah berbalut. Sudah disimen. Diamatinya pula luka-luka kecil yang mencalari tangan kanannya dan sebahagian kecil mukanya. Alhamdulillah... rasa lega itu diucapkan dalam hati.
“ Papa okey Han, Dalam dua hari lagi dah boleh keluar dah” Orang tua itu menyulam senyum. Rasa sakit-sakit dan sengal badannya sudah semakin berkurangan.
“Mi, nanti papa nak keluar, ummi bagitahu Han la. Han boleh balik sekejap ambil papa” tanggungjawabnya sebagai anak masih tegar dipikul. Biarpuan hanya anak kedua, dia tetap merasakan dia harus menggalasnya.
“It’s ok Han. Ummi saja yang ambil pun dah ok. Papa kuat lagi. Tak perlu kerus roda pun. Barang pun tak banyak. Ummi puan kuat lagikan?”seraya isterinya dipandang sambil tersenyum. Berkat didikannya dan isteri tercinta, Idzhan masih lagi menunjukkan ciri-ciri anak yang boleh dibanggakan.
“Boleh. Han tak payahlah balik. Kalau nak balik pun, weekends nanti saja. Ummi tak nak Idzhan ponteng-ponteng kuliah pulak” Saranan suaminya tadi diterima dengan senang hati.
“Sara boleh balik jugak, cuma tak ada transportlah. Susah dari kolej nak ke sini” Sara pula menyampuk, tidak mahu tertinggal dalam perbualan.
“Alah, tu ngada-ngada nak mintak subsidi lah tu” Idzhan menyakat. Tahu benar apa yang tersirat dalam kepala si adik.
Sara menjeling pada Idzhan. Tepat sungguh tembakan abang, bisiknya. Di bibirnya, hanya sengihan nakal yang ditunjukkan. Abang aku ni. Kut ye pun tak payahlah nak jatuhkan air muka aku.
“Ish, tak lah. Mana boleh bawa transport kat kolej. Esok dah masuk university baru boleh bawa transport” Sara mempertahankan diri.
Umminya menngelang. “Nak bawa apa? Motor? Kereta? Sara mana ada lesen motor. Practise bawa motor pun langgar pondok atuk.”
Idzhan dan Sara ketawa serentak. Masih ingat ketika melatih Sara membawa motor YAMAHA atuk. Pada mulanya dia duduk membonceng di belakang Sara, sama-sama mengawal kelajuan. Tak lama selepas itu, Sara dengan yakin meminta kebenaran si abang untuk menunggang seorang. Dah pandai katanya. Pada mulanya Idzhan ragu-ragu. Namun selepas melihat keyakinan si adik, dia membenarkan saja.
Dan, baru sekali press, melompat motorsikal itu melanggar pondok atuknya yang sudah using itu. Senget tiangnya jadinya. Dengan luka-luka kecil sebagai habuan, mulut ummi dan papa turut sama menyerang. Macam peluru berpandu. Mana ada ruang, di situ dilepaskan ke sasaran. Mujur atuk tak ambil kisah sangat. Pondok buruk, katanya. Keselamatan Sara lebih penting. Sejak itu, Sara jadi fobia menunggang motosikal. Beralih pula minatnya pada kereta. Kereta lebih mudah dikawal, katanya. Walaupun kereta manual, baginya ia lebih menyenangkan berbanding motorsikal.
Idzhan masih lagi dengan sisa ketawanya. Sara jadi malu. Tidak menyangka hasrat hatinya untuk meminta ‘subsidi’ dari ummi dan papa menyimpang ke situ.
“Taklah, Sara nak bawa kereta...” dia cuba membetulkan.
“Haish, belajarlah susah sikit. Naik bas kat kampus tu. Nanti dah ada kereta, panjang pula kakinya, merata merayap...” papa pula bersuara. Kalau boleh, memang dia mahu anak-anaknya belajar bersusah-payah.
“Abang tu...” suaranya mengendur.
“Hei, abang beli motor duit abang sendiri tau. Papa Cuma tambah sikit je. Ni adik nak beli kereta, lagi berganda mahalnya dari motor abang.”
“Adik bawak kereta papa je lah” Sara berseloroh.
“Apa yang tinggal untuk papa dan ummi nanti?” ummiya menjenggilkan mata. Karenah anak bongsu ini memeng payah dilayan.
Namun kadang-kadang tingkahnya cukup menyenangkan hati. Dia juga mendengar kata. Walau bagaimana banyak pun permintaannya, jika dikata tidak, dia tidak mengungkit.
“Papa beli motor lainla. Bercinta balik ngan ummi naik motor” balasnya lalu menampar kecil bahu si abang. Terhambur lagi tawa satu keluarga itu.
Seketika kemudian, seorang pembantu hospital masuk sambil menolak troli berisi tray-tray makanan. Menyedari sudah tiba waktu makan tengah hari pesakit, Idzhan bangun dan menarik meja tinggi di hujung katil mendekati papanya. Tray berisi makanan yang baru sahaja diletakkan oleh pembantu hospital tadi diletakkan ditengah meja.
“Papa makan sendiri ke ummi suap?” ketawa kecil dirinya apabila soalan itu keluar dari mulutnya sendiri.
“Hish! Tangan kanan papa ni sihat lagi” ditamparnya bahu Idzhan. Terhambur tawa umminya ketika itu. Anak lelakinya yang kedua itu memang nakal bahasanya. Ada-ada sahaja akalnya untuk mengusik. Dia menggeleng dalam senyuman.
“Papa makan sendiri Han. Tapi kalau dah dihidangkana ayam ke, ikan ke atau yang liat-liat tu, ummi tolong siat je la.” wanita separuh umur itu lantas bangun dan mencapai bungkusan buah-buahan yang di bawa.
“It’s ok mi, Sara tolong potong” Sara menawarkan diri lantas bungkusan itu bertukar tangan. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|