CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: changkatlobak

(Merged) All About Rahimi Osman - Mangsa Liwat ke-2

[Copy link]
Post time 13-10-2010 08:02 PM | Show all posts
ha,ni versi lawyer.kita dgr dua-dua pihak.jgn dgr dr satu sumber je.aku amik dr malaysiakini.

Jimadie Shah Othman & Aidila Razak
Okt 8, 10
5:39pm

Masih banyak yang belum diketahui tentang akuan bersumpah Rahimi Osman yang 'penting' itu, antaranya ia didakwa hanya setebal dua hingga tiga halaman sahaja.

Setelah bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tampil mendakwa dipaksa menandatanganinya oleh dua peguam - Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli – kelmarin, lebih banyak persoalan berbanding jawapan yang timbul.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, Latheefa yang juga ketua penerangan PKR menceritakan semula apa yang beliau tahu tentang proses merangka akuan tersebut daripada mula hingga akhir.

Berikut apa yang terjadi bermula pada 28 Jun 2008, seperti yang diceritakan semula oleh Latheefa:

Tiga bulan selepas Pakatan Rakyat merampas lima negeri dalam pilihan raya umum, PKR mengadakan seminar kepimpinan di  Hotel Quality Shah Alam, melibatkan  hampir semua pemimpin dan wakil rakyatnya.

Laporan polis Saiful Bukhari

Kakitangan pejabat Anwar, Ibrahim Yaakob mendengar khabar bahawa terdapat Mohd Saiful Bukhari Azlan akan membuat laporan polis terhadap bekas bosnya. Maka Rahimi dipanggil untuk mendapatkan maklumat berhubung perkara itu.

Di hotel berkenaan ketika itu ramai penyokong dan petugas media mula berkumpul kerana bimbang Anwar akan ditahan semula seperti di zaman reformasi sepuluh tahun sebelum itu.

Ramai 'pengawal peribadi' dan anggota parti menempah tinggal di hotel berkenaan. Anwar pula bersetuju memohon suaka seketika di kedutaan Turki di Kuala Lumpur.

Rahimi tiba pada malam itu dengan gementar dan ketakutan. Beliau menceritakan semula apa yang beliau dengar daripada Saiful Bukhari.

Rahimi juga minta tinggal di hotel itu kerana takut dicari polis berikutan  kemungkinan namanya turut disebut dalam laporan polis Saiful Bukhari. Pasukan peguam itu bersetuju memberikan perlindungan kepada Rahimi.

Rahimi kelihatan kembali tenang semula setelah beberapa hari Saiful Bukhari membuat laporan polis mendakwa diliwat Anwar.

Bukan di bilik hotel

Beberapa pemimpin PKR ditugaskan menemuramah Rahimi bagi mendapatkan gambaran besar apakah sebenarnya yang berlaku ketika itu.

Selain Latheefa dan Saiful Izhan, R Sivarasa turut terlibat.

Proses mendengar penjelasan Rahimi tidak dilakukan dalam bilik hotel, tetapi sebuah lounge peribadi di hotel tersebut.

Akun bersumpah pertama dibuat secara tidak terperinci kerana mungkin Rahimi tidak bersedia memberitahu banyak perkara, terutamanya pembabitan Mumtaz Jaafar yang juga ibu kepada seorang kenalan sekolahnya.

Tiada pengurungan, Rahimi bebas keluar dan masuk. Malah beliau ada keluar daripada hotel beberapa kali, termasuk bagi menonton perlawanan bola sepak.
Selepas Rahimi dipanggil memberikan kenyataan kepada polis. Dia memberitahu tidak ditanya banyak soalan tetapi diberitahu ada kemungkinan dipanggil semula.

Tidak dapat dihubungi

Kemudian, selepas dipanggil kali kedua, Rahimi memberitahu bahawa dia ditanya sama ada pernah berjumpa dengan Rosmah dan Mumtaz.

Selepas dinasihatkan oleh peguam peribadinya ketika itu Stanley Sinnapan supaya bercakap benar, beliau menceritakan apa yang beliau tahu.

Setiap perjumpaan dengan Rahimi tidak semata-mata berbincang soal akuan bersumpah tetapi bagi membantu pasukan pembelaan Anwar mengumpulkan maklumat.

Rahimi kemudian masuk dan keluar pejabat Anwar seperti biasa dan diberikan beberapa tugas kecil kerana dia tidak lagi bekerja secara rasmi. Dia juga terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh di mana Anwar bertanding.

Tetapi bila perbicaraan hampir bermula, apabila ketua pasukan pembelaan ditukar kepada Karpal Singh, Rahimi tidak dapat dihubungi. Dia tidak menjawap panggilan telefon dan SMS.

Kali terakhir Latheefa dan pemimpin PKR berhubung dengan Rahimi menjelang perkahwinan Rahimi hujung tahun lalu.

Selain Rahimi, terdapat beberapa orang yang berpotensi jadi saksi turut diminta membantu memberikan maklumat.

Tentang akuan bersumpah Rahimi

Akuan bersumpah itu tidak tebal. Ia hanya dua atau tiga halaman sahaja. Sebelum ditandatangan, Rahimi diminta menyemak semula drafnya beberapa kali supaya apa yang dia rasa tidak selesa boleh dibuang.


Ia ditandangan di depan pesuruhjaya sumpah di Petaling Jaya State, bukan Petaling Jaya Old Town seperti yang dinyatakan dalam laporan polis Rahimi kelmarin.

Dia tidak diberikan salinan dokumen itu “sebab tidak memintanya”. Kemungkinan sekarang Rahimi sendiri sudah lupa apa yang terkandung dalam akuan bersumpahnya.

Akuan bersumpan itu mengandungi dua bahagian, bahagian pertama tentang bagaimana dia mengenali Mohd Saiful dan pengalaman mereka bersekolah dan bekerja bersama.

Manakala bahagian kedua menceritakan tentang pertemuan Mohd Saiful Bukhari dengan Najib dan Rosmah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2010 09:02 PM | Show all posts
Sejak Kes ni kuar, baru tau ada Akaun Bersumpah. Kepada DSAI And team/penyokong, Lekas2 lah settle kes kat Mahkamah. Kalau asyik tangguh je, mana lah nak tau saper benar, saper salah.

Bila Kes bermula , dapatlah org awam mengikuti perjalanan kes, baru lah dt menilai Kes2 tersebut. Takkan nak tunggu PRU-13 kot.. adeehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 11:55 PM | Show all posts
ha,ni versi lawyer.kita dgr dua-dua pihak.jgn dgr dr satu sumber je.aku amik dr malaysiakini.

Jim ...
MambangTanah Post at 13-10-2010 20:02



    Rahimi Bidas Kenyataan Latheefa


SHAH ALAM 9 Okt. – Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman hari ini menjawab kenyataan peguam, Latheefa Koya menerusi portal propembangkang, Malaysiakini.com susulan dakwaan Muhamad Rahimi dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah termasuk berkaitan kes liwat bekas majikannya itu.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, Latheefa menafikan wujudnya unsur paksaan terhadap Muhamad Rahimi ketika menandatangani kedua-dua akuan bersumpah itu pada Jun 2008.
Latheefa adalah salah seorang daripada dua peguam yang didakwa Muhammad Rahimi telah memaksanya menandatangani dua akuan bersumpah.
Satu lagi akuan bersumpah yang didakwanya telah dipaksa ditandatanganinya adalah melibatkan kes fitnah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Berikut kenyataan penuh Muhamad Rahimi yang dihantar kepada media di sini menerusi e-mel hari ini:

SEDIKIT komen saya terhadap kenyataan Latheefa Koya di Malaysiakini:

1. Sebelum ke Quality Hotel (pada 28 Jun 2008), saya berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bersama Saiful Bukhari Azlan, pakciknya, staf-staf dan doktor HKL serta ramai pihak polis termasuk daripada Bahagian Siasatan Jenayah. Saya sempat berkenalan dan berbual panjang dengan mereka.

2. Orang-orang Anwar yang sebenarnya tidak henti-henti menelefon saya untuk menyuruh saya ke Quality Hotel. Pada mulanya saya enggan pergi, tetapi apabila ibu dan bapa menasihati saya supaya pergi untuk berjumpa dengan Anwar atas tanda hormat kepada Anwar, kerana masih belum tentu dipastikan Anwar itu bersalah.

3. Jadinya, kenapa pula kata Latheefa, bahawa saya yang takut pihak polis menangkap saya dan meminta perlindungan daripada mereka di Quality Hotel? Sedangkan saya baru sahaja pulang dari HKL, berbual dan beramah mesra dengan ramai anggota serta pegawai polis yang mengendalikan kes Saiful. Ini adalah antara kenyataan paling kelakar yang dibuat oleh Latheefa.

4. Sebenarnya, Anwar yang berada di dalam ketakutan. Mukanya pucat lesi dan ketika bersalam dengan Anwar, tangannya memang menggeletar. Saya boleh cabar pemimpin parti yang ada pada malam itu di Quality Hotel untuk nafikan bahawa muka Anwar pucat lesi. Kalau dia seorang hero dan tidak takut, kenapa pula perlu lari ke kedutaan Turki?

5. Saya sendiri telah menceritakan kepada R. Sivarasa (Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat) dan Latheefa Koya (peguam) semasa di Quality Hotel mengenai apa sebenarnya yang berlaku. Tetapi mereka tetap menyuruh saya menukar cerita.

6. Saya tidak hairan langsung Latheefa boleh menipu. Kerana dialah yang sibuk menjadi guru mengajar saya berkali-kali untuk memberi kenyataan palsu di mahkamah. Sehinggakan membuat demonstrasi keadaan di mahkamah kepada saya dan soalan-soalan yang bakal diajukan kepada saya. Kalau saya tidak perlu menipu, kenapa pula mereka perlu berkali-kali mengajar saya? Tidak pernah lagi kita dengar orang perlu ditunjuk bagaimana untuk bercakap sesuatu yang benar.

7. Saya simpati dengan Latheefa kerana dipergunakan dan juga diperalatkan. Walaupun bukan sedikit orang-orang dalam PKR yang membenci Latheefa kerana mulutnya yang sangat becok. Tetapi, orang-orang yang membenci Latheefa inilah yang menggunakan dia untuk memelihara kedudukan masing-masing.

8. Saya memohon maaf kepada Latheefa jika ada kenyataan saya atau laporan saya yang membuatkannya susah, mengganggu tugasan dan tidak tidur malam. Tetapi, sebagai seorang peguam dia sepatutnya faham apa yang saya lakukan untuk memperbetulkan kesilapan. Saya doakan hati Latheefa terbuka dan tidak dipergunakan lagi.
Sementara itu, Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan berkata, majlis itu akan menunggu hasil siasatan berhubung salah laku seorang ahlinya yang dikatakan memaksa Muhamad Rahimi Osman menandatangani dua surat akuan bersumpah sebelum mengambil sebarang tindakan terhadapnya.
Ragunath berkata, sekiranya hasil siasatan yang diperoleh membuktikan peguam berkenaan terlibat secara langsung dengan perbuatan itu, maka tindakan segera akan diambil terhadapnya.
“Laporan (polis) telah dibuat jadi kita tunggu sahaja hasil siasatan kerana buat masa sekarang belum pasti sama ada peguam itu terlibat mengugut Muhamad Rahimi.
“Jika betul dia terlibat dan mempunyai bukti, maka kita akan bawa perkara ini ke Lembaga Disiplin untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 01:12 AM | Show all posts
apa pasal mamat2 hindraf dalam peeeiii  kkkeeiiiy yaaaarr buat kecoh pulak . masa bala turun buat akuan sumpah dulu elok je nengok tak ada kecoh2 pun ..boleh ubah2 lg.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 11:28 AM | Show all posts
meluat aku..
kes ni tak sudah2..dari aku kecik sampai besar asyik kes liwat anwar je..

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 11:09 PM | Show all posts
Anwar dan Liwat.....

Pencacai Umno dan Fitnah....

Ini baru irama dan lagu......

2 x 5 = 11

5 x 2  = 11



Raja Lawak musim baru nak mula tak lama lagi.......Astro tak payah buang masa cari peserta...
Boleh antar squad khas untuk kidnap forumer kat CI.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2010 11:34 PM | Show all posts
Anwar dan Liwat.....

Pencacai Umno dan Fitnah....

Ini baru irama dan lagu......

2 x 5 = 11
...
syed06 Post at 14-10-2010 23:09



    Sepatutnya Anwar selesaikan segera masalah peribadinya dengan pekerjanya. Jangan hanya nak selamatkan diri
maka dikaitkan dengan orang lain.

    Kalau didakwa tuduhan meliwat, jika tak buat, buktikan di mahkamah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 11:55 PM | Show all posts
dasyat sungguh.. Patutlah tipah koya ituhari gelabah babun, habislah.. Bila majlis peguam nak tarik lesen tipah koya ni? Oopsss.. Presiden rentong majlis peguamkan penyokong amalan liberal kebebasan 'suka sama suka'..
Kalau lesen guam tipah koya kena tarik, habislah.. Nak makan ape, nak 'sedekah' kat nuar, nuar tak mau, berkedut.. Duduk kat co ket je la tipah koya weeiii..
Mana datang peguam dlm dunia ni main kurung org lain 3 hari dlm hotel siap paksa paksa sign.. Ghhrraaaakkk.. Thhuuuuiiii..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2010 10:44 PM | Show all posts
ana tunggu dan lihat (bkn liwat)...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.053187 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list