|
[Tempatan]
(Video) Keluarga dikecam selepas 'berkelah' di KLIA, siap bentang tikar macam di tepi pantai
[Copy link]
|
|
konon konon nak viral nampak santai tapi actually nampak tak educated langsung...dok ceruk hutan ke sampai tak boleh fikir secara rasional |
|
|
|
|
|
|
|
puak2 mulut puaka jangan kecam kuat sgt. nanti politician sembahan korang ikut trend ni nak tunjuk mesra rakyat. penyembah dap terutamanya... kalau songkok dan tudung bawal mereka sanggup pakai untuk kelirukan makcik2 kampung, apa sangat makan dilantai. kapala otak dap mudah dibaca....  |
|
|
|
|
|
|
|
Ya rabbi
Da knaper peel teruk sangat weiih mung
Sangat ler tak menghormati orang
Selfish to the max |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kena halau dgn pak guard for sure bitterina sampai 7 keturunan kan. Cuba buat kat Changi sure kena ban 7 keturunan tak leh masuk airport. |
|
|
|
|
|
|
|
cuba la belajar respek kalau masuk tempat org  |
|
|
|
|
|
|
|
pastu kalau kena layover 6jam, kau nk suruh dok keras poise je atas kerusi besi tu saja ka...?
relax bleh dak... |
|
|
|
|
|
|
|
kan,.. bole je bawa lauk sendiri. astagaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Foodcourt kt level 2 klia tu macam kurang signage. Harga makanan kira ok jugak la utk airport. Macam takde je rule kata tak boleh bawak makanan luar kat foodcourt tu. Meja pun banyak tapi cuti sekolah maybe tak cukup tempat kot |
|
|
|
|
|
|
|
tolonglah jgn perangai x semenggah mcm nih.. ke hulu hilir bawak periuk nasi, ni aku rasa spesies manusia yg sama nak duk hotel mahal tp bajet ciput.
satu bilik standard biasa, sumbat satu family bawak toto. dlm tu siap bawa periuk nasi or noxxa then ko masak mcm2 dlm bilik hotel. kan pernah ada isu msa zmn PKPB kaau x silap lah, pegi bercuti ramai2 satu bilik, nak jimat x makan kat cafe hotel or kedai luer, diorang masak dlm bilik hotel.
habis lekat bau mknn kat langsir2 dan tilam hotel. dh satu kerja plk pihak hotel nk nyah bau utk next pelanggan. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu Keluarga Selamba Bentang Tikar, Bawa Keluar Bekas Makanan- Dah Macam Berkelah, Tapi Dalam KLIA
Kebiasaannya lokasi seperti sungai, pantai mahupun taman rekreasi menjadi pilihan orang ramai untuk berkelah bersama keluarga atau rakan-rakan.
Bagaimanapun kali ini sekumpulan individu dipercayai sebuah keluarga dilihat begitu selamba membentang tikar sambil menghidangkan makanan seperti sedang berkelah di ruangan menunggu sebuah lapangan terbang.
Suasana itu dapat dilihat menerusi rakaman berdurasi 14 yang pada mulanya dimuat naik di TikTok sebelum dikongsikan semula di grup Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini oleh seorang individu.
Keghairahan keluarga berkenaan menjamah bekalan yang dibawa mengundang pelbagai reaksi netizen.
" icnic di KLIA (Kuala Lumpur International Airport). Bincangkan," tulis pengguna Facebook bersama video yang dikongsikan semula itu.
Berdasarkan rakaman, difahamkan kumpulan berkenaan membawa bekalan dari rumah apabila kelihatan nasi yang dihidangkan bersama periuk selain beberapa menu lain serta buah tembikai potong yang diletakkan dalam bekas makanan.
Di ruangan komen mendapati rata-rata warganet melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan keluarga ini.
Terdapat juga netizen mempersoalkan tentang ketiadaan petugas lapangan terbang untuk menegur keluarga ini yang berkemungkinan mengganggu keselesaan pengguna lain.
“Boleh ke? Satu, kebersihan. Dua, keselesaan orang sekeliling. Benda macam ni pihak keselamatan airport kena peka.
“Secara teori tak salah tapi saya tak setuju sebab fikirkan keselesaan orang lain.
“Imej airport pun nak kena jaga. Melainkan ada tempat spesifik yang lapangan terbang sediakan bagi penumpang yang lama menunggu,” tulis salah seorang netizen.
Selain itu turut dipertikaikan juga ialah mengapa keluarga ini tidak menggunakan kemudahan disediakan kerana rata-rata lapangan terbang mempunyai medan selera dengan ruang yang selesa dan luas.
“Biasanya kawasan sebegini ada food court atau tempat makan. Tapi saya tak pasti mengapa mereka makan di tempat tak sepatutnya.
“Food court kan ada dekat bawah tu. Kenapa tak makan dekat situ. Orang-orang kita ni pun kadang-kadang satu hal juga. Dalam hidup ni kita ada aturan.
"Ada tempat makan, wuduk, tandas dan tempat boleh duduk sahaja tak boleh tidur. Kalau main langgar saja semua baik tak payah ada peraturan. Common sense kut,” ujar netizen.
Bukan itu saja, ada juga segelintir netizen yang menyifatkan apa yang berlaku berkait rapat dengan isu mentaliti dan cara berfikir.
Kata mereka tingkah laku berkenaan mencerminkan tahap mentaliti dan ketamadunan seseorang.
“Kalau tak menyusahkan orang, tak buat kotor, tak apalah. Tapi kalau buat kotor dan ganggu orang lalu lalang, memang tipikal B40 duduk rumah flat.
“Nak tegur tapi disuruh husnuzon. Sampai bila-bila kita tak boleh ubah mentaliti masyarakat kita. Jadi miskin, tak cerdik, (perangai) ‘kampung’ tak salah tapi tak peka tentang adab dan peraturan tu yang salah.
“Apa bendalah yang nak dibuktikan. Ini memang isu mentaliti boleh saja kalau dah nak bawa bekal sangat tu bungkus per person tak perlu nak set up macam berkelah tepi pasir putih tepi pantai,” komen warganet.
Walaupun dinyatakan kejadian berlaku di KLIA, tetapi tidak dapat dipastikan tentang lokasi sebenar kumpulan berkenaan berkelah.
Semakan mStar mendapati bahawa pemilik asal yang memuat naik video itu sudah memadam rakaman tersebut namun malangnya ia tersebar luas di platform media sosial lain. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak setuju dengan kelakuan depa ni cuma nya. kalau tengok kedudukan, mcm dah cari tempat tersorok, alih2, ada pulak tukang upload kat social media. gitu lah kesahnya. boleh tak kalau hidup tu hidup diam2 je, tak payah nak tayang2 sangat kat orang, tak paham lah aku |
|
|
|
|
|
|
|
Style org tua dulu2. Nak berjalan je mesti masak2 lps tu mkn la kat pondok kat taman2. Skrg dh byk kedai makan so kenapa nk menyusahkan diri nk masak dan bawak segala periuk, tipuware segala jadah tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by CARI-MRO at 5-9-2022 12:29 PM
Jaga bahasa jangan kurang ajar @friska. artikel ni untuk portal cari, bukan forum cari. kalau ada sama dengan forum akan dimerge, tiada masalah pun. trit2 eja betol adalah thread.
|
|
|
|
|
|
|
|
Walah Bang @CARI-MRO segitu aja marah, santai-santai aja Bang, ini forum. Anyway terima kasih karena merge sama trit saya
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by prettyuglybabe at 5-9-2022 04:41 PM
serious K E L ke?
macam tak reti bahasa tak reti malu betul sek sek demo ni kan..
dah tau orang tak suka kaum K E L, lagi mau buat perangai darat..
entah-entah orang yang sama komplen toilet pakai bidet..
kan yang komplen tu suka bawa family bersiar-siar pi klia 
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau berjalan bawak mak mertua sskjp aku pun ada high chances dia akan buat mcm ni.. pegi waterpark sorok2 roti sardin dlm handbag, nak pegi penang pun bawak bekal segala makanan budu sira pisang bagai.. kalau boleh langsung xnak spend duit kat kedai mkn rnr hiway.. nak gi pd / pangkor / cameron / genting / melaka pun kalau boleh nak bawak multicooker.. balik kelate dari jb mesti singgah pekan berhenti kat tepi laut muzium pekan tu makan makanan bekal stress aku nak makan kedai pun x dapat
-pru balik kelate undi kak lah rantau panjang
-bangga dgn sultan kelate yislamik (before isu rihanna petra)
-lalu LPT memanjang cakap boseyyy sbb hiway xde nampak kampung2, pastu suka sgt lalu jalan kampung sbb boleh tengok suasana katanya.. plus xyah bayar tol LPT yg x smpi rm20 pun dari kuantan ke gemuruh
-sampai kat gemuruh bangga sbb nampak hiway tu terputus kat bukit tu.. bangga sbb gov isley PAS berani hentikan projek BN 
nsb baik mak mertua aku ni pembersih. tp umah kat rantau panjang tu jgn cakap la, serupa kandang kambing. umah sedara sekeliling pun sama. lg teruk pun ada. mesin rumput tu mcm xpernah wujud agaknye. lalang tepi rumah tu rimau pun boleh stalk ko senyap2 haha..
nsb baik bini aku x mengikut perangai sskjp yg pelik2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
manehnya replied at 5-9-2022 10:52 AM
pastu kalau kena layover 6jam, kau nk suruh dok keras poise je atas kerusi besi tu saja ka...?
rel ...
akak penah je baring tido kat klia tu masa tunggu flight awal pagi dulu..yang jadi issue ni sampai bentang tikar berkelah macam tepi pantai..jangan la bawak perangai kampung masuk bandar, malu kat orang |
|
|
|
|
|
|
|
selalunya yg buat kelah di airport ni asal dr bangsa FELDA |
|
|
|
|
|
|
| |
|