2 cawan sagu
2 cawan air
1 cawan gula boleh tambah jika suka manis lagi
4 penutup sirap rose jenama lion atau jenama ape2 yg kawan suka
2 helai daun pandan simpul
kaedah penyediaan:
Rendam sagu 5 minit dan toskan
masak air gula sirap rose dan daun pandan simpul hingga larut dan mendidih
Masukkan sagu dan tutup api kacau sebati
sudu kan dalam acuan yang di sapu minyak
Isi sagu jangan penuh sangat tinggalkan ruang sikit ok
kukus hingga hilang putih2 sagu
sejukkan dahulu baru salut dengan kelapa yg sudah di kukus
sedia dihidangkan
Bahan salutan
1 biji kelapa parut putih
sedkit garam
2 helai daun pandan simpul
satukan semua dan kukus 2-3 minit