CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: YgBenar

[Tempatan] EPF umum dividen 6.15%,5.65% dividen for shariah

[Copy link]
Post time 3-3-2022 08:45 AM | Show all posts
Edited by lurve82 at 3-3-2022 08:46 AM

ok la tu syariah compliance walau xsmpi 6%...tumpg epf tok laki...
rasa mcm nk join skim persaraan tu pulak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2022 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pulak menyampah pulak ngan statement org yg dh tukar jd syariah, menyindir org muslim yg x tukar kwsp syariah lg. Ko keje pun ntah2 ada mengular ke, take time hisap rokok ke. Ntah berapa persent je la duit kwsp dilaburkan ke non-compliance. Anggap jela yg kwsp ambil persent tu dr non-muslim je ke. Sebelum ada kwsp syariah, elok je org dulu. Tau le nk cuci balik. Byr zakat ke, sedekah masjid ke. Menyampah sbb feeling holier the thou, padahal ko ngan majikan belum tentu bg komitmen 100%. Msti ada mengular.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Epf tak bayar zakat, sebab simpanan ni x cukup syarat sebab pemilikan belum sempurna. Bila dah keluar baru boleh bayar zakat

FAHAMI KAEDAH KIRAAN ZAKAT KWSP

Skim Pengeluaran yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah tertakluk kepada Zakat Harta yang sepatutnya disempurnakan zakatnya oleh pencarum apabila ia dikeluarkan. Masih ramai di kalangan kita tidak sedar akan kewajipan ke atas harta terpendam ini.

Sewaktu dalam tempoh simpanan ia masih tidak dikirakan zakat mahupun kiraan saban tahun. Ini kerana ia masih tidak cukup syarat iaitu antara syaratnya, tidak milik sempurna lagi. Sebaik sahaja wang tersebut dikeluarkan maka ia telah cukup syarat kerana telah milik kita sepenuhnya.

FATWA

Berdasarkan kepada Fatwa Zakat KWSP ini berpandukan kepada Fatwa Sistem Pengurusan Kutipan Zakat Negeri Selangor Tahun 2013, pencarum KWSP diwajbkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut tanpa menunggu haul setahun.

DALIL

Dalil Al-Quran menerusi firman Allah S.W.T. iaitu,

“Dan(ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) Pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka Jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka dan rusuk mereka serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka). Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kami simpan itu.” (Surah At Taubah: 34 – 35)

▶️ SYARAT

1. Wang KWSP tidak wajib dikeluarkan zakat selagi ia berada dalam akaun kerana ia tidak milik sempurna kita. Ia wajib dikeluarkan zakat sebaik sahaja pencarum membuat pengeluaran bila capai paras nisab.

2. Syarat seterusnya ialah cukup haul. Haul di sini tidak menjadi syarat wajib bagi sebarang pengeluaran KWSP. Wang yang berada di KWSP ini wajib dizakatkan tetapi ia tertahan dengan sebab Akta KWSP menghalang pelaksanaan zakat yang wajib ke atas harta tersebut, melainkan setelah pencarum membuat pengeluaran dan melebihi nisab baru wajib mengeluarkan zakat segera tanpa menunggu haul setahun.

3. Syarat cukup nisab pula bila mana pengeluaran wang KWSP ini mencapai nilai yang menyamai dan melebihi berat emas 85 gram. Syarat lain ialah pencarum itu beragama Islam dan merdeka yang bukan hamba.

▶️ KADAR

Kadar zakat ini adalah hanya 2.5% berasaskan tahun Qamariah dan 2.577% berasaskan tahun Masihi.

Tahun Qamariah adalah lebih tepat dengan kadar tersebut. Manakala bagi tahun Masihi dilebihkan kadar zakatnya kerana tambahan beberapa hari untuk setahun.

▶️ TAKSIRAN

Kaedah Pengiraan ialah jumlah pengeluaran KWSP didarabkan 2.5%.

Contohnya, Encik Abu ke cawangan KWSP untuk membuat pengeluaran akaun simpanan KWSPnya setelah umurnya mencapai 55 tahun. Jumlah amaun keseluruhan yang tertera dalam slip penyata KWSP adalah sebanyak RM200,000 sahaja.

Wang tersebut akan didepositkan di mana-mana akaun yang dimiliki. Jumlah pengeluaran tersebut wajib dizakatkan dengan didarabkan hanya 2.5% iaitu RM5,000 sahaja (jumlah zakatnya).

▶️ ANTARA KETETAPAN DAN SITUASI

1. Sebelum mencapai umur 55 tahun, pencarum yang merupakan pembayar zakat pendapatan, wajib mengeluarkan zakat KWSP jika membuat apa-apa sahaja pengeluaran yang melebihi nisab. Jika pencarum yang tidak layak membayar zakat pendapatan pula, jumlah pengeluaran KWSP yang dibuat akan ditaksir bersama-sama dengan sumber pendapatan lain seperti hasil sewaan rumah, komisen, imbuhan, bonus dan sebagainya.

2. Bagi seseorang yang telah mencapai umur 55 tahun, pencarum yang merupakan pembayar zakat pendapatan adalah wajib membayar zakat KWSP apabila membuat keseluruhan caruman (Milik sempurna).

Jika pencarum bukan pembayar zakat pendapatan, wang KWSP tersebut akan ditaksirkan bersama-sama dengan sumber pendapatan lain.
Bagi seseorang yang telah melebihi umur 55 tahun dan tidak mencarum lagi maka wang yang masih ada di KWSP bertukar sifat kepada wang simpanan dan wajib dizakatkan mengikut zakat simpanan.

Nota: Bagi yang mencarum kepada caruman kepada KWSP tidak dibenarkan sebagai penolakan dalam taksiran zakat pendapatan kerana ia telah memenuhi syarat milik sempurna itu tadi.

#zakat
#zakatselangor
Tunaikan zakat di www.zakatselangor.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2022 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa yg ada i-akaun kwsp boleh login tgk dividen masing2
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2022 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
adm7 replied at 5-3-2022 10:12 PM
Sapa yg ada i-akaun kwsp boleh login tgk dividen masing2

Dah boleh dah… petang tadi dlm maintenance lagi… Alhamdulillahhhh dah nmpk jumlah div yg dpt .. uolsss pergi check skrggg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.170731 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list