CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: leon_mclaren78

***Team Edward Club ~ Robert Pattinson***

[Copy link]
Post time 1-7-2010 02:18 PM | Show all posts
bila tengok pic kat atas neh.aku percaya je bila ade org buat research dia ade kaitan ngan william n ...
alesandra Post at 28-6-2010 12:20 PM



    tibe2 jer ader kaitan ngan william ngan dracula...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2010 02:39 PM | Show all posts
pasal akak dier kire leh masuk gak kan...

layan lagu2 Lizzi Pattinson

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2010 04:42 PM | Show all posts
pasal akak dier kire leh masuk gak kan...

layan lagu2 Lizzi Pattinson
yatt_takez Post at 1-7-2010 14:39


akak dia x glemer sgt kan... sumpah aku langung x tau pasal dia sampai la terbaca kat info Rob... Lizzi ni bkn tmasuk dlm good looking la kan... muka mcm minahsaleh yg biasa2 tu jek (x mcm artis). aku x penah lg dgr akak dia nyanyi... tp kalo Rob yg nyanyi ada la.

btw sorry to say...suara Rob x brape best la kalo nyanyi lagu moden2... kalo nyanyi lagu ala2 country bleh la kot!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2010 04:46 PM | Show all posts
tak suke kristen poyo je dia
alesandra Post at 1-7-2010 11:58


ala...biarlah diaorg... aku sukerr... hehe..

Tp kekadang aku tgk Kristen ni mcm spesis Avril jek... x suka bila dia mekap byk2 sgt & pakai selekeh...especially bile dia pakai celak, mmg nampak btul mcm drakula la!

Kristen ni sbnrnya tomboy ke, ek??  Muke ganas smcm je... jauh beza sgt dgn watak Bella yg dia bawak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 11:32 AM | Show all posts
Reply 62# yatt_takez

hehe thanx.gigih ko ceduk segala psl family dia.
tak tau la plak ahkak dia ade single,bideo clip segala.
tapi typical european pop singer la kekdahnya.borinnnggg.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 11:36 AM | Show all posts
Reply 63# leon_mclaren78

country??
tapi kalo blues tuh mmg sesuai.rock ke.tapi kalo pop cam ahkak dia tak sesuai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2010 11:41 AM | Show all posts
Reply 64# leon_mclaren78


silap haribulan bila dia dah bosan ngan rob,harus dia claim openly gay ke bisesexual
tak tau la rimas tengok dia.nak kata dia best sangat berlakon pon.tak jugak.
tahap atas sket dari megan fox je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2010 02:36 PM | Show all posts
Reply  leon_mclaren78

country??
tapi kalo blues tuh mmg sesuai.rock ke.tapi kalo pop cam ahkak  ...
alesandra Post at 2-7-2010 11:36


i mean muzik ala2 koboi tu...eheheheh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2010 02:37 PM | Show all posts
Reply  leon_mclaren78


silap haribulan bila dia dah bosan ngan rob,harus dia claim openly gay k ...
alesandra Post at 2-7-2010 11:41


errr...aku kureng pikap la...ko maksudkan si Kristen atau si Rob?!!

Btw aku harap bebudak 2 org ni straight la...bkn yg songsang2 nih...membazir woo...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 03:53 PM | Show all posts
Reply 69# leon_mclaren78

Kalau R-Patz coming out mengaku dia gay, apa la agaknya yang akan berlaku erk??mesti kes suicide meningkat..hehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2010 04:49 PM | Show all posts
Reply  leon_mclaren78

Kalau R-Patz coming out mengaku dia gay, apa la agaknya yang akan berlaku  ...
gjoy_chester Post at 2-7-2010 15:53


tu la... kalo ada gossip2 yg kata dia gay, aku mmg caye je sbb dia dolu2 kan ala2 ya-auw-auw sket...masa kat dlm Harry Potter pun masih x ilang lg gaya2 sutunnye tuh...  just recently sejak join Twilight dia jadik macho dgn tetiba...{:1_126:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2010 04:58 PM | Show all posts
Dgn tetiba Rob jadik janten pujaan ramei akibat penangan Twilight Saga nih!

Masa kat dlm Harry Potter duluk, x de org nk fedulik sgt pun khennn... tmasuk la hakuw!

Btw aku baru tperasan rupanya Kristen ni plakon kanak2 dlm cite Panic Room tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2010 03:00 PM | Show all posts
wowowwww!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 11:37 AM | Show all posts
Reply 69# leon_mclaren78

kristen laa saje je kan......
btw...dah tengok tak the runaways?....and you will know what  i mean
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 06:36 PM | Show all posts
Reply  leon_mclaren78

kristen laa  saje je kan......
btw...dah tengok tak the runaways?.... ...
alesandra Post at 5-7-2010 11:37 AM


tak sanggup eden nak tgk...
Rob dalam citer Little Ashes tuh pon ala2 dua alam gak kan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 06:38 PM | Show all posts
Dgn tetiba Rob jadik janten pujaan ramei akibat penangan Twilight Saga nih!

Masa kat dlm Harry Po ...
leon_mclaren78 Post at 2-7-2010 04:58 PM


kannnn....sama la aku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2010 09:35 AM | Show all posts
Post Last Edit by leon_mclaren78 at 8-7-2010 09:39

Robert Pattinson enggan dongak langit
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]


ROBERT Pattinson dan Kristen Stewart merupakan pasangan layar perak yang paling diminati ketika ini.
--------------------------------------------------------------------------------


KETIKA mula muncul dan mengorak langkah sebagai aktor, dia tidak pernah mengimpikan populariti. Misinya hanya satu iaitu mahu berkongsi bakat dan bergelar aktor berkaliber. Namun, aktor tampan ini bukan saja tidak mampu menolak kehendak takdir bahkan juga meramal masa depannya.

Pelakon Robert Pattinson kini harus mengakui dia seorang aktor paling berjaya lewat ini. Bermula sebagai bintang baru dalam filem kecil serta drama TV, kini menjadi pujaan ramai. Semua itu berlaku dalam sekelip mata sahaja. Ketika pelakon lain mengambil masa yang lama untuk membina nama, Pattinson dengan pantas dikenali. Untuk itu, anak kelahiran London, England ini perlu mengucapkan terima kasih kepada francais filem Twilight yang telah mencetuskan fenomena luar biasa apabila pertama kali ditayangkan pada tahun 2008.

Sebelum membintangi filem yang diadaptasi daripada novel terlaris itu, Pattinson terlebih dahulu mencuri perhatian apabila membintangi dua filem dari siri Harry Potter. Ternyata, watak Cedric Diggory yang dilakonkannya dalam filem Harry Potter and the Order of the Phoenix (2007) dan Harry Potter and the Goblet of Fire (2005) telah menawan hati peminat filem itu. Watak berkenaan juga membawa tuah kepada Pattinson apabila dia diangkat sebagai bintang masa depan oleh akhbar terkemuka, The Times. Tidak cukup dengan itu, Pattinson juga bakal mengikut jejak langkah Jude Law dalam membina namanya sehingga menjadi seorang bintang besar di dunia.

Tentangan

Tetapi tahukah anda, apabila nama Pattinson terpilih untuk membawakan watak pontianak bernama Edward Cullen dalam Twilight, dia ditentang hebat oleh peminat novel itu? Buktinya, sebanyak 75,000 undian dan petisyen telah dihantar kepada studio dan penerbit filem tersebut yang membantah pemilihan Pattinson itu.

Bagi mereka, Pattinson ketika itu seorang pelakon yang tidak dikenali dan pada pandangan mereka juga, Pattinson tidak menepati gambaran sebenar Edward Cullen seperti di dalam novel itu. "Saya sendiri terkejut apabila mendapat tahu kisah pembantahan itu dan barulah saya tahu rupanya Twilight mempunyai kelompok peminat yang cukup luar biasa.

"Jujurnya, saya sendiri pun memang tidak yakin untuk menjadi Edward Cullen kerana saya tidak percaya saya mampu memukau audiens dengan lakonan saya.

"Saya mahu mencuba nasib dan hadirnya saya semata-mata kerana mahu menjadi seorang aktor yang berkaliber," kata empunya nama penuh Robert Thomas Pattinson ini dalam satu temu ramah tidak berapa lama dulu.

Akhirnya, peminat Twilight akur dan menerima hakikat bahawa pemilihan Pattinson dalam filem itu memang tepat dan dengan sepantas kilat, dia menjadi kegilaan dari kalangan peminat wanita. Bukan sahaja Pattinson, tetapi tempias populariti itu turut terkena kepada pasangan Pattinson dalam filem tersebut, Kristen Stewart yang membawakan watak Bella Swan. Sekelip mata sahaja, mereka dilabelkan sebagai pasangan layar perak yang paling secocok dan menjadi pasangan pelakon diminati di seluruh dunia.

Luar biasa

Impak filem itu juga mencatat kutipan tiket luar biasa iaitu RM1.2 billion selain penjualan cakera video digital (DVD) sebanyak 11 juta unit pada tahun lalu. Selepas Twilight, Pattinson meneruskan legasi seninya apabila terus membintangi filem susulannya, The Twilight Saga: New Moon yang ditayangkan tahun lalu. Selain Pattinson dan Stewart, filem itu turut menghasilkan seorang lagi aktor popular, Taylor Lautner yang kini sebaris dengan Pattinson. Tidak gentar dengan kehadiran Lautner, Pattinson sebaliknya gembira dengan apa yang dicapai temannya itu. "Setidak-tidaknya, tumpuan untuk saya semakin berkurangan dan kini mula dialihkan kepada Lautner," ujarnya dalam nada seloroh.

Minggu lalu, filem ketiga saga Twilight iaitu The Twilight Saga: Eclipse ditayangkan dan seperti yang dijangka, ia mencatat satu lagi rekod luar biasa. Sehingga kini dalam tempoh enam hari tayangan, The Twilight Saga: Eclipse sudah membuat kutipan tiket sebanyak AS$175.3 juta (RM560 juta) di Amerika Syarikat sahaja. Filem keempat, The Twilight Saga: Breaking Dawn pula kini di peringkat praproduksi dan dibahagikan kepada dua bahagian. Masing-masing akan ditayangkan pada tahun 2011 dan 2012.

Realiti

Bagi Pattinson, kejayaan yang dikecapinya merupakan mimpi buatnya. Menjadi kegilaan peminat dan sentiasa diburu paparazzi, ia umpama sebuah cerita dongeng bagi Pattinson. Jelasnya, dia masih lagi seperti dahulu dan sesekali tidak akan memberi ruang dirinya untuk terpengaruh dengan anasir jahat. Katanya, jika tiada penggambaran, dia lebih selesa duduk di rumah menonton televisyen, bermain gitar dan menikmati makanan ringan yang digemarinya.

"Prinsip saya mudah. Kalau anda merasakan anda tidak perlu untuk keluar rumah tanpa sebarang alasan duduk sahaja di rumah.

"Cara itu akan mengelakkan anda diburu serta bebas daripada perlakuan yang tidak senonoh.

"Bukan mahu menggambarkan saya seorang yang baik tetapi itu prinsip saya.

"Saya mahu masyarakat menerima saya kerana bakat bukan kerana cerita yang bukan-bukan," katanya penuh bersungguh.

Pernah juga dia bersedia menyerah dirinya kepada takdir apabila melihat dirinya gagal sebagai seorang aktor. Jika dia meneruskan keputusannya itu, maka Pattinson akan menjadi pekerja biasa yang akan duduk di pejabat dan mengadap komputer sepanjang hari.

"Ketika itu, saya tiada satu sen pun dalam poket. Kalau anda kata anda seorang aktor tetapi menghadiri uji bakat namun gagal mendapat sebarang watak, anda bukan seorang aktor," kata Pattinson dalam satu temu bual menerusi rancangan The Oprah Winfrey Show baru-baru ini.


-----> source: Utusan Malaysia, 08/07/2010 (Khamis)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2010 01:03 AM | Show all posts
Post Last Edit by leon_mclaren78 at 15-7-2010 22:50

Mari cuci mata...









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2010 08:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2010 08:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by leon_mclaren78 at 16-7-2010 20:51

Robert Pattinson: Edward Cullen is terrified of having sex
Twilight actor reckons his character is scared of going all the way

Friday, 16 July 2010




Robert Pattinson realises the serious consequences of Twilight's Edward Cullen sleeping with girlfriend Bella Swan.

The actor knows that vampire Edward has his reasons for not taking their relationship to the next level in The Twilight Saga: Eclipse.

‘He's like,"I'm not going to sleep with you before you go through this whole wedding",' reveals Robert, 24.

‘I think it's something to prove to himself.'

But Rob has his own theory about why Edward keeps putting off going the whole way.

‘Maybe he's just terrified to have sex,' he laughs.


(source: Teen Now Magazine)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.201153 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list