|
blog2 india muslim kata guna azimat/tangkal dlm Islam? biar betul?
[Copy link]
|
|
wallahu walam....semua kuasanya milik-Nya..
mohdmus Post at 11-11-2009 10:46 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
ahh, statement yang sebaik2nya....tapi menghairankan juga lah....ada yang dengan bongkak.....just brand it SYIRIK...
kenal dulu....faham dulu....belum tentu boleh decide SYIRIK atau tidak?...maybe dorang2 ni dah rasa lebeh hebat sehingga mengambil alih tugas Allah kat muka bumi ini......then you are very pathetic soul lah.....tergantung kat dunia....terkulai kat akhirat.....semoga success selalu....and selamat BERSYIRIK2 sesama sendiri.....![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ahh, statement yang sebaik2nya....tapi menghairankan juga lah....ada yang dengan bongkak.....just brand it SYIRIK...
kenal dulu....faham dulu....belum tentu boleh decide SYIRIK atau tidak?...ma ...
bassguitar Post at 11-11-2009 11:19 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
ada tak contoh tangkal yg dipakai oleh Nabi & kalifah2 islam yg empat? byk sungguh org jual tangkal sekarang ni. Mcmn nak cari tangkal yg mcm Nabi pakai? harap tak terlalu mahal upah membuatnya. |
|
|
|
|
|
|
|
ada tak contoh tangkal yg dipakai oleh Nabi & kalifah2 islam yg empat? byk sungguh org jual tangkal sekarang ni. Mcmn nak cari tangkal yg mcm Nabi pakai? harap tak terlalu mahal upah membuatny ...
harizs Post at 11-11-2009 11:40 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
ha ha..nice one dude....kau pergi aje kat topkapi.....beli aje peninggalan rasullullah kat sana....
kalau tangkal...no knowledge lah...tapi kalau calligraphy...aku memang berminat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan tak kenal salafussoleh kot ? Mereka hidup di zaman ape..
Lepas ini takkan nak mengatakan juga ada tak contoh masjid yang RasuluLlah buat.. ataupun para sahabat. Begitu juga mimbar RasuluLlah..
Lepas ini, takkan nak kata jugak ada tak contoh Handphone yang ada ayat al Quran yang RasuluLLah pernah buat, atau MP4 yang ada hadith yang RasuluLlah dan para sahabat pernah buat ?
Dah disebutkan khilaf.. diperpanjangkan pulak perkara ini. Ada perli-perli pulak tu. Eloklah lock thread ini. Karang datang permusuhan pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
dah ada org tempek lom ni
MENGENAI TANGKAL AZIMAT:
Dr. Amran Kasimin
Terdapat perselisihan pendapat ulama mengenai hukum menggunakan tangkal. Bagi menjelaskannya, tangkal, azimat atau wafak itu boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: Pertama, tangkal yang ditulisayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya, daripada doa-doa; kedua, tangkal yang diperbuat selain daripada jenis pertama, seperti daripada logam iaitu keris, paku, jarum atau duit syiling, cincin, tembaga, timah atau tahi besi dan daripada binatang seperti kulit binatang, misai atau kuku harimau, sisik tenggiling, tulang kokang, batu akik atau benang, tasbih, kayu dan sebagainya.
Tangkal yang diperbuat daripada bahan pertama, tidak kira di manadi gunakan, sama ada digantung di leher, diikat di pergelangan tangan, di pinggang, diletak di bawah bantal, di bawah alas tempat tidur, digantung di dinding, atau di atas rangka pintu tidak harus digunakan berdasarkan kepada hadis umum yang bermaksud: Sesungguhnya jampi-jampi dan tangkal-tangkal juga tiwalah itu syirik - hadis riwayat Imam Ahmaddan Abu Daud.
Juga berdasarkan kepada sebuah hadis daripada Aqabah bin Amir yang bermaksud: Barang siapa menggantung tangkal maka sesungguhnya dia telah syirik - hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, Ibn Habban danal-Hakim. Menurut Asy-Syeikh Abdul Rahman bin Hassan seperti yang tersebut dalam Fathu`l-Majid, larangan tersebut berdasarkan kepada:
1. Umum hadis-hadis di atas melarang penggunaan tangkal, tanpa pengecualian atau merujuk kepada kes-kes tertentu.
2. Untuk mencegah kekeliruan, di mana orang awam berkemungkinan tidak dapat membezakan antara tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayatal-Quran atau doa-doa dengan tangkal yang ditulis bukan daripada ayat-ayat tersebut.
3. Untuk mengelakkan berlakunya penghinaan terhadap ayat-ayat suci, iaitu sekiranya ia dibawa ke tempat-tempat kotor, seperti tandas, dipakai ketika istinjak, ketika dalam keadaan junub dan sebagainya.
Pendapat ini disokong oleh Abdullah bin Mas'ud juga murid-muridnya, Ahmad Hambal dan juga kebanyakan para sahabat, dan disokong oleh ulama yang terkemudian daripadanya seperti Ibn Abbas, Uqbah bin Amir dan IbnAkim.
Pendapat kedua ialah pendapat yang mengharuskan penggunaan tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah dan sifat-sifat-Nya. Ini adalah pendapat Abdullah bin Umr bin al-As, juga sesetengah ulama salaf. Menurut fatwa jawatankuasa fatwa kerajaan Arab Saudi yang dibukukan, iaitu dalam Al-Fatawa Az-Zahabiyah, 1996, ms. 252, pendapat pertama, iaitu pendapat yang melarang penggunaan tangkal adalah lebih kuat hujahnya, lebih mantap untuk memelihara akidah, tauhid dan pegangan hidup orang Islam.
Menurut Ibrahim an-Nakhaiy, para ulama salaf tidak menyukai (karahah) penggunaan tangkal. Yang dimaksudkan dengan karahah di sini ialah haram. Ini adalah pendapat Imam Ahmad, juga pendapat sekumpulan sahabat yang disokong oleh ulama yang terkemudian.
Adapun tangkal yang diperbuat selain daripada ayat-ayat al-Quran dan nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya juga doa-doa, maka hukumnya adalah syirik, berdasarkan kepada umum hadis-hadis di atas.
Keterangan hadis berikut memperkuat larangan menggunakan tangkal.
Pada suatu ketika Abdullah bin Mas'ud mendapati isterinya memakai kalung yang ada padanya tangkal. Beliau telah melucutkan tangkal itudan memotongnya sambil berkata:
``Seluruh keluarga Abdullah tidak boleh melakukan amalan syirik kepada Allah dengan sesuatu yang tidak pernah diturunkan oleh Allah keterangannya.'' Kemudian beliau berkata, menyatakan yang beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya jampi-jampi,tangkal-tangkal dan tiwalah itu syirik.
Para sahabat telah bertanya: Ya Rasulullah, jampi-jampi dan tangkal telah kami tahu, apakah yang dinamakan ``tiwalah'' itu? Baginda menjawab: Tiwalah itu ialah pekerjaan yang dilakukan oleh kaum wanita agar dengannya suami-suami menyayangi isteri-isteri mereka.
Larangan menggunakan tangkal ini sama seperti fatwa yang dikeluarkan oleh As-Syeikh Abdul Halim Mahmud (Ahmad an-Nuhas, 1994:515). Larangan menggunakan tangkal ini meliputi tangkal yang diperbuat daripada logam, yang dipakai di pergelangan tangan seperti yang dijelaskan oleh hadis berikut:
Daripada Imran bin Husain sesungguhnya Nabi telah melihat seoranglelaki memakai gelang tembaga di lengannya. Baginda bertanya: Apa ini? Lelaki itu menjawab: Ini adalah benda yang lemah. Mendengarkan katanyaitu baginda bersabda: Lucutkan ia. Sesungguhnya ia tidak menambah, kecuali kelemahan. Kalau kamu mati sedangkan ia tetap kamu pakai, selama-lamanya kamu tidak akan selamat - hadis riwayat Imam Ahmad.
Lelaki yang memakai tangkal tembaga ini mengalami sakit di lengan.Tangkal yang dipakai telah dijampi terlebih dahulu. Baginda s.a.w.menyuruh agar menanggalkannya, jangan dipakai lagi dan menyatakan bahawa tangkal itu akan hanya menyebabkan dia lebih lemah, kerana hatidan harapannya selama itu bergantung kepada tangkal yang tidak memberi manfaat atau mudarat.
Menurut Ahmad an-Nuhasiy at-Tumi dalam kitabnya Syifau `r-Rahman ll`s-sihr wa `l-hasad wa Amradi'l-Jan, ms. 101, perbuatan menggantungkan al-Quran pada anak-anak kecil juga pada orang dewasa, ataupun di kereta untuk melindungi diri daripada kecelakaan, atau daripada gangguan jin-jin adalah termasuk dalam amalan bid'ah. Begitu juga perbuatan menggantung ayat-ayat al-Quran, seperti surah Alam Nasrah dikedai-kedai, agar terhindar daripada pencuri berdasarkan kepada hadis-hadis di atas.
Dalam satu soalan yang dikemukakan mengenai hukum menggantungkan tangkal pada pesakit yang ditulis padanya doa-doa dengan ayat-ayatal-Quran dengan perkataan Arab yang tidak difahami maknanya, yang disertai dengan lakaran bintang-bintang, juga nama-nama nabi, as-Syeikh Abdul Aziz bin Baz memberi fatwa bahawa tangkal tersebut tidak harus digantungkan pada manusia, diletakkan dalam pakaian, di atas hamparan tempat tidur, atau di mana-mana tempat dalam rumah, untuk menolak bala atau kecelakaan, atau untuk mendapatkan kebahagiaan. Perbuatan tersebut adalah syirik.
Dalam sebuah hadis riwayat Imam Ahmad, Ibn Majah, Ibn Hibban danal-Hakim, daripada Zainab, iaitu isteri Abdullah bin Mas'ud, ia berkata bahawa suaminya telah melihat sehelai benang dililit di lehernya. Dia bertanya: Apa ini? ``Sehelai benang yang telah dibacakan jampi,'' jawabisterinya. Abdullah bin Mas'ud telah melucutkan benang tadi lalu memotongnya, kemudian dia berkata: Semua keluarga Abdullah bebas daripada syirik. Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya jampi dan tangkal juga tiwalah itu syirik.
Zainab bertanya, ``kenapa kau berkata sedemikian rupa, padahal mataku mengeluarkan air mata apabila terpandang seorang Yahudi danapabila aku memakainya, air mata itu tidak keluar lagi. Abdullah menjawab: Sesungguhnya itu adalah amalan syaitan. Apabila kamu taat kepadanya, ia akan mencucuk mata dengan jarinya. Cukuplah engkau membaca, seperti yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w. doa yang berikut:
Hilangkan sakit ini, wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah aku, Engkauadalah penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sakit - hadis riwayat Ibn Majah, AbuDaud dan al-Hakim.
Pendapat keempat, penggunaan tangkal, tidak kira sama ada tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, nama Allah, sifat-sifat-Nya dan doa-doa, yang ditulis pada kertas, kain atau pakaian (dibuat baju), logam, daripada binatang, tumbuh-tumbuhan, batu akik, termasuk benang dan sebagainya dilarang menggunakannya apabila ia disertai dengan amalan sihir, seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis:
Barang siapa membuat satu simpulan, kemudian meniupnya, maka sesungguhnya dia telah melakukan amalan sihir, barang siapa melakukan amalan sihir maka sesungguhnya dia telah melakukan syirik - hadis riwayat an-Nasaiy.
Yang dimaksudkan dengan sihir di sini ialah perbuatan menyediakan tangkal yang terdiri daripada sesuatu yang boleh dibuat pengikat, seperti benang, kain dan sebagainya, atau benang yang diletakkan padanya tangkal, ataupun kain yang diambil daripada kain kapan, kemudian dibacakan dengan rangkaian jampi mantera untuk memanggil jin-jin, sama ada jin-jin yang dibela, dibuat sahabat atau dibuat saudara yang akan ``bersama'' dengan tangkal yang dibuat tadi, membolehkan pemakai tangkal memperoleh natijah luar biasa, yang dianggap sebagai ``hikmah'' untuk pendinding diri, disukai ramai, penggerun dan sebagainya, kemudian bahan tadi ditiup yang diistilahkan sebagai ``an-nafath''. Orang yang berkenaan telah melakukan sihir.
Kalimah ``an-nafath'' asalnya bererti mengeluarkan sesuatu daripada mulut seperti kahak atau air ludah (al-Munjid, 1966: 823), tetapi yangdi maksudkan di sini ialah meniup daripada mulut tanpa mengeluarkan airludah. Amalan ini banyak dilakukan oleh tukang-tukang sihir perempuan dizaman jahiliah seperti yang tersebut dalam al-Quran (al-Falaq, 4).
Jelasnya, tangkal tidak kira daripada bahan apa ia disediakan, sekiranya disertai dengan pemujaan jin-jin, maka amalan itu tetap dilarang. Orang yang berbuat demikian telah melakukan sihir, yang boleh menyebabkan syirik iaitu salah satu dosa besar yang dilarang dalam Islam.
Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan Allah mengampuni dosa selain daripada dosa syirik terhadap mereka yang dikehendaki oleh-Nya - (an-Nisa': 48). |
|
|
|
|
|
|
|
Pada satu ketika, sepuluh orang datang untuk memberi janji taat setia kepada Rasulullah s.a.w.. Baginda menerima janji dari kesemua sembilan orang kecuali seorang. Baginda ditanya, kenapa enggan menerima janjinya? Baginda menjawab: “Sesungguhnya padanya ada tangkal.” Lalu orang tersebut memasukkan tangan ke dalam bajunya, mengeluarkan sebuah tangkal dan membuangnya. Melihat tindakannya itu, Rasulullah s.a.w. menerangkan: “Sesiapa menggantung tangkal maka sesungguhnya dia (berbuat) syirik.” [al-Targhib wa al-Tarhib oleh al-Munziri, hadis no: 5065 dengan sanad yang hasan].
Kisah di atas menerangkan hukum yang berat bagi sesiapa yang menggunakan tangkal. Tangkal adakalanya disebut sebagai azimat. Kedua-duanya memiliki maksud yang hampir sama. Kamus Dewan mendefinisikan tangkal sesuatu yang digunakan untuk menolak bala seperti penyakit, hantu, jin dan lain-lain. Azimat pula adalah bahan yang terdiri dari tulisan yang ditulis pada kertas, kain, keratan kayu tertentu, atau sisik tenggiling yang dipakai pada bahagian tertentu tubuh seperti di pinggang yang dianggap mempunyai sakti dan boleh mengelakkan penyakit, bencana dan sebagainya
Sama ada tangkal atau azimat, ia tidak akan mendekatkan manfaat atau menjauhkan mudarat bagi orang yang memakainya. Bahkan ia menjauhkan manfaat dan mendekatkan mudarat. Ini kerana mendekatkan manfaat atau menjauhkan mudarat dapat diperoleh dengan merujuk terus kepada Allah s.w.t.. Menggunakan tangkal sebagai “jalan tengah” tidak akan memberi apa-apa faedah. Rasulullah s.a.w. menyifatkan penggunaan tangkal sebagai:
“Sesiapa menggantung tangkal maka Allah tidak akan menyempurnakan baginya (hajatnya) dan sesiapa menggantung cengkerang siput maka Allah tidak akan mententeramkan baginya (dengan siput tersebut).” [al-Targhib wa al-Tarhib oleh al-Munziri, hadis no: 5064 dengan sanad yang hasan].
Dalam satu riwayat lain Rasulullah s.a.w. melihat seorang lelaki yang ada ikatan di tangannya, baginda bertanya: “Apakah ini?” Lelaki itu menjawab: “Aku menjadikannya sebagai pelindung daripada sejenis penyakit.” Lalu Rasulullah bersabda: “Tiadalah ia menambah bagi kamu kecuali kelemahan. Lemparkan ia daripadamu, kerana sesungguhnya jika kamu mati dan ia berada di atasmu, tidaklah ia akan membantu kamu selama-lamanya (sehingga ke Hari Akhirat).” [al-Targhib wa al-Tarhib oleh al-Munziri, hadis no: 5067 dengan sanad yang hasan].
Penggunaan tangkal juga dilarang sekali pun ke atas haiwan. Pada zaman Rasulullah s.a.w., para pemilik haiwan, sama ada haiwan ternakan atau tunggangan, lazim menggantung tangkal di leher haiwan mereka sebagai pelindung dari penyakit atau buatan sihir. Rasulullah s.a.w. menegah perbuatan ini dengan bersabda: “Janganlah dibiarkan di leher unta kalung (yang diperbuat) daripada tali atau (apa-apa jenis) kalung kecuali dilepaskan.” [Shahih Muslim, hadis no: 2115]
Tangkal Yang Dijampi Dengan al-Qur’an.
Timbul persoalan, bagaimana hukumnya bagi tangkal yang dijampi dengan al-Qur’an dan zikir-zikir kepada Allah? Ada sebahagian para ilmuan Islam yang membolehkannya. Namun ada juga yang tidak membolehkannya. Di antara dua pendapat ini, yang lebih selamat ialah tidak boleh. Antara sebabnya adalah, jika kita memperhatikan hadis-hadis di atas yang melarang penggunaan tangkal, Rasulullah s.a.w. tidak membezakan sama ada tangkal tersebut dijampi dengan apa. Sebaik sahaja baginda mengetahui seseorang itu menggunakan tangkal, baginda terus melarangnya. Bahkan menghukumnya sebagai satu perbuatan syirik.
Dalam hadis-hadis sahih yang lain, baginda banyak mengajar jampi-jampian yang menggunakan al-Qur’an, zikir dan doa sebagai pelindung dari penyakit dan perbuatan dengki orang lain. Akan tetapi dalam hadis-hadis tersebut, baginda tidak mengajar agar jampi-jampian itu dilakukan ke atas tangkal. Sebaliknya hendaklah orang yang inginkan perlindungan membaca sendiri jampi-jampian dengan kefahaman dan penghayatan.
Agaknya mengapa Rasulullah s.a.w. tidak mengajar sedemikian? Sebabnya mudah sahaja. Sekali pun dijampi dengan al-Qur’an, zikir dan doa, orang yang memakainya akan tetap memiliki keyakinan bahawa yang memberi manfaat dan menjauhkan mudarat ialah tangkal itu sendiri dan bukannya Allah. Keyakinan sebegini adalah syirik. Orang-orang yang memakai tangkal, apabila ditanya “Kenapa anda memakai tangkal?”, nescaya dia menjawab: “Ini hanya sebagai sarana, yang sebenarnya melindungi saya ialah Allah!” Jawapan ini hanya benar di bibir, tidak di hati.
Tak percaya? Ahaa! Cubalah buat satu ujian mudah. Jika anda memiliki seorang rakan yang menggunakan tangkal dengan alasan seumpama di atas, cuba anda mencari jalan untuk mengambil dan menyembunyikan tangkalnya. Nescaya anda akan dapati rakan tersebut menjadi kelam kabut mencari tangkal itu. Jika dia tidak menemuinya, tentu dia akan menjadi resah, hilang keyakinan diri, serba ketakutan, risau tak menentu dan pelbagai lagi sikap negatif. Semua ini menjadi bukti bahawa yang diyakininya sebagai pelindung ialah tangkal dan bukannya Allah. Ini kerana jika dia menjadikan Allah sebagai pelindung, nescaya dia akan tetap seperti biasa kerana mengetahui Allah sentiasa melindungi para hamba-Nya selagi mana para hamba tersebut meminta perlindungan dari-Nya.
Oleh itu, pendapat yang selamat ialah tidak menggunakan tangkal sekali pun ia dijampi dengan al-Qur’an, zikir dan doa. Pemberi manfaat dan penjauh mudarat yang sebenar ialah Allah s.w.t. dan kita dapat memperolehnya secara terus tanpa perlu kepada apa-apa benda sebagai perantara mahu pun sarana. Penggunaan tangkal adalah sesuatu yang agak lazim di kalangan masyarakat. Jika anda memakainya, maka buanglah ia sebagaimana pesan Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadis di atas. Jika anda mengetahui ahli keluarga atau rakan-rakan lain yang memakainya, jangan sekadar bermain ujian menyembunyikannya, tetapi nasihatkanlah mereka untuk membuangnya. |
|
|
|
|
|
|
|
kawan2 aku ada pakai tangkal siung binatang. tok guru mrk tak lut peluru.
harizs Post at 11-11-2009 10:14 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Ni agaknya gigi taring babi hutan tunggal yang melengkung sampai bercantum tu kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by always_typo at 11-11-2009 14:34
kawan2 aku ada pakai tangkal siung binatang. tok guru mrk tak lut peluru.
harizs Post at 11-11-2009 10:14 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Sorang ustaz saya ada mempunyai kebolehan mengubat orang kena sihir dan mahir ilmu persilatan.
Ada juga orang dok pi tayang kat dia ilmu kebal depa, kekadang siap dengan demo sekali utk check samada melibatkan syirik/khurafat ataupun tidak..
Ustaz saya tu cerita dia akan komen tetapi selalu beri nasihat kat org2 mcm tu, ilmu kebal senjata ni mcm mana hebat pun tak akan kekal. Kalau ilmu dan amal agama tak mantap, masuk kubur nanti, kekebalan dunia akan hilang dan kalau banyak dosa, pasti dibalun oleh malaikat mungkar nangkir serupa tu jugak!
So yang penting, belajar ilmu "kebal" untuk masuk kubur lebih bagus.. |
|
|
|
|
|
|
|
RE: Keharusan menggunakan azimat/tangkal dlm Islam
Takkan tak kenal salafussoleh kot ? Mereka hidup di zaman ape..
Lepas ini takkan nak mengatakan juga ada tak contoh masjid yang RasuluLlah buat.. ataupun para sahabat. Begitu juga mimbar RasuluLla ...
Jarumemas Post at 11-11-2009 12:18 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
ahhh, aku tak rasa lah dia perli2....so kasi chance lah kat dia ni.......atau dia take a careful approach lah in life....semua tu mesti ada trademark Rasulullah.......not bad juga lah fikiran macam gini.....
the best thing here, its easy to state SYIRIK?.....so siapa2 yang mudah sangat mengucapkan SYIRIK...korang rasa lah...adakah nama2 korang dah terpahat kat dinding surga tak?......lets say ADA...tapi jangan lupa..boleh guna grinder and grind your name off.....so TIDAK ADA... ....or maybe korang rasa dah jadi REBORN MUSLIM agaknya.....same theory lah macam REBORN CHRSITIAN...merasa diri dah suci..tapi masih dalam debu....ahhh, what a wonderful world....when they think ISLAM belong to them.... |
|
|
|
|
|
|
|
MENGENAI TANGKAL AZIMAT:
Dr. Amran Kasimin
Timbul persoalan, bagaimana hukumnya bagi tangkal yang dijampi dengan al-Qur’an dan zikir-zikir kepada Allah? Ada sebahagian para ilmuan Islam yang membolehkannya. Namun ada juga yang tidak membolehkannya. Di antara dua pendapat ini, yang lebih selamat ialah tidak boleh. Antara sebabnya adalah, jika kita memperhatikan hadis-hadis di atas yang melarang penggunaan tangkal, Rasulullah s.a.w. tidak membezakan sama ada tangkal tersebut dijampi dengan apa. Sebaik sahaja baginda mengetahui seseorang itu menggunakan tangkal, baginda terus melarangnya. Bahkan menghukumnya sebagai satu perbuatan syirik.
Oleh itu, pendapat yang selamat ialah tidak menggunakan tangkal sekali pun ia dijampi dengan al-Qur’an, zikir dan doa. Pemberi manfaat dan penjauh mudarat yang sebenar ialah Allah s.w.t. dan kita dapat memperolehnya secara terus tanpa perlu kepada apa-apa benda sebagai perantara mahu pun sarana. Penggunaan tangkal adalah sesuatu yang agak lazim di kalangan masyarakat. Jika anda memakainya, maka buanglah ia sebagaimana pesan Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadis di atas. Jika anda mengetahui ahli keluarga atau rakan-rakan lain yang memakainya, jangan sekadar bermain ujian menyembunyikannya, tetapi nasihatkanlah mereka untuk membuangnya.
sunsuria3 Post at 11-11-2009 12:52 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Utk keselamatan akidah, so yg lebih selamat ialah tinggalkan amalan tangkal menangkal ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Utk keselamatan akidah, so yg lebih selamat ialah tinggalkan amalan tangkal menangkal ni.
tobby Post at 11-11-2009 14:39 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
yup.....not fair lah....tak kan just comment dari Amran kena simen aje...terus goyang.....Exploration is the word lah...
learn....watch....think....then decide....so berhati2 lah dijalan raya.....but not comment dari Amran Kena Simen lah.....not right dude![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
yup.....not fair lah....tak kan just comment dari Amran kena simen aje...terus goyang.....Exploration is the word lah...
learn....watch....think....then decide....so berhati2 lah dijalan raya.. ...
bassguitar Post at 11-11-2009 14:44 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
pilih jalan selamat. biar ketat dlm akidah, lebih ketat dari fekah. kalau dlm fekah kita begitu ketat, sepatutnya dlm akidah harus lebih ketat. Utk keselamatan akhirat. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni agaknya gigi taring babi hutan tunggal yang melengkung sampai bercantum tu kan?
ibnur Post at 11-11-2009 13:46 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
gengster byk pakai ni. depa rasa konfiden diri bila pakai benda2 ni. |
|
|
|
|
|
|
|
pilih jalan selamat. biar ketat dlm akidah, lebih ketat dari fekah. kalau dlm fekah kita begitu ketat, sepatutnya dlm akidah harus lebih ketat. Utk keselamatan akhirat.
tobby Post at 11-11-2009 14:52 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
ahh, keselamatan akhirat versi macam mana?......tapi not from the comments of that Simen lah.....mengecilkan scope berfikir...and I believe he is not absolutely 100% sure juga ah.....
but to each its own lah....jumpa aje nanti kat akhirat and tell me your story aje.....
kalau merasa Islam tu kepunyaan sesuatu kaum....then I pity you lah.... |
|
|
|
|
|
|
|
gengster byk pakai ni. depa rasa konfiden diri bila pakai benda2 ni.
tobby Post at 11-11-2009 14:54 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
komando melayu islam sama pakai. |
|
|
|
|
|
|
|
Kita kerap berjumpa doktor bila sakit.
Jumpa doktor perubatan moden dan yakin sungguh kepada kebolehan dan kepandaian doktor tersebut dan dengan keserasian ubat yang diberi akan 'guarantee' bol ...
always_typo Post at 8-11-2009 11:03 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Sama2 ketika kita percaya bahwa doctor lah yang menyembuhkan disebabkan kelihaiannya...ini dapat membuat syirik dan fasiq...begitu juga dengan Azimat...contoh dalam kitab tauhid kifayatul Awam....ketika kita berkata: "Api yang membakar kayu sebab Allah memberi dia kuasa" maka ini adalah salah...
Tapi yang benar adalah Allah yang menyembuhkan..sedangkan Doctor dan ubat hanya sebab musabab...
Apa beza jampi/azimat dan doctor?
Beza dia, kalau anta kena sihir, gangguan setan jin iblis; maka ubat dia jampi atau azimat sebagai pedinding. Dengan ketentuan kita memang percaya Allah adalah zat yang menjaga kita atau menyembuhkan kita sedangkan syaitan2 tu tak de kuasa....sedangkan jampi tu hanya sebagai wasilah atau sebab musabab dan bagian dari usaha. sesuai dia dengan doa2...
Kalau anta kene cancer, pergi laa jumpa Doctor....sebab Doctor ada ilmu untuk tau obat apa yang sesuai. ubat batuk ker ubat apa ker. so munasabah. tapi tetap percaya Allah yang sembuhkan..bukan Doctor or ubat... |
|
|
|
|
|
|
|
tiada cacat celanya article ustad amran kasimin tu..jgn lah menghina orang kerana anda tak suka apa yg mereka tulis..berbincanglah dgn baik segala ilmu yg baik itu dari allah jua...article ke dua tu bukan dari ust amran pun..tapi stil tak boleh terima nak guna juga tangkal dan azimat terserah pada keimanan masing2..for me memang tak akan guna...ni ilmu yg saya perolehi dari kelas AQIDAH yg saya belajar secara ilmiah bukan takat dengar ceramah sekali...kelas formal satu semester belajar bab aqidah aja...sampai buku nota saya ada kawan yg minta dari trengganu kerana nak tahu lebih lanjut bab aqidah ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Menjawab soklan tuan umah...
TIADA KEHARUSAN DALAM PENGGUNAAN AZIMAT/TANGKAL DALAM ISLAM..
Haram!! Titik! Tak bole diubah...![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
78# ana_una
kita kena siasat dulu, apakah niatnya si pemakai sebelum mengatakan sesuatu kenyataan... |
|
|
|
|
|
|
|
78# ana_una
kita kena siasat dulu, apakah niatnya si pemakai sebelum mengatakan sesuatu kenyataan...
mohdmus Post at 15-11-2009 16:19 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
brg dh haram nk siasat pe lg yop....tak kn ler.. dgn niat bole halal kan cara ye dak.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|