|
sedikit info tentang pokok ni
Lemba (Curculigo Latifolia) , sejenis tumbuhan herba yang tumbuh secara berumpun yang agak besar. Daun ringkas, berwarna hijau, keras atau kuat, berbentuk bujur. Saiz daun yang matangberukuran antara 55-57 cm panjang dan 15-17 cm lebar, Daunnya bersifat menirus pada kedua-dua bahagian hujung dan pangkalnya., Bahagian tepi daun berkeadaan licin dan daun lemba mempuyai banyak urat daun pada permukaannya.
Tangkainya panjang (30-32cm). Bunga tumbuhan ini terbit daripada dasar atau pangkal pokok.Setiap bunga mempunyai 6 kelopak dan bewarna kuning terang. Buah yang telah matang berbentuk beri, berwarna putih dan berasa manis bila dimakan. |
|