CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hrezza

Agent Buluhmas - perbincangan shj

[Copy link]
Post time 5-7-2008 09:49 AM | Show all posts
menarik...menarik..akan join
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2008 08:00 AM | Show all posts

Reply #57 AniSani's post

hehe...jln mudah utk kaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2008 10:45 AM | Show all posts
Originally posted by AniSani at 2-7-2008 03:18 AM
Satu lagi scam terancang , tunggu je keruntuhannya


Thanks anisani atas reminder tu...

Rezza join RM15 jek..apalah sgt RM15 tu..la ni tiap2 bln dapat RM50..dah 2 kali dapat...alhamdulillah dah balik modal..hasil penat lelah jadik promoter..bg sesapa yg x yakin, masuk je RM15, jgn letak byk2..sekadar beritau, tak paksa..nak join ke tak sume atas diri sendiri..

Tapi bg sesapa yg rasa tak yakin, rezza nasihatkan === JGN JOIN !!
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 09:42 AM | Show all posts
Originally posted by babyenny84 at 4-7-2008 03:59 PM
setahu sy, setiap upah kita melebih RM10, akan ditolak 15%..
maka dpt RM714 setelah ditolak 15%.
15% tu adalah ditukar kedlm bentuk voucher utk membeli brgan IKS(Industri Kecil Sedrhana).
maka ...


emm betul tu....714 tu kalu x silap hanya dpt 8 bulan shj...sbb dia ada agreement
masuk bln 9 jadi hak syarikat...

[ Last edited by  arenis at 7-7-2008 02:33 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2008 05:09 PM | Show all posts
tul
Originally posted by arenis at 7-7-2008 09:42 AM


emm betul tu....714 tu kalu x silap hanya dpt 8 bulan shj...sbb dia ada agreement
masuk bln 9 jadi hak syarikat...


Klu yg tu ada 2 term..If kita nak buat agreement, kita akan dapat selama 8 bulan sahaja..But if w/o agreement, kita akan dapat sampai bila2 company tu ada di muka bumi ini..

Agreement fee if jumlah kita masuk below RM10k, kos sume atas kita..If more than 10K..company support 100%..harap membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 09:57 AM | Show all posts
hm... mmg menarik. aku dh join rm15 pny.
dh tmpal sticker.... huhuh. tgu jela.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2008 08:43 AM | Show all posts
ooooooo...ini rupanya buluhmas ni yer....kdg2 tetiap pagi kt kl ni mesti aku jumpa kt kete org....igtkan menda lah..
tp design sticker tu mcm biasa jerk+warna coklat mcm kusam jerk.....klau boleh buat warna yg menark sket lg ok kot...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2008 06:03 PM | Show all posts
Originally posted by t@t at 13-8-2008 08:43 AM
ooooooo...ini rupanya buluhmas ni yer....kdg2 tetiap pagi kt kl ni mesti aku jumpa kt kete org....igtkan menda lah..
tp design sticker tu mcm biasa jerk+warna coklat mcm kusam jerk.....klau bole ...



cadangan baik..aku pun dulu tak alert pasal kewujudan sticker nie..pas baca forum kat sini baru perasan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2008 11:51 PM | Show all posts
bagi la info lagi pasal buluh mas ni.. kwn my husband ajak dia join. so, ingat nak dapat info yang lengkap b4 buat decision...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 11:53 PM | Show all posts
Originally posted by AniSani at 2-7-2008 03:18 AM
Satu lagi scam terancang , tunggu je keruntuhannya




ya btul! bank negara dah freezekan buluhmas dan 3 lagi kompeni MLM...hehehehe....jgn la caya benda2 mcm ni lagi..takda maknanya btul..sume tipu
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 12:35 AM | Show all posts
Buluhmas..dah jd lemang-mas.."lemasss"



more info at Bank Negara M'sia website: http://www.bnm.gov.my
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 12:46 AM | Show all posts

Balas #71 mrbelalang\ catat

nasib... my husband dah nak kuarkan duit dekat 10k... me ckp siasat detail dulu.. nasib dia dengar ckp aku... kalo tak... huhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 01:21 AM | Show all posts
kesimpulanya...usaha la sendiri..susah sket xpe..biar pon hasilnya kecik..yg penting usaha sendiri..byk lg medium utk dapat duit..nak kaya nk berjaya...amik pengajarn dr apa yg berlaku...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 05:53 AM | Show all posts
pelik ler melayu nie ,menda camni dh selalu kuar paper..tk serik2 lagik..melayu mudah lupa..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 06:25 AM | Show all posts
pergh..baru jer 2hari lepas kwn baik aku masuk rm1ribu ++ kt buluhmas nie....

betul la cakap faridali... usaha sendiri lagi puas hati..walaupun hasil sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 07:08 AM | Show all posts

Usana No. 1 in the World

sebab tu bila orang promote pada aku syarikat yang masih baru, local based MLM, inilah yang menjadi kerisauan kepada aku.....

tengoklah apa yang terjadi kepada Jai Network ari tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2008 08:32 AM | Show all posts
dah melingkup..padan muka bongok2 yg melabur nh..nk kaya sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 08:37 AM | Show all posts
Originally posted by faridali at 14-10-2008 01:21 AM
kesimpulanya...usaha la sendiri..susah sket xpe..biar pon hasilnya kecik..yg penting usaha sendiri..byk lg medium utk dapat duit..nak kaya nk berjaya...amik pengajarn dr apa yg berlaku...


tul tu... banyak pengajaran yang kita dah perolehi... lepas ni kalau ade skim2 cepat kaya yang baru tumbuh.. korang fikir2 la dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 09:08 AM | Show all posts
BNM serbu 4 syarikat

Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK dan TAN MING WAI

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.

BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.

Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.

Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.

Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.

BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.

“Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram,” jelas kenyataan itu.

Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.

Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.

Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.

Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,’’ jelas kenyataan itu.

Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di www.bnm.gov.my.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 11:02 AM | Show all posts
Biasa la tu orang melayu kita, selepas ni pasti ada lagi skim atau syarikat macam ni dengan pelbagai idea nak tipu orang especially org melayu....sebabnya Melayu Mudah Lupa......tapi tak semua macam tu harap-harap kita semua dapat kekalkan pemikiran tolak skim macam ni.........

ps. masa EAindex, ABfund tempohari ramai jugak bangsa lain tertipu bukan bangsa kita aje......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.112559 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list