snapang snapang jugak. silat mesti ada dalam diri seorang pendekar melayu. kalo tak sia sia la mlayu itu menjadi pendekar tanpa silat. kerana musuh yang menggeruni warisan rahsia kita telah mengetahui bahwa kita tak mewarisinye. macam juga pendekar2 nepal ke mongolia xsilap aku. mereka ada silat mereka dan senjata mereka sniri, kukuri . pasal apa askar pakai snapang dari negara lain yg nak tawan mereka takut pada mereka pasal mereka ada silat dan kukuri yang melambangkan kebengisan pendekar mereka. ini belum pape dah menafikan kehebatan silat untuk zaman sekarang. ingatle perang nuklear kita hanya tuk brapa ketika sehingga la kita berperang menggunakan batu smula.
dalam day-to-day affair, sapa je bawak pistol ke sana-sini... anda sendiri akan ditangkap jika pamerkan senjata secara terbuka. malah, perompak pun tak hingin bazirkan masa kepada anda jika dia ada senjata api. lebih baik dia pergi rompak bank atau rumah jutawan, baru berbaloi. lainlah kalau anda sasaran pembunuh upahan.
dalam day-to-day affair, anda akan lebih berkemungkinan jumpa penjahat kecil-kecilan atau bergaduh kerana isu perempuan, harta atau pendapat. samada musuh berbekalkan senjata atau bertangan kosong sahaja, ilmu bela diri sudah melatih anda menghadapinya.
bab bertafakur, ianya cuma bertafakur. menenangkan perasaan dan memusatkan fokus kepada 5 deria. tak payah nak jadikan isu kerana semua seni bela diri ada cara tersendiri. cuma yang tak tamat saja akan tak tahu perkara sebegini.
Emow Emow Emow...
aku belajar smp abis...tp tak diiktiraf...aku trus kuar coz aku guna silat yg aku belajar tuk bergaduh...sebenarnya aku nak pertahankan diri n member aku...tp prinsip aku...selagi aku guna silat tuk pukul org, aku msti kuar...dah banyak martial aku blajar...smua thenti begitu saja...
silat melayu ni untuk zaman dulu saja, sekarang silat olahraga.. itupun boleh kat german dan orang luar... melayu tewas gak... nak perang... jangan harap dengan silat jer... jumpa musuh mula buat tari bunga silat, musuh acu pistol atau senapang terus tembak...
Originally posted by paler kembang at 21-3-2008 06:05 PM
silat melayu ni untuk zaman dulu saja, sekarang silat olahraga.. itupun boleh kat german dan orang luar... melayu tewas gak... nak perang... jangan harap dengan silat jer... jumpa musuh mula buat ...
Emow Emow Emow...
nie lah sentiment org mlayu tak leh ubah...pakai pistol jer...ko ingat pistol sng nak dapat...senang nak guna...aku bukan nak kata silat hebat...but macam kawan aku cakap...smua jenis martial hebat...tp tergantung kat pengamal nyer...cuba ko yang konon nyer gungrave nie...berapa pantas ko leh masukkan peluru or kendalikan pistol?? kalo takat ada pistol but teragak2 nak tembak..sama jer lah ngan org ada ilmu tp tak reti guna...
Originally posted by ashna at 12-12-2007 02:52 PM
apa barang silat bagai..
skang org guna senjata api jer...
apa kau ingat boleh menang ke lawan ngan org ada shotgun bagai??
kalau semer org berpikiran mcm lu ni nampak sangat la org tu berpikiran sempit...
org yg ada silat pun takle bodo ashna wehh... dorang tahu musuh dorang pakai senjata api... takkan dorang nak bukak langkah silat bagaii..
silat yg dorang belajar tu sekurang-kurangnya dorang leh guna utk tolong org ker... lindungi keluarga ker apa ker kan...
mcm lu la kan... andaikata di satu hari nanti lu kena kacau di mat-mat langau depan laki lu... dan mat-mat langau tu buat benda bukan-bukan kat lu... raba-raba dada lu ker... raba-raba belakang lu ker... takkan laki lu nak duk diam jer kan... dah tu kalau laki lu takde silat bleh ker laki lu lawan dgn mat-mat langau tu semer... sorang sama sorang mungkin boleh la kot pakai silat koboi jerr...
kalau kena berdepan dengan tiga empat org mcm mana? disini ler penting belajar silat atau ilmu mempertahankan diri yg lain...
macam kat tempat kroit nih, budak yang belajar silat kat kampung tu.. yang "guna2" tu.. pergi sekolah bergaduh dia bukak.. last2 tak dapat kawal mende tu.. pengsan tiba2.. mulut terkumat-kamit baca dia punye ayat.. dia gunakan untuk bergaduh, salah niat.. benci! :@
mari kita lihat hebatnya kiai master!.. tapi tewas... walaupun hebat, tapi Korea dan jepun berperang menggunakan senjata api, bukan hanya pakai karate, mma, tea kwan do, judo, ilmu-ilmu hembus sana sini, puh sana puh sini, sebab kekuatan macam tu tak guna, lihat contoh video do bawah... dalam gelanggang hebat, tapi bila lawan dengan murid dari gelanggang lain, malu besar.. tambahan nak lawan musuh dari orang luar.... tak kan kita nak pakai silat... jampi pun tak makan dah...
macam aku kata, jangan samakan self-defense dengan warfare. memang la mana-mana warfare akan pakai senjata api.
self-defense dipakai hanya jika wujud situasi seharian yang memerlukan. macam di malaysia ni, bila ada kes curi, ragut, gaduh atau samun, ada pakai senjata api ke?
yang ni pun tak terjawab, takkan nak melalut kaitkan pasal warfare dengan situasi seharian... cool la. nak hina silat pun, biarlah dalam konteks yang betul.
sedangkan tentera/polis yang pakai senjata api pun dilatih dalam seni bela diri, buat apa?
pasal salah-guna ilmu tu, lain cerita. kalau korang tamat dengan keberkatan-Nya, akan ada rasa perbezaan dalam diri. dulu pembengis/pemarah, sekarang penyabar. dulu bersifat kasar, sekarang bersopan. dulu beremosi, sekarang banyak berfikir dulu.
lagipun, orang yang betul-betul faham apa yang dipelajari, tak akan jenis hentam-keromo membabi-buta. pasal dia tau keupayaan dia dan dia khuatiri akan mencederakan orang lain tak tentu pasal.
orang yang takbur dan suka tayang skill ni la yang biasanya tamat tapi tak tamat...