|
Thx a lot,pink...
Ni sambungannya...
Azizi memandu dengan laju untuk melarikan diri dari wartawan yang telah menangkap gambarnya bersama Asila sebentar tadi.Rasa berangnya pada wartawan itu tinggal sisa apabila dia sudah memasuki halaman rumahnya tetapi moodnya menjadi tidak baik semulaa apabila melihat Nurin sedang bersama dengan seorang jejaka di muka pintu.
Dah pukul 9.30,ngan saper pulak?Nak jatuhkan air muka aku,ke?Betina keparat!Desis hati Azizi yang kian membuak-buak kemarahannya.Azizi melangkah keluar dari perut keretanya dan menuju ke arah pasangan di muka pintu itu.
Nurin tergamam melihat kehadiran Azizi.Air matanya berhenti mengalir.Hazry yang sedar dengan perubahan Nurin terus berpaling ke belakang dan agak terkejut melihat Azizi.
"HEI...Eh,Haz,what are you doing here?Why don't you call me first?I'm glad you come,"Azizi pada mulanya meninggikan suara tetapi terus mesra apabila mengenali jejaka yang berada di muka pintu.
Hazry membalas senyuman Azizi dan terdiam seketika.Azizi berpaling pada Nurin pula.
"Dah,naper tercegat lagi?Naper tak pelawa Hazry masuk?"Azizi menunjukkan muka garangnya.
Hazry memandang Nurin dan Azizi bersilih ganti.Dia hairan kerana tiada sikap mesra antara satu sama lain.Bukankah mereka ni suami isteri?Azizikan seorang yang penyayang.
"Haz,come in.Sorry,Nurin tak ajak masuk.Apehal ko datang sini?Datang nak meroyan ke?"usik Azizi dan Hazry ketawa.Tawanya begitu menambat hati wanita.Wanita,wanita seperti Nurin.Namun Azizi juga tiada kurangnya.
"Bukan.Ni Jo ada pesan suruh bagi kat kau lepas dia mati.Nah,"Hazry menghulurkan sepucuk surat lalu sambung,"Aku pon tak baca lagi."
"Time kasih.Nanti aku bacerla."
Nurin menitikkan air matanya lagi kerana mendengar nama Johari disebut.Hatinya begitu merindui lelaki yang disayangi itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 21
"Hello?"Nurin menjawab panggilan di telefon rumahnya.
"Hello,Nurin.Dah breakfast?"pertanyaan Datin Rubiah lembut kedengaran di teinga Nurin.
"Ummi!Yeap.Nurin dah breakfast.Ummi?"
"Dah.Nurin tak keluar ke?Tak boring?"
"Hemm...Azizi sibuk guna kereta tu.Boring gak.Ummi ambik Nurin boleh,tak?Nurin nak beli adiah untuk Azizilah.Nak buat surprise.Esokkan ari jadi dia?"
"Nurin ingat,ye?Ummi baru nak ingatkan.Okeylah.Bersiap,ye Nurin.Kita pergi beli-belah ramai-ramai."
"Ramai-ramai?"
"Emm..Kakak-kakak ipar Nurin pon nak mengikut.Yelah,hobi diorangkan shopping."
Nurin gelak dan berkata,"Takpelah,Ummi.Nurin nak bersiap.Bye."
"Bye,sayang."
Nurin mengatur langkah ke tingkat atas.Dia masuk ke dalam biliknya dan membuka pintu almarinya.Dia mengeluarkan beberapa pasang baju yang anggun.Dia mencuba satu persatu baju dan akhirnya memilih blaus berkolar yang berwarna lavender.Dia memakai blaus itu bersama sehelai skirt labuh berwarna krim.Dia kemudian duduk di hadapan meja solek dan menyikat rambutnya.Rambutnya yang lurus dibiarkan terlepas dan Nurin mengambil tas tangannya yang berwarna krim dan mengisi dompet serta telefon bimbitnya bersama kunci rumah.
Nurin turun ke tingkat bawah dan memakai selipar bertumit tinggi yang berwarna krim.Nurin kemudian keluar dar rumahnya dan mengunci pintu dari luar.Stelah dua minit menunggu,Nurin dapat melihat dua buah Honda Odyssey memasuki perkarangan rumahnya.
Datin Rubiah keluar bersama Kak Maria dari salah satu kereta itu.Mereka menegur Nurin.
"Uh...Cantiknya adik ipar akak,ni.Semua sepasang,"puji Maria.
"Menantu ummi memanglah cantik,"kata Datin Rubiah pula sambil mengusap rambut Nurin yang panjang sehingga paras pinggangnya.
"Wah,cantiknya rambut!Pakai syampu apa?Pergi salun mana?"Malinda mencelah pula.
"Takdelah.Nurin tak pergi salun,kak.Nanti jadi kering,"kata Nurin.
"Kering?Nak lembap?Basahkanlah,"usik Marinni pula.
"Dah,jom pergi Mid Valley,"kata Datin Rubiah.
"Mid Valley?Takkan sampai situ nak pergi?"tanya Nurin sambil mengerutkan dahinya.
"Yeap.Kitorang nak gi situ.Baru besh shopping,"celah Marlinda pula.
[ Last edited by lily_lyssa at 14-9-2007 11:04 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
"Tapi....takkanlah sampai ke KL nak pergi?"
"Hemmm...Banyak barang yang Azizi suke kat Mid Valley tu,"jelas Marlinda.
"Kalau macam tu,takpelah.Nurin nak call Azizi jap.Nak cakap Nurin keluar.Karang risau plak dia."
Risau?Jauh benar dia nak risaukan aku ni!Nurin mencapai telefon bimbitnya di dalam tas dan menekan beberapa butang nombor.
"Hello,Aziz.Nurin nak keluar jap."
"Keluar?So...Ape kena mengena plak dengan aku?"sinis bunyi suaranya.
"Huh...Takpelah.Kalau tak der kena mengena,takper.Bye."
"Aper Jiji cakap?"tanya Maria.
"Dia kata dia bagi and...Dia tanya ngan saper Nurin pergi.Tu je,"Nurin tergagap-gagap menjawab soalan Maria itu kerana memikirkan jawapannya.
Nurin dan yang lain menuju ke kereta di halaman rumah Nurin.Mereka bertolak ke Mid Valley. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 22
Sudah 5 jam Nurin,Datin Rubiah dan ipar-duai Nurin membeli-belah.Hasil ipar-uainya sudah penuh dua tangan sehinggakan Marliza yang sedang mengandung sudah tidak larat berjalan lagi.Walau bagaimanapun,tangan Nurin masih kosong,yang ada di tangaannya hanyalaah barang-barang Datin Rubiah untuk Azizi.Nurin sekadar memandang ipar duainya memilih hadiah untuk Azizi di kedai yang menjual barang-barang Adidas.
Nurin memikir apa yang ingin dibeli untuk Azizi.Makanan,barang dan apa-apa sahaja yang digemari Azizi belum diketahui lagi.Asila!Dia mesti tau aper yang disukai Azizi.
Nurin segera menelefon Asila.
"Hello?"kedengaran suara Asila yang merdu dan lembut di corong telefon.
"Hello,Asila!Ni Kak Nurin."
"Kak Nurin?Naper?"
"Nak tanya...sket boleh?"
"Emm...."keadaan sepi sebentar kemudian Asila menyambung,"Boleh...Tapi cepat sket...Asila ader kerja ni,"suaranya yang kalut masih lagi lembut.
"Esokkan beday Azizi...Nak tanyer Asila,apa yang Azizi suker?"
"Azizi?Kak Nurin tak beli lagi adiah dia?Asila dah beli dah..Emm...Azizi tak cerewet.Belikan apa-apa ajer dia suker,"jelas Asila dengan tenang.
"Oh,takpelah.Trimas."
Nurin menekan butang merah di telefon bimbitnya.Dia memandang barang-barang yang terdapat di kedai itu.Dia melihat Marliza yang tercungap-cungap di sebelahnya.
"Nak air?"Nurin menghulurkan sebotol air mineral kepada Marliza.
Marliza mengurut dadanya lalu tersenyum dan botol air mineral itu bertukar tangan."Terima kaseh,"kata Marliza yang masih tercungap-cungap.
Nurin membalas senyuman Marliza.Dia bangun dari tempat duduknya dan mengiringi Datin Rubiah ke sebuah kedai buku.Nurin baru teringat bahawa Azizi suka membaca sebelum tidur selain menonton televisyen.
Nurin memilih buku dengan teliti.Dia tidak mahu hari lahir Azizi tidak menjadi.Tiba-tiba Hazry menerjah fikiran Nurin.Datangkah dia esok?Bukankah dia mengenali Azizi?
Nurin mengeluh.Dia cuba menyibukkan diri dengan memilih buku untuk Azizi agar melupakan Hazry.Malangnya,tidak terdaya.Hazry tidak mahu luntur dari fikirannya.
Nurin menjadi pening.Buku jenis apa yang Azizi sering baca?Business?Politik?Novel?Tanya ummilah.
"Ummi?"panggil Nurin lembut.Datin Rubiah di sebelahnya yang asyik membelek-belek majalah 'Anjung Seri' memandangnya.
"Ye?"
"Azizi suker bacer buku aper?Politik?Business?Gossip?"
"Heemmm...Dia bacer sumer tu except gossip and novels."
Nurin menarik nafas lega dan entah kenapa matanya tertarik dengan sebuah majalah gossip yang baru diterbitkan pada bulan itu.Dia mengeluarkan majalah itu dari rak.Dia membayar buku dan majalah itu sebelum pulang.
Dalam perjalanan pulang,Nurin membaca majalah itu dan terpandang tajuk 'Asila Sudah Berpunya'.Nurin membaca artikel itu dengan asyik.Hatinya benar-benar hancur.Sebagai seorang isteri,perasaan cemburu tetap timbul jika melihat suami sendiri merangkul wanita lain dengan penuh kasih sayang dan mesra.
Datin Rubiah yang aneh dengan kesepian diri Nurin terus menarik majalah Nurin.Dia dapat melihat Nurin mengalirkan air matanya.
"Naper Nurin?"tanya Datin Rubiah.
"Takder papelah."
Datin Rubiah tidak berpuas hati dengan jawapan Nurin lalu membaca artikel yang dibaca Nurin sebentar tadi.Ya Allah!Anak aku!Apa kena dia ni!Marah Datin Rubiah di hati dan berharap semoga Azizi ada di rumah ketika dia sampai di sana.
[ Last edited by lily_lyssa at 14-9-2007 11:17 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Huh...tengoklah biler nk sambung....
cuz td masa mandi...dpt dah idea tp tak tu camner nak wat.... |
|
|
|
|
|
|
|
KANTOI!!!!
Bab 23
Nurin,Datin Rubiah dan yang lain menunaikan solat Zohor dan Asar di rumah saudara mereka di Kuala Lumpur.Tepat pukul 6.00 petang,mereka bertolak ke Shah Alam.
Setelah 1 jam berbual di dalam kereta,mereka telah sampai di rumah Nurin.Datin Rubiah menarik nafas lega apabila dia daapat melihat kereta Azizi."Nurin,sampai rumah nanti pergi masuk bilik terus,ye,"kata Datin Rubiah sambil melemparkan sebuah senyuman kepada Nurin.Nurin terpaksa akur walaupun meraguinya.
*******************************************************************************
Azizi leka menonton televisyen.Dia mencapai telefon bimbitnya dan mendengus,"Dah pukul 6.Tak balik lagi!"
Bunyi enjin kereta kedengaran di halaman rumahnya dan Azizi segera membuka pintu dengan perasaan yang bercampur gaul-berang,kasihan dan rindu.Rindu?Ah!Tak mungkin aku rindu padanya!Gerutunya sendirian.
"Ummi!Nurin..."Azizi mencium tangannya dan menunjukkan wajah garang kepada Nurin."Eh,akak!"Azizi mencium tangan kakak-kakaknya pula.
"Akak-akaklah!"gurau Marinni.
"Apa-apalah korang ni!Dah!Yang lain masuk kereta,Nurin naik atas.Jiji,ummi nak cakap benda ni,"tegas Datin Rubiah.
Nurin akur dan mengatur langkahnya ke tingkat atas rumahnya.
"Jiji..."Datin Rubiah mengeluh setelah Nurin menghilang ke tingkat atas.
"Apa yang Jiji buat?"tanya Azizi dengan lembut untuk mengambil hatinya.
"Ni apa?"Datin Rubiah bertanya lembut sambil menunjukkan gambar Azizi merangkul Asila.Datin Rubiah mengulangi pertanyaam tadi dengan nada yang agak kasar dan merenung Azizi dengan tajam apabila dia sekadar membisu.
"Err...Ni gambar lama!"Azizi akhirnya bersuara setelah memikirkan alasan yang baik.
"Gambar lama?Oh,jadi wartawan sengajalah simpan dulu gambar ni selama bertahun-tahun.Lepas tu,baru nak tunjuk?Jiji!Ni baju yang ummi baagi masa hari perkahwinan Jiji.Takkanlah Jiji dah ada baju tu!"Datin Rubiah bangun dari sofa dan mengurut dadanya yang turun naik akibat terlalu marah.
"Ummi..."Azizi memanggil ibunya dengan lembut dan merangkul pinggang ibunya.
"Jiji,ingatlah yang ummi dah buat kata putus yang muktamad!Ummi tak suka Asila!TAK SUKA!"Datin Rubiah menekankan nadanya padaa 2 patah perkataan yang terakhir.
"Jiji tau!"Azizi mengeluh di bahu ibunya.
"Huh,baguslah.Malam ni ummi nak tidur sini.Seminggu!"tegas Datin Rubiah.
"Apa?Naper tak cakap?Boleh Jiji suruh Nurin masak sebelum keluar,"kata Azizi yang cuba menutup fikirannya daripada dibaca oleh ibunya.
Mampus!Takkanlah aku nak tidur sebilik dengan Nurin.Azizi mengerutkan dahinya lalu berkata,"Ummi tunggu sini,okey!Jiji nak panggil Nurin nak cakap kat dia sikit." |
|
|
|
|
|
|
|
Azizi melangkah 9 anak tangga dan masuk ke bilik tetamu.Nurin tiada di situ tetapi kedengaran bunyi percikan air di dalam tandas.Ternyata Nurin berada di dalam tandas sedang mandi.
Azizi melabuhkan punggung di atas katil bersaiz king di dalam bilik Nurin yang berwarna kuning.Azizi meraupkan rambutnya dan memandang di sekelilingnya.Cukup kemas tersusun barang-barang di dalam bilik itu.
Akhirnya Nurin keluar dari tandas.Nurin melangkah dari tandas dan badannya hanya dilitupi oleh sehelai tuala.
"AHH!"Nurin menempik sebaik sahaja melihat Azizi di dalam biliknya.Nurin tergopoh-gapah masuk ke dalam tandas semula.
"Ok,saya dok kat luar,"kata Azizi kepada Nurin yang berada di dalam tandas.Azizi melangkah keluar dari bilik Nurin dan berdiri di hadapan pintu yang telah tertutup.Azizi ketawa kecil melihat telatah Nurin sebentar tadi.
Setelah beberapa minit kemudian,Azizi masuk semula ke dalam bilik itu.Nurin sudah tersedia memakai baju tidur dan sedang mengarang cerita.Nurin memandang Azizi manakala Azizi menarik nafas panjang.
"Aper?"tanya Nurin perlahan.
"Ummi...Ummi nak tidur kat umah kita.Dia tengah cakap kat akak.Paham tak?"Azizi bertutur dengan lembut.
"Maksudnya...Kena tidur dalam bilik.."Nurin berbicara dalam separuh berbisik.
"Yap...Mungkin kita kena tidur sekatil.Sebab ummi pakar dalam nak tau orang tidur bersama tak.Dia punya pancaindera kuat,"kata Azizi pula.Nurin mula kelam kabut mengangkat barang-barangnya untuk dibawa masuk ke dalam bilik Azizi.
Azizi hanya melihat Nurin kelam kabut.Dia turun ke tingkat bawah untuk menonton berita di CNN.
Nurin memastikan sudah tiada barang yang tinggal di bilik tetamu yang sudah digelar biliknya sekarang.Setelah benar-benar pasti yang tiada barang lagi yang tertinggal,Nurin masuk ke bilik Azizi pula.Dia mengemas bilik itu dengan cekap.Dalam masa 6 minit,bilik itu sudah kelihatan seperti bilik tidur.
Nurin kemudian bergegas turun.Dia mengerling Azizi dengan tajam.Sikit-sikit tengok TV.Takder masa langsung nak tolong.Nurin ke dapur pula untuk memasak.Setelah melihat barang dapur yang hanya cukup untuk seorang,Nurin kembali ke ruang tamu.
"Aziz,malam ni makan kat luar boleh tak?"
"Makan kat luar?Buat apa?"
"Hish...Tengoklah peti tu,"rungut Nurin.
"Ha,lah,"balas Azizi ringkas.
Datin Rubiah masuk ke rumah bersama sebuah beg galas.Dia tersenyum lebar melihat Nurin.Nurin menuju ke arahnya dan mengangkat beg galas Datin Rubiah untuk dibawa ke dalam bilik tetamu.
"Eh,tak payahla,Nurin.Menyusahkan je,"Datin Rubiah menepis tangan Nurin lembut.
"Takpelah,ummi,"Nurin membawa beg galas itu ke dalam bilik tetamu apabila Datin Rubiah akur. |
|
|
|
|
|
|
|
lg lily..
wat la azizi jtuh chenta kat nurin..
geram lak pink gan azizi tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 24
"Nak pergi makan kat mana?"tanya Nurin kepada Azizi sementara Datin Rubiah sedang sembahyang Maghrib.
"Ala..Sembahyanglah dulu,"Azizi masih sedang memikirkan tempat untuk mereka makan.Ummi suker makan kat warong jer..Takkan nak gi warong..Gertus Azizi di dalam hati.
"Saya dah sembahyang."
"Emm..Nantilah.Saya tengah fikirkan ni.Tunggu ummi,"Azizi sedang menahan amarahnya terhadap Nurin kerana takut Datin Rubiah akan mendengarinya.
Nurin mengangguk dan duduk di atas sofa berwarna oren kemerahan di hadapan kotak televisyen.Dia menongkat dagu.Azizi pula duduk di sebuah kerusi di sudut rumah mereka di tepi tingkap sambil membaca surat khabar.Mereka membisu sambil menunggu Datin Rubiah.
Nurin berasa bosan dan membetulkan pakaiannya.Dia mengenakan sehelai blaus berwarna putih berserta seluar slack yang berwarna hitam,menampakkan lagi ketinggian Nurin.Nurin turut menocang satu rambutnya.
"Hei..Boring nampak,"tegur Datin Rubiah sambil menuruni anak tangga di rumah banglo 2 tingkat itu.
"Ummi,"Azizi dan Nurin bersuara serentak.
*******************************************************************************
"Nak pergi mana ni,Jiji?"tanya Datin Rubiah kepada anaknya di dalam kereta.
"Entahlah,"jawab Azizi ringkas.
"Pergi Restoran Hakim,lah,"Datin Rubiah memberi pendapat.
"Restoran Hakim?Tak naklah.Boring.Pergi Concorde,lah,"kata Azizi pula dan menuju ke Hotel Concorde di seksyen 9.
Nurin hanya membisu mendengar perbualan dua anak beranak itu.Dia memandang sepi suasana malam di dalam perjalanan.Dia terpandang sebuah kereta yang dikenali di tempat meletak kereta berdekatan Hotel Concorde itu.
"Jom,Nurin,"Datin Rubiah menyedarkan Nurin dari lamunan.
"Er..ya."
Azizi merenung Nurin dengan tajam.Nurin menunduk,memandang lantai.Dia mengatur langkah ke lobi.
Hatinya berdebar-debar.Perasaannya menghasutnya untuk melarikan diri dari hotel itu tetapi Nurin menahan kehendak perasaannya.
*******************************************************************************
"Nak makan apa Nurin?"tanya Datin Rubiah dengan lembut.
"Em...Rasanya nak makan chicken chop je,"balas Nurin setelah berfikir lama.
"Ok,nak chicken chop 2,fish and chip 1,fresh orange 3,"kata Azizi kepada saalah seorang waiter.
Fikiran Nurin melayang.Kereta di tempat meletak kereta itu menerpa fikirannya.Entah mengapa tiba-tiba hati Nurin berdebar-debar sebaik sahaja seorang jejaka lalu di belakangnya.Nurin berpaling,dia dapat melihat seorang jejaka yang tinggi lampai.Sungguhpun Nurin hanya menilai dari belakang,Nurin tahu bahawa lelaki itu kacak.
Tiba-tiba jejaka itu berpaling ke arah Nurin seperti mengetahui yang Nurin sedang menatap dirinya.Nurin terkedu sebentar.Dia sudah tahu bahawa tuan punya kereta yang dilihatnya sebentar tadi adalah kereta Hazry! |
|
|
|
|
|
|
|
lily..
smbg lg..
pink xsbr nih..
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #75 pink_honey's post
maap..
sbr sket agi...
ngah nk sambung ahh ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sabo...ader lagi...
Hazry mendekati dirinya.Nurin hanya mendiamkan diri.Dia memandang lantai.Ya Allah!Kenapa aku sering bersua dengannya?Jikalau Engkau ingin menjodohkannya dia dan aku,kenapa Engkau pisahkan dia dari aku sebelum ini?Kenapa Engkau membuat aku membenci dirinya?Aku sudah bersuami,Ya Allah.Aku ingin setia padanya seorang.
"Eh,Hazry!"tegur Datin Rubiah.
"Auntie!Apa khabar?"kata Hazry pula.Dia mencium tangan Datin Rubiah dan kemudian,memandang Nurin.
"Ummi,meh sini jap.Temankan Jiji beli barang dapur,"kata Azizi kepada Datin Rubiah.Datin Rubiah mengerutkan dahinya.
"Barang dapur dah habis?Tapi makanan ni?"
"Oh,itu takper.Biar Nurin jaga dulu.Pastu kita datang balik habiskan makanan ni and then balik umah,okey!"
"Emmm...okeylah." |
|
|
|
|
|
|
|
masih ader lagi...
Bab 25
"Takper ke kita tinggalkan Nurin ngan Hazry?"tanya Datin Rubiah memecah kesunyian.
"Takper...Lagipun diorang..."Azizi tidak menyambung kata-katanya dan matanya masih menumpu kepada jalan raya.
"Diorang aper?"
Azizi hanya membisu dan menghulurkan sepucuk surat kepada ibunya itu.
"Aper ni?"tanya Datin Rubiah.
"Surat...Surat dari Jo.Johari."
"Johari?Untuk kau?Apa kena mengena ngan soalan ummi tadi?"
"Tak,untuk sesiapa sahaja yang mengahwini Nurin.Ummi baca dulu baru ummi paham,"jelas Azizi yang masih memandu.
Kepada suami Nurin,
Saya ini,Johari.Bekas tunang Nurin.
Buat pengetahuan awak saya sudah mati...
Sebenarnya Nurin tu milik orang.Bukan saya juga bukan awak.
Tapi milik Hazry...Saya juga merampas Nurin daripada lelaki yang bernama Hazry ini kerana saya ingat Nurin akan bahgia bersama saya.
Tapi saya teramatlah silap.Nurin sebenarnya masih menyintai lelaki itu.Saya memohon supaya awak memulangkan dia kepada Hazry jika awak benar-benar menyintainya...
Harap awak paham...Saya bukan nak merobohkan rumah tangga orang tetapi seperti saya,awak dan Hazry,kita menyintai orang yang sama.Kita juga mesti nak yang terbaik untuk Nurin.
Tolonglah,demi kebahagiaan Nurin.Saya Nurin pasti menolak kerana dia masih berdendam dengan Hazry.
Dan dia masih belum sedar yang dia juga menyintai Hazry.
Pulangkan dia...
Johari...
Datin Rubiah tercengang membaca isi surat itu.Dia melipat semula surat itu dan memandang jalanraya.
"Maksudnya?"
"Ummi,maksudnya Jiji kena pulangkan Nurin pada Hazry semula,"kata Azizi tenang.
"Kenapa pulak?Nurin isteri kau.Tak perlu.Ini semua mengarutlah.MENGARUT!"
Azizi mengeluh.Dia tidak tahu bagaimana lagi ingin memujuk ibunya. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|