CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-HBZ

Prebet Adam meninggal dunia di usia 60 tahun

[Copy link]
Post time 31-3-2021 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillah wainnailaihirojiun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2021 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillahi wainnailaihirojiun
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2021 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
MakcikLaksa replied at 31-3-2021 07:55 AM
Mmg sial btl kalau jns dera mental fizikal ni dibenarkan kt kem semata2 atas nama askar kena tahan,  ...

uols. pernah pindah rumah ke kejiranan baru

jiran2 tu buli uols... tak bg parking depan rumah.. tak bertegur sapa

alasan? org baru.. kena hormat oeg rua tua dan lama kawasan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2021 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 1-4-2021 12:11 AM
uols. pernah pindah rumah ke kejiranan baru

jiran2 tu buli uols... tak bg parking depan rumah. ...

Ni pulak jenis sepatah haram tak minta kebenaran nak parking kereta. Ikut suka hati dia park kereta pagi petang siang malam kat depan rumah orang.

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2021 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah

Al-Fatihah

Iols tak tau pun pasal arwah. Kalau ada masa, nak search ler pasal arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2021 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
akak aku amik course Psikiatri. pnh jumpa prebet adam ni kat hospital besar pulau pinang. dia pun tnya pasal kes vvvipp tu. kes adam xde kaitan pun dgn vvvipp. salam takziah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2021 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
cm_matjawasp replied at 31-3-2021 04:36 PM
Yang gaduh Umno dengan Gerakan..yang ramai kena tangkap pembangkang waktu tu yang tak kena mengena ...

Oh, jadi mat sabu ni xde kena mengenalah. Umno dgn gerakan gaduh, dia pulakla yg dapat nama xpasal2. Kesian.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2021 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
cm_matjawasp replied at 31-3-2021 06:53 AM
Tak berapa lama lepas Adam mengamuk , Pemuda Umno pulak mengamuk di Stadium TPCA

Mungkin dirancang utk. wayang Umno. Tpca hunus keris  tu hari yg.sama kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2021 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Lee Kim Sai tu ex presiden Mca lah, ex Menteri. Dia & Mat Taib Tyson penah kena tarik Datukship, tapi dia ada beratus Datuk,  apa ada kesah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2021 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 1-4-2021 12:11 AM
uols. pernah pindah rumah ke kejiranan baru

jiran2 tu buli uols... tak bg parking depan rumah. ...

Aku pun tak bertego dan berbaik dgn jiran aku.. gasak hanglaa.. dulu depa ade parking depan rumah akuu so sonang ajoo.. aku bwk kete cabuk aku pi parking terjulo skit masuk romah dia.. so naklanggo toka aku tuu tak berbaloi gamaknya.. sudahnya dia suh aku kebelakang skit.. aku ckp je soliiii.. koh koh
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2021 07:44 AM | Show all posts
Syahril A. Kadir

Bismillahirahmanirrahim.

Saya dihujani dengan pelbagai reaksi dan pertanyaan usai pemergian ke rahmatullah Adam Bin Jaafar@ Prebet Adam di Pulau Pinang kelmarin. Izinkan saya berkongsi rasa untuk pertama dan mungkin terakhir kali mengenai isu yang melingkari misteri amukan arwah di Kuala Lumpur kira-kira 34 tahun yang lalu itu.

Maka rakyat pun 'didendangkanlah' kononnya peristiwa amukan berdarah itu berlaku disebabkan Adam mahu membalas dendam kematian adiknya yang telah dipukul hingga mati di padang golf oleh Almarhum Sultan Iskandar yang juga Yang di-Pertuan Agong ketika itu.
Digambarkan Almarhum begitu kejam kerana sanggup memukul hanya kerana seorang caddy, iaitu adik Adam yang ketawa melihatnya caranya bermain golf!
Hakikatnya, Almarhum Sultan Iskandar TIDAK PERNAH membunuh adik lelaki Prebet Adam Jaafar seperti yang diperkatakan!

Adam sendiri tidak pernah mempunyai adik lelaki yang bekerja sebagai caddy. Satu-satunya adik Adam yang meninggal dunia adalah perempuan. Dia meninggal dalam kebakaran sewaktu rumah mereka terbakar ketika kecil, pusaranya masih ada di Pulau Pinang.
Sebetulnya adalah, Adam mengamuk di Kuala Lumpur pada Oktober 1987 disebabkan tekanan perasaan yang dialaminya kerana dibuli dengan teruk dan kejam oleh seniornya sewaktu bertugas di 6 Renjer Kem Syed Putra dekat Ipoh, Perak. (NOTA: Perkara ini disahkan oleh ATM dan pembulinya telah dikenakan tindakan)

Itupun ketika Adam melakukannya, ia adalah tindakan di luar kewarasan selepas diperiksa sendiri oleh pakar psiakatri terkenal, Tan Sri Dr. Mahadevan. Keterangan Dr. Mahadevan itu diberikan ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. (NOTA: Adam kemudian diperintahkan oleh hakim untuk dirawat di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan).

Justeru,

JANGAN TANYA SAYA APAKAH MOTIF DAN SIAPA YANG MEMBUAT NARATIF SERTA MEREKA-REKA CERITA YANG TUANKU MEMBUNUH ADIK ADAM DAN SEBAGAI TINDAK BALAS - ADAM MEMBUNUH SEBAGAI MEMBALAS DENDAM!
MEREKA YANG BERBUAT DEMIKIAN JAWABLAH NANTI DI AKHIRAT KELAK DI ATAS FITNAH YANG CUKUP BESAR INI.

Berpuluh tahun Almarhum Sultan Iskandar menjadi mangsa perkara yang tidak sama sekali pernah dilakukannya. Berpuluh tahun juga Adam dan keluarganya berhadapan dengan fitnah  yang sama.
Kini kedua-duanya sudah mengadap Allah SWT dan tak mungkin kembali ke dunia untuk mempertahankan diri mereka daripada terus dihina dan difitnah sedemikian rupa.
Sebagai wartawan dan manusia seperti anda semua, saya sudah melaksanakan tugas dan tanggungjawab saya untuk membersihkan nama kedua-dua insan ini.
Semua bukti dan keterangan telah saya tampilkan melalui buku tulisan saya mengenai kes amuk berkenaan. Satu versi Bahasa Melayu berjudul 'Konfesi Prebet Adam' dan satu lagi versi Bahasa Inggeris 'Amok At Chow Kit'.

Saya tidak pasti sama ada buku ini ada berbaki lagi atau tidak di pasaran kerana ia telah diterbitkan beberapa tahun yang lalu. Lengkap dan terperinci kronologinya, fakta perbicaraannya dan temubual-temubual termasuk dari mulut Adam sendiri.
Sesungguhnya saya dah tak mampu pergi lebih jauh dari itu.
Di luar sana nampaknya masih ramai yang hanya mahu percaya 'apa yang mereka nak percaya' dan bukan melalui bukti dan realiti yang sebenarnya terjadi.

Cukuplah setakat ini sahaja coretan saya mengenai kisah Adam dan saya tidak berhasrat untuk memanjangkannya lagi. Kasihanilah ahli keluarga kedua-dua mereka yang terpaksa berhadapan dengan 1,001 cabaran yang sangat memeritkan ini.
Biarlah kesemua watak dalam cerita berkenaan meneruskan 'perjalanan' ini dengan tenang sementara menunggu hari pengadilan yang sebenar-benarnya nanti di depan Allah Azza Wa Jalla kelak.

Kita doakan roh kedua-dua mereka dicucuri rahmat oleh Ya Rabb. Saya berhenti setakat ini saja. Once for all, all for once.
Betullah kata orang...kebenaran itu cukup mahal harganya, namun, cepat atau lewat, ia pasti akan tiba jua!

Al-Fatihah untuk Almarhum Sultan Iskandar, Adam Jaafar dan setiap mereka yang terlebih dahulu telah mendahului kita.

I've done my part.

SYAHRIL A. KADIR
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2021 11:02 AM | Show all posts
mcm2 versi cerita prebet adam, dulu heboh psl dianiaya sotan joho ke bapqk diq ntah kos tu dizaman modern ni keluarga prebet adam menafikan pulak. Ntahlah tak tahu nak percaya apa, family p adam pun tiba2 keluar menafikan,  disogok ke apa, ye lah kuasa duit org kaya utk bersihkan reputasi  pun blh jadi gak. Mcm. Tapi ygåasti perangai buruk  n jenayah sotan j penah dibincakgkan oleh mp2 sampai thp parlimen di zmn bn dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2021 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 1-4-2021 12:42 AM
Ni pulak jenis sepatah haram tak minta kebenaran nak parking kereta. Ikut suka hati dia park keret ...

sebab depa senior.. depa duk. situ lama. dah.. jd depa bleh buki junior

sama. kes dgn. pekerja baru vs pekerja lama

atau rookie army baru vs army kama

mana2 badan berunifom

sekolah asrama

dan company2..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2021 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 1-4-2021 03:06 PM
sebab depa senior.. depa duk. situ lama. dah.. jd depa bleh buki junior

sama. kes dgn. pekerja ...

Ni parking kat tanah orang, depan rumah orang sepatah haram takde nak minta kebenaran. Bukan kat common area.



Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2021 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
lavendernovella replied at 31-3-2021 10:29 PM
Sedara iol ada 2 orang komando, dua2 dah arwah. Memang weng semasa dan lepas bersara. Macam2 peel, ...

Ngerinya, tak ada siapa yg marah ke, gi letupkan bom area rumah?.nasib x ada kematian.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2021 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lavendernovella at 1-4-2021 04:42 PM
legal_jue11 replied at 1-4-2021 03:31 PM
Ngerinya, tak ada siapa yg marah ke, gi letupkan bom area rumah?.nasib x ada kematian.


Mmg ngeri uol. Tapi letup kat belakang rumah heol sendiri, kawasan semak samun takder orang. Nasib kampung tu rumah jauh2.

Bila dah dewasa baru iol boleh gambarkan perasaan manusia lagi2 anak2 kecil yg berada dalam zon perang. Bila bom berdentum denyutan jantung pun jadi something, telinga jadi tuli kejap, fikiran jadi kosong....  mmg totally horror.  Jadi mmg syukur amat2 tanah air masih kategori aman damai. Yang suka suki nak perang tu elok lempar jer jauh2 kat zon perang.

Berbalik pada topik, takda yang tegur atau marah?

Ada jer, ramai jer orang tegur marah, (bukan semata pasal letupan tu jer) mcm2 perangai lain. Mmg iol tgk mereka berdua ni sgt2 terganggu, time tu budak2 termasuk iol tak berani pun nak dekat2... takut kot.. Kalau ada orang2 kampung atau sedara yg tegur, yg tegur ni pulak orang biasa2 , yg ditegur tu pulak mmg ada kelebihan fizikal, ada kemahiran berperang, kemahiran bela diri. Tak kemananya, silap2 kena lempang, baring kat wad. Hahaha...

Tapi tak dinafikan besar jasa mereka2 ni pada negara, berkorban mcm2 termasuk kewarasan diri. Sampai bab ni iol ada sedih gak lah. Al fatihah utk mereka berdua ni, termasuk Allahyarham Prebet Adam.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2021 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Please lah STOP RAGING !

Contohi lah cara Salahuddin Al Ayubi , Sultan Fateh dan ramai lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 04:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 31-3-2021 09:18 AM
kena tangkap pihak jepang ..kena minum ayor sabun...gak.......

Celah mana yg kelakar
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 04:36 AM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 31-3-2021 09:18 PM
Kalau kena raging buat kerja  etc tu oklah...ni paksa dia kulum batang sarjan dia tu apehal.

Apa kejadah lah
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 04:46 AM | Show all posts
Aku kecik lagi masa prebet adam amuk..itupun mama aku cerita prebet adam meninggal.. aku mcm blur ye laa mana nk tau time tu aku darjah 4 ke 5 agaknya.. tp kisah dia mmg sedih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ahli politik Singapura  memuji muji PMX,RM3.00 dalam tempoh 18 bulan akan datang.Anda teruja?
YgBenarAhli politik Singapura memuji muji PMX,
Views : 943 Replies : 4
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63511 Replies : 73
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 28350 Replies : 248
Akak Roslan Shah pun nk menyelpie pic half naked..konon seksi la nampak nenen!!!
qqOfficialAkak Roslan Shah pun nk menyelpie pic ha
Views : 41965 Replies : 224
Gambar Ery Putra pula tayang "TUT" tersebar!
piaoGambar Ery Putra pula tayang "TUT" terse
Views : 47462 Replies : 131
all the best travel
kukukud4dall the best travel
Views : 1212 Replies : 0
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 31517 Replies : 598
travel chicago
kukukud4dtravel chicago
Views : 2413 Replies : 1
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 2424 Replies : 0
kukku
kukukud4dkukku
Views : 2727 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.052658 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list